Wednesday, 24 August 2016

ANDAINYA KEBUN INI AKU YANG MILIKI..( EPISODE 2 )

Alhamdulillah.. hari ini ahad 21 Ogos 2016, sekali lagi aku dipelawa untuk ke kebun Boss kawan aku untuk menghabiskan sisa-sisa buah durian yang masih berbaki di atas pokok.. bukan sahaja buah durian, bahkan buah dokong, rambutan dan juga pulasan sedang masak ranum.. 

Seperti biasa aku membawa family aku. Bukan sahaja nak makan buah, tetapi untuk memancing dan mandi sungai sekali. Hari ni aku buat sedikit kelainan apabila aku memasak maggi mi di tengah tasik seakan-akan pasar perahu di Sungai Mekong. Wah.. berlatarbelakangkan bukit yang membiru, air tasik yang menghijau, aku mengerah seluruh skill memasak maggi mi yang aku ada untuk menyediakan maggi mi buat anak-anak aku mengalas perut selepas lapar setelah penat main air sungai.. 

Terima kasih En Fadhil kerana sudi melayan keluarga aku dengan baik. Rezeki kami kerana agak banyak juga buah durian yang gugur. Fadil sanggup potong beberapa dahan pokok pulasan dan rambutan untuk mendapatkan buahnya.. dengar cerita.. boss fadhil sedang kauntim untuk membeli 2 ekar tanah kebun yang padat dengan pokok buah-buahan lagi di sebelah tanahnya yang sedia ada.. aku doakan agar segala proses dipercepat dan yang pastinya aku juga bakal mendapat sedikit tempias serta manfaatnya pada masa hadapan hihihihi... 









video










3 comments:

  1. Baru jah nk mitok beli kebun ni, tp gak bos sain tengoh ngejas beli kebun sebeloh, prah nungging kawe.....hihi.

    ReplyDelete
  2. Mbik sapo nok.. buleh potong line.. sapo bayar dulu dia punya.. rm1.2 juta jahh owner nok jual utk 2.3ekar

    ReplyDelete
  3. Xpo la bae, xdae nga kito. InsyaAllah la kalu ada rezeki tah kedepe ni. Selamat hari raya aidiladha, maaf zahir batin. Semoga sihat dan happy sokmo.

    ReplyDelete