Monday 18 January 2016

MELAYAN HOBI BAHARU - BERBASIKAL


"Yakkkk... cikgu main sikal ko puloppp?" tegur kawan saya sebaik melihat saya memakai set lengkap berbasikal semasa saya mengelilingi taman perumahan dengan basikal yang baharu dibeli.




" Ho laa.. kawe termakan 'racun' saing boh " jawab saya bergurau

Siapa yang racun?

Ada laa 2 orang rakan sejawat iaitu Mattas dan Cikgu Mie yang juga masih agak junior berkecimpung dalam arena cycling. Asyik pujuk dan racun-racun pemikiran saya supaya ikut mereka berbaskal dan joint group mereka berbaskal ke merata tempat terutamanya di kawasan-kawasan litar off road yang berbukit dan mencabar kekuatan mental dan fizikal.

Balik dari tunai umrah hari tu, terus beli sebuah basikal dengan abang saya yang juga seorang otai berbaskal. Beli basikal dengan harga mampu milik dan mampu bayar, diberikan free gift jersi berbasikal 4 helai, sehelai seluar berbasikal, helmet, glove dan sarung lengan dua pasang.


Basikal baharu yang dibeli secara ansuran dan banyak dapat free gift




Ahad 3.1.2016

Mulakan tahun baharu dengan hobi baharu. Buat pertama kali dalam sejarah main beskal. Pergi ke rumah Mattas untuk menduduki ujian tahap 1 berbasikal. Dengan dibimbing oleh Mattas dan Cikgu Mie, saya dibawa ke litar kayuhan geli-geli santai berbasikal di belakang rumah Mattas kat Alam Budiman. Baru dua hari pegang handle basikal, sudah dibawa main off road. Perghhh.. termengah-mengah dibuatnya. Nasib baik berjaya melepasi beberapa halangan dan rintangan walau kadang-kadang terpaksa menyorong.


Kayuhan geli-geli apa benda ni Cikgu Miee..? mcm litar orang pro maen jer..


Ahhh!! dah tak mampu kayuh. Sorong dulu dua tiga step


Perghh.. penat gila. Semput dalam dada.


Lepas sorong kayuh semula..


Sampai tempat bahaya.. sorong balik.. Gila ah dia punya halangan untuk lepas stage 1

Jarak dalam 3 kilometer berbasikal di litar off road di dalam hutan, keluar ikut perumahan setinggan Indon kemudian masuk jalan raya. Sekarang baharulah kayuhan santai. Baharulah seronok sikit kita sebagai bigginer yang baharu saja kenal basikal.






ni baru betul rupa kayuhan santai geli-geli





Kayuh demi kayuh demi kayuh masuk hutan keluar hutan kemudian masuk bandar baharu kemudian masuk kampung ikut laluan Meru menggunakan lorong-lorong tikus di dalam kampung kemudian singgah pekena Mi Rebus Jawa dan air Tea Bunga Asam Boi. Tengok meter perjalanan, perghhh sedar tak sedar sudah 25 km berkayuh rupanya. Mattas kata lepas makan nak terus balik sebab masa dah hampir pukul 11 pagi. Saya pesan satu pinggan Mi Rebus Jawa kemudian habiskan 4 gelas air teh bunga asam boi.


Lepas penat berkayuh.. singgah warung jap kat Meru pekena Mi Rebus Jawa dengan air tea bunga asam boi


Tengah bersiap nak balik, terjumpa pula dengan geng berbaskal Mattas, dia ajak joint sekali ikut laluan kelapa sawit dan laluan Dragon Back Hill.. Perghhh... semput aku dibuatnya. Tibai makan dan minum banyak-banyak ingat nak terus balik, rupanya berkayuh ikut jalan off road dalam ladang kelapa sawit kemudian keluar ikut jalan raya yang berbukit-bukit. Nak termuntah kawe dibuatnya untuk melepasi kayuhan geli-geli level 1. Dalam kepala macam mana laa level 2 nanti.. tentu termuntah kawe kalu lagu ni... apapun, terima kasih Mattas dan Mie, sanggup tinggalkan berbasikal bersama group masing-masingh semata-mata nak guard kawe berkayuh dalam program yang di namakan " Mari Mengenal Basikal MTB ". Welcome to Joint Cycling MTB Group.


Perghhh.. Kayuhan geli-geli mari mengenal MTB.. sudah 37KM  jarak kayuhan.. tu belum sampai rumah lagi


 Ahad. 10.1.2016 ( Sesi kayuhan naik stage 2 )

Kalau tak kenal maka tak cinta.. sekali dah jatuh cinta tak nak curang rasanya.. ha..ha..ha.. itu falsafah yang paling tepat dengan aktiviti berbaskal. Dulu aku selalu kutuk abang aku sebab setiap minggu keluar ride.. berkayuh.. gateh.. jombori. Tup..tup, sekarang dah kena kat aku. Tuu masih belum punya group. Kalau dah ada group sat gi, beskal pulak tak kalah degan otai.. mau tak ada masa kat rumah setiap minggu.

Tak sabar rasanya aku tunggu tarikh keramat ni sebab Mattas & Cikgu Mie janji nak bawa aku untuk sesi naik ke stage 2 iaitu mendaki Bukit Ramlee dekat dengan Puncak Alam. Mie kata kalau lepas mendaki Bukit ni kira lulus dan boleh naik satu stage lagi.. Mie kata Bukit Ramlee ni agak sukar sebab tinggi dan menjadi pilihan utama otai-otai group berbasikal setiap hujung minggu. Tarikan utama Bukit Ramlee ialah Air Nenas Cincau dan Pau Nenas yang sungguh enak beserta nasi lemak.

Oleh sebab tahap kesukaran agak tinggi levelnya untuk mendaki Bukit Ramlee dengan beskal, so.. aku buat sedikit persediaan dengan membuat latihan ringan-ringan berkayuh setiap petang mengelilingi taman perumahan. Suatu hari semasa sedang berkayuh, aku terserempak dengan kawan aku yang sedang memancing. Terkejut dia tengok aku sudah menceburi bidang kayuhan beskal. Rupanya dia sudah lama punya basikal MTB ni cuma tak ada geng. Esok tu dia terus joint aku pusing-pusing dengan beskal. Batang pancing terus sangkut kat dinding. Dapat la aku seorang geng berbaskal di Taman Perumahan aku ni. Aku ajak Hasrol joint aku berkayuh mendaki Bukit Ramle pada hujung minggu. Dia setuju.


Ha..ha..ha.. Serol dah dapat geng. Aku juga dapat geng. Kami sama-sama berlatih untuk mendaki Bukit Ramlee

XPDC naik stage aku pada hari ini iaitu menawan Puncak Bukit Ramlee ditemani oleh beberapa orang Otai berpengalaman iaitu kawan-kawan Cikgu Mie. Hasrol yang baru pertama kali berkayuh long distance merupakan pengalaman pertama dan tentunya agak memenatkan. Aku juga menghadapi cabaran yang agak kritikal kerana pada malam itu aku mengalami cirit birit tahap 4 selepas makan gulai pelik kat tempat kenduri anak murid bini aku pada hari sabtu. Cikgu Mie hampir ubah laluan ke laluan mudah kerana tidak mahu aku pengsan mendaki Bukit Ramlee sebab aku dah banyak kehilangan tenaga dan air dalam badan kesan cirit birit. Tapi aku berkeras nak merasa juga mendaki Bukit Ramlee tidak kira walau apa yang bakal berlaku.




Dari tiga orang pada minggu lepas.. dah tambah seorang lagi jadi 4 orang pada minggu ni


Kawe dan Hasrol dengan susah payah dan mengerah sepenuh kudrat akhirnya berjaya juga menakluk Bukit Ramlee


Dua orang otai dibawa oleh Cikgu Mie untuk memantau dan memberi tunjuk ajar kepada aku dan Hasrol


Kalau penat berhenti dulu.. jangan push, takut pengsan. Pesan otai


sekali sekala nak kena sorong juga beskal kalau tak nak pancit.. 






Sampai di puncak, jumpa pula dengan beberapa orang geng lama yang juga baharu setahun jagung menceburi bidang Cycling


Mattas dan Cikgu Mie.. Jurulatih utama aktiviti berbasikal MatdinGunung
Kepuasan yang tidak terhingga.. dapat menakluk Puncak Bukit Ramlee dengan jayanya dan dapat minum air nenas special 



Nilah syurga utama kaki ngayuh yang menakluk puncak Bukit Ramlee.. Air Nenas Cincau Laici Segar. Tempat lain tak ada.. hanya di sini sahaja dan khusus untuk kaki-kaki gateh beskal yang berjaya sampai ke puncak Bukit Ramlee

Lebih kurang satu jam beriadah di Puncak Bukit Ramlee,akhirnya kami turun melalui satu jalan lain. Jalan off road yang agak mencabar, memerlukan skill dan sedikit kemahiran mengawal basikal agar tidak jatuh terhumban kerana laluannya yang agak curam, berbatu dan banyak lubang kesan hakisan air. Memang seronok berkayuh sambil turun bukit sebab kita tidak penat berkayuh, cuma perlu bijak imbang badan sahaja. Perghhhh... patut laa ramai yang tergila-gila akan aktiviti berbaskal ni.


Jalan ni dah kira paling elok


meluncur laju 


Speed 80km sejam dengan diguade oleh Mattas

Ahad 17 .1. 2016

Tarikh ni aku minta cuti daripada Mie dan Mattas sebab aku bercadang untuk pergi memancing bersama sahabat memancingku Mawar D di kelong Paradise Sungai Besar. Tetapi oleh sebab kosnya terlalu tinggi, aku kansel jer pergi memancing. So.. hari minggu ni tak tau nak buat apa. Nak ajak Mattas dan Mie berbaskal takut kacau mereka punya program sebab mereka juga bercadang akan mengikut kelab dia orang berkayuh.

Aku call Hasrol untuk keluar pusing-pusing di sekitar taman perumahanku dengan baskal sambil meneroka laluan baharu. Kebetulan Hasrol juga tak ke mana dan sudi bersamaku untuk berkayuh. Terasa rugi sekiranya tidak berkayuh seminggu sekali kerana setiap kali berkayuh badan jadi lebih cergas dan peluh keluar dengan banyak. Pagi ini cuaca sangat baik kerana agak redup. Sangat sesuai untuk aktiviti berbasikal.


Minat sudah mula berputik.. Call ajer terus datang
Dari rumah, aku kayuh ke kampung Lombong melalui jalan tepi sungai, kemudian sampai ke Jalan Kebun, Klang, seterusnya masuk ikut ladang kelapa sawit, keluar di Bukit Komandol Banting kemudian masuk lagi trek off road ikut bawah kabel eletrik sehingga ke hujung jalan. Di Hujung jalan ni ada paya yang luas dan sangat sesuai untuk aktiviti memancing. Jarak kayuhan aku kali ini lebih kurang 28 KM. Sepanjang perjalanan, aku terserempak dengan beberapa geng berbasikal yang tidak aku kenali. Mungkin mereka juga datangnya dari tempat aku.
Laluan yang agak sesuai untuk berkayuh
Cantik juga view tempat ni.. 


Saujana mata memandang, tenang kepala fikiran


Best jugak berkayuh ni.. memang best


Boleh tahan view kat kampung aku ni..


Ambik peluang untuk posing di fly over ke kampung Bukit Komandol, Banting. Kawasan penempatan orang asli. Banyak tasek di kawasan ini untuk aktiviti memancing


Laluan off road pun cun jugak


Laluan ikut bawah kabel eletrik dan di tepi parit air


Sekali terjumpa lubuk memancing daa..


Sambil berehat.. sambil posing
tak sangka la pulak.. rupanya di kawasan perumahan aku banyak kawasan yang sungguh cantik dan sesuai menjadi laluan untuk berbasikal. Ada laluan on road dan off road. Ada tasik, ada lombong, ada sungai, ada paya, ada ladang kelapa sawit dan ada hutan. Ladang teh pun ada. 

Sampai sini saja entri berbasikal aku.. gabung 3 aktiviti berbasikal dalam satu entri. Semoga aktiviti ini memberi manfaat terhadap kesihatanku dan aku menjadi lebih cergas. Kebetulan, tabiat merokokku juga sangat-sangat kurang selepas terjebak dengan aktiviti berbasikal ni. Cuma sekali sekala saja merokok dalam seminggu. Tak sampai 5 batang pun aku merokok seminggu.

Masa aku pergi untuk tambah eksesori basikalku kat kedai basikal belakang rumahku,brader pemilik kedai tu offer aku joint group dia. Group dia katanya ramai yang otai dan aktif berkayuh. Ada group yang berkayuh malam, ada yang aktif main bukit dan ada juga yang jenis kaki jombori. Eh tak mahu lah aku. Terasa sangat kerdilnya diriku joint club otai-otai. Lagipun aku berasa rendah diri sebab basikal aku sangat murah berbanding dengan basikal mereka ada yang mencecah belasan ribu ringgit. Biarlah aku bergerak sendiri sebagai begginer. Bila aku sudah mahir, basikal aku juga sudah diupgrade kaw-kaw.. In Shaa Allah, aku akan joint jua kelab MTB kat kawasan perumahan aku tu.. 

Sekian dahulu celoteh daripada kawe.. Assalamualaikum


 Test drive basika no 3 kepunyaan abang aku.. boleh tahan. Harganya pun boleh tahan
* kredit untuk Cikgu Mie kerana banyak gambar yg dimuatkan dalam entri ni disedut daripada kamera telefon bimbitnya.
Gambar daripada En Wan Hasrol juga ada beberapa belas keping. Terima kasih semua

5 comments: