Friday 23 August 2019

XPDC MENAWAN TENGGIRI DI PINTU GEDUNG ANTARABANGSA INDONESIA


Bunyi tajuk cam ganas.. tapi hasilnya tak ganas langsung. Lepas aku balik Mancing di Pulau Kapas, seminggu kemudian iaitu sempena cuti umum pertabalan YDP Agong, aku anjur satu lagi XPDC mancing di Pintu Gedung dekat dengan sempadan  Indonesia.  Laluan dari Jeti Teluk Gong melalui Perairan Pulau Indah keluar melalui Pulau Ketam. Perjalanan dengan bot nelayan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai.



Jeti Pulau Indah.. singgah cari umpan


Kali ni aku pegi bersama 8 orang pemancing iaitu Aku DinGunung, MawaD, Jafny,  Mattas, Ardi, Supra, Hafiz dan kawan MawaD. Geng yang pegi ke Pulau Kapas tak dak  sorang pun follow sebab ni bukan group mereka, tapi group lain. Semangat betul puak2 ni.. kelengkapan dan persiapan telah dilakukan awal. Masa naik bot menuju ke destinasi, masing-masing keriangan menghayati pulau-pulau dan laut nan biru. Semakin ke tengah laut, Mattas mula risau sebab dia tak tahu pun aku rancang nak bawa dia ke tengah laut.. dia ingatkan nak mancing di sekitar pulau Ketam. Muka dia mula pucat dan tak senang duduk sebab dia fobia dengan laut. Dia kata setiap kali dia turun laut, kena pukul ribut. Dia asyik tanya bila nak sampai ke destinasi.


Awal-awal jejak kaki atas bot.. nampak sgt tak sabar nk labuhkan pancing 




Ceria muka masa dalam perjalanan ke muka gedung


Semasa dalam perjalanan, tak nampak lagi perubahan dalam kalangan pemancing.. bila dah sampai di pintu gedung satu, sauh mula dilabuhkan.. pemancing sudah mula memasang umpan. Supra orang pertama yang mabuk.. belum sangkut umpan pertama dah mabuk, dah terhoyong hayang.. dah merangkak ke sana ke mari.. macam mana nak mancing?. Tidak lama kemudian, giliran Mattas pulak yang tersandar, muka pucat dan berpeluh.. Diikuti oleh Ardi yang sudah mula rebah dan akhir sekali MawarD.. Raja pancing pun tuang... Tinggallah aku, Jafny dan Hafiz saja yang bertarung. Belum sempat umpan pertama dikutis ikan, dah ada suara yang ajak tekong balik masuk ke muara.. 



Yakkk.. mattas dah mula dahhh..

Bergelimpangan...


Ada yg merangkak.. 

Alhamdulillah.. berbekalkan pengalaman 5 tahun berturut-turut keluar mencandat.. DinGunung mampu bertahan


Lebih kurang 40 minit mencuba untuk menaikkan layaran, kerapu, jenahak, merah, tanda, tenggiri, ibu gelama, airback.. nampaknya tak ada tanda-tanda nak dapat hasil. Umpan udang hidup dan isi ikan kembung tak mahu dia.. lepas tu tekong bot angkat sauh dan balik semula masuk muara.. "kalau ramai yang mabuk, macam mana mahu mancing" katanya tekong bot. Uishhhh... kalau macam ni, mana boleh pergi mencandat sotong di perairan Terengganu yang alunnya cukup kuat. Kat laut belah barat, alunan tak kuat sebab terlindung dengan tanah besar Sumatra, pun dah pening2..mabuk2..

Balik la semula ke Pulau Ketam.. bazir masa beberapa jam main bot.. kul 1 petang barulah dapat mancing di tepi2 kelong orang di sekitar Pulau Ketam. Beberapa kali jugak laa tekong enjak bot dia sebab hasil takde. Tak banyak ikan yang dapat.. kalau pakai umpan umpun-umpun, mesti banyak dapat anak gelama, tapi pakai umpan isi ikan dengan udang hidup.. tak mahu ikan patuk. Tapi bukan tak ada langsung.. ada juga dalam kalangan kami yang berjaya bawa anak ikan Tanda, anak sembilang, dan grook.. maknanya ada lah jugak hasil tapi tak seberapa. Bagi aku, lebih kepada pergi bercuti makan angin merayau-rayau dengan bot nelayan. Seronok la juga layan kawan2 sambil makan2 kat atas bot. Kami bergerak pulang lebih kurang pukul 6 petang dan sampai semula di Jeti Telok Gong pukul 7.45 malam.

Itu saja catatan pengalaman aku mancing di muka pintu gedung, salah satu destinasi pemancing untuk menaikkan ikan yang lebih besar dan lebih banyak berbanding memancing di sekitar kelong Pulau Ketam yang sudah kepupusan spesis ikan akibat kerakusan nelayan haram yang menggunakan pukat kokok atau pukat tarik untuk mendapat hasil keuntungan yang cepat tetapi memusnahkan benih-benih ikan dan hidupan aquatik yang lain. untuk generasi pemancing yang akan datang.





Apa-apa pun.. aku tak minat mancing sebenarnya tapi aku sentiasa menjadi penganjur untuk kawan-kawan yang suka mancing tak kira di kelong atau di laut dalam. Saja seronok melihat kawan-kawan seronok dan release tension. Jumpa lagi di next destination memancing.. nak gi belah utara pulak lepaih ni..katanya kat belah Penang ada banyak ikan Sekian. .Assalamualaikumm


2 comments:

  1. yeahh..akhirnya abe din kembali memeriahkan travelog...puah hati kawe...tp lagi sedap kalu abe din buat cito lg panjang2..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nok baco sedap.. recall blog ambo hok blakang2.. dekat 200 entri ambo karang.. 80% adalah aktvt outdoor ambo

      Delete