Monday 9 April 2018

KURSUS DI TASIK KENYIR

Assalamualaikum...

Pada 30,31 Mac dan 1 April, pejabat aku menganjurkan Kursus Dalam Perkhidmatan di Tasek Kenyir. Kursus selama 3 hari 2 malam itu berlangsung di atas rumah boat yang banyak terdapat di Tasek Kenyir. Banyak aktiviti yang menarik telah dianjurkan antaranya mandi di air terjun, bermanja dengan ikan kelah di santuary kelah, memancing, berkaraoke, dan sembang-sembang sambil merapatkan hubungan ukhwah sesama rakan sekerja. Bab lain ok.. cuma bab memancing saja amat mengecewakan. Kalau nak ke Tasek Kenyir untuk memacing menaikkan raja ikan iaitu ikan KELAH seperti yang sering diuar-uarkan dalam You tube itu, baik lupakan saja. Kalau dulu mungkin ya.. tetapi sekarang nak dapat raja ikan itu sikit punya susah.. tak dapat punyalah kecuali kalau tekong bot tu sanggup bawa kita pergi nun jauuuhhhh ke dalam dengan menaiki bot kecil menyusuri anak sungai sehingga ke taman negara.. mungkin dapat sikit.. tu pun bergantung kepada nasib. kalau nak harapkan dapat kelah di Tasik Besar.. baik lupakan sahaja.. amat susah woo nak dapatkan walau seekor ikan. 

Tapi kalau niat nak berseronok bersama kawan-kawan atau family.. ya, inilah tempatnya.. Rumah Bot yang amat selesa, luas, ada sofa, ada karoeke, ada peralatan memasak dan BBQ serta pelbagai fasilities lagi seakan-akan rumah banglo.. memang menyeronokkan. Harga rumah bot bergantung kepada kecanggihan.. ada rumah bot sebijik mcm banglo, siap ada sofa, tilam empuk, dan hall serta bilik berhawa dingin. Katanya harga rm2300 satu malam. Ada juga rumah bot setinggi 3 tingkat. macam-macam rumah bot yang boleh kita pilih. nak yang murah.. memadai yang kecil sahaja.. harganya dalam rm1300 satu malam.

Sepanjang 3 hari 2 malam.. aku banyak menghabiskan masa dengan melayan keindahan panorama Tasek kenyir yang sungguh mendamaikan. Tenang kepala otak duk sini 3 hari. Lupa sejenak kebingitan di kota dan beban tugas di tempat kerja. Memang berbaloilah datang sini sebab tujuan utama aku datang sini bukan nak memancing pun.. tapi nak menghayati keindahan alam dan kedamaian tasek terbesar buatan manusia ciptaan tuhan.



























































































SEKIAN TERIMA KASIH


















No comments:

Post a Comment