Thursday 3 October 2019

CARA-CARA BUAT BUBUR ASYURA VERSI KELANTAN

 STEP 1 : PENGENALAN

Bubur Asyura versi Kelantan kebanyakannya hanya orang Kelantan yang meminatinya.. tu pun generasi yang semakin lanjut usia.. budak-budak muda dah tak pandang menu bubur asyura yang diperturun, dipertahan dan diwarisi dari zaman dahulu tak kala mulo oleh tok nenek , ibu dan ayah. Bahkan suatu hari nanti, mungkin sudah tidak ada lagi orang yang boleh sediakan bubur asyura versi original resipi asyura datuk nenek kita dulu.. kalau adapun nanti, yang telah diubah suai.. dah tak original lagi dahh..

Sebelum pergi lebih jauh, aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku masa aku budak-budak pergi ke tempat kenduri buat bubur asyura kerana cerita-cerita begini satu hari nanti akan lapuk dan tak lagi diceritakan orang kerana yang pergi takkan kembali, yang ada pengalaman begini semakin pupus dan mengecil.

Zaman sudah berubah.. teknik penyediaan juga turut berubah... kalau dulu-dulu kita cukup seronok apabila majlis asyura ni nak diadakan oleh tuan rumah.. biasanya rewang untuk kupas bawang, ubi, pelerai daging dan sebagainya akan diadakan malam sebelum bubur asyura dibuat pada pagi tu.. penduduk kampung terutamanya kaum-kaum ibu akan bawa pisau dan peralalatan untuk sama-sama bergotong royong menolong tuan rumah menyediakan bahan untuk dimasukkan dalam asyura esok hari.. masa nilah mereka akan berkumpul dan bersembang sambil-sambil buat kerja. Tuan rumah menyediakan air kopi o panas atau teh untuk dimakan dengan biskut tawar kecil atau besar atau kuih muih.. Anak-anak juga akan berpeluang main kejar-kejar atau main sorok-sorok dalam gelap sesama anak tuan rumah atau anak jiran-jiran. Pendek kata, hubungan persahabatan atau ukhwah sesama jiran amat rapat.

Tempat untuk memasak bubur asyura masa dulu ialah kawah diletakkan di atas lubang yang digali atas tanah.. Lubang khas yang digali ini turut disediakan terowong untuk dimasukkan kayu api serta dibuat terowong kecil kiri dan kanan kawah untuk mengeluarkan asap.. sangat kreatif dan selamat.

Pada pagi hari lagi, kaum lelaki akan datang ke rumah tuan rumah  bergotong royong menyediakan bahan. Biasanya mereka datang sambil memikul kukur kelapa untuk sama-sama mengukur kelapa. Tuan rumah juga turut sediakan sarapan berupa pulut ikan kering atau pulut lepa dimakan bersama kopi o.. lepas gotong royong, sama-sama sembang sambil menghirup kopi panas dan menjamah  juadah yang disediakan oleh tuan rumah.. sungguh mesra dan meriah sekali aktiviti kacau bubur asyura suatu masa dulu.. kaum lelaki akan datang untuk sama-sama mengacau asyura sehingga bubur asyura masak.. kaum ibu pula akan bantu tuan rumah untuk menyediakan bahan atau menyediakan menu untuk makan tengah hari. Budak-budak pula akan dapatkan tempurung kelapa yang cantik.. dikikis cantik, digosok dengan daun mempelas serta sediakan sudu yang dibuat daripada daun nenas atau ukiran tempurung kelapa untuk digunakan apabila bubur asyura masak.. makan bubur yang lembik dan masih panas.. pendek kata.. masa dulu masak bubur asyura ni amat menyeronokkan dan di tunggu-tunggu kedatangan bulan Muharram ini atau orang kelantan panggil 'bule suro'.. seronok bukan saja budak-budak, bahkan orang tua dan kaum ibu sekali.. peluang untuk bersembang dan bergurau senda sesama mereka. Tak dapat dinafikan, budak-budak yang paling seronok kerana berpeluang untuk keluar malam main kejar-kejar dengan rakan-rakan sekampung.. budak dulu tidak macam budak sekarang yang bebas keluar malam-malam.. budak dulu-dulu berpeluang keluar malam sekiranya mengikuti ibu mereka merewang di tempat kenduri sahaja.. tak boleh keluar malam sesuka hati.

Dulu, orang yang nak makan bubur asyura, tuan rumah tak perlu pening kepala untuk pegi hantar dari satu rumah ke satu rumah..atau pergi timbun di surau atau masjid, tetapi mereka yang akan hadir ke rumah pembuat bubur asyura untuk sama-sama makan bubur asyura.. mereka datang dengan membawa sekampit gula atau susu atau biskut untuk disedekahkan kepada tuan rumah. Tuan rumah pula akan hidangkan bubur asyura bersama seteko air dalam satu hidangan.. biasanya mereka akan akan berpakat untuk datang secara berkumpulan kerana peluang makan bubur asyura ini juga digunakan untuk bertanya khabar dan merapatkan hubungan ukhwah.. memang seronok kalau buat bubur asyura masa dulu-dulu, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. hanya mereka yang pernah melaluinya dan alaminya boleh ceritakan sepertimana yang aku ceritakan ini.

Ok.. untuk tidak membuang masa, admin nak kongsi cara-cara buat bubur asyura agar kalau ada sesiapa yang berhajat nak buat dan warisi resepi ini bolehlah rujuk my blog.. semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada generasi akan datang dan amalan membuat bubur asyura akan sentiasa hidup sepanjang zaman..
  
STEP 2 : CARA-CARA BUAT ASYURA

BAHAN-BAHAN

10 KILO BERAS BIASA
12 KILO SANTAN
10 KILO DAGING
10 JANTUNG JAGUNG ( JAGUNG DALAM TIN PUN BOLEH PAKAI )
3 KILO UBI KELEDEK
1 KILO KACANG HIJAU
1 KILO KACANG MERAH
3 KILO BAWANG MERAH  ( DIGORENG DENGAN 2 KILO MINYAK )
5  LABU BAWANG PUTIH
20  BATANG SERAI
2  RINGGIT  LENGKUAS
2  RINGGIT HALIA
13  KILO GULA
10  KEPING GULA MELAKA
1  SUDU BESAR HALBA ( DIRENDAM UNTUK AIRNYA )
3  KILO REMPAH BUBUR ASYURA  KELANTAN MARII )
2  GENGAM GARAM KASAR

CARA-CARA MEMBUATNYA..


PANASKAN AIR  DALAM KAWAH SECUKUP UNTUK MASAK NASI 10 KILO BERAS. BILA AIR SUDAH MENDIDIH, MASUKKAN BERAS YANG SUDAH DIBASUH DAN DISEJAT AIRNYA. BIARKAN NASI DI DALAM KAWAH ITU MASAK.. KEMUDIAN BAHARULAH BOLEH TAMBAHKAN AIR DARI SATU JUG KE SATU JUG. LAMA KEMUDIAN, MASUKKAN POTONGAN UBI KELEDEK.  TAMBAH LAGI AIR DARI SATU JUG KE SATU JUG. MASUKKAN JAGUNG YANG TELAH DISAGAT HALUS.. KEMUDIAN MASUKKAN KACANG HIJAU YANG TELAH DIREBUS TERLEBIH DAHULU.. KEMUDIAN MASUKKAN KACANG MERAH JUGA YANG SUDAH SIAP DIREBUS. MASUKKAN REMPAH ASYURA YANG TELAH DILARUT DENGAN AIR REBUSAN DAGING. KEMUDIAN MASUKKAN DAGING YANG TELAH DILERAI KECIL-KECIL.KACAU SEHINGGA SEBATI.. KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN..KACAU..KACAU.KACAU.. KEMUDIAN MASUKKAN SERAI, HALIA, LENGKUAS DAN BAWANG PUTIH YANG TELAH DIKISAR.. KACAU...KACAU...KACAU.. KEMUDIAN MASUKKAN GULA DAN GULA MELAKA..KACAU..KACAU..KACAU... KEMUDIAN MASUKKAN AIR RENDAMAN HALBA SERTA SESUDU HALBA.. KACAU..KACAU..KACAU.. KEMUDIAN MASUKKAN GARAM DAN AKHIR SEKALI MASUKKAN BAWANG GORENG.. KACAU SEHINGGA SERING BARULAH DIANGKAT..ITUPUN SEKIRANYA SUDAH CUKUP DARI SEGI MANIS DAN MASIN... PROSES UNTUK MEMBUAT BUBUR ASYURA MEMAKAN MASA PALING CEPAT 6 JAM.. KACAU TANPA HENTI.. KALAU BOLEH, BIARKAN KACAU SEHINGGA SETENGAH JAM UNTUK MASUKKAN SATU-SATU BAHAN

* kalau nak buat cuma 5 kilo beras, buang separuh setiap bahan tadi

Walau bagaimanapun, cara ini tidak semestinya bubur asyura itu akan sedap.. mungkin bergantung kepada air tangan seseorang yang mencampur bahan ini juga untuk menambah kelazatan.. Kalau tak kena cara, bubur asyura tidak mengeras, sebaliknya lembek macam bubur nasi.. ada orang masukkan telur dan ada yang masukkan durian.. tetapi tak tau la pulak sama ada sedap atau tidak.. sebab admin tak pernah rasa sura yang ada eksesori tambahan tu.. yang admin pernah rasa, sura yang di atasnya ditaburkan telur goreng yang dipotong bulat. Admin dah buat menggunakan resepi yang diberikan, memang bubur asyura versi kelantan itu menepati citarasa orang kelantan.. kira ok laa.. tidak ada cacat celanya.. tapi mungkin kalau seiapa yang buat ikut resipi dan cara ini, akan bertambah sedap.. atau tak menjadi sedap seperti diharap.. apapun.. jangan takut untuk mencuba.. In shaa allah, tidak mengecewakan.

Kredit untuk Kak NORA Bunut Payung yang share resepi ini kepada admin. Semoga amalan membuat bubur asyura ini tidak luput ditelan zaman.

STEP 3 : MAJLIS KACA SURO SEK GOKEL


 panahkan air mengikut sukatan..biar glegok pahtu boh berah, wak srupo kito nok masok nasik biasa


keno ikut sukatan hok betul takut lembek payoh nok bekki

pah tu keno kaca sokmo, bilo napok nok sering, tamboh air pulop buleh sgayung, kaca lagi.. tamboh air lagi sgayung.. pah sgayung.. sgayung boh air.. buleh so jer.. boh laaa ubi stelo.. pah tu kaca-kaca buleh stengoh jer..baru buleh boh bahan lain

boh jagung.. bilo start boh jagung.. air tamboh keno kure doh laaa

boh jagungg 10 jatung utk 10 kilo berah.. pah tu kaca..kaca..  buleh setengoh jer.. baru boh benda lain

boh kaca hijar hok siap rebuh.. buleh 15 menet kaca pah boh..

boh pulok kace meroh hok siap rebuh.. kalu buleh tapis isi, jgn boh nga kuoh dio takut rasa lain

Boh isi sajo jahhh

pah tu kaca sokmo la deh.. jgn duk breti takut bkerokk


sorang po keno kaca kalu awok lain pakat letih blako






halia, lengkuah, serai, bawe putih keno blender skali la deh

nyo goreng po blendo jugok utk jadikan krisik


pojer ada ladang timun.. buleh jamu awok2 ngaca


kemahhh Jerr.. jamu hasil kebun ko saing2

steady belong ngayuh


pah tu baru boh sate.. kalu nok boh awah suro dulu po takpo.. sate boh nati suronok masok.. buleh blako.. tepuk dada tanya selero

keno kaca sokmo hinggo rato.. setengoh jam kemudian.. baru boh awah suro


awah suro hok dilarutkan dengan air rebusan daging.. baru tok bbazir air daging

boh 3 kilo awah kalu suro tu buat 10 kilo berah

30 menet kemudian.. baru boh daging.. nok boh daging awal-awal po takdok masalah. Nok sedak..boh plebih tapo daging.. dok jadi masaaloh.. koho sedak suro kito

mintok sponsor daging dengan saing2 buleh 2 kilo sorang

kijo ramar-ramar ni suko dih.. seronok.. jiwa sepakat membawa berkat. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

kaca jange tinggal..keno kaca sokmoo

pah tu baru boh barang-barang hok blender takdi.. 30 menet kemudian

Boh pulok kerisikk.. dekat nk masok doh niii

pah tu boh menise bulih 8 kerek

pah tu boh laaa gulo ikut sukatan.. kalu manih payoh nok bekki.. 

last skali boh garam.. hok ni keno beringat skit.. kalu masin lagi payoh nok bekki. buh secekok setengoh pade laa.. jgn cuwoh takut tlebih masin

kaca tu sodok prapat patat kawoh.. malah buwi bkerok alik bawoh

last skali boh bawe meroh gorengggg


dale neka atau bekah tepat nok boh suro tu. lapik daun pise baru bbakit..


bilo sering suro selepas proses selama lebih kurang 6-7 jam.. suro buleh laa akat,, packing

baru suro kerah moleh.. cari purong terrrr.. make suro lembek panah2.. pisekkkk



atur molek suro hok nok buwi kokrang.. 

lapik daun pise siro hok nok boh dale neka..



Sekian sajo kisoh kawe dengan saing-saing buat suro.. tok payoh ada ore tino untuk bantu.. pade puok2 jate jahh.. pakat2 boh bahan sikit sorang.. kaca-kaca gok jadi ah suro.. ni pun aku baru pertama kali buat, dok ajin lagi buat suro sebelum ni.. cumo jo kaca jahhh.. sukatan bahan tok pernah ambik tahu. Sapo2 ikut resipi ni.. soheh
jadi suro dehh.. kalu tok jadi, saloh puok demo laa.. kawe dok nipu doh.. oyak hok sungguh.. nak pahalo..

Pah tu suro toksoh bbagi ko ore luwa laa deh.. puok dio tok make, Buwi ko ore klate kito.. tapi tanyo dulu bereghi ko dok...jgn duk buwi ko ore tok bereghi, wak ngenak.. kaca letih2.. demo tohok.

1 comment:

  1. mano lamo abe din x update blog ni....nok tunggu kisoh2 baru ni..

    ReplyDelete