Friday 15 January 2021

SELAMAT DATANG TAHUN BAHARU 2021 VS SELAMAT DATANG PKP 2.0

 Assalamualaikumm...

Bab 1- 2021 vs PKP 2.0

Sedar tak sedar dah tempuh 2021 kita ni.. ingatkan dalam tahun 2020 yang tak sabar dinantikan dulu memberi magis yang luar biasa kepada rakyat dan negara, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Dulu kita disogok dengan WAWASAN 2020 yang menjanjikan negara kita menempa kejayaan memasuki kelompok salah sebuah negara maju di dunia ini.. tetapi, yang realitinya tahun 2020 negara kita semakin porak peranda.. dengan perebutan kuasa politik, merebaknya wabak penyakit, kejatuhan ekonomi, kadar pengangguran dan kemiskinan meningkat, rakyat terkurung dan dikurung, pelajar sekolah keciciran pelajaran dan macam-macam perkara buruk lagi yang berlaku seperti banjir besar yang melanda seluruh negeri Pantai Timur dan Johor..

Ingatkan memasuki fasa tahun baharu 2021 kita semakin bebas dengan belenggu masalah-masalah tersebut, tetapi malangnya awal tahun lagi kita telah dikejutkan dengan meningkatnya wabak Kovid 19 yang semakin tak terkawal di seluruh negara bahkan kadar kematian harian akibat Kovid 19 begitu menggerunkan. Dalam keadaan macam ni, pemimpin politik boleh lagi bertelagah untuk berebut jawatan dan saling menjatuhkan musuh politik demi kepentingan diri dan agenda politik masing-masing tanpa mempedulikan bahana yang sedang menimpa rakyat dan barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi Kovid 19. Atas dasar ini terciptanya sekali lagi PKP 2.0 seterusnya pada masa yang sama diwartakan DARURAT POLITIK yang jelas begitu menekan rakyat marhaen. Dari satu segi, pengumuman ini memberi ruang kepada kerajaan untuk mengekang virus Kovid 19 daripada terus merebak, namun, dari satu segi memberi kesan kepada mental dan fizikal rakyat terutamanya golongan marhaen yang jenis cari makan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan juga pelajar sekolah terutamanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan pelajar yang bercita-cita untuk ke sekolah asrama penuh. Apapun. kita serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan untuk mengatasinya.. marilah kita sama-sama berdoa agar masalah ini tidak berterusan sehingga ke tahun seterusnya...Aminn

Ok.. Bab 2 - Balik Kampung sebelum PKP

Cuti sekolah bermula pada 17 Disember 2020 sehingga 20 Januari 2021. Walaupun cuti sekolah, aku dan keluarga tak boleh pegi mana-mana sebab tak berani nak keluar rumah, apatah lagi balik kampung sebab negeri aku menetap sekarang adalah kawasan merah Kovid 19.. orang-orang kampung di kawasan hijau sebolehnya tidak mahu menerima kehadiran keluarga ataupun penduduk asal kampung yang berhijrah dan menetap di kawasan merah balik ke kampung.. mereka tak sanggup menjadi salah seorang insan yang tidak bernasib baik menerima virus ini daripada perantau yang pulang kemudian menyebarkannya pula kepada orang lain. Walau hati tak mahu, tapi demi anak-anak, cucu-cucu dan saudara mara.. perkara ini tidak dapat dielak.. cuti Krismas baru-baru ini, ramai warga kota dari Kawasan Merah berpusu-pusu keluar sama ada balik kampung atau pegi melancong dengan membawa buah tangan berupa Covid 19 untuk diagih-agihkan di tempat yang disinggahi. Kesannya, dari kawasan hijau sudah bertukar menjadi kawasan kuning dan jingga. Memburukkan keadaan, beberapa hari selepas itu, datang pula cuti tahun baharu yang berturutan selama 3 hari menyebabkan sekali lagi warga Kovid kawasan merah balik ke kampung.. kesannya, yang jingga bertukar merah, yang hijau menjadi kuning.. atau dengan kata lain, seluruh negera di Malaysia tidak bebas daripada Covid hattta negeri Perlis sekalipun walau sebelum ni negeri ini cukup terjaga dan bersih daripada Covid 19.. 

Aku dengan penuh rasa takut dan gusar juga turut balik ke kampung.. bukan niat untuk suka-suka atau seronok-seronok nak balik bercuti di kampung, tetapi balik ziarah abang kandung yang sakitnya semakin tenat.. bimbang berlaku perkara yang tak diingini, nanti tak sempat jumpa. Aku balik seorang saja, tak bawa family sebab tak mahu ambil risiko.. nanti menjadi buah mulut orang kampung. Balik pun aku tak pegi mana-mana dan cukup jaga SOP. Walau bagaimanapun, sebab adik-beradik ramai yang menetap kat kampung, nak tak nak kena la juga ziarah yang lain-lain sekejap. Tunjuk muka jerrr.. kalau tak pegi karang.. kecik hati pulak sebab mereka tahu aku ada balik. Dapat balik kampung sesekali, aku ambik peluang rayau-rayau keliling kampung tengok tempat-tempat aku bermain masa kecik-kecik dulu untuk lepaskan rindu. Pakai topi, pakai mask tinggi-tinggi tak nak bagi orang kampung dan sahabat yang ada di kampung kenal.. sebab malas nak salam kalau boleh, nak elak daripada mereka tahu aku balik kampung. Bahaya sekarang.. kita jaga kita, kita jaga kawan dan kita jaga jiran.

Ziarah abang kandung yang sakit

Masa balik yang singkat sempat jenguk harta yang ditinggalkan lama. Alhamdulillah, sekarang sudah terjaga kembali.

Masa PKP pertama dulu.. begini jadinya rumah bini aku.. Mcm rumah puaka

Sekarang sudah terang benderang.. ambik keputusan simen keseluruhan halaman untuk mengelakkan tumbuhnya semak samun




Sawah padi terbentang luas.. indahnya pemandangan kampungku

berlatarbelakangkan bukit bukau.. sawah padi sayup mata memandang


Pusing-pusing dengan tok batin..



Masuk kebun.. cari pucuk paku untuk bawa balik ke Selangor

Sekejap jer..dapat sepemeluk pucuk paku


Masukkan dalam plastik besar..nak bawa balik bagi kat jiran2 tetangga di Kuala Lumpur

Tak sempat nak menjaring ikan sebab banjir dah surut.. tapi ikan yang Tok Batin cari, sempat makan sebab dia simpan sikit untuk aku.. T.Kasih Tok Batin take care ko ambo..adik dio

Banyak hasil yang dapat.. rezeki tok batin rajin mencari.. tak naik atah umoh.. tido bangun dalam air banjir

Tok Batin menunjukkan hasil jaringnya.. cilakak

Balik ke K.Lumpur, terus dinner dengan lauk pucuk paku.. ada sedikit bagi kat jiran2..

Gulai Lemak Daun Kadok ikan keli lembut dan ikan haruan yang Tok Batin sejuk beku untuk bawa balik ke Kuala Lumpur


BAB 3 - Bawa Family Pegi Melancong

Selepas aku kembali dari kampung.. keesokan harinya aku bawa anak-anak dan isteri pegi bercuti sehari di Cameron Highlands. Kesian mereka, sejak PKP pertama Mac tahun lepas, tak pernah keluar pegi bercuti. Sekolah pun dah nak bukak, takpelah.. jaga diri dan sekadar betul-betul pegi berehat jer. Sewa apartment, beli sayur dan makanan, masak kat sana. Aku sewa Iris Apartment mengadap padang Golf Sultan Ahmad Syah.. tenang dan sejuk.. nyaman.. hujan gerimis-gerimis sepanjang hari lebih menyamankan. Sebelum check in apartment, singgah beli sayur-sayur dan buah segar di Brincang dahulu.. sampai di apartment, terus masak nasi dan goreng campur sayur.. nasi senduk sedikit saja tapi makan sayur yang lebih.. perghhh..sedap. 

Az-Zahraa.. hantu strawberi

Amsyar meratah sayur fresh dari ladang



Petang bawa anak-anak keluar jalan-jalan pusing-pusing tengok pekan Tanah Rata dan pegi pasar malam.. Malam masak sayur lagi.. makan sayur dan buah strawberi. Anak bongsu aku 'hantu' strawberi rupanya. Bukan main banyak dia makan. Puas hati aku bawa dia bercuti di sini. Buat juga stimboat untuk dinner.. stimboat yang lebih kepada sayur seperti kobis bunga, brancoli, dan pelbagai jenis cendawan. 

Jalan-jalan nak ke Pasar Malam yang tidak jauh dari tempat penginapan


Bangun pagi, bini goreng nasi yang lebih semalam sikit untuk alas perut. Kemudian, lepas mandi kami terus bersiap keluar atau check out dari apartment menuju ke Bharat Tea untuk minum pagi berlatarbelakangkan ladang teh. Sebelum ke Bharat Tea, aku singgah dulu di ladang strawberi milik orang Melayu dekat jer dengan Apartment aku tinggal.. Petik sendiri buah strawberi.. satu kilo rm 50. Balik dari breakfast di Barat Tea, tak pegi mana-mana lagi, terus balik ke Selangor.. singgah sekejap beli buah tangan untuk jiran-jiran dan kawan-kawan di pasar jual sayur dan buah selepas pekan Brincang. Anak-anak dan isteri cukup gembira dengan percutian ini walaupun singkat sebab mereka dah dapat tengok dunia luar. 

Menu sarapan pagi.. nasi goreng cina dan telor separuh masak

Telur separuh masak

Santai-santai sambil menghirup secakir kopi panas


Aku cadang sebelum betul-betul buka sekolah, nak bawa sekali lagi anak-anak pegi bercuti di Melaka..  tup..tupp, kena PKP sekali lagi.. tak jadi ah.. takde rezeki anak-anak nak main air di Bayou Resort dan makan ikan bakar di Alai.. sekian saja celoteh aku sebagai bbuko panggong blog aku di tahun 2021.

Kita layan gambar aku dan anak-anak serta isteri di Cameron Highlands.

Budak-budak zaman sekarang.. dengan gajet bagai tak boleh dipisahkan



Pemandangan indah padang golf di Cameron Highlands




Sewa apartment besebelahan padang golf.. tenang dan damai


Santaii.. tenangkan fikiran









Bergurau dengan si Bongsu


Si Bongsu yang manja..





































Breakfast di restoran Bharat Tea berlatarbelakangkan ladang teh.. harga makanan dia boleh tahan kerasnya..

Menghayati panorama indah..




Sekian T.Kasih.. doakan agar tahun 2021 kita bebas daripada Covid agar dapat aku buat banyak aktiviti outdoor untuk dimuatkan dalam blog aku.. 



2 comments:

  1. lamo tungggu abe din upload cito2 baharu...kipidap..peminat tegar blog abe din..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ejah ah timing.. ikut kawe masuk hutan buleh skali.. peminat kito keno eprised..hahaha

      Delete