Wednesday 27 June 2018

XPDC MENCANDAT SOTONG 4.0 TAHUN 2018

Assalamualaikum...

Lamo weiii tok update blog..sib baik ingat lagi no password nk buka blog. Kurang sangat sertai aktiviti outdoor sejak dua menjak ni. Banyak aktiviti hujung minggu dihabiskan dengan bermain GOLF saja semenjak pandai main golf ni. Nampak gaya, mulai hari ini, main golf ni nk kena kawal.. hanya sebulan sekali cukup lerr.. main selalu pun tak sempat dah nak wakil Malaysia. Main sekadar boleh dan tahu main ajerr cukuplah sambil bersosial dengan rakan golfer di hujung minggu sebulan sekali.

Ok.. strait to the point..Pada 23 & 24 Jun baru-baru ni iaitu semasa masih dalam mood raya, aku dan kawan-kawan iaitu Pojer, Fadil, Zafir, Cgu Asrol, Yatie, Edi, Fizie dan adik Zafir mencuri sedikit masa untuk turun ke laut melayan hobi mencandat sotong. Seingat aku, ini adalah kali keempat berturut-turut aku turun ke laut mencandat sotong. Kira dah tebal pengalamanlah..

Alhamdulillah.. tahun ini mungkin rezeki kami, banyak la juga dapat hasil. biasanya tak sebanyak ni yang dapat. semakin tahun semakin kurang menyebabkan aku dah rasa takde mood utk pegi lagi mencandat  pada th ni.. tp demi nk jaga hati kawan2 yg sudah tempah bot lebih awal.. aku redahlah juga. Eh... tak sangka la pulak... rupanya banyak sotong dalam musim raya ni.. mungkin takde persaingan kot sb tak ramai yang dtg mencandat. Syukur juga aku dapat tekong bot yang agak baik dan berpengalaman. Pada mulanya risau gak hati ini masa baru-baru sampai.. aku ingatkan bot kelas C yg besar.. rupanya bot kelas A saja yang kecik. Besar sikit drp sampan. Tambahan pula musim ni adalah musim ribut yang tidak menentu.. kalau nasib tak baik.. andai dipukul ribut di lautan alamat muntah kedarah dibuatnya sb bot kecik olengnya kuat. Tapi syukurlah, masa malam tu langit amat cerah, bulan pun agak besar.. angin agak kuat, arus dasar pun ada, arus permukaan pun ada, silih berganti.. bintang-bintang bertaburan di angksa lepas. Tekong tu kata, masa yang kami pilih ni amat sesuai untuk mencandat.


hasilnya boleh tahan.. dapatlaa bawa balik dalam 10 kilo seorang 



Sampai ke destinasi mencandat lebih kurang pukul 6.20 ptg. Naik bot di pengkalan Cendering kul 5.10 ptg. Hari masih cerah.. cuba untuk turunkan candat tetapi seakan tidak ada hasil. Tekong kata, pancing ikan dulu.. Tanpa buang masa, peserta xpdc terus tukar mata candat kepada appolo. sangkut umpan rambut sotong. Seekor demi seekor anak-anak kerisi berjaya dinaikkan. sekejap saja memancing, sudah berpuluh ekor anak-anak kerisi berjaya dinaikkan.


Pojer antara pencandat terawal menaikkan hasil

Sebaik hari gelap.. ikan sudah mula tidak mengutis umpan. Tekong arahkan supaya tukar balik ke mata candat. appolo tu simpan dulu. Tekong membuat demontrasi mencandat dan dia berjaya menaikkan sotong. Tengok ada hasil, anggota-anggota xpdc terus naik syekh.. lalu tanpa membuang masa satu persatu mata candat terjun ke dalam laut. Sebaik saja lepas maghrib, seekor demi seekor sotong berjaya dinaikkan oleh para pencandat. Weiii.. nampak happy jer pencandat tengok hasil. Mungkin rezeki kami dapat tekong yang pandai mengesan kandang sotong. Sebelum ni dapat tekong yang suka buat bodoh.

Oleh sebab bot kecik, maka olengan bot agak kuat menyebabkan sudah ada pencandat yang kurang tahan lasak mencari tempat yang sesuai untuk merebahkan badan untuk elak muntah atau mabuk laut. Aku masih bertahan walaupun tak telan ubat mabuk kerana sudah banyak pengalaman mencandat. Tapi.. sotong ni ada pasang surut.. ada masanya kita terpaksa membangau. tapi, kalau sotong tu datang menyerang.. seronok betul kerana ada yang dapat dua atau tiga ekor sekaligus. sotong pula panjang-panjang dan besar. Tekong tu kata, 2 ekor sudah cecah sekilo.






Pukul 11.00 malam.. perut sudah mula lapar. tekong bot masak nasi. Sebelum ni dia sudah bacuh kopi o kaw. Pada mulanya tekong bot nak masak singgang ikan tongkol utk buat lauk, tapi kami nak makan ikan kerisi fresh hasil pancing.. lalu dia pun goreng kunyit ikan kerisi yang dipancing lewat petang tadi dan dimakan dengan nasi panas serta kicap dipenyek lada. Perghhhh,... sedapnya makan nasi lauk mcm ni. Ikan pun manis dan pejal isinya tanpa bahan pengawet mayat.


Abg Long kata Besttttt... kalah makan kat hotel lima bintang


Ikan kerisi fresh goreng kunyit, kicap dan lada. Sedappp bro. seriusss


Segar sotong.. panjang-panjang. Ada yang panjang mencecah sehasta lebih


Penuh dua bakul ni.. kumpulan di buritan dan kumpulan di belakang. bila gabung.. tak muat satu kotak polystrin


Hari mula cerah.. sotong dah tak mengena.. tukar balik mata candat. pasang appolo. kita pancing kerisi semula


Satu jam saja mancing.. dua bakul dapat hasil


Pojer dapat ibu kerisi


saat terindah.. masa utk agih-agih hasil kekayaan. Kongsi sama rata tak kira yang mabuk atau yang aktif menaikkan sotong.. sama ada yang tidur atau yang berjaga sepanjang malam. 


Mamat ni memang pakar agih sotong. Pengalaman 3 tahun. Tanpa alat penimbang pun dia boleh sukat seadilnya


selain masak celup tepung.. goreng kunyit sotong fresh pun boleh dibuat lauk. Memang enak dimakan bersama family di rumah


Rindu makanan atas bot yang disediakan tekong.. Balik umah 3 hari berturut-turut aku makan nasi lauk mcm ni. tak pernah jemu
 Haaa... itulah cerita serba sedikit tentang mencandat sotong versi 4.0. Terima kasih tuan bot merangkap tekong yang terbaekkk.. ringan tulang dan sentiasa mengikut kehendak pelanggan. Pelanggan suruh alih bot pergi cari kandan lain, dia ikut saja tanpa sedikitpun 'buat muka' walau hanya berseorangan tanpa awak-awak. Sentiasa tanya nak makan apa dan banyak membantu menaikkan sotong. Walaupun bot kecik, tapi sewa berpatutan iaitu cuma rm800 sahaja. 

Terima kasih Yatie, peserta solo perempuan yang amat meminati bidang ini, Edi, suami Yati yang kurang tahan lasak hahaha.. cikgu asrol yang pakar memancing tetapi juga kurang lasak..hihihi,  Pojer.. seorang pemancing tegar dan tahan lasak, Abe Long Fadil, salah seorang ahli xpdc yang tidak kurang hebatnya menaikkan sotong. Zafir, kurang hasil mencandat tetapi banyak hasil pancing kerisi dan Fizie, semalaman berjaga menaikkan sotong. Adik Zafir, cetek pengalaman tetapi byk juga hasil yang diperoleh. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sikit sama sikit, banyak sama dirasa. 

Tahun depan demo nok gi  lagi dok? 
tengoklah lagu mana. 

Nak ikut boleh ?
Jangan, nanti mabuk..

Nak beli sotong fresh boleh ? 
Tak pasti, kalau banyak kawe buwi sajo jah. atau kawe masak demo mari makan rumoh kawe

Bakpo nok gi tok oyak?
Tah dai mu.. aku be.. be.. duk ajok, mu kato ada kijoan lain

Ini antara soalan-soalan lazim yang admin terima daripada rakan-rakan yang tahu admin bawa balik hasil candat yang agak lumayan. Ok good bye.. jumpa lagi.



No comments:

Post a Comment