Tuesday 13 November 2018

2 TAHUN BERKECIMPUNG DALAM PERMAINAN GOLF

Assalamualaikum..

Entri ni takde benda sebenarnya.. saje je nak buang masa. Boring duk tempat kerja tak tau nak buat apa. Pejam celik..pejam celik rupanya sudah 2 tahun aku aktif dalam permainan golf. Otai-otai golf cakap, kalau setakat 2 tahun bermain, memang tak akan power lagi, kena  ambik masa.. latihan perlu konsisten. Kena turun main kat padang dengan mereka yang berpengalaman. Ada kawan-kawan aku yang sudah 40 tahun main golf, ada yang 30 tahun.. 20 tahun..15 tahun.. tapi aku baru 2 tahun. memang sukar laa nak tewaskan mereka. 2 tahun pun bukan setiap minggu main, paling banyak 3 kali sebulan.. kadang-kadang tak main walau sekalipun dalam sebulan. 

Dalam jangka masa 2 tahun, sudah berpuluh Golf Corse aku telah cuba di sekitar Selangor.. setiap padang, mempunyai cabaran yang berbeza-beza. Itu yang seronok. Sukan lain seperti berbasikal, badminton dan boling yang suatu masa dulu aku amat aktif, telah ku lupa terusss.. ada duit sikit, topup set golf. Sekarang set golf aku punya sudah hampir complete malahan sudah berlebihan. Ada yang orang kasi, ada yang aku beli sendiri, ada yang murah dan ada yang mahal. Paling mahal alat golf yang aku beli ialah Putter Honma Beres iaitu RM360. Paling murah Putter Saxon cuma RM10.00. Ada juga barangan golf aku punya, telah ku jual dalam Mudah.Com. Ada yang untung, ada yang balik modal dan ada yang rugi. Itu biasa.. 

Dalam ni aku nak tunjukkan set-set golf yang aku kutip beli sikit-sikit sehingga menjadi banyak. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar untuk simpanan pribadi sebab gambar dalam telefon bila-bila masa boleh jer hilang. set golf juga boleh jer hilang.. yang paling kerap tertinggal kat lubang masa main kat padang. Aku juga nak share gambar-gambar aku main kat padang.. bukan nak menunjuk, tetapi trend sekarang, gambar ambik guna telefon kemudian simpan saja dalam telefon.. kalau telefon hilang, semua gambar pun turut hilang sama. Baik aku abadikan dalam ini blog.. sekurang-kurangnya gambar yang view cantik-cantik tak hilang.








































Bola golf ni aku beli bundle di kedai prelove. Pelbagai jenama terkenal tetapi harga dia cuma rm3 jer sekotak. Tapi nasib-nasib jer.. bukan selalu ada

Nah.. itu barang-barang yang aku kutip beli.. barang secondhand.. beli di kedai bundle prelove, beli di kedai barangan terpakai Cash & Carry dan macam-macam tempat aku pergi cari.. kadang-kadang tunggu MST buat sale.. atau Golf Partners buat lelong.. semua aku beli asal murah dan berjenama..  ada banyak lagi ni yang tak termasuk.. sebab dah diletgo. Murah bukan? tapi bila banyak-banyak kumpul.. cecah riban-riban juga. Takpe, itu biasa. Lagikan raket badminton ada yang sampai cecah 1k.. basikal mountain bike lagi mahal.. ada yang cecah sampai 15k. 


Aku Punya Set Sudah Complete. 88% berjenama HONMA



ok, padang pertama yang aku turun ialah Pulau Carey Golf Club di Pulai Carey, course ni dulu murah sebab takde orang pun main kat sini. kakitangan kerajaan ada diskaun.. cuma 45 ringgit saja Weekend. Main pakai troli.. sekarang ni dah naik harga Rm67 ringgit dah.. buggy harga lain.. yang istimewa tempat ni ialah takde orang langsung walau hari minggu.. tak de marshall yang pantau kita main.. selama mana nak main, mainlahh..padang dia 9 lubang pertama memang cantik.. 9 lubang belakang agak tak terurus tapi still boleh main. Amat sesuai untuk begginer. Aku pernah main sini dari 8 pagi hingga 6 petang.. takde orang nak halau balik.. boleh main sampai penat. 




















Padang yang kedua aku main ialah di Monterez Golf and Country Club dekat dengan Bukit Jelutong.. sini ada hari-hari murah saja. Main petang cuma rm67.00 saja termasuk buggy. Tapi ramai orang main. Sini banyak tasik laa.. kalau baru-baru nak pandai, kena bawa bola banyak. Kolam yang paling banyak telan bola golfer ialah di lubang 9 dan lubang 10.. 






Padang yang ketiga aku main ialah di Lembah Beringin Golf Club, tempat ni berbukit-bukit sikit dan kurang orang. Ada banyak monyet kat sini. Lubang 2 dan lubang 3 agak becak.. bola boleh plak masuk dalam tanah. Harga dia weekend pagi rm89.00. Agak mencabar juga cabaran di tempat ni. Tempat ni pun kurang orang, sesuai untuk biggener.








Padang keempat aku main ialah Bukit Kemuning Golf Club di area Jalan Kebun, Klang. Tempat ni fairway luas dan kurang cabaran. View dia agak cantik dan agak ramai orang main. Kalau main hari biasa harganya RM89.00 per pax termasuk buggy. Harga dia sentiasa berubah. Aku selalu main tempat ni sebab dekat jer dengan rumah aku atau dengan kata lain padang ni letak kat kampung aku ajerlahhh..











Bukit Beruntung Golf Club merupakan tempat latihan pusat bagi mereka yang mewakili PSKPP Golf  Petaling Perdana. Aku salah seorang daripadanya. So, aku berpeluang laa main kat sini. Harga dia kalau petang ahad cuma RM73.00 dan ada pakej makan sekali. Hari biasa tak pasti berapa, rasanya dalam rm73.00 juga. Tempat ni cantik, cabaran juga agak banyak tetapi yang tak syoknya ada banyak monyet. Garang pulak tu monyetnya. Aku syorkan kalau korang nak main tempat yang cantik dengan harga yang murah, pergilah padang golf ni.. memang berbaloi dengan bayaran.








Bukit Unggul Golf Club berada di daerah Dengkil, tempat ni merupakan padang yang dijadikan kejohanan golf PSKPP Selangor 2017. Jadi aku berpeluang main kat sini sebab aku juga adalah salah seorang wakil PSKPP Daerah Petaling Perdana. Padang dia sangat banyak cabaran, fairway dia sempit dan berbukit. Agak sukar main kat tempat ni. yang paling tak sedap, ada banyak monyet. Curi barang-barang atas buggy pulak tu. Kos main kat sini dalam rm90.00 hari biasa. Mungkin harga berubah mengikut peredaran semasa. Kalau hari minggu, memang mahal rasanya. 











Tahun ni buat kali kedua aku menjadi pegawai bagi MSSS Golf. Tempat kejohanannya ialah Sri Selangor GC. Jadi, selepas budak-budak main, ada acara pegawai. Aku tak lepaskan peluang untuk mencuba main kat sini. Kejohanan Golf PSKPP tahun 2018 juga di buat kat tempat ini. Padang sini agak cantik dan ada cabaran tersendiri. Bayaran dia juga boleh tahan. kalau tidak kerana adanya diskaun, macam tak mampu nak main sini. RM130 rasanya untuk harga weekday.















Kelab Golf Perkhidmatan Awam terkenal dengan kakitangan kerajaan yang main kat sini terutamanya pembesar-pembesar yang sudah bersara. Kalau main hari biasa takdelah mahal sangat cuma RM70.00 saja. Tapi kena tunjuk Kad Kakitangan Awam..Tempat dia memang cantik dan terjaga. Aku dah beberapa kali main kat sini sebab ada member yang jadi ahli ajak. Ada juga tonoment yang aku sertai main kat sini.











Saringan bagi MSSS Golf pada tahun ni dibuat di Tasik Puteri Golf Club, Rawang. Aku jadi pegawai kejohanan kat sini. So, lepas budak main, aku pun main laa.. untuk acara pegawai. Dapat merasa main tempat mahal dengan harga yang murah. Murah pun takde lah murah sangat.. RM110 juga la per pax. Tu hari weekday. kalu weekend memang harga tak mampu mainlah jawabnya. Padang sini cantik dan luas. Ada 27 lobang.. best main sini.. sekarang ni lagi mahal harganya sebab wajib ambik caddy.





Pada tahun ini aku menjadi pegawai kejohanan untuk MSSM. Club yang dipilih untuk diadakan kejohanan ini ialah Rasa Sayang Golf Club di Sungai Petani dan DarulAman Golf Club di Jitra, Kedah. 
Aku pergi dengan membawa set lengkap kerana sudah menjadi kebiasaan, akan ada tonoment untuk pegawai. 





Tempat pendaftaran pegawai ialah Rasa Sayang Golf & Country Club di Sungai Petani Kedah. Bertolak dari Selangor pukul 7 pagi, sampai ke destinasi pukul 12 tghari. Selepas makan, sempat la merasa main kat Cinta Sayang GC kerana meeting pegawai dibuat pada malam tu. Cantik juga padang kat sini.. antara yang terbaik la jugak. Harga dia juga boleh laaa.. harga pegawai rm 78.00 per pax.







Keesokan hari, sebelum bertolak ke tempat bertugas di SriAman Golf and Country Club di Alor Star, sekali lagi aku dan geng merasa bermain di Harvard Golf & Country Club di Gurun Kedah. Tempat ni pemandangan cukup cantik sebab berlatarbelakangkan Gunung Jerai tetapi sayang tak terurus. Macam kat ladang getah. Bola banyak hilang main kat sini, bola atas fairway pun boleh hilang sebab bola menyorok kat bawah-bawah daun getah kering. Kebetulan aku bermain pada musim panas yang amat sangat. Katanya tempat ni syarikat Korea yang dah ambil alih. Main sini harga dia boleh laa RM88.00 per pax. Kira bawah RM100. Masih mampu main.








Selama 3 hari bertugas di MSSM Kedah. Hari kedua aku berkesempatan main di tempat bertugas selepas acara untuk peserta selesai. DarulAman Golf & Country Club satu tempat yang agak cantik dan sesuai untuk dijadikan medan kejohanan. Takde lah susah sangat main kat sini. Harga main tak mahal sebab harga pegawai kejohanan. Ada diskaun.. RM71.00 per pax.








Dulu masa aku mahasiswa di UPM, padang golf UPM tu aku lewati saja masa berjoging petang-petang. Sekarang bila aku dah jadi golfer, aku cuba juga pergi main kat situ. UPM Golf & Country Club. Padang dia banyak juga cabaran yang menguji kehebatan terutamanya lubang 10 hingga 18. Harga main sini kalau masuk petang cuma RM68.00 sahaja.








Golf & Country Club di Kampung Kuantan, Ijok Kuala Selangor. Aku main kat tempat ni masa aku jadi pegawai kejohanan Golf Piala KPM 2018. Teruk tempat ni. Lebih teruk daripada Pulau Cerie. Banyak hilang bola sebab ada banyak paya, kolam dan parit. Nak dapat score baik memang takde harapan lebih-lebih lagi amatur mcm aku. Tapi tak kisahlah sebab nak merasa main lobang yang berbeza. Mahal jugak main kat sini RM70.00 per pax.





Amverton Golf & Country Club aku paling suka main sebab view memang mendamaikan. Kalau main belah pagi, kicauan burung amat mendamaikan. Dalam ni ada banyak burung termasuk burung wak-wak yang jinak. Ada ayam hutan dan itik dilepaskan begitu saja.. memang jinak seolah-olah sudah biasa dengan orang yang selalu datang main kat situ. Natural betul keadaan persekitaran sini.. harga main sini kalau hari weekend agak mahal tapi kalau hari weekday boleh dapat ram 98.00 per pax. Tapi harga sentiasa berubah..







Kinrara Golf & Country Club, Satu masa dulu masa aku baru kerja, aku menyewa di Sri Serdang manakala aku bekerja di Subang Jaya. Aku selalu berulang alik ke tempat kerja dengan motor melalui jalan Bukit Jalil-Kinrara. So, setiap kali lalu jalan tu aku terpandang replika bola golf yang besar kat tepi jalan. Aku sering terimpi-impi nak main golf sekiranya ada peluang setiap kali terpandang replika bola golf tersebut. Hari ni, aku dah jadi golfer, so..aku mesti tunaikan apa yang aku impikan suatu masa dulu. Main kat tempat ni boleh tahan juga.. yang uniknya Corse ni ada 5 par 3. Biasa mana-mana corse golf yang aku main cuma ada 4 jer Par 3. Yang tak sedapnya, par 3 kat tempat ni berturut-turut iaitu di lobang 3, lobang 4, dan lobang 5.. kita suka kalau par 3 tu jarak-jarak. Main kat tempat ni takde mahal sangat, rm135 rasanya weekend dan rm103 weekday.







Bangi Golf & Country Club juga merupakan salah satu destinasi yang sesuai untuk main golf sekiranya kita mahu bajet kerana bayaran yang dikenakan untuk main tak sampai rm100 manakala turut disediakan voucher makan. Padang dia pun okey. Setakat ni aku dah 3 kali main kat sini. Entah macam mana, mungkin serasi dengan aku kot..setiap kali aku main sini banyak juga laa aku dapat buat par. Birdie tak pernah.. hehehe






Haaa... Padang golf ni memang aku tak jangka nak dapat main kat sini. Dulu masa aku sedang belajar di UPM, aku selalu ke rumah abang aku di Kuala Selangor menaiki motosikal Yamaha RXZ melewati tepi padang golf ni. Padang golf ni antara yang tertua di Malaysia dan mempunyai ramai ahli club..Keutamaan padang golf ni ialah kepada ahli club dahulu, kalau ada kekosongan barulah ditawarkan kepada guest. Padang golf yang dimaksudkan ialah Bukit Rahman Putra Golf & Country Club di Kuang Selangor. Harga dia memang boleh tahan kerasnya.. Kalau ambik Caddy lagi keras harganya.. tapi oleh sebab nak merasa, keras pun keraslahh.. ada peluang aku tibai main jugak. Istimewa kat sini, ada satu par 3 dia terpanjang di Malaysia. Kalau tak silap, jaraknya 197m dari starting biru. Mau kena pakai driver baru boleh sampai green.





Main saja-saja tak best jugak.. sekali sekala kena la jugak buat pertandingan. Cari sape jaguh dalam kalangan amatur. Point lebih kurang jer.. beza cuma satu atau dua point ajer.. sama level. Dan jangan lupa kalau ada kejohanan peringkat amatur, kita kena sertai untuk cari keyakinan dan biasakan dengan suasana pertandingan. Di samping tu, kita belajar juga tentang undang-undang golf dengan marker profesional.









Nak jadi Pegawai Kejohanan Golf yang diiktiraf, sekurang-kurangnya kita perlu tahu banyak perkara. Bukan sahaja tahu main, yang penting tahu undang-undang. Terutamanya undang-undang baharu.. Oleh hal yang demikian, aku sentiasa diberi kursus khas terutamanya melibatkan peraturan-peraturan yang sukar untuk kita membuat keputusan dan boleh menjejaskan score peserta sekiranya keputusan yang kita buat tidak tepat. Hal ini mungkin menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan kejohanan kerana complain akan sampai di telinga Pengurus Kejohanan. Hal ini bukan boleh dibuat main-main kerana dalam kejohanan macam ni ada ibu bapa dan jurulatih yang mengikuti setiap lobang anaknya bermain.







Begitulah diriku.. sudah 2 tahun berkecimpung dalam permainan golf, sudah banyak tempat juga merasa dan yang pastinya cari tempat yang harganya bawah RM100 untuk sekali main. Tak mengapa keluarkan sedikit wang untuk melunaskan hobi kita sebab kita sudah kerja penat setiap hari. Apa salahnya seminggu sekali kita relief tension di padang golf bersama kawan-kawan. Kalau sebulan tak sampai Rm400 pun sebab bukan main setiap minggu. Harga yang aku sebut tu bukan harga weekend pagi atau pagi public holiday. Itu harga weekday, harga promosi dan harga diskaun pegawai.

Ok..selamat bermain golf kepada mereka yang baru nak menceburi bidang ini. Cari alat yang murah-murah dulu kemudian sikit-sikit upgrade bila dah pandai. Cari tempat yang murah-murah dlm negara dulu kemudian baru main kat Indon hahaha... main untuk berkawan dan merapatkan hubungan ukhwah. Boleh tambah rakan-rakan atau kenalan. Kalau main 'ikan', aku tak mahulahh.. hahahah. Kalau orang tanya aku, mana padang golf idaman yang aku nak main? sudah tentu jawapannya TPC.. tapi, kena tunggu kot2 ada kenalan aku yang dalam kalangan orang kaya nak sponsor aku main kat sini hahahaaa.. Kalau nak harapkan aku guna duit gaji aku sendiri untuk main kat sini.. tak mahulah aku.. baik aku bawa anak isteri aku pegi melancong ke Indonesia.


Padang Golf TPC.. perghhhh.. kecur air liur hahaha

Mampu lihat dlm google jer.. tak mampu nk main sini


Pergi dulu kat Driving Range. Asah bakat dan skill kat situ dulu, barulah turun padang. Kalau ada wang, cari mahaguru, bagi tunjuk ajar. Pergi akademi golf pun boleh.. jangan segan, jangan malu, ramai lagi orang yang dah berumur baru belajar nak main golf. Golf untuk semua.. bukan untuk orang kaya sahaja. Selalu golfer-golfer duk sebut " enjoy your game". Aku main golf pun sebab nak enjoy, bukan nak pandai sangat.. umur dah lanjut, pukul pun dah tak kuat tapi setiap kali turun padang dapat buat 4 kali par pun dah cukup.


Individu inilah yang bertanggungjawab memperkenal aku dlm dunia golf setelah hampir 2 tahun memujuknya supaya mengajar aku bermain golf









PART II - ERA BAHARU MAIN GOLF 2020 - 2022

Assalamualaikummm..

Sambung kat sini lah cerita era baru main golf.. malas nak buat entri baru. Pejam celik..pejam celik.. masuk era 2020 bermakna sudah lebih 4 tahun aku main golf rupanya.. sekejap saja masa berlalu.. cepatnya kita meniti usia tua.. dulu tee off lebih 200m pakai driver kokak bundle, dekat nak masuk umur 5 series ni.. tee opp pakai driver Honma Beres pun tak sampai 180 Meter. Tenaga dah kurang, kena main cara orang pencen main, main save. 

Hari ni aku nak sambung lagi preview tempat-tempat yang aku main di tempat yang aku tak pernah main lagi. Salah satunya ialah di A Formosa GC, Alor Gajah Melaka. Pada mulanya kat sini bakal menjadi medan tempur Kejohanan Golf MSSM 2020. Tapi malangnya tarikh kejohanan tepat kena pada hari Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang pertama dahulu.. kalau pergi juga.. memang tak boleh balik..tidur dalam padang golf laa kami berminggu-minggu lamanya.. kena kurung dalam setiap daerah. Aku yang sepatutnya bertugas sebagai pegawai kejohanan sudah tempah Villa A Farmosa.. tapi duit tempahan tu 'burn' saja sebab kejohanan terpaksa dibatalkan pada saat akhir. Walau bagaimanapun.. sebaik sahaja PKP ditamatkan dan sempadan negeri mula di buka, aku tidak membuang masa lagi.. terus setting satu flight dan bermain di A Farmosa GC. Main kat sini murah dol.. rm110 main pagi ahad.. kira berbaloi laa datang dari rumah aku tak sampai satu jam memandu. Tapi aku datang bawa family, datang petang sabtu, sewa satu Apartment D'Savoy yang ada dalam padang golf tu untuk family aku berehat dan tengok aku main dari balcony..Kalau main weekday, rm88 sahaja sebab ada diskaun kakitangan kerajaan. Course ni luas sangat.. ada 3 layout iaitu Rocky, Crocodile dan Palm. Setiap tempat tee opp jauh-jauh letaknya daripada green lubang belakang, bukan seperti padang golf lain tee opp bersebelahan green lubang yang selepas. Pada lubang 7 crocdile ada buaya betul-betul. Kalau bola jatuh dalam kandang buaya tu.. walau masih boleh main tapi baik takyah main.. ambik jer penalti stroke. Kalau ada ilmu menjinakkan buaya cubalah main kat dalam kandang buaya tuu..  he..he..he.. Padang dia agak cantik dan berbaloi dengan harga. 









Sebelum aku menyertai tonoment di Forest City, Johor.. terlebih dahulu aku pegi trening dulu di Port Dickson Golf & Country Club. Padang dia dalam kem tentera rasanya..  lorong masuk sebelah Hospital PD. Padang ni kira tak mengecewakan laa jugak.. berbaloi datang sambil beriadah. Harganya pun tak mahal.. Aku main pagi ahad, bayaran cuma rm70. Ada apartment yang kita boleh sewa kat dalam ni kalau nak bawa family. Kita pegi main golf, isteri layan anak-anak mandi kolam. Seronok main kat sini, view dia cantik. Bunyi kicauan burung pun mendamaikan. Banyak pokok kelapa.. kalau bawa parang, boleh petik dan kupas kat situ sebab pokok kelapa renek saja. Boleh lah buat hilang haus. Aku cadangkan korang pegilah main kat sini sekali sekala, green dia ok.. fairway pun bagus.. cabaran boleh tahan juga.






Haaa... yang ni panjang sikit aku nak cerita kot sebab bukan senang nak dapat peluang emas macam gini. Perlawanan Persahabatan MSSM All Star vs JDT Eagles bertempat di Forest City GC dan Sanibong GC Johor. MSSM All Star ni terdiri daripada cikgu-cikgu dan Pegawai JPN dan KPM yang terpilih dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada mulanya aku rasa rendah diri dan rasa macam tak layak nak join team ni sebab ramai yang hebat-hebat. Tapi sifu aku cakap "join jee.." sebab payah nak dapat peluang macam ni.. Aku pun terus pahat nama dalam senarai yang mewakili negeri Selangor. Hah.. terpilih laa pulak. Serius aku cakap, setakat ni Course yang paling hebat kat Malaysia ni ialah Forest City, sebab layout dia amat mengagumkan.. ada dua Course iaitu Legacy dan Classic. Kedua-duanya cantik dan terpukau. Memang syurga golf bagi orang kaya. Macam main kat atas carpet.. dari tepat tee off hingga ke green, rumput dia hampir sama.. rasa nak ludah air liur pun tak tergamak.. pegi meludah dalam pokok bunga jer. Nak cakap lebih-lebih pun tak tau nak cakap apa. Terkesima... Harga dia kalau tanpa kejohanan pegawai, Rm499 weekday dan Rm599 weekend. tidak termasuk caddy.. tapi aku main cuma rm150 sahaja sebab special prize main dengan geng JDT. Sehari sebelum tonoment pun main dengan harga Rm150 masa trening. Puas hati main.. patut sifu desak suruh join pun walau main sekadar level suam-suam kuku. Kalau kurang bajet, jangan makan kat club ni tau.. nanti terkejut beruk dengan harga. Malas aku nak cerita harga segelas teh tarik.. biarlah menjadi kenangan pahit teman-temanku yang santai-santai minum macam minum kat Pulau Kerie GC ha..ha..ha.. Korang layanlah gambar-gambar aku. Tengok dan nilai sendiri padang dia..




























Terkesima aku menatap harga set Honma Beres yg terdapat dlm butik di Foyer Forest City.. sama dgn harga sebuah Honda Jazz Full Spec


Hahaha..rupanya set yg aku miliki mampu menyaigi harga Honma Beres yg dijual di butik Forest City

Biar tak pandai main..asal bergaya..hahaha

Hari kedua kejohanan, penganjur kejohanan buat kat Sanibong GC kat Gelang Patah Johor. Tempat ni level Bukit Beruntung GC. Main dalam ladang kelapa sawit dan guna rumput Cow Grass. Semalam main tempat brended.. hari kedua main tempat biasa.. terus rasa tak boleh main haa..haa..haa.. termimpi-mimpi main kat syurga semalam.. sepatutnya pengurus kejohanan main hari pertama di Sanibong dan penutup main kat Forest City.. baru gah ha..ha..ha.. tapi sebab majlis penutup ada makan-makan, mampus modal penganjur nak bayar kos jamuan di Forest City he..he..he.. Apapun, aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Peganjur amnya dan khususnya PT Selangor sebab bagi aku peluang menyertai kejohanan ini.. tanpa kalian sesungguhnya aku tak mampu nak main kat syurga golf Malaysia ni.. bukan tak mampu, tapi sayang duit.





Preview aku yang seterusnya ialah main kat Saujana Impian GC, Kajang. Tempat ni walaupun femiliar bagi diriku tapi baru ini kali aku berpeluang main kat sini. Tahun 1997, padang golf pertama aku pijak kaki ialah tempat inilah.. tapi bukan sebagai golfer, tetapi sebagai tukang cabut rumput liar dalam green. Masa aku belajar kat UPM, masa cuti akhir semester selama 3 bulan, aku tak balik kampung pun, sebaliknya aku kerja sambilan untuk cari duit poket. Aku kerja kat padang golf ni lah sebagai nurseri pokok.. boh baja, gembur tanah, cabut rumput dan sebagainya. Sekarang ni dah tak ada budak Melayu sanggup buat kerja macam ni. Pada tahun 2016, kejohanan golf MSSS buat kat sini.. aku jadi pegawai masa tuu.. tapi acara pegawai aku tak dapat join sebab ada hal.. so masih tak berkesempatan nak main kat sini. Kalau main hari biasa, harga agak mahal. Baru-baru ni, kawan aku yang ahli kelab kat sini dapat voucher hari jadi, oleh sebab tu, dia boleh ajak kawan-kawan main dengan special rate sempena hari jadi beliau. Maka dia offer untuk 3 flight. Bayaran cuma rm80 sahaja termasuk makan. Apa lagii.. peluang keemasan ni takkkan aku nak biarkan. Terus aku paku nama dan main kat situ dengan riang dan gembira. Tercapai juga hasrat aku yang begitu lama terpendam nak main kat sini.. Alhamdulillah.. 












Cerita ni akan aku sambung lagi sekiranya aku pergi main di tempat yang belum pernah aku turun main lagi..Sekian terima kasih



5 comments:

  1. Assalamualaikum bro din..sy tertarik pengalaman bro..sbb sy pm baru nk berjinak2 dlm dunia sukan golf bersama anak bini. 1st knp tertarik sblm ni sy pernah la ikut kawan jgk waktu bekerja d sabah. Skali ajak lepak kt golf yg pukul2 tu. Mmg susah sebenarnya btul2 kena fokus n tenang klu x mmg xkena la pukulan tu. Skg sy dah pulang ke semenanjung tmbahan lak rumh pm dkt dgn padang gold kundang lake. Teringin jgk nk pi bljar2 tp alatan masih belum ada..sebelum ni hanya pinjam saja. Than mohon bertanya bro din, klau area selangor ni kedai yg secondhand alatan dekat mana ye? Almaklum la bru 3 bln di semenanjung..hehe..apa2 pm best story bro din..tahniah jg atas kemenangan..salam perkenalan sy amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. tahniah, semoga tuan enjoy dengan game ni. Saya ada kenalan yang jual alatan golf secondhand. Daripada driver, wood, set iron, putter, beg dan kasut.. semua ada. Set lelaki dan perempuan dia boleh setting. Tuan berhubung dengan dia la yer di no tel.. 016-2337969 Amer. Kalau beli banyak, mintak laa harga spesel skit.. kalau nserius buyer dia ok jer

      Delete
    2. Oo tq tuan..insyaallah nnti sy cuba contact tn amer..area selangor jgk kan tuan..tq2..

      Delete
  2. Tq info.dalam wishlist gak ni😄

    ReplyDelete
  3. Assalam Tuan, sy baru berjinak-jinak dgn golf. Sekarang masih belajar dgn PRO lagi. Masalah sy skg, sy takde kawan lansung kat sini nak main golf. Lagi2 perempuan. Sobss.. so persoalannya boleh ke klu main golf sorang2 kat padang? Kena bayar lebih tak utk 1 flight. Lagi satu nk tny, nak join tournament kena ada handicap dan membership ke?

    ReplyDelete