Wednesday 19 August 2015

BERBUDI KEPADA TANAH

Assalamualaikum...

Hari-hari minggu yang lepas, aku tidak banyak masa berkurung di rumah sebab banyak memenuhi jemputan raya jiran-jiran dan sahabat handai. (takdelah banyak sangat.. 5 hingga 6 buah je sehari) Minggu ni tamat sudah syawal, bermakna sudah tidak ada lagi majlis jamuan raya ataupun 'Open House'. Kesempatan ini bolehla aku terperap kat rumah sehari. Rehatkan fikiran dan minda serta memulihkan tenaga setelah semalam menghadiri beberapa buah rumah terbuka sedara, surau dan sahabat handai pada hari terakhir syawal.

Entri ni saja jer nak kongsi cerita. Lama sangat tak update blog, rasa rindu la pulak. Ceritalah apa ajer asal ada entri baharu. Hari ni nak cerita pasal Berbudi Kepada Tanah. Ye lah.. zaman kemelesetan ekonomi ni, kita mesti rajin berusaha untuk menstabilkan ekonomi kita sendiri.Buatlah apa sahaja asalkan dapat hasilnya. Orang rajin lebih berusaha, orang malas lebih berpeluk tubuh. Orang berusaha mengeluarkan product, orang berduit membeli product. Itu hukum dunia yang biasa terjadi di mana-mana.

Dulu.. masa dulu-dulu, kat depan rumah aku adalah tanah sekangkang kerengga. Akupun belilah satu anak pokok mangga tak tahu apa jenis kat Pasar Pagi Stadium Shah Alam. Harga RM10 sepokok. Alang-alang ada sedikit ruang, aku try laa letak anak mangga kot2 nak membesar dan berbuah. Tu pun terpaksa berkongsi dengan tiang eletrik.Tup..tup.. belum lagi pokok tu besar molek, dah keluarkan buah. Perghh.. hasil pertama tahun lepas, keluar dalam 10 biji. Oleh sebab buahnya terlalu rendah dengan tanah, budak-budak yang bermain-main kat tepi pokok tu telah petik buah tersebut. Hilang dua tiga biji di buang ke longkang. Dua bijik aku petik makan muda dan satu biji aku cencang taruk dalam budu.Namun begitu, sempat juga buah membesar dalam 4 biji yang kedudukannya tinggi sedikit. Dapatlaa rasa masak 2 biji, kemudian bahagi kat sedara 2 biji sama-sama rasa hasil pertama. Uikksss.. manisnya rasa. Buah mangga siku rupanya.. ingatkan mangga epal.

Tahun ni pokok tu berbuah lagi buat kali kedua. Ada laa lebih 2 biji daripada tahun lepas kuantiti buahnya. Pesan orang tua-tua.., kalau buah kayu kita bagi kat orang, akan berbuah lebat lagi lain kali. Aku pun bahagi-bahagilah kat jiran-jiran mana-mana yang bernasib baik sebab tak banyak. Harap-harap tahun depan lagi lebat berbuah, dan aku boleh kongsi dengan bukan sahaja jiran, bahkan kawan-kawan dan saudara mara.













Sekian sahaja cerita hamba.. terima kasih.. 

No comments:

Post a Comment