Tuesday 23 February 2016

AKTIVITI BERBASIKAL - EPISODE 2


Selang seminggu, aktiviti berbasikal ni mesti kita jalankan. Kayuhlah walau ke mana-mana tanpa hala tuju pun, janji stamina berbasikal tidak terpadam. Kalau lama tidak berbasikal, tup..tupp.. ikut geng-geng menyertai XPDC berbasikal sama ada on road atau off road, semput temengah-mengah dibuatnya. Ada kalanya boleh pitam. Lebih dashyat, kita boleh rebah. Oleh sebab itu, aktiviti riadah ini harus dilakukan selalu agar kesihatan kita sentiasa terjamin lebih-lebih lagi sekiranya umur kita semakin meningkat. 

Lebih manis sekiranya kita pelbagaikan hobi dan aktiviti riadah kita, bukan hanya fokus kepada satu bidang saja. Macam aku, aktiviti beriadah aku bukan saja berbasikal, bahkan ada main badminton, ada main futsal, setiap pagi ahad berbasikal, adakalanya keluar ngeteh dengan kawan-kawan. Hari sabtu pegi mancing atau menjaring ikan.. Hiburan pun nak juga, ada kalanya hari sabtu malam ahad aku ikut kawan pergi tempat dia treninng atau show Dikir Barat. Kerohanian juga perlu, waktu maghrib dan Isyak kita berjemaah kat surau atau masjid. bawa sekali anak-anak dan isteri dengar ceramah agama yang pihak masjid atau surau anjurkan. Pendek kata pelbagai aktiviti sosial, riadah, kerohanian dan sukan aku sertai. Hidup sentiasa ceria, badan sentiasa sihat. Kerja-kerja yang berkaitan dengan tugas, settle di tempat bertugas. Tak payah bawa balik kat rumah.


Ahad 7 Februari 2016 (XPDC BERBASIKAL KE SAKAI LAGOON )

Aku, Mie dan Tasnim telah berkayuh ke Sakai Lagoon di Kuang, Kepong. Best jugak berkayuh kat situ.Kayuhan santai ini melalui ladang kelapa sawit, kuari, sugai dan perkampungan orang Asli seterusnya berakhir di air terjun yang sejuk lagi nyaman. Bebas daripada hiruk pikuk kesesakan dan kesibukan jalan raya serta pencemaran. Hutan yang terjaga dan belum diteroka membekalkan banyak oksigen. Penat-penat berkayuh, terus berendam dalam air yang sejuk dan jernih itu.. perghhhh... serta merta badan jadi segar dan kembali bertenaga. Sesiapa yang kaki kayuh sikal, memang tidak lengkap kalau masih belum sampai kat sana.. Jom kita saksikan gambar-gambar kayuhanku pada hari tersebut..


Persiapan perlu dilakukan sebelum memulakan kayuhan


Adventure.. meredah sungai


Off  Road melalui aliran sungai yang panjang amat mencabar


Masuk laluan denai dan hutan


Ikut laluan kuari


Redah laluan dalam ladang kelapa sawit


Jumpa air terjun yang bersih, jernih dan menyegarkan.. terus mandi


Serta merta tubuh yang kepenatan.. kembali bertenaga dan menyegarkan


Bersama Celebriti TV3, En Zainal Misteri Nusantara yang sama-sama berbasikal dan beriadah di Sakai Lagoon


Ahad 21 Februari 2016 - KAYUHAN KE BUKIT RAMLEE

Aku, Mie, Tasnim, Wan Hasrol dan beberapa orang geng berbasikal Tasnim sekali lagi berkayuh ke Bukit Ramlee.. Tarikan utama ke Bukit Ramlee tidak lain tidak bukan ialah untuk menikmati Air Cincau Laici Nenas gelas Jumbo dan Pau Nenas yang enak, makanan dan minuman special yang tidak ada di tempat-tempat lain dan turut menjadi 'Syurga" kaki-kaki pengayuh basikal di sekitar Lembah Klang. Kami bergerak ke Bukit Ramli seawal jam 8.30 pagi melalui trek off road Nurseri yang berbukit-bukit dan berbatu-batu serta berlopak-lopak. Berbeza debgab trek naik yang aku first pergi aritu, trek kali ni begitu mencabar dan sangat memerlukan stamina, kemahiran mengawal basikal dan kekuatan mental. Oleh sebab aku lama tidak berkayuh, menyebabkan aku memerlukan masa rehat yang agak lama semasa berhenti rehat untuk memulihkan tenaga yang banyak hilang. Lagipun, ada dalam kalangan ahli dalam kumpulanku ini yang umurnya sudah mencecah 52 dan 53 tahun. Tetapi mempunyai semangat yang kental untuk sampai ke destinasi untuk menikmati air Nenas Cincau di Puncak Bukit Ramlee. Jom kita layan gambar-gambar kayuhan ke Puncak Bukit Ramlee. Sesiapa yang kaki kayuh basikal, kalau belum sampai ke sini anda masih belum betul-betul otai lagi.. 




Laluan off road yang berbatu-batu


Hati-hati Nim.. jatuh ko nanti.. alamatnya gantung ko punya beskal


Rehat jap kat pondok menunggu durian


Laluan Kebun Nenas


Berselfie untuk kenangan


Sampai juga akhirnya ke Puncak setelah berpenat lelah berkayuh


Apa lagi.. Pau Nenas dengan Air Cincau Nenas Laici Speciel laa jadi menu utama


Air Cincau Nenas Laici Specel yang menjadi kegilaan kaki kayuh yang sanggup memerah keringat untuk sampai ke Puncak Bukit Ramle


Perghhh... nikmatnya tak terkata. Hanya mereka yang pernah menikmatinya sahaja yang tahu betapa nikmatnya menikmati air nenas Bukit Ramli

Oklah.. sampai sini dulu. Nanti saya sambung satu lagi aktiviti berbasikal yang akan saya sertai minggu ni.. sekian terima kasih. Terima Kasih Mie sebab bekalkan gambar yang cantik-cantik..





No comments:

Post a Comment