Saturday 7 September 2019

XPDC MENAWAN MERAH, JENAHAK, GT, SIAKAP DAN TANDA DI PERAIRAN SUNGAI UDANG, PENENG

Assalamualaikum...

"Yakkk.. mu MatdinGunung, gi pulok ngail..kato tok minat ngail, ngail sokmo" Kata saing kawe hok duk di Ipoh sebaik kawe pm gambar kawe buleh ikan kemarin. 

Buat tatapan peminat blog mancing yang sentiasa follow blog aku.. kali ni aku nak share lagi aktiviti memancingku buat kali yang ke-4 pada tahun ni semoga menarik minat kalian untuk turun mancing macam aku.

Kadang-kadang aku tak faham kenapa ada ramai orang minat mancing. Kalau nak banding dengan hasil yang dapat, baik gi beli saja ikan kat pasar.. lagi banyak dapat hasil berbanding kita bayar untuk aktiviti mancing kita. Lagi pun tak bazir masa, tak panas, tak bosan, tak lapar dan banyak lagi tak kalau tak pegi mancing.. 

Tapi bagi mereka yang taksub dan minat gila dengan hobi mancing ni.. semua yang aku sebut tu dia telan ajer.. dan dia juga boleh bagi hujah tersendiri untuk mempertahan hobi dia.. apalah sangat dengan wang yang dibelanjakan, asalkan mendapat kepuasan... kepuasan yang tak ada dalam diri bukan pemancing

Aku juga tak minat mancing sangat, tapi minat ikut orang yang pegi mancing. Aku pegi untuk santai-santai..tenangkan fikiran.. Bini aku cakap.. "pegi mancing jauh-jauh sampai ke Peneng makan masa 1 hari 2 malam bawa balik cuma seekor ikan siakap, seekor ikan Merah dan seekor ikan tanda yang tak sebesar mana, baik beli saja ikan tu kat Pasar Raya Mydin USJ1.. baru berapa duit" tak sampai RM30 hengget.

Ok lah.. sangat betul dengan apa yang bini aku cakap tu, tapi tak 'fare'.. sebab pemancing keluar mancing bukan nak sangat kat hasil..kekadang tu hasil yang dapat dibagi-bagi saja kat jiran-jiran.. tapi dia nak memenuhi minat dan hobi. Aku pula mempunyai hobi keluar santai dengan kawan-kawan untuk temankan kawan mancing.. sembang nyembang,  kunyah-kunyah kuaci sambil menghirup angin laut.. tak dapat hasil aku tak kisah.. kadang-kadang kawan bagi ikan pun aku tak ambik.. malas nak siang. Aku bayar untuk pegi nyembang tenangkan fikiran..sebab itu hobi aku. Aku tengok saja kawan-kawan aku mancing.. aku jadi teman nyembang mereka.. sekali sekala aku sangkut juga umpan kat mata joran aku.. aku baling.. aku tinggal dan aku gi nyembang.. sekali sekala pegi tambah umpan.. tak serius sangat punn.. 

Batang joran aku, kawan yang sediakan.. perambut juga kawan yang buat.. umpan untuk aku juga kawan yang tolong sangkutkan.. kerja aku cuma lempar saja.. kalau kena ikan duri, kawan juga yang tolong pelepas. Aku tak pernah ada joran sendiri walau sebatang tapi aktivi mancing aku banyak setiap tahun.

Oklah.. tak nak cerita panjang-panjang walau ada yang suka dengar celoteh aku dalam blog ni.. sempena cuti tiga hari bersambung, kawan aku rancang untuk keluar memancing ke destinasi yang agak jauh.. biasa aku mancing kat lingkungan tidak lebih 30km dari rumah ajer sama ada di Kelong Teluk Gong atau Sungai Pelek atau Pulau Ketam.. tapi kat kawasan ni padat dengan gelama saja.. ikan lain takde sangat.. so, kawan aku setting time dan boking bot untuk keluar memancing di sekitar Sangkar Ikan Sungai Udang, bersebelahan Jambatan kedua Pulau Pinang. Kena pulak dengan masa yang dipilih, air sangat cantik dan cuaca juga sangat cantik.. tidak ada hujan, tidak ada ribut, tidak ada belalai air dan tidak panas sangat.. angin juga sedang-sedang.. perghhhh..

Kami seramai 4 orang dari Selangor bertolak dari rumah MawarD di Klang pada pukul 12.00 tgh malam.. sampai di Bandar Taiping untuk bertemu dengan captain iaitu Cikgu Asrol yg menetap di situ seawal jam 3.30 pagi.. ingat nak pegi tidur di Masjid Daerah Taiping sebab awal sangat sampai. Oleh sebab pintu pagar masjid dikunci, kami tidur dalam kereta kat tepi jalan berhampiran SHELL.. rasa macam tak selamat la tidur kat situ, mana tahu ada penjenayah yang nak menyamun sebab bandar Taiping kami tak tahu tahap keselamatannya.. aku pun ajak MawarD tidur saja dalam perkarangan IPD Taiping.. dah tentu selamat. Takkan penyamun nak menyamun dalam perkarangan Ibu Pejabat Polis yang ada banyak pistol..

Mintak izin di pondok pengawal IPD untuk tidur dalam kereta kat situ.. Mereka benarkan dan tiada halangan untuk memberi keizinan kerana ini juga salah satu khidmat kepada masyarakat yang amat bertepatan dengan motto Polis iaitu SEDIA BERKHIDMAT. Tak nak kacau c.Asrol tidur, aku share location kedudukan aku kepada cikgu Asrol.. Tepat pukul 5.30 pagi, cikgu Asrol datang jemput kami.. aku tak boleh nak lelapkan mata sebab bimbang takut berlaku kebocoran gas aircorn.. nahas kami semua nanti.. aku berjaga sampai pagi. Cikgu Asrol bawa kami ke Pasar Borong Taiping untuk beli ikan segar untuk dijadikan umpan.. Kemudian cikgu Asrol belanja kami breakfast di gerai makan yang banyak terdapat di sekitar pasar borong tu.

Lepas makan terus bertolak ke Nibong Tebal untuk cari udang hidup.. kami berhenti solat subuh semasa dalam perjalanan ke Pekan Nibong Tebal. Selepas berjaya dapatkan umpan udang hidup yang terpaksa berebut dengan pemancing-pemancing lain.. kami terus bergerak ke Jeti Sungai Udang.


Peserta yang bakal jadi peneman aku nyembang pada kali ini terdiri daripada Pojer.. Cikgu Asrol, MawarD, dan Faisal


tak sabar nak mancing.. bot baru dua meter gerak.. dah mula perambut dan ada yang dah bubuh umpan


Bersebelahan dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Ikut perancangan asal.. trip kali mengumpulkan group memancing aku yang cukup akrab iaitu geng GOKEL yang terdiri daripada Aku, C.Asrol, Pojer, Zafir, Edi, Yati, Long Fadil dan Fizie serta Alim. Tapi oleh sebab tarikh yang cantik ini ramai dalam kalangan kami yang tak boleh pergi atas sebab ada perancangan lain, maka terpaksa aku gantikan dengan kawan lain. Nak dapatkan pengganti cukup senang sebab aku tahu ramai yang minat mancing dalam dunia ni.. geng surau aku pun ramai yang kaki pancing yang pantang diajak memancing. Tapi..aku lebih suka ajak kawan-kawan yang rapat sebab lebih mesra dan senang topik yang nak nyembang. Trip ni tak boleh nak kensel sebab nak booking bot sikit punya susah.. mau 3 bulan booking. Bergerak keluar dari jeti seawal pukul 7.00 pagi


Memancing di sekitar Sangkar Ikan sungai udang.. Sasar ikan luar yang datang tumpang makan dedak ikan ternak 


Pojer.. peserta pertama yang dapat hasil.. Seekor ikan Merah yang saiz agak besar.. lebih kurang 3 kilo




Cg Asrol.. peserta kedua yang dapatkan lesen.. Siakap saiz Giant..lebih kurang 5 kilo. Peliknya dia cuma guna isi umpan untuk menjinakkan ikan ni yang biasa makan udang hidup


Lesen daripada MawarD.. berupa seekor anak remaja Kaci




Giliran Pojer lagi menaikkan hasil.. GT yang agak besar


MawarD lagi


Faizal dengan menggunakan umpan udang hidup.. berjaya menaikkan Siakap saiz yang sedkit kurus berbanding siakap yang dibawa naik oleh cikgu Asrol 


MawaD lagi.. Ikan Merah


DinGunung mula dapat lesen..ikan Merah


DinGunung.. ada lagi, Ikan Tanda


Hasil terakhir daripada DinGunung.. adik ikan GT Pojer takdi




Bila Petang, dah rasa lapar balik.. panaskan air untuk masak maggi cup


Inilah hasil.. tak seberapa tapi puas,  banyak pulak tu yang besar-besar.. Saiz macam ni tak ada di sekitar kelong belah Selangor.. di mana silapnyaa.. mungkin ada ramai sangat pemancing di Selangor kot


Bergaya di belakang hasil yang berjaya dibawa naik. Tak banyak pun takpe.. janji puas dapat memenuhi hobi masing-masing


Ikan Merah Fresh dari ladang.. masal lemak kuning atau buat kari.. memang terangkat nihhh


Ketua XPDC.. Cikgu Asrol
Trip kali ini walau tidak berjaya menghimpunkan semua ahli group geng kamceng kami, tapi mungkin sbg pembuka jalan untuk perancangan yang akan datang agar lebih tersusun dan kemas. Cukuplah dengan hasil yang sebanyak tu kerana rezeki kami yang Allah tentukan cuma sebanyak itu saja.. itu pun lebih daripada cukup sebab sebelum ni aku tak bawa balik hasil pun masa pegi kat Telok Gong bulan lepas.

Kami balik mancing pada pukul 5.45 petang. Selepas mandi dan solat asar di Jeti, kami bergegas ke Pekan Parit Buntar untuk menjamu selera iaitu Char Kuew Teaw Udang Special Ommak yang sangat terkenal di pekan itu.. ni pun cikgu Asrol belanja.. Memang patut kami jadikan Cikgu Asrol antara kawan baik kami sebab beliau memang baik orangnya.. entertain kami sebagai tetamu dengan begitu mesra sekali.. siap masak nasi dan sardin serta goreng telur dadar untuk lunch kami kat atas bot nanti takut kami kebuluran dan tak ada tenaga nak baling batu ladun pancing.. 

Lauk sardin dan telor dadar yg katanya cg.Asrol masak sendiri awal pagi tu sbg lauk utk mengalas perut kawan2 yg dtg dari Shah Alam


Sebelum berundur.. aku ucapkan terima kasih terutamanya sekali kepada cikgu Asrol sbg leader aktvt, Pojer, Mawa'D dan Faisal serta tidak lupa juga kepada tekong bot yang sangat baik.. siap mengetuai bacaan doa sebelum kami berlepas keluar ke laut lepas.. dan sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa sedikitpun jemu mencari lubuk ikan untuk memuaskan hati pelanggan.. sama hebat macam tekong Abg Lan masa pegi Memburu Kerapu dua bulan yang lalu kat Terengganu.. Nak no tel tekong bot tu.. nanti aku share.. nanti korang deal sendiri tapi serius cakap.. susah nak dapat tarikh kosong sebab sentiasa penuh.

Laju jer tekong bot update FB dia utk tujuan promosi.. hehehe.. nk no tel tekong.. ambik kat sini yer


Kami bertolak pulang ke Klang pada pukul 8. malam dari Pekan Parit Buntar dan sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat lebih kurang pada pukul 2 pagi. Badan penat.. tubuh letih.. tapi kami puas hati.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.. walau tak tidur langsung balik daripada kerja jumaat tu.. mandi dan solat maghrib serta solat isyak, terus ke rumah Pojer.. kemudian berangkat ke rumah MawarD di Klang terus ke Taiping tanpa tidur walau seminit sebab temankan pemandu berbual-bual agar pemandu tidak megantuk semasa memandu.. banyak puluh jam aku tidak tidur dari jumaat sehingga kul 3.30 pagi awal pagi takdi, baru aku dapat lelapkan mata. kul 6 pagi dah bangun untuk solat subuh dan tak tidur2 sampai skrg ni.. badan aku masih cergas dan tak megantuk pun.. Nikmat sihat yang Allah bagi pada aku.. Alhamdulillah.. sekain

Jumpa lagi di lain aktiviti outdoor aku.. tapi entah bila..selalunya aktiviti aku ad hoc.. rancang 2 hari terus on..  byeee..

No comments:

Post a Comment