Monday 5 April 2021

BERCUTI BERSAMA KELUARGA DI MUSIM PKPB

 Assalamualaikum..

PKP sudah mula berakhir tetapi musim PKPB masih belum berakhir.. bermakna untuk pergerakan antara daerah dibenarkan tetapi untuk rentas negeri masih tidak dibenarkan. Cuti sekolah dalam musim PKPB boleh jer dimanfaatkan kalau mahu. Tak payah bawa family pegi jauh-jauh.. cukup jer sekadar radius 30km daripada rumah.. lebih jimat kos dan masa serta tenaga. 

Aku juga tak lepaskan peluang untuk bawa anak-anak pegi bercuti.. kesian mereka lama berkurung dalam rumah sejak PKP yang kedua. Tak mau pegi jauh-jauh.. cari jer tempat percutian yang berhampiran dengan rumah. Tempat yang menjadi pilihanku ialah CyberView di Cyber Jaya.. 15 minit saja perjalanan dari rumah aku.. Boleh balik makan kat rumah kalau mahu, lepas tu angkut tikar bantal tidur kat resort sana. Aku pegi secara terjah macam tu jer.. tak booking apa-apa. Kalau takde takpe.. boleh pusing-pusing saja.. lepas tu balik rumah semula, esok cuba lagi. Tapi rezeki anak-anak, masa aku terjah tu, bilik masih ada yang kosong. Jadi boleh terus masuk cuma kena tunggu lama sikit untuk check in sebab pengemas bilik nak sanitasi. Walau bagaimanapun, mereka bagi tuala untuk anak-anak mandi kolam dulu sementara bilik siap dikemas.. so, takde masalah lah.. dapat bilik pun tempat yang paling cantik.. betul-betul depan kolam mandi.. viewpool.. bilik pun cantik macam tempat orang honeymoon.















Harga dia boleh tahan laa.. tapi kalau kita kira jarak, bolehlah kita belanja lebih sikit untuk ambil bilik yang selesa sebab kita dah save bajet jarak perjalanan dan tol kalau pegi ke tempat pelancongan yang lebih jauh contohnya di Gold Coast Morib atau ke kawasan Sabak Bernam. Bilik selesa untuk anak-anak sebab di samping ada ruang tamu, ada juga 2 bilik lain.. facitilities pun lengkap. Ekon sejuk gila, bini aku lupa bawa baju sejuk, terpaksa balik rumah kejap pada malam tu, semata-mata untuk ambik baju sejuk.


Kat beranda bilik ada ruang rehat untuk pantau anak-anak mandi sambil makan maggi


Bilik betul-betul mengadap kolam mandi

Ada ruang tamu dengan kemudahan unifi

Ruang yang selesa.. yang paling penting, bilik air bersih, cantik dan airnya laju gila


Bilik 1



Lepas anak-anak puas mandi, baru pegi ambik kunci bilik kat kaunter pendaftaran.. masuk mandi tukar baju kemudian pergi bersiar-siar sambil joging di Taman Tasek Cyber yang bersempadan dengan Putrajaya. Taman tasik ni letaknya sebelah saja lebih kurang 1 km. Menghirup udara nyaman sambil cuci mata menikmati pemandan indah.. Tenang jer fikiran.  











Balik dari bersiar-siar kat Taman Tasek lebih kurang pukul 7.30 mlm.. Selepas mandi solat maghrib, kami berehat sebentar kemudian bawa anak-anak keluar makan. Bagi peluang anak-anak pilih sendiri jenis makanan yang mrk mahu.. ramai pulak yang pilih untuk makan Western Food.. maka kami pegi laa ke restoran PADI yang tak jauh pun dari resort.. lebih kurang 5 minit jer perjalanan. Restoran ni terkenal dengan penyediaan makanan Western kat Cyber Jaya.. Tak pe... rezeki anak-anak sekali sekala nak pilih sendiri jenis makanan yang mereka suka.. dalam rezeki kita banyak terdapat rezeki anak-anak kan..??




Western Food pilihan anak-anak

Malam tu semua anak tidur lewat.. ada yang layan movie, ada yang main pubg.. maklumlah internet laju.. takpe, aku bagi peluang anak-anak main sampai puas sebab minggu depan dah nak sekolah.. ada yang terpaksa memerap di asrama dengan mengikut jadual pembelajaran yang amat padat.. bagi mereka rehat cukup-cukup.

Esok hari, bangun pagi pegi makan di cafe dia.. dapat voucher makan cukup untuk 6 orang. Seorang anak terpaksa berkejar ke Puchong sebab ada perlawanan Futsal. Makanan dia ok laa.. boleh bagi 4 bintang sebab banyak pilihan. Sedap tu perkara subjektif.. ada yang kata sedap, ada yang kata boleh laaa.. depend kpd selera masing-masing. 




Tempat Makan CyberView Resort


Lepas makan, terus mandi puas-puas.. hari ni last day berada di sini.. aku tidur jer dalam bilik berehat cukup-cukup sebab minggu depan dah mula kerja. Sebelum ni berbulan-bulan berkurung dalam rumah kerja work with home atau bekerja dari rumah ( bdr ).  Pihak pengurusan bagi kebenaran check out bilik lewat sikit sebab semalam check in lewat. Pukul 2.30 baru kami check out.. puas laa kiranya.. berbaloi dengan harga yang dibayar.. Masa balik laju jerr.. pukul 2.45 bergerak keluar dari CyberView Resort, kul 3.05 dah sampai rumah.. 20 minit jer termasuk sangkut kat trafic light.. itulah cerita percutian keluarga kami yang simple tetapi menarik dan seronok.. SEKIAN TERIMA KASIH.


ibu layan anak bermain air

 

seronok anak-anak main air.. tak nak naik.. tak reti sejuk


View dia cantik brooo..












No comments:

Post a Comment