Wednesday 13 July 2016

MERIAHNYA RAYA..

Assalamualaikum...

Tahun ini adalah tahun kedua aku beraya tanpa ibu.. Raya tanpa ibu tidak seindah beraya dengan adanya beliau di sisi.. semangat untuk pulang raya sudah sedikit luntur kerana kita tak tahu nak balik di rumah siapa.. nak balik ke rumah pusaka tak ada orang. Takkanlah hanya keluarga kita sahaja.. tak best raya mcm tu. Pentingnya kita ada ibu bapa dan sungguh beruntung sape-sape yang masih punyai ibu bapa. Semangat nak balik raya memang tinggi walau kita sudah tahu bakal berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang amat luar biasa..  bila sampai rumah.. seronok lihat muka ibu ayah yang berseri menyambut kepulangan kita dan cucu-cucunya.. tentu ibu kita akan masak apa yang terdetik di hati kita masakan kegemaran kita kan? kesempatan berbuka dan bersahur bersama keluarga induk sementara tibanya hari raya, tentu begitu menyeronokkan dan menyelerakan.. banyak makanan yang membuka selera kita pakat-pakat sediakan semasa berbuka. Masa ni duit tentu masih banyak, dan kita tidak sayang untuk beli juadah dan kuih muih yang lazat-lazat. Kalau di Kelantan, kuih Akok menjadi kegemaran dan yang pastinya gerai jual akok yang femes tempat kita tuju walau terpaksa beratur panjang untuk mendapatkannya. Kuih Jala Mas, Kuih Buah Tanjung, Kuih Taik Itik juga menjadi buruan. Murtabak Raja juga menjadi menu idaman untuk dimakan selepas waktu berbuka. Air tuak original yang tidak dicampur juga menjadi buruan para penggemar selain air tebu. Selain tu.. kaki, lidah, bibir, hidung, perut muda, perut tuala, perut kitab dan kuku lembu menjadi makanan eksotik  yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan perantau. Gulai kawah, kerutuk itik dan pelbagai makanan tradisional menjadi menu utama berbuka. Pendek kata, apabila teringat keseronokan ibu, ayah dan adik beradik menunggu ketibaan kita dari perantauan, memainkan lagu-lagu raya yang evegreen sepanjang perjalanan pulang memang mengujakan ditambah dengan makanan yang lazat-lazat  terbayang-bayang di mata.. perghhh.. membuatkan kita berasa tidak sabar untuk pulang beraya di kampung dan amat liat untuk berangkat pulang ke bandar selepas tamat cuti hari raya.
 
 Tapi itu semua sudah menjadi kenangan indah buatku.. aku tidak lagi dapat merasai kenikmatan begini. Walau rindu untuk merasainya lebih-lebih lagi apabila mendengar lagu Dendang Perantau, Balik Kampung, Pulanglah Di Hari Raya, Selamat Hari Raya dan sebagainya.. tetapi itu semua kenangan yang mengamit nostalgia lalu.. tak ada apa-apa makna lagi. Balik beraya tapi tak tahu nak tinggal di rumah siapa.. rumah kakak mana yang hendak dituju.. rumah pusaka dah nak runtuh tak terjaga.. rumah kakak pun, anak-anak dia dah besar panjang dan ramai yang dah berkeluarga. Tu lah puncanya keseronokan beraya seakan tidak beerti lagi buatku.. kena tunggu aku menjadi datuk kot baharu timbul perasaan seronok pula tapi anak sulung aku baharu 16 tahun..lambat lagilahh.. sekarang ni akupun tidak mengharapkan cuti perayaan yang terlalu panjang.. cukuplah beberapa hari sahaja. Kalau dulu.. bagi sebulan cuti pun tak cukup. Itulah nasib sekiranya kita sudah tidak punyai ibu dan ayah. Memang beruntung orang yang masih mempunyai keduanya kerana hari raya boleh disambut dengan meriah..



























8 comments:

  1. Salam perbaiki lagi rumah pusaka. Bila kedapatan balik tidur weekend..supaya diri masih ada pertalian dengan kenangan yg cantik.
    Dan anak anak tidak lupa asal usul. Kalau dibiar kan..anak anak tidak begitu terasa memori di rumah kampung..
    Makin mereka jauh dari kenangan and adat resam asal.
    Kalau dapat balik dua bulan sekali tak pun 3 bulan sekali untuk weekend yang panjang sudah cantik.
    Semuanya perlukan effort.
    Tidak guna di keluh kesah kalau ianya nya ayat semata.
    Saudara masih mempunyai talian di rumah pusaka.. Masih boleh menjengah.. Masih boleh di pantau dari semakin usang..
    Perbaiki sedikit sedikit cat sedikit sedikit.. bila kedapatan... lama lama rasa.macam holiday chalet..

    ReplyDelete
  2. Lagi satu..Jika sedar buat ini satu tradisi.. sekurang nya anak dapat membesar merasai bermalam berkumpul dan melepak bia balik kampung rumah ibu. Dan ianya akan menjadi kenangan... lagi lagi ada aktiviti petik buah makan buah.. tidur rumah kampung dan sebagainya.
    Kalau di England ini orang putih telah mula berpindah keluar bandar duduk di kampung untu anak anak membesar.
    Yg kaya beli second home jauh di luar bandar...Untuk balik di hari minggu.
    Mereka akan melakukan aktiviti luar bandar. .jalan naik basikal..panjat bukit.. memancing musim panas panjat pokok petik buah memasak di luar. .guna dapur kayu.. Yang sekarang sgt mahal dipanggil aga.
    Back to basic. So petang Jumaat lepas kerja drive sejauh dari London ke Devon atau London to Norfolk or sussex . Atau Cornwall. Membelah traffic jam yg sgt lah teruk. Balik semula ke London mlm ahad
    Anaku di siapkan homework di rumah weekend.
    Mereka berhabis duit untuk second mortgage untuk merasakan kedamaian di kampung dan untuk anakita anak.

    Jika orang putih orng barat boleh buat..kenapa tidak orang Melayu. Orang Melayu suka ikut orang barat.. tapi yang betul betul conservING the old ways orang Melayu tak ikut.
    Anyway Bro...jgn marah.. but rumah ibu letak tv. Radio. Ok apa. Elok pasangkan timer murah pasang lampu di dalam satu dan di depan satu.
    Buka dari maghrib sampai ke ishak. Lampu luar kat porch keliling pasangkan timer. Dan pasang sensor di belakang dan tepi.
    Kurang Le orang mengopakkan. Dan Electric pun tak semahal harga 3kotak rokok sebulan.
    Bila sampai rumah tidak rasa.terbiar.
    Sebelum balik sapu dan tutup dan selimutkan sofa dan tilam bantal.

    Semoga bro consider this.

    Sayang dengar rumah terbiar.. kalau balik sebulan sekali... kalau dapat boleh menebas..kebun. anak anak pun dapat merasa ada pertalian dengan kampung.. tolong menebas
    Bila musim.buah dapat mereka merasakan.
    Walau hidup di kota tak de tanah dan pokok.. bila bro buat cam ni anak anak akan lebih menghargai masa bersama keluarga. Masa mereka masih kecil esok dah besar jarang dapat.

    ReplyDelete
  3. Maaf bukan anak kita. It meant anak anak. Auto text ni..Bila sent dia tukar sendiri. Ayat.
    Anyway..kalau selalu balik kampung.. rasa kesedihan. Tu akan pergi tapi rasa sayang pada kenangan dan menjaga pusaka lagi kuat.
    Kalau di klinik kita asik activry berbasikal etc.. Apa salahnya buat activity di kampung. Menebas.. tanam pokok..trim rumput eetc..cat rumah. Cycle locally.
    Memancing.. bbq anak beranak dan adik beradik.
    Sebulan sekali..bertolak.terus lepas.kerja. so semua kena tolong juga. Cuci baju dan harian pada jari rabu Khamis. Basuh dan jemur. Kurangnya mlm Jumaat dah kering boleh lipat dan gosok.masa semua yg besar kena hands on deck termasuklah u bro.sapu mop lantai hari.Khamis. mlm Jumaat dah boleh Load beg baju..keperluan utk balik kg dalam boot. Lepas kerja ambil anak isteri. Terus bertolak.
    Sabtu boleh clear keliling rumah menebas etc. Mlm berehat. Balik bertolak lagi ahad lepas zohor.
    Mula rasa penat.. tapi kalau teratur planning..inshaallah boleh..lama lama rasa seronok.
    Lagi satu orang putih saya tengok mereka sgt bagus planning esp yg ada dua rumah ni.mereka akan .minta cuti lebih sehari bila ada cuti peristiwa or public holidays. So mereka balik kampung lah.
    Kemudian hidup seperti orang local lagi. Kemudian mereka merindui rumah keduaereka.padahal mereka duduk di kawasan mahal Chelsea. Tapi tak de pokok tak de sheep kambing..tak de. Suasana kampung..
    Mereka tinggal di kawasan bandar Central sbb kerja dan anak anak bersekolah di sekolah yg top ...
    ACTUALLY .katanya
    .bila mereka balik weekend the effort tu memang penting. .tapi selepas seketika mereka merasakan stress harian bekerja dan stress di kota dapat dibalance.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Lagi satu..Jika sedar buat ini satu tradisi.. sekurang nya anak dapat membesar merasai bermalam berkumpul dan melepak bia balik kampung rumah ibu. Dan ianya akan menjadi kenangan... lagi lagi ada aktiviti petik buah makan buah.. tidur rumah kampung dan sebagainya.
    Kalau di England ini orang putih telah mula berpindah keluar bandar duduk di kampung untu anak anak membesar.
    Yg kaya beli second home jauh di luar bandar...Untuk balik di hari minggu.
    Mereka akan melakukan aktiviti luar bandar. .jalan naik basikal..panjat bukit.. memancing musim panas panjat pokok petik buah memasak di luar. .guna dapur kayu.. Yang sekarang sgt mahal dipanggil aga.
    Back to basic. So petang Jumaat lepas kerja drive sejauh dari London ke Devon atau London to Norfolk or sussex . Atau Cornwall. Membelah traffic jam yg sgt lah teruk. Balik semula ke London mlm ahad
    Anaku di siapkan homework di rumah weekend.
    Mereka berhabis duit untuk second mortgage untuk merasakan kedamaian di kampung dan untuk anakita anak.

    Jika orang putih orng barat boleh buat..kenapa tidak orang Melayu. Orang Melayu suka ikut orang barat.. tapi yang betul betul conservING the old ways orang Melayu tak ikut.
    Anyway Bro...jgn marah.. but rumah ibu letak tv. Radio. Ok apa. Elok pasangkan timer murah pasang lampu di dalam satu dan di depan satu.
    Buka dari maghrib sampai ke ishak. Lampu luar kat porch keliling pasangkan timer. Dan pasang sensor di belakang dan tepi.
    Kurang Le orang mengopakkan. Dan Electric pun tak semahal harga 3kotak rokok sebulan.
    Bila sampai rumah tidak rasa.terbiar.
    Sebelum balik sapu dan tutup dan selimutkan sofa dan tilam bantal.

    Semoga bro consider this.

    Sayang dengar rumah terbiar.. kalau balik sebulan sekali... kalau dapat boleh menebas..kebun. anak anak pun dapat merasa ada pertalian dengan kampung.. tolong menebas
    Bila musim.buah dapat mereka merasakan.
    Walau hidup di kota tak de tanah dan pokok.. bila bro buat cam ni anak anak akan lebih menghargai masa bersama keluarga. Masa mereka masih kecil esok dah besar jarang dapat.

    ReplyDelete
  6. http://www.telegraph.co.uk/sponsored/finance/your-bank/11768030/buying-second-home.html

    Actually kalau rumah pusaka ni terjaga..anak anak dah besar mereka akan merindukan rumah ni..Dan looking forward to spend time bila stress dari kerja.
    Lagi satu bila niat yang baik ..inshaalkah..bak kata omputih you tried you put the effort ..the rest God speed.
    Bila balik kampung ada rasa sense of belonging pada asal usul dan pertalian saudara pada kampung dan anak anak pun akan turut rasa sedemikian bila mereka di rantauan. Bila balik berkebun tu..kurang kurangnya bila bro about to pencen...anak anak akan dapat merasa hasil. Cucu cicit dan sedar mara... Juga. . Pahala yang tidak terhenti henti..Dan jariah nya yang tak putus.
    Arwah ibu bapa pon dapat lagi tempiasnya.. Jika ianya memberi hasil kepada sesiapa saja.

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Untuk lampu di dalam rumah pasang timer di dapur ruang tamu dan bilik tidur..
    Toksa lama..Dari maghrib sampai lepas kan isyak pukul 10mlm. Bila balik boleh aja override timer ni. Kalau nak pasang radio pun ok aja..yg transistor tu..
    *24 HOURS PROGRAMME TIMER PLUG^ 3000W PROGRAMMABLE AUTO ON OFF SWITCH
    Rm19.00




    Kalau lampu porch luar pasang je lampu mcm di bawah. .motion sensor. Orang lalu je nyalagi lagi lampu. Pasang kasi tinggi orang tak boleh capai atau jolok dan galah.


    http://www.lazada.com.my/1x-20w-slim-pir-led-spot-floodlight-outdoor-garden-light-lampmotion-sensor-ip65-7101765.html

    Yang ni tak boleh override.
    So tak de lah orang nak pecah masuk atau budak dah masuk. Tak pun orang buat setinggan. Sayang rumah

    Dulu kenangan di kampung saya masa kecil Best. Tiap tiap minggu balik kampung.
    Arwah mak draw savings lagi buat rumah besarkan rumah kampung. Tapi kami duduk negeri lain. Tapi adalah ahli keluarga yg tamak and nenek buat perangai tabiat dia.. dah tak pasal kami sekeluarga dihalau pergi oleh adik mak. So.. lepas tu kamu tak de lagi balik ke kampung..lepas tu.. balik sejam je salam nenek masa dia hidup. Lepas tu kami tak balik. Kami duduk government house. Tak lama sengkek.
    .then we have our own house.duduk la di taman perumahan.
    But what little memory I hv it was good. Nampak air jernih dalam sawah yg kosong boleh sengaja lompat dalam..main air.. balik rumah basah kuyup bau air sawah hajah.
    Jalan tu tepi sawah..keliling rumah kampung yg terjaga rapi
    .walaupun luar belakang rumah tanah sentiasa basah sebab dekat dengan sawah..
    Petik buah jambu. Kutip buah bacang buah binjai. Balik ke sebelah bapak ada kebun aja tak de rumah...So memory balik mlm mlm trip nak collect buah durian. Balik petik buah manggis rambutan ..duku..makan kata local kedai... pergi mandi kata masjid sbbtakde air.. ..Katanya rumah tok sedara. But fun thing..so in a way rumah parent di taman perumahan ditanam banyak pokok..Orang lain rumah panas berdenting..rumah kita sejuk je..sedap. ada pokok moktan mangga kelapa.. ok lah. .but mak tak de pokok pun kena tebang..sedih.. tapi itu aja kenangan.

    Wasalam

    ReplyDelete
  8. Again this auto correcting text is really annoying. Ayat suppose to sound...tak lama.. bukan la kami sengkek.. tapi parent kerja sbg kakitangan kerajaan duduk rumah disediakan. Pindah randah. Bila 10 tahun sblm bapak bersara dia beli rumah kami duduk. Dia travel weekend balik.
    So all in all whatever left of memory only memory.. tak de sapa lagi nak pergi visit dan kampung pun tak de rumah nak tumpang.. since duduk kawasan perumahan di negeri lain
    ..
    Fikirkanlah..

    Wasalam

    ReplyDelete