Thursday 16 June 2016

ANDAINYA KEBUN INI AKU YANG MILIKI..

Seronoknya orang yang mempunyai dusun buah-buahan dekat-dekat sini.. hujung-hujung minggu boleh juga bertandang untuk menghilangkan stress di tempat kerja sambil beriadah. Boleh ajak family atau kawan-kawan untuk bersosial. Sambil-sambil bersantai sembang-sembang.. sambil-sambil makan hasil dusun. ada pula kolam.. ada pula sungai yang airnya dingin lagi jernih.. perghhh.. bolehlah anak-anak lepaskan nafsu main air sungai. tentu mereka seronok tak terkata.. kita pun senang hati nengoknya.. sambil tunggu anak-anak main air, kita boleh masak-masak. Anak-anak lepas main air, tentu lapar kan.. mesti mintak makanan. Kalau pergi kat Gambang atau Bayou Resort atau Sunwa Lagoon.. lepas anak-anak main air mereka tentu minta itu ini nak makan.. terpaksalah kita yang kena beli. Bukan murah pulak tuh.. maggi bodoh pun cecah rm5.50 satu cup. nasi lemak kat Sunway Lagoon cecah Rm 13.00 semangkuk polestrin. Dah la masuk kena bayar mahal.. makan pulak mahal.. nak bawa bekal dari rumah, tak dikasinya. Kalau yang jenis orang have-have tak mengapa.. tapi kalau setakat kelas sederhana.. pokai dibuatnya sekali sekala turun melayan anak-anak.

Senang cerita.. bawa jer anak-anak main air ke tempat yang percuma. makanan boleh bawa dari rumah. Seronok lebih kurang ajae cuma tak berapa nak gah sebab tak ada pancuran air dan gelungsur. Kat kebun lebih tenang dan damai. Masak-masak sini.. makan-makan sini lebih berselera daripada makan kat hotel 5 bintang. tak bercampur dengan orang ramai yang pelbagai ragam.


Dusun yang lengkap dengan stor penyimpanan barang, tandas dan bilik mandi serta Gazebo


Dusun yang dibarisi pokok-pokok durian baka baik


Dusun yang bersih dan terjaga


Pelbagai jenis pokok buah-buahan terdapat dalam kawasan dusun ini


Pokok durian yang renek dan lebat buahnya


Pokok-pokok dokong, jering, pulasan, rambutan, nangka, kelapa pandan dan sebagainya terdapat dalam dusun yang luasnya 2 ekar ini

Dusun-dusun yang luas, cantik dan bersih ini bukan kepunyaanku tetapi kepunyaan kenalan. Tak apalah, bukan milik kita pun tidak mengapa kerana tuan punya dusun ni baik hati orangnya. Sentiasa mengalu-alukan kenalannya bertamu di sini untuk menikmati hasilnya. Makanlah sepuasnya selagi berdaya kerana rezeki Allah ini bukan untuk seorang sahaja..hahaha..


Makan dik... jangan tak makan.. makan sampai kenyang.. tuan kebun belanja


kita kopek semua hasil yang kita dapat pada hari ini


tak kisah apa jenis dan nama durian ni.. belasah ajer.. kalau tak sedap, kita jadikan tempoyak


Fadhil dan Pojan melayan budak-budak makan


Makanlah sepuasnyaaa...
Keprihatinan tuan dusun untuk menggalakkan tetamu datang membawa family sekali, maka tuan dusun turut menyediakan kemudahan buaian untuk anak-anak bermain. Seronoknya budak-budak datang sebab pelbagai facilities ada.. tempat juga selesa.













 
Selepas puas bermain-main dengan buaian..moh kita pegi mancing di kolam yang di dalamnya dihuni oleh pelbagi jenis spesis ikan untuk dibuat lauk. Sekejap lagi kita nak mandi sungai puas-puas. lepas mandi tentu lapar nasi.. jadi kita kena tangkap ikan dulu untuk dibuat lauk..jom kita pi mancing atau menjaring duluu..


Sampan lama sangat tak digunakan.. terpaksa timba air dulu yang dipenuhi dengan air hujan




Pojan sebagai pengemudinyaa


Bergerak meneuju ke sasaran untuk turunkan jaring


Fadhil ditemani anak-anak berusaha untuk menaikkan haruan yang begitu banyak menghuni kolam ini




Athir mempunyai skill memancing yang diwarisi daripada ayahnya
 Hasil memancing.. dapatlaa beberapa ekor ikan. Bolehlah untuk dibuat lauk lepas ni. Gembira tak terkata anak-anak setelah berjaya menaikkan beberapa ekor ikan yang terdapat dalam kilam tersebut. Selepas memancing.. badan berpeluh dan berbau. Suhu juga agak membahang. pa kata kita pegi mandi. Tapi.. bukan mandi di pili air.. tetapi mandi sungai yang jernih mengalir dari bukit berdekatan membelah kebun tersebut. Perghhhh.. jom mandi sungai.


Mandilah anak-anak sepuas-puasnya.. tak berbayar sesenpun












Jernih sungguh airnya.. sedikitpun tak tercemar






Nampak jelas ikan-ikan berkejaran dicelah-celah batu




Perghhh.. romantik betul budak dua orang ni










Main-main buat istana batu




 Anak-anak mandi.. ibu bapa pula sibuk menyiapkan makanan untuk anak-anak. Lepas mandi nanti sudah tentu anak-anak lapar nasi. Makan kat rumah tak best.. makan kat dusun la best.. lauk ikan fresh hasil yang ditangkap sendiri.


Hasil tangkapan menggunakan jaring



Tak banyak sangat.. tapi cukup untuk satu kumpulan



antara ikan-ikan yang berjaya dibawa naik dari kolam untuk dijadikan lauk makan tengahari

Edy bersama isterinya saling membantu menyiapkan lauk untuk anak-anak makan lepas penat bermain air nanti




Saling bekerjasama bagai aur dengan tebing




masing-masing ada tugas yang hendak dilakukan


Ikhtiar hidup.. pemanggang ikan dibuat daripada buluh






Perghh..Pojan dan Zafir  bakar ikan. Sedap tuuu


Cincang putik mangga untuk dimasukkan dalam BUDU. Mangga pun dipetik dari pokok yang terdapat dalam kebun
Hasil dari dusun

Tak laa lebat sangat buahnya.. tapi cukuplaa untuk satu kumpulan

Mangga muda untuk dimasukkan ke dalam BUDU.. juga ada beberapa pokok ditanam dalam dusun ini




Sambil tunggu anak-anak puas main air.. ibu bapa bersembang-sembang dulu





Setelah anak-anak puas bermain air mandi sungai.. seorang demi seorang mula naik minta nasi sebab dah lapar.. Okey... jom kita hidangkan nasi.. kita makan sama-sama. Mesti selera tahap gaban makan di kebun.


Ibu-ibu menghidangkan nasi untuk anak-anak yang kelaparan

Ni jer lauknya.. tapi tentu menyelerakan


Makan ramai-ramai macam ni memang terbaekkk laaa.. seperiuk nasi kejap jeee



Simple jer lauknyaaa.. tapi, kenikmatannya menewaskan kelazatan hidangan hotel 5 bintang



Selera betul anak-anak kami makan.. asyik bertambah nasi sahaja



  Setelah makan, kami pergi angkat jaring. Dalam perjalanan angkat jaring, dongak ke atas pokok nangka.. wah banyak bauh nangka yang sudah masak.. apa lagi, Pojan panjat ambik buahnya kemudian belah untuk dijadikan pencucui mulut selepas makan.
Pojan, Fadhil dan Zafir berbangga dengan buah tangan masing-masing. Semuanya diambil dari Dusun ini


Nangka Madu dan Cempedak Nangka.. terus diperisi untuk dimakan sebagai pencuci mulut selepas makan

Sebelum balik ke Kuala Lumpur.. kami bergambar dahulu di kebun Fadhil punya BOSS untuk kenangan. Fadhil kata ada banyak lagi buah-buah yang akan gugur.. jadi kena datang beberapaa round lagi.. jangan takut.. boss dia izinkan sebab hubungan Fadhil dengan Bossnya bagai isi dengan kuku.. kacik molep..


Bergambar kenangan dengan pokok durian Musang King yang baharu ditanam




Ok.. cerita tamat kat sini.. sebab dah nak berbuka. Terima Kasih sebab sudi membacanya.. Sekian. Assalamualaikummm

2 comments:

  1. Kawe bc cerito ni sp xleh nk kato apo. Nk jerit pun ado, best sgt2 suasana gini. Mano ni bae?

    ReplyDelete
  2. Di Tanjung Malim boh.. kebun bos saing jah.. tapi bereh.. buleh retoh wak srupo kebun sdiri hahaha..

    ReplyDelete