Sunday 23 February 2020

MANCING DI SUNGAI UDANG 2.0


Ehemmm.. lama betul tak update blog. Orang pun skrg dh tak nk baca blog.. surat khabar pun tak nk baca,. buku pun tak nak baca..sebab tu byk kilang buku dan surat khabar tutup dan penulis buku juga dah sangat kurang macam pencipta lagu yang semakin pupus..  mereka cuma baca wassap saja dan baca apa yang terkandung dlm facebook..layan cerita pasal gosip2, cerita pasal fitnah memfitnah.. cerita pasal politik dan cerita pasal benda yang santai-santai.. maka lahirlah generasi kita sekarang generasi yang cetek ilmu dan generasi yang pemalas.. generasi yang terperap dalam bilik main wassap, layan you tube.. ajak makan yang dah siap dihidang pun malas nk makan.. duk ramai2 kat kedai mamak, terbongkok masing2 layan henpone.. tak ada lagi hilai tawa.. tak dak lagi bersoal jawab.. masing2 tersengih sendiri layan wassap.. Keluar lepak semeja dengan rakan lain.. sembang dengan rakan lain di  group wassap.. bateri henpon tinggal satu bar lagi.. dia punya gelabah dan runsing lebih pada anak isteri sakit masuk wad.. hahaha..

Buat pertama kali pd tahun ni aku keluar ber'outdoor' dgn kawan-kawan.. Biasanya tiap hujung minggu, ourdoor kat pdg golf saja atau bawa anak pegi makan2 kat tepi tasik sekitar rumah.. tapi pada 15 Februari baru ni aku and the geng sekali lagi pegi mancing di sekitar sangkar ikan di Sangkar Sungai Udang, jambatan kedua Pulau Pinang.. Tengok dalam video yang diupload oleh Abg DDnology channel memang gerram laa.. banyak ikan merah, ikan tanda, ikan kerapu, ikan jenahak, ikan senangin, ikan siakap dan macam-jenih ikan adaa..  besaq-besaq pulak tuh.


Mancing di sekitar sangkar Sungai Udang, Peneng



Tarikh yang dipilih tu kalau ikut kalendar pemancing memang kena dengan pasang surut paras airnya..aku, Pojer, Fadil, Fizi, Alim dan Iwer antara pemancing yang nk mencuba nasib. Balik kerja pukul 8 mlm jumaat tu.. bersiap-siap.. terus berangkat dgn kereta Fizi ke Taiping kerana janji nk jumpa dgn Cg Asrol dan Long Fadil serta beberapa org sahabat lagi kat situ. Sampai kat Tepeng seawal pukul 3.30 pagi.. tidur sekejap kat kaki lima masjid besar Taiping bertemankan nyamuk yg menggigit kaki sementara menunggu Cg Asrol dtg menjemput utk pegi cari umpan dan breakfast. Selepas solat subuh dan mencari umpan.. kami terus memecut ke jeti Sungai Jawi di Nibong Tebal. Dua buah bot siap menanti, Cg Asrol pegi dgn geng dia iaitu geng Taiping manakala aku satu bot dengan geng dari Shah Alam. Bot kat sini tak blh muat ramai sb kecik saja.. muat utk 6 orang.


Cari umpan hidup

Udang hidup saiz M.. 60 sen seekor untuk buat umpan

Tahun ni byk ikan duri.. bosan rasanya memancing sekiranya asyik dpt ikan duri walau ikan ni boleh dimakan terutamanya buat masak kari. Kat pasar Taiping, ikan duri dijual dengan harga rm13.00 sekilo..tapi geng kami panggil ini ikan sampah.. banyak yang kami lepas balik. Ambik yang besar2 saja. Alim berjaya mendapat lesen pertama dengan menaikkan ikan Tanda yang saiz kira tidak memalukan.. kemudian disusuli oleh Pojer menaikkan beberapa ekor ikan lain selain ikan Duri seperti ikan GT, Pari dan Tanda.. Aku, Dingunung berjaya menaikkan dua ekor ikan Tanda yang saiz budak sekolah rendah.. maknanya ikan tu tak besar sgt lagi.


Abg Alim begitu bangga apabila terlebih dahulu mendapat lesen

Ikan Tanda saiz M

Abe Pojer juga berupaya menaikkan tanda, saiz lebih besar drp ikan yg abg Alim dapat

Lepas tu.. naik GT pulak

Iwer.. bersama siakap

Ni bukan ikan Din Gunung yg dapat.. tapi tekong tu bagi kpd DinGunung

Alim bangga mendapat ikan duri.. dia ingat ikan duri satu spesis dengan ikan baung

Ada kalanya membangau.. 

Tekong bot mampu mendaratkan ikan Siakap yang beratnya lebih 4 kilo.. lain2.. dapat kerapu beberapa ekor. Tapi, entah apa yang tak kena, umpan byk dihabiskan oleh ikan duri. Sib baik udang hidup yg dibeli dgn harga 60 sen seekor, sempat aku simpan sikit untuk dimasak dengan meggi.. kalau tak disimpan, tentu habis diberi makan percuma kepada ikan duri.


Alim.. masak maggi dalam bilik hotel dengan memasukkan puluhan ekor umpan berupa udang hidup

Selera betul Abg Alim mkn meggi berlaukkan umpan segar

Walaupun ikan yang dapat tak seberapa.. tapi yang penting kami dapat bersama dengan sahabat. Kami naik satu kereta dengan sahabat yang telahpun rapat kat Shah Alam.. kami tidur di masjid bersama, kami makan bersama, kami pusing-pusing bersama, kami tidur di hotel bersama, satu bilik dua katil kongsi tidur ramai-ramai berhimpit-himpit.. Cg Asrol juga bagus entertain kami, bawa pegi memburu kedai makan di sekitar Taiping yang femes2.. makan roti jantan telur goyang 2 bijik kat restoren di kaki Bukit Larut.. Bawak pegi bersiar-siar di pasar pagi Taiping, makan apam miring Taiping yang sedap.. dan ronda-ronda.. bersembang dan bertawa hilai dalam bilik hotel sampai check out.. ini semua merapatkan hubungan persahabatan kami yang memang rapat sebab group wassap geng kami ni tak pernah sunyi sampai ke tengah malam.


dapat berkumpul dan makan ramai2.. best kan

Makan char kuew teaw udang banjir Parit Buntar

Cg Asrol dulu geng kami kat Shah Alam, sekarang tukar mengajar di Taiping.. jadi sambil2 ziarah dia utk melepaskan rasa rindu, kita juga ambik kesempatan pegi macing.. serampang dua mata lah nii.. Fadil pun isterinya orang Taiping.. jadi luaslah langkah kami kat bandar Taiping ni.. masing-masing berebut nak entertain kami dan nak belanja makan.


Bergambar Kenangan di depan Hotel Seri Malaysia sebelum berangkat pulang ke Shah Alam
 Itulah saja kisah outdoor matdingunung pada tahun 2020 ini.. semoga tahun ini lebih banyak lagi aktiviti outdoor matdingunung sebelum dia tak larat akibat sakit tua.. In Shaa Allah, coming soon punya aktvt ialah mencandat sotong di perairan Chendering Terengganu kite sblm puasa ni..

No comments:

Post a Comment