Sunday 31 October 2021

MINGGU PERTAMA BUKA SEMPADA DAERAH

 Assalamualaikum.. 

Terbengkalai blog kawe gara-gara PKP..hahahaha

Salam kasih.. Salam Sayang.. Salam Pertemuan...

Kembaali semula dalam arena penulisan setelah berbulan-bulan tanpa konten. Ni kira enteri yang tertunggak sebab takde mood nak menulis akibat terlalu lama takde bahan nak tulis apa. Menulis ni dia sama macam solat berjemaah kat surau atau masjid.. Sebelum ni kita sangat rajin berjemaah di surau dan masjid, tiba-tiba PKP menjelma menyebabkan kita dihalang drp berjemaah di masjid atau surau.. bila terlalu lama, dia jadi selesa solat bersendirian kat umah walau azan dari surau atau masjid jelas kedengaran. Maka.. apabila masjid dan surau telah mula dibuka akibat peralihan fasa PKP.. kita sudah tak mahu ke masjid lagi atau ke surau sebab sudah terbiasa dengan solat sendirian di rumah termasuk jumaat sekali.. Itulah secara analogi penulisan blog..

Akibat terlalu lama tak menulis blog.. maka dia jadi imun dan malas nak tulis walau bahan untuk menulis dah mula masuk. Tapi hari ni aku nak masukkan 3 entri sekaligus.

Ok.. pertama nak kongsi percutian sebaik sahaja sempadan daerah dibuka pada Jumaat 10 September 2021. Sebaik saja sempadan daerah dibuka, aku terus bawa family aku pergi bercuti di Guest House Salak Tinggi.. lebih kurang 40 minit perjalanan dari rumah aku. Tempat ni memang sesuai untuk 4 atau 5 keluarga. Takde laa besar sangat tapi amat bersih dan selesa. Ada 4 bilik dan ruang tamu serta laman yang luas.. yang penting kat tepi rumah tu disediakan kolam mandi personal dan sedikit laman untuk bbq dan minum2 santai. Kalau nak masak-masak, memang sesuai sangat laa sambil berkumpul beberapa keluarga setelah terlalu lama dikurung.

Hari sabtu, 11September, kami pun pergilahhh.. cukup2 seronok anak-anak nak terlepas daripada kurungan yang panjang ni. Amer sudah booking 3 bulan yang lepas tempat ni, tapi asyik ubah tarikh sebab pkp juga asyik ditambah dan ditambah..




Bilik agak luas dan selesa


Sebaik saja rentas daerah dibolehkan.. maka semua resort, guest house, hotel, chalet, kabin, khemah and so on habis ditempah.. kemaruk sangat rakyat nak keluar.. tempat2 pelancongan habis diserbu tak kira sama ada di sungai, di jeram, di hutan lipur, atau di pantai bahkan kat taman-taman dan  kat padang bola pun ada orang bercamping.. hampar tikar dan makan-makan. Sib baik aku ada tempat.. kalau tidak bercamping kat tepi Taman Tasek ajer laa jawabnya sambil masak-masak maggie mi. Maklumlah nak tempah hotel atau resort semunya penuh..




Itulah saja cerita aku sebaik saja dapat lepas sempadan daerah...

No comments:

Post a Comment