Monday 3 August 2015

PHOTO OUTING FOR MODELLING

Assalamualaikummm..

Ha..ha.. dengar tajuk entri ni cam gerun jerk.. entah betul ke tak bahasa inggeris broken aku ni.. biaq pi lah..

Kisahnya.. masa datang memenuhi jemputan raya sahabat isteri kat Puchong Perdana tempoh hari, secara tidak sengaja berkenalan dengan suami tuan rumah. Wah.. rupanya mamat tu ada main kamera. Rancaklah sikit perbualan kami walaupun baru jer kenal sebab isu yang dibualkan berkisar kepada kemahiran main kamera. Aku cakap kat dia bahawa aku dah lama tinggalkan kamera, dah tak minat lagi. 

Dia nasihatkan aku supaya jangan tinggalkan hobi tu sebab kemahiran ini tidak semua orang mampu miliki. Sayang kalau kemahiran yang ada dibiarkan begitu sahaja tanpa dimanfaat kerana lambat laun kemahiran ini boleh berkubur. 

Ye lah.. betul juga cakap mamat tu.. sebab aku hampir tinggalkan DSLR aku tu kerana ramai kawan baru aku terdiri daripada kaki pancing dan kaki ngeteh.. bukannya kaki kamera.. so, aku pun terikut-ikut ke arah itu lah.. Sekarang mamat tu nak jadikan aku sebagai rakan sehobinya iaitu menjadi seorang Photoghrapher. Sebagai langkah permulaan, dia mengajak aku mengikutinya pergi ke satu function mengambil gambar-gambar model. 

Wah ! menarik tu.. kira satu pengalaman baru ni. Biasa dok ambik gambar family dan aktiviti-aktiviti sekolah jer.. ni kira boleh asah bakat dan skill nih.. mana tahu la kan, dapat model cantikk.. gambar kita pun boleh jadi cantik dan menarik. Mana tahu suatu hari nanti kita boleh buat part time dengan syarikat pengiklanan dan production hasil daripada kualiti dan kemahiran kita mengambil gambar.

Ahad, 2/8/2015.. aku pagi-pagi lagi terpacak di depan rumah kawan baharu aku tu untuk ke suatu program yang dirancang. Bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Honda CRV Zahar meluncur laju menuju ke destinasi. Hari ni team photoghapher amatur akan memberi khidmat kepada satu syarikat mencungkil bakat model untuk diketengahkan. Photoghraper ini tidak memerlukan bayaran apa-apa di atas masa dan khidmat mereka kerana situasi ini seperti win-win dan saling memerlukan bagai aur dengan tebing. Photoghrapher memerlukan model untuk sesi mengasah bakat serta membaiki skill mengambil gambar manakala syarikat model perlukan gambar-gambar yang menarik untuk aktiviti perniagaan mereka. 

Waa.. ini pertama kali aku mengambil gambar adik-adik yang nak jadi model. Rupanya senang kerja jurugambar apabila berhadapan dengan bakal-bakal model kerana mereka bijak dan tidak malu beraksi di depan kamera. Walau mereka masih baharu, tetapi mereka seolah-olah sudah profesional dan sudah tahu aksi yang mahu dilakukan. Jurugambar perlu sebut next...next...next...sahaja untuk mereka secara spontan menukar posing demi posing bagai sudah diajar. 

Hanya 4 orang photographer amatur yang hadir termasuk aku. Di sini aku dapat terjemahkan kembali skill aku mengambil gambar setelah begitu lama  aku tinggalkan. Kesempatan ini, kami photoghrapher amatur berpeluang berkongsi idea dan kemahiran. Di samping tu.. kami juga boleh bertukar-tukar peralatan kamera seperti flash dan lens untuk dicuba.  Belajar dengan photoghrapher amatur lebih mudah faham sebab level kita hampir sama. Satu lagi.. mereka tidak ego dan sombong. Kalau ada yang profesional.. biasanya mereka sombong dan suka menunjuk-nunjuk kemahiran, kehebatan dan peralatan mereka kepada photoghrapher yang amatur ( tetapi tidak semua).

Oklah.. tak nak sembang panjang-panjang, sekarang kita saksikan hasil pembelajaran aku sebagai seorang Photoghraper yang baharu nak berkecimpung dan masih mentah. Gambar-gambar ni aku tak edit sebab sudah yakin dan berpuas hati dengan hasilnya.. Walaupun aku tak guna peralatan tambahan seperti lighting, flash, dan payung tetapi hasilnya... bolee laaa.. bolee laaa... 






MODEL A ( FARRA )













 MODEL B ( SHASHA )










MODEL C ( SHAZREEN )






MODEL D ( SHEELA )





















































MODEL E ( SHIDAA )















MODEL F ( ZARIF & IZUE) Tema Hari Raya








Okeylah..cukuplah sebanyak ni gambar yang aku boleh upload. Ada banyak lagi gambar menarik,  tapi tak boleh buka sebab aku guna format RAW. Kena install software dahulu baharulah boleh buka. Ini baru permulaan.. mungkin kalau ada kelapangan, aku akan follow lagi sekali untuk ambik gambar orang kahwin outdoor. Segala-galanya PERCUMA sebab aku nak belajar dan mendalami skill.




Sekian terima kasih..

PHOTO OUTING FOR MODELLING ( EPISODE 2 )

TARIKH : 23 OGOS 2015
HARI :  AHAD
LOKASI : TAMAN TASIK PERMAISURI, CHERAS
MODEL : 3 ORANG
TEMA : CASUAL

MODEL A : LIYEA ( 21 TAHUN )

















MODEL B : HANEY ( 21 TAHUN )



























Sedang syok ambik gambar model.. tiba-tiba datang tiga orang promoter product pencuci muka untuk lelaki iaitu GATSBY. Dia bagi sample product kepada kami. Apa lagi.. Azhar terus tangkap jadi model. Kira minah tu jadi model bidang terjun on he sport sebab kena buli kat Azhar.. Ok gak.. dia pun dapat gambar yang cantik, kami dapat pose istimewa secara spontan daripada mereka.

3 orang promoter datang serah diri.. tup-tup kena paksa jadi model bidang terjun























Okeylah.. sampai sini dulu. Terima kasih model bidang terjun sebab memberi kerjasama dan sporting. Lain kali kalau aku keluar outing lagi.. sambung lagi kat bawah.






No comments:

Post a Comment