Wednesday 24 June 2020

NORMA BAHARU MASUK KERJA

Assalamualaikumm..

Hari ni 24 Jun 2020, dengan rasminya budak-budak telah dibenarkan datang ke sekolah setelah sekian lama dikurung akibat PKP. Budak yang datang tu bukan semua, cuma murid tingkatan 5 sahaja. Walau bagaimanapun, murid perlu ikut SOP yang amat ketat terutamanya bab penjarakan sosial. Kerusi meja dijarakkan satu meter. Pelajar tidak dibenarkan bergerak dari tempat duduk masing-masing. Sebelum masuk sekolah dan balik sekolah, bacaan suhu diambil untuk setiap orang murid. Nama perlu dicatat semasa datang dan semasa balik dari sekolah. Nak ke tandas sekalipun kena catat nama. waktu rehat, murid tidak dibenarkan ke kantin sebaliknya makan di dalam kelas. Murid digalakkan bawa bekal dari rumah. Bagi murid yang tak bawa bekal, AJK makanan yang di lantik akan turun ke kantin dengan diiringi oleh seorang guru bertugas untuk ambil order makanan dari kantin yang ditempah pelajar sehari lebih awal. Borang tempahan makanan diedarkan untuk murid menempah makanan. Guru kelas akan berada di dalam kelas untuk mengawal murid makan sepanjang waktu rehat. Guru mata pelajaran tidak boleh meninggalkan kelas sekiranya guru waktu pertukaran waktu tidak hadir. Pendek kata, kelas tidak boleh dibiarkan tanpa guru walau seminit. Kelas pendidikan jasmani tidak diadakan dan diganti dengan kelas Pendidikan Kesihatan. Setiap kelas telah diatur laluan-laluan khas semasa pergerakan agar tidak banyak berlaku pertembungan terutama semasa masuk kelas dan semasa balik. Hand senitizer setiap kelas ada dibekalkan..Memang ketat Prosedur Operasi Standard yang harus dipatuhi oleh setiap murid dan guru serta staff sekolah. Harap perkara begini tidak lama dan kita doakan semoga dapat kembali normal sepertimana sebelum PKP dulu.. rimas betul duduk dalam keadaan macam ni.

Cikgu-cikgu yang hadir ke sekolah ditembak di dahi dengan pembaca suhu oleh security guard di depan pintu pagar sekolah selain wajib scan bar code untuk rekod bacaan suhu dan kehadiran. Cikgu-cikgu tidak dibenarkan makan di kantin tetapi boleh tempah makanan di kantin kemudian bawa makanan yang ditempah itu untuk makan di dalam bilik guru. Pengamalan penjarakan sosial amat dititikberatkan. Sepanjang berada di sekolah, cikgu-cikgu diwajibkan memakai 'mask'. Di dalam bilik guru, kuantiti guru dikurangkan. Banyak meja guru dipangkah dan dikosongkan. Guru-guru yang ada bilik khas, digalakkan berada di dalam bilik khas tersebut walaupun bersendirian. Guru sesi pagi masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 2 ptg.. manakala guru sesi petang masuk pukul 9.30 pagi dan balik pada pukul 3.30 petang. Oleh sebab guru sesi petang murid-muridnya belum dibenarkan datang ke sekolah, maka.. cikgu-cikgu tetap mengajar secara atas talian menggunakan ekses internet yang ada di sekolah berdasarkan jadual waktu yang dibekalkan. Manakala, mereka yang pada hari itu bukan giliran dia mengajar online.. akan bertindak sebagai guru pendamping untuk membantu guru-guru pagi yang mengajar di kelas tingkatan 5. Guru petang yang nak solat di surau, wajib bawa sejadah sendiri dan mengamalkan penjarakan sosial di dalam surau.

Tak sangka pula sebaik saja cuti sekolah awal penggal pada 14 Mac dulu.. murid-murid dan guru-guru serta semua kakitangan sekolah diberi cuti paksa selama hampir 4 bulan. Sepanjang hidup aku, tak pernah dapat cuti sekolah sepanjang ni. Paling lama pun 2 bulan masa aku sekolah rendah dulu-dulu. Sekarang ni cuti sekolah paling lama pun cuma sebulan lebih saja iaitu pada cuti hujung tahun. Tapi, cuti panjang yang MAHApanjang ini bukan sebarang cuti.. orang kata cuti wabak begini berlaku cuma 100 tahun sekali. Maknanya generasi akan datang kalau nak merasa cuti panjang begini akibat wabak penyakit berjangkit kena tunggu 100 tahun lagi laa. Ramai orang di luar sana yang jeles dengan cikgu2 sebab mereka beranggapan cikgu ni anak emas kerajaan.. duduk melanggok di rumah sambil tengok tv sambil makan super ringgg.. gaji masuk penuh tiap bulan siap dapat bonus lagi rm500. Haa.. jangan jeles kawan2.. rakyat jelata.. masyarakat yang bukan guru.. frontliner.. dan lain-lain. Cikgu ada tugasan sepanjang cuti paksa ni.. kuat juga mereka memerah otak mencari bahan untuk mengajar murid-murid melalui atas talian. Mungkin ada laa sesetengah guru yang tak mengajar sebab terperangkap kat kampung masa PKP. Cuti panjang yang diberi ni.. bukan cuti biyase-biyase kawan.. Aku dah tempah 2 hotel di Melaka pada 18 dan 19 hb Mac iaitu bersempena cuti sekolah..ingat nak bawak family jalan-jalan makan angin, rupa-rupanya cuti sekolah telah bertukar menjadi cuti PKP yang tak dapat bergerak ke mana-mana, atau dengan kata lain, cuti yang dikurung. Hangus saja duit booking hotel selama dua hari tu sebab.. pegi boleh, nak balik memang tak lepas sebab dah rentas negeri. Mahu 3 bulan aku sekeluarga berada dalam hotel tu kalau berkeras nak pegi jugak. Cuti yang diberi kalau dikurung macam ni, takde sape nak kan?? dah la sentiasa duduk dalam kebimbangan, nak keluar beli barang keperluan asas pun macam nak lari dari penjara.. mata melilau ke kiri ke kanan takut- takut terserempak dengan polis atau askar. Dalam berita asyik siar orang kena denda atau kena tangkap saja. Bilangan kes Covid pun makin bertambah setiap hari.. kes sembuh pula kurang.. kes kematian hampir setiap hari ada.. Video-video tentang jururawat dan doktor menanggis serta merayu pun banyak yang tersebar melalui setiap group whatsupp. Pihak-pihak polis pun tak menang tangan melakukan sekatan jalan raya di setiap pintu keluar.. Ada yang menengking, ada yang kena tengking dan ada yang kena maki.. Hakim-hakim pun galak mengenakan denda sebanyak rm1000 kepada mereka yang ingkar dan tak patuh PKP bahkan ada yang dipenjara. Kakitangan awam pula diuar-uarkan dengan tindakan tamatkan perkhidmatan, dilucut pemberian wang pencen atau dikenakan tindakan tatatertib sekiranya melanggar PKP, maka... apa maknanya cuti ini... ????? semua orang tak mahu kan???

Jadi, oleh sebab perkara ini amat jarang berlaku, bolehlah aku abadikan dalam blog aku apa yang sebenarnya telah berlaku, sedang berlaku, atau sudah berlaku dan mungkin akan berlaku lagi.. Sepanjang 5 bulan hidup bersama Virus Covid 19 ni, telinga kita disajikan dengan bahasa-bahasa yang tak asing lagi didengar setiap hari antaranya.. kerja dari rumah.. stay at home..penjarakan sosial atau social distancing.. Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat(PKPD)..Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP)..HandSanitaizer,masker..SOP.. PPE.. frontliner..jarak satu meter..ke sana, ke sini.. kuarantin.. kuarantin di rumah..kluster tabligh.. kluster Sendayan.. dan sebagainya..

Hari ni.. kes di negara kita semakin kurang bahkan ada hari-hari tertentu mencatat bilangan kes sebanyak cuma 3 kes sahaja.. harap-harap lepas ni kerajaan akan benarkan rakyat ke masjid untuk berjemaah, untuk dengar ceramah agama dan untuk solat jumaat..rindu sangat kat masjid.. lama sangat rasanya tak pegi sembahyang jumaat sebab aku tak pernah tinggalkan solat jumaat lebih daripada 3 kali berturut-turut..sejak dulu lagi. Semenjak aku mula akil baligh dulu.. Aku rindu nak mengajar budak-budak di dalam kelas.. nak bagi latihan kepada murid, nak tanda buku latihan murid.. nak sembang dengan murid-murid.. Malas dah rasa nak mengajar atas talian melalui Whatsapps, Google Classroom, Google Meet dan lain-lain apps.. susah nak tanda latihan budak.. kadang-kadang nak kena pujuk budak suruh masuk link.. ada budak-budak yang masuk link, pastu hilang entah ke mana tak keluar-keluar.. ada yang tekan link, kemudian tidur.. susahh..susahh.. baik mengajar dalam kelas, boleh marah-marah budak yang malas.. Di Online, payah nak marah budak. Mengajar secara satu hala.. macam kita yang syok sendiri. Tapi, kena redho sebab kejadian ini berlaku bukan kehendak kita.. Kita kena banyak bersyukur sebab negara kita semakin pulih dan semakin bebas, sedangkan di negara-negara lain macam sudah tak terkawal.. sudah putus harapan.. frontliner mereka sudah tertewas..Syukur Alhamdulillah.. setakat ni negara kita hampir menang berperang dengan Covid 19. Apa yang pihak kerajaan harapkan agar rakyat terus istiqomah ikut SOP yang digariskan terutamanya penjarakan sosial selagi negara kita belum betul-betul bebas daripada virus covid 19.  
 

No comments:

Post a Comment