Sunday 31 October 2021

MINGGU PERTAMA SELEPAS BUKA SEMPADAN NEGERI

 Oraitt.. sambung lagi cerita tertunggak..

Boleh jer aku nak satukan dalam satu entri ketiga-tiga cerita ini, tapi aku tak mau sebab nak bagi nampak ada saperet antara pkp.. pkp bersyarat dan endemik..

Ok.. saban hari kes2 covid semakin menurun dan kes2 ICU dan yang memerlukan bantuan pernafasan juga menurun.. hospital mula longgar dan kes kematian juga turut mula beransur kurang manakala kadar suntikan veksin dalam kalangan rakyat semakin meningkat termasuk budak-budak sekolah.. jadi dengan rasminya kerajaan mengisytiharkan kes Pandemik menjadi Endemik menyebabkan secara tidak langsung telah berubah daripada fasa 3 ke fasa 4 seterusnya pembukaan sempadan negeri tidak boleh ditangguh lagi. Sekolah juga sudah mula dibuka secara berperingkat-peringkat. 

Waaa.. seronok laa rakyat sebab dah boleh mula balik kampung jenguk ibu ayah dan berjumpa sanak saudara. Mana-mana yang dah tak ada ibu ayah, mula memasang langkah dengan pergi melancong lebih jauh lagi. Sama jugak dengan aku, nak balik kampung pun masih sesak sebab ramai yang balik kampung, aku bagi peluang yang masih ada mak ayah balik dulu.. aku tak nak jadi penyumbang kepada kesesakan lalu lintas yang membantutkan usaha mereka yang nak balik kampung.. aku cuma ada kampung tapi tak ada ibu dan ayah.. aku dah bertahun-tahun jadi anak yatim piatu. 

Peluang untuk rentas sempadan negeri aku manfaatkan pergi main golf sambil bawa family berehat di A Farmosa Golf & Country Club. Aku rasa hampir setahun aku dan keluarga tak lintas sempadan negeri.. so, bila kerajaan bermurah hati untuk buka sempadan negeri, aku rebut peluang ini. 24 Oktober, aku bawa mereka keluar untuk ikut aku pegi main golf di Ayer Keroh, Melaka. Aku sewa Condo D Savoy 3 bilik kat Taman Tema A Farmosa. 








Kami pegi hari sabtu petang sebab pagi aku kerja.. Tak banyak tempat untuk dilawati kat tempat ini.. cuma aku bawa mereka pusing-pusing kat dalam A Formosa selepas check in bilik. Kemudian secara tak sengaja, tergerak hati untuk ke Pekan Tampin yang bersempadan antara Nagori dengan negeri Melaka. Pusing-pusing bandar tu tengok tempat orang.










Malam tu aku tak pegi ke mana-mana.. nak keluar pun malas sebab tak tau nak pegi mana. Katanya kat Ayer Keroh takde benda sangat.. kalau kat Bandar Hilir banyak benda boleh buat malam2 contohnya pegi makan ikan bakar kat Alai. Lagipun aku perlu cukup rehat sebab esok pagi2 nak main golf.. itu perkara major tujuan ke Melaka, bukan nak bercuti pun. Yang utama di utamakan kannn... Tapi anak-anak aku dah faham tujuan kedatangan mereka ke sini.. ikut aku main golf, bukan ikut aku pergi bercuti. Malam tu aku masak kat dalam condo jer laa sebab tengah hari tu dah makan nasi banyak2.. Aku masak maggie ketam kata anak2 aku.. berselera mereka makan.. lagipun jajan cukup banyak aku bawa.. air pun pelbagai jenis dan lebih daripada cukup.. takkan kebulur punyalah sepanjang berada kat situ kalau tak keluar mana2 pun. Lagipun breakfast pihak hotel telah sediakan.







Main golf kat A Formosa ni memang dah lama aku idamkan sebenarnya. Sepatutnya bulan 3 tahun lepas aku dah main kat sini sebab masa ni aku bertugas sebagai pegawai kejohanan Golf MSSM kat A Farmosa Golf dan Tiara Golf Resort.. tapi saat akhir dibatalkan sebab PKP 1. So.. niat yang tertangguh itu dibayar pada hari inilah 24 Oktober 2021. Aku main satu flight.. tempat ni memang cantik dan fairway dia luas.. landscape dia bagus dan menarik..Green pun bagus amat..  banyak kolam, tasek dan taman serta batu. Kat sini ada 27 lobang iaitu Palm, Rocky dan Crocdile. Aku main kat Crocidle dan Rocky sebab katanya lebih mencabar. Alhamdulillah.. walaupun main kat tempat baru, aku dapat laa juga buat dua par dan satu birdie.. kemudian banyak buat bogie.. maknanya main takde koyak. Point pun bagus laa jugak.








Itu saja celoteh aku pagi ni.. Sekian semoga terhibur.. nak coret cerita lain yang lebih menarik lagi.

No comments:

Post a Comment