Tuesday 12 November 2013

SELAMAT MENGHADAPI SPM

Assalamualaikum...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM BUAT ANAK-ANAK MURIDKU.

Sebagai seorang guru, tidak ada ilmu yang hendak disorok. Kalau boleh mahu diberi semua kepada anak-anak murid tidak kira apa bangsa, apa anutan agama, apa latar belakang, dan apa kelas sekalipun.

Sebagai guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu, pelbagai cara dan kaedah yang aku ajar kepada anak-anak murid supaya mereka dapat menjawab subjek yang aku ajar dengan jayanya. Baik dengan mengajar di dalam kelas mahupun menulis dalam blog tentang teknik menjawab dan ada juga artikel yang aku tulis lengkap untuk dihafal. Semuanya telah aku lakukan demi masa depan anak-anak muridku. Cuma.. usaha daripada pelajar sahaja yang bakal menentukan seseorang itu cemerlang, baik, sederhana atau lemah.

Alhamdulillah.. kertas SPM Bahasa Melayu 1 dan 2 telahpun berlalu dan bersyukur aku ke hadrat Allah kerana satu tajuk yang aku ramal dan suruh pelajar aku hafal, telah masuk untuk soalan 1 kertas karangan panjang. Ada budak yang baca dan cuba hafal, dan ada juga budak yang tak peduli pun walau berkali-kali telah aku ingatkan mereka supaya buka blog Matdingunung dan baca entri CONTOH KARANGAN YANG BAIK UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5.
Entri ini diterbitkan dalam bulan June 2013

Selain tu aku galakkan agar budak aku buka satu lagi blog aku pabila cikgu matdin menulis.. Kat dalam blog tu ada aku ajar teknik yang mudah untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2 sebagai panduan. 

Ada seorang budak tu terus jumpa aku lepas exam SPM Bahasa Melayu kertas 1 pada rabu lepas ucapkan berbanyak terima kasih kerana hasil daripada baca blog aku pada entri yang aku sebutkan menyebabkan dia tak menang tangan menulis jawapan dan sangat berpuas hati dengan jawapan yang ditulis sebab budak tu hafal setiap perenggan. Aku berdoa dalam hati agar ramai lagi anak-anak murid aku yang baca tajuk tu sebab pada malam  peperiksaan BM kertas 1 aku tengok page view untuk entri tu melebihi 160. Aku hanya mengajar 3 kelas tingkatan 5 dan setiap kelas ada lebih kurang 40 orang. Jadi kalau semua budak aku tengok, pageview baru 120. Aku harap mereka buka dan baca beberapa kali. Itu cuma anggapan aku, mungkin tak sampai 20 orang yang tengok.. selebihnya tu mungkin budak sekolah lain.. Tak kisahlah.. nak tengok ke, tak nak tengok ke aku tak rugi apa-apa cuma aku sudah cuba yang terbaik menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku.

Tajuk dalam entri CONTOH KARANGAN YANG BAIK UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 IALAH

:
Tajuk : Apakah Peranan Remaja dalam membentuk Modal
            Insan Negara yang bebas daripada masalah sosial.

Soalan yang masuk dalam peperiksaan sebenar ialah :

Akhlak yang terpuji amat penting dalam kehidupan.

Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang. 

Walaupun soalan yang agak berbeza tetapi isi-isi adalah sama

No comments:

Post a Comment