Sunday 1 December 2013

KISAH HOSPITAL SATU RINGGIT


Assalamualaikum.. hai, lama benar rasanya tak update blog. Semenjak dua menjak ni.. slow sikit nak berkarya walaupun mempunyai banyak masa terluang. Aku pun tak tahu kenapa perkara begini boleh berlaku. Tup.. tup.. hari ni rasa nak menulis la pulak untuk berkongsi pengalaman pahit sebelum cerita ini aku terlupa.

Kisahnya begini, masa sedap aku dok layan pasukan kegemaran aku Arsenal membelasah pasukan lawan iaitu Cardiff City dengan jaringan 3-0 di Ar-Rashid Bistro, tetiba aku mendapat panggilan kecemasan daripada warden asrama anak sulong aku mengatakan Adib terpaksa dikejarkan ke Hospital Kerajaan ( malas nak sebut nama hospital ) kerana sesak nafas yang kritikal. Masa tu jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Sebaik mendapat berita tu, aku bersama anak-anak buah aku iaitu Iwan, Zaim dan Farouk terus berkejar ke hospital berkenaan. 

Tiba di bahagian KECEMASAN kat hospital tu, aku lihat anak aku tu sudah pulih sedikit setelah diberi 2 biji ubat telan oleh petugas di kaunter. Walau bagaimanapun dia perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. No panggilan dia ialah 2888 Time: 1.37 pagi. Ada tiga bilik rawatan yang beroperasi pada masa tu iaitu bilik no 2, 3 dan 5. Pesakit yang menunggu giliran pada masa tu cukup ramai. Aku perhatikan setiap no giliran begitu lembab sekali bertukar seolah-olah doktor mengambil masa tidak kurang 20 minit untuk memeriksa setiap pacient. Ada yang mula sudah tidak boleh sabar dan merunggut-runggut. Pukul 4 pagi no anak aku masih tidak naik. Ada akak yang sebelah kerusi tempat duduk aku sudah beberapa kali bertukar tangan menahan lengguh mendokong anaknya yang mengiggil-gigil menahan sakit sebab demam panas yang keterlaluan. Aku cuba nak bagi no panggilan Adib kat dia untuk membolehkan anak dia mendapatkan rawatan terlebih dahulu tapi no panggilan dia cuma beza satu mata dengan no panggilan Adib, so dia pun kata tak apelah..

Seketika, datang seorang lelaki berbangsa India betubuh sasa dan bertatu penuh kat lengan dan pakai rantai leher besar, mungkin geng 36 atau geng 38 kot datang sapa akak tu  " akak.. akak jangan tunggu, akak masuk je terus jumpa doktor. Tak sampai hati saya tengok anak akak yang mengiggil-giggil tu. Tenat sangat dah budak tu. Kalau akak nak tunggu nombor, mati dulu budak tu karang"


Wah!! ada hati budi juga mamat ni walau pun muka nampak cam samseng. Semua orang yang berada di ruang menunggu tu terpegun dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh mamat tu.

Akak tu pun pegi laa jumpa doktor tanpa ikut nombor sebab ikut nasihat mamat tu. Tetiba je keluar balik dengan tergesa-gesa. Aku tanya akak tu kenapa dia keluar cepat. Akak tu kata dia telah dimarah oleh doktor sebab doktor suruh ikut giliran. Perghh.. sudah 3 jam lebih menunggu, sampai bila budak tu nak mendapat rawatan. Sekurang-kurangnya bagi la ubat dulu dua biji. Bukan budak tu saja yang bernasib malang, bahkan ramai lagi budak-budak yang sakit dan perlukan rawatan segera. Aku tengok ada juga pesakit yang tergesa-gesa dibawa dengan ambulan siap bunyi siren lagi, tapi bila sampai kat kaunter pendaftaran di wad kecemasan, ambik rekod pesakit dan tetap diberi nombor menunggu untuk bertemu doktor. perghh.. buang masa pengguna jalan raya ketepikan kereta mereka beri laluan tup..tup.. bila sampai kat hospital kecemasan, dah tak cemas lagi sebab mungkin petugas dan doktor kat sana  dah biasa sangat dengan pesakit. Dah tak ada perasaan belas kasihan dahh.

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu sampai merah bijik mata, tup..tup..Pukul 4. 55 pagi baru no 2888 naik kat bilik rawatan no 2. Aku dengan Adib masuk jumpa doktor. Cerita serba sedikit situasi masa nak jadi semput nafas dan ubat-ubatan yang telah diambil sebelum ni. Doktor buat pemeriksaan asas, check tekanan darah, denyutan nadi, kadar denyutan jantung dan picit sikit-sikit perut adib. Buat pemeriksaan di dalam mulut dan pernafasan kemudian arahkan untuk membuat X-ray paru-paru. Aku dan Adib tanpa membuang masa terus berkejar ke bilik X-ray mengikut arah anak panah yang ditunjukkan tapi hampa sebab bilik x-ray pula tutup. Di pintu bilik tu tertulis pada cardboard yang digantung " MAAF, BILIK X-RAY DITUTUP SEMENTARA UNTUK PROSES PENGOPERASIAN, HARAP SABAR MENUNGGU"

"Alamakkkk.. tunggu lagi kita Dib.." kata aku pada Adib. Hampir satu jam menunggu, barulah bilik x-ray dibuka untuk meneruskan operasi. Selepas melakukan x-ray, Adib diarahkan agar berjumpa semula dengan doktor di bilik no 2 semula tanpa mengambil no baru. Bila aku masuk kat bilik tu, aku lihat doktor dah tak ada. Aku tunggu kat luar semula. Sambil menunggu aku terpandang no Adib 2888 masih lagi tertera kat papan panggilan eletronik di atas pintu bilik no 2. Maknanya doktor tu tak panggil orang baru selepas Adib diarahkan untuk membuat ujian x-ray walaupun mengambil masa yang agak lama. Sepatutnya doktor tu mampu membereskan lebih 10 orang pacient lain lagi kalaulah.. kalaulah.. itu klinik swasta yang berbayar sebelum Adib kembali.

Perghhh.. begini rupanya cara doktor kerajaan bekerja walau tidak semua. Patut le banyak orang komen. Oleh sebab tunggu terlalu lama, aku dan Adib pegi menunaikan sembahyang subuh dulu kat surau. Lepas sembahyang subuh aku terus ke bilik no 2. Buka pintu bilik, masih tak ada doktor. Kerusi disorong kemas di bawah meja. Dah sejam setengah menunggu doktor tu kembali tapi pergi tak kembali juga rupanya. Tengok no panggilan kat atas pintu tu still 2888. Alamak.. ngulau ke ape doktor ni. Takkan ambik masa sampai 3 jam kot untuk merawat seorang pesakit. Bila tiba no panggilan bilik sebelah.. aku terus menerpa masuk. Ada seorang doktor wanita yang matanya pun dah kuyu " ya encik, silakan duduk encik".

Aku jawab " saya masuk ni bukan nak duduk, tapi nak tanya mana pegi doktor bilik no 2. Dari pukul 5.40 saya tunggu sampai sekarang dah dekat pukul 7. 00 doktor tu tah mana pegi tidur saya tak tau. Dah hilang sabar dah ni"

Doktor perempuan tu jawab " sabar encik.. doktor tu pegi sembahyang kot. tunggu aje kat kerusi dalam bilik dia, jap agi datanglah tu"

Aku jawab " masalahnya.. berapa lama ambik masa untuk sembahyang subuh.? pesakit kat luar masih bersusun tunggu no dipanggil. Bilik beroperasi cuma satu je lagi, saya tunggu dari tadi lagi ni. Nombor anak saya pun tak berubah-ubah sejak dekat pukul 5 tadi lagi tu.. dok tertera 2888 lagi kat papan tu sampai cerah".

Aku keluar dari bilik doktor perempuan tu terus masuk semula bilik no 2.. Aik ada la pulak mamat tu buat-buat kemaskan file. Dia terkejut dari tidur kot sebab aku dok marah-marah kat bilik doktor no 3 bersebelah dengan bilik dia.

Aaa.. mana awak pegi.. sejak dari tadi saya tunggu ni baru jumpa.?? tanya aku kat doktor tu

Pertanyaan aku tu dia buat bodoh aje lepas tu alih topik lain.. " dah buat x-ray?"

Dia tengok gambar x-ray kat komputer lepas tu bagitahu aku
" saya sudah check dia punya keputusan x-ray. Jangkitan kuman dalam paru-paru tak ada dan dia normal.. tapi saya akan bagi dia sedut gas oksigenlah untuk setengah jam"

Adib diberi masa setengah jam untuk sedut oksigen walaupun Adib dah tak perlu lagi sebenarnya oksigen tu. Adib sihat dengan menunggu sahaja. Pukul 7.30 pagi doktor tu datang bukak pemekup oksigen kat hidung Adib, lepas tu suruh pegi farmasi ambik ubat pencair kahak. Semalaman tak tidur menunggu cuma untuk mengambil ubat pencair kahak saja yang harganya 5 henggit kat farmasi.Perghhh... itulah nasib golongan marhaen yang mampu membayar 1 ringgit untuk mendapatkan rawatan di dalam negara yang kaya raya. Semasa aku melangkah nak pulang.. sempat aku jeling kat papan eletronik atas pintu bilik rawatan no 2.. masih lagi 2888.. Ahhhh...!!! apa kau buat doktor kerajaannnn.. dekat 3 jam ambik masa untuk merawat seorang pacienttt.

Itulah kisah dan situasi sebenar karenah untuk mendapat khidmat rawatan hampir percuma di hospital kerajaan WALAUPUN KAT BILIK KECEMASAN. Tak sama dengan kata-kata hikmat yang tertera kat bawah no panggilan pada tiket panggilan " terima kasih, ANDA AKAN DILAYAN SEBENTAR LAGI" .

Kesiann kepada orang sakit, dahlah sakit, kena menunggu lama la pulak. Kalau tak betul-betul sakit, buat apa la mereka nak datang untuk mendapatkan rawatan pukul 1, 2,3 ,4 ,5 pagi.. kan lebih baik tidur dulu kemudian datang esok kat klinik swasta. Itulah kisah hospital satu henggit.

No comments:

Post a Comment