Friday 12 February 2016

RE-UNION : MAJLIS RAMAH MESRA JALINAN KASIH ( EDISI 3 )

Assalamualaikum.. 

Tanggal 10 Februari 2016, bersempena dengan cuti raya cina, sekali lagi diadakan Majlis Re-Union bekas-bekas pelajar SMBG tahun 1985-1989. Majlis ini walaupun nampak simple tetapi agak meriah. Ramai juga laa yang hadir walaupun lebih ramai yang tidak dapat hadir akibat kekangan masa dan tugas. Walau bagaimanapun, hal ini tidak menjadi masalah. Majlis tetap meriah. 

Penganjur bertungkus lumus menyediakan juadah. Pelbagai makanan disediakan dan ada juga makanan yang disumbangkan oleh rakan-rakan. Terima kasih Cikgu Din Yas kerana menyediakan tempat yang selesa dan menaja seekor Kambing Golek. Budi baikmu kami kenang he..he... Anuawa sponsor air Tuak Nipah terus dibawa datang dari Kedah. Memang lazat dan segar airnya.. Rizalman ( BOB ) sebagai floor manager turut menyumbang Tapai Beras Pulut. Nauzi, seorang pakar masak.. turut menyediakan Nasi Arab yang lazat. di samping itu, ramai juga yang menyediakan kuih muih tradisional sebagai pencuci mulut. Pendek kata, makanan lebih banyak daripada ahli yang hadir.

Re-Union pada kali ini turut dimeriahkan dengan tempahan baju khas. Baju design MatdinGunung mendapat permintaan yang sungguh mengalakkan walaupun ada dalam kalangan rakan-rakan yang memang tidak boleh hadir.. namun baju tetap ditempah untuk dijadikan souvienier. Tak ingin aku karang ayat panjang-panjang, cukuplah setakat ini sahaja ulasan untuk dimuatkan dalam Blog ini. Jom kita layan gambar-gambar kemeriahan Majlis Re-Union X-SMBG 1985-1989 edisi 3.

MAJLIS RE-UNION X-SMBG 85-89  EDISI 3


Meriah.. tetap meriah walau 60% tak dapat hadir




Ada yang sudah hampir 26 tahun tak jumpa. Tamat jer ting 5, terus tak jumpa-jumpa

Bertanya khabar





Nasi Arab yang disediakan oleh Chef Nauzi

Nauzi dan Norlema

Asst Floor Manager, sedng memerhatikan anak-anak buah

Santai..

Selamat Bersua Kembali setelah 26 tahun terpisah

Geli hati Izani bercerita tentang kisah-kisah zaman cinta monyet dulu

Izani.. antara orang yang namanya femes dalam bilik disiplin masa sekolah dulu. 

Cikgu Din Yas dan Bob


Sanusi & Cikgu Din Yas

Cikgu Din Gunung & Cikgu Din Yas dua tahun dalam kelas yang sama 88 hingga 89

Makan tapai pulut sumbangan Bob

Gelihati Nurul..

Geng-geng perempuan bergambar kenangan dengan Asmadi Piccaso ( Master Chef )



Madi Kilat & Mukis



BOB aber kawase KLANG

Rizalman ( Floor Manager )

Denna, playboy zaman skoloh

Nusi.. 

Tok 6


Syukri..

Mejie Mat ( orang kanan Jani Kuba )

Meger masa zaman skolah

Asri Megat




Jani Kuba - nama yang paling glamour dalam kalangan guru 

Cikgu Din Yas - sudah jadi usahawan berjaya


Wari - Pengusaha kedai makan nasi campur terkenal di syeksyen 7 Shah Alam

Majlis Tamat pada pukul 2 petang. Sebagai acara akhir, aktiviti bergambar bersama-sama telah diadakan untuk dijadikan kenangan


Rakan-rakan perempuan yang hadir










Rakan-rakan lelaki yang hadir


Oklah, sampai sini dulu yang dapat saya coretkan untuk kenangan. Selepas ini akan diadakan pula KEJOHANAN BOLING UKHWAH yang akan diadakan di Piraymid Megalaness, Sunway Piramid pada 10 APRIL 2016 jam 9.30 Pagi. Acara yang bakal diadakan ini dijangka lebih meriah dan lebih santai dengan dihadiri oleh lebih ramai rakan-rakan terutamanya yang menetap di sekitar Lembah Klang. Semoga hubungan Ukhwah sesama kita terus utuh dan tidak putus sampai bila-bila selari dengan kata-kata hikmat ciptaan Matdingunung pada bahagian belakang baju Re-Union "PERSAHABATAN YANG ERAT, AKRAB HINGGA KE AKHIR HAYAT"

ASSALAMUALAIKUM..

1 comment: