Monday 8 November 2021

PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH : BAWA ANAK-ANAK BERCUTI

 Assalamualaikum..

Semenjak buka sempadan negeri, nafsu untuk pergi bercuti membuak-buak.  Baru jer lepas pergi ke Melaka, aku pergi pula bercuti secara solo tanpa bawa family ke Taiping Perak selama tiga hari dua malam. Dua hari kemudian, aku bawa pula sekali lagi anak-anak aku pergi bercuti ke Resort Hujung Kampung, Janda Baik, Bentong Pahang. Maklumlah, sikit lagi dah nak buka sekolah maka anak-anak perlu diberi peluang rehat dan gembira yang mencukupi. Beginilah ayah zaman moden yang bertanggungjawab, sentiasa seronok melihat anak-anak seronok. Mudah-mudahan bila kita dah tua nanti, mereka akan menyeronokkan kita pula.. InShaaAllah..

Resort yang aku pilih ni takdelah baik sangat. Malas nak preview kat sini tapi cerita sikit-sikit sajalah. Owner resort ni sebenarnya bakal besan kakak aku. Dia mewarisi tanah seluas 3 ekar di hujung kampung yang dikongsi 4 beradik. Maknanya resort ni boleh dikatakan perkongsian keluarga. Alahamdulillah.. nampaknya mereka 4 beradik nampak rapat dan mesra. Harap takde yang bergaduh demi harta. Sama-sama urus harta peninggalan orang tua. 






Resort ada 9 buah pelbagai saiz dan harga.. ada yang sebesar reban ayam dan ada yang jenis moden rumah batu siap ada pendingin hawa dan ruangan dapur untuk memasak. Dari segi rumah, memang sendatlah dan kurang selesa sebab sempit kecuali Guest House Utama yang agak selesa sedikit, tapi dari segi fasilities agak selesa sebab banyak disediakan ruang makan asing dan tandas kat luar. Kawasan pun luas dan bersih. Ruang parking yang luas dan berada dalam pagar serta ada tempat mandi yang khusus tak bercampur dengan orang luar. Ada juga disediakan tempat perkhemahan bagi mereka yang nak melatih anak-anak tidur di bawah khemah dan melakukan aktiviti perkhemahan seperti perkhemahan badan beruniform kat sekolah.




Ni ada sebuah guest house berkonsep moden TokdoAnis nama dia





Air Jeram yang mengalir ni agak bersih sebab kat atas tu dah takde resort



Aku bercuti kat sini selama tiga hari dua malam. Rumah yang aku sewa dua tingkat tetapi sempit jer. Takde ruang dapur dan cuma ada satu bilik air. Katil ada 4.. 2 katil kelamin dan 2 katil bujang. Memang sesuai untuk singgah tidur saja kemudian makan dan minum kat luar. Kat Janda Baik ada banyak tempat makan yang boleh laaa.. yang paling top ialah Kopi Ladang.. menjadi tumpuan mat-mat motor bersantai. Kalau yang jenis suka aktiviti outdoor, boleh lah panjat bukit. Udara kat sini nyaman bangat sebab dikelilingi bukit bukau dan menjadi laluan kedua untuk mendaki gunung Nuang. 


Rumah dua tingkat tempat penginapan aku sekeluarga. Rm 200 satu malam. Bawah macam reban ayam, atas macam rumah burung

Kat bahagian atas ada dua katil bujang dan satu katil kelamin qeen


Kakak aku yang sewa rumah utama tu.. bawa makanan mentah banyak. So.. kami tak keluar pun untuk makan kat luar. Masak kat situ jer..Malam pertama makn sate..abang aku order sate mentah. Kami bakar ramai-ramai. Isteri aku goreng meehon tambah menu. Jemput sekali owner resort makan. Sporting owner resort, siap bawa set karaoke bagai untuk berhibur. Pagi esok, kami masak nasi Dagang versi Terengganu yang lazat. Aku yang buat.. memang paduuulah nasi dagang aku.. 4 kilo beras SOLD OUT sekejap jer. Lepas breakfast kami terus mandi jeram, berendam dalam tu sampai tengahari. Tengahari tu bini aku masak Kari Ikan Jenahak yang aku pancing kat Kuala Gula Perak.. ada dapat 5 ekor. Sedap makan ikan fresh terbaik dari ladang. Bini aku pula memang pakar masak kari.. memang terangkatlahhh..

Ni gulai nasik dagang disediakan oleh Chef DinGunung


Petang tu sembang-sembang jer.. tak keluar gi memana. Anak-anak sambung mandi sampai nak maghrib baru naik. Malam tu acara potong kek hari jadi biras aku berlangsung. Malam tu kami dihidangkan dengan bakar-bakar ayam dan isteri aku goreng 8 bungkus kue teaw sebagai menu tambahan. Owner resort pun join sekali siap bawa kamera video untuk rakam. Seperti malam semalam, set karaoke owner tinggal kat situ dan kami belasah bersilih ganti pakat nyayi. Aku menyumbang dua buah lagu sebab anak-anak cabar nak dengar bapa dia nyanyi. Mereka tak tahu masa muda ayah dia ni kaki clubbing, kaki head biging dan kaki keluar masuk karok. Terlopong mereka bila aku mampu bawa lagu bernada tinggi. Tengah sedap aku berduet dgn kakak ipar aku, hujan turun.. hilang mood nak nyanyi lagi lepas hujan berhenti.. Ingat aku nak belasah beberapa buah lagu XPDC dan MAY.. biar terlopong mulut mereka.. ah nak cabar otaiii.




Karok.. belasah lagu apa pun.. tempat tu kami punya 3 hari 2 malam



Esok pagi kami makan meehon goreng dan roti bakar. Cadang nak buat nasik lemak, tapi leceh sb nak kena kemas balik lepas tu. Perabis jer makanan yang mudah-mudah untuk disediakan. Banyak lagi makanan yang tak dimasak. Lepas breakfast, kami layan mandi sampai kul 12 tghari.  Kami check out pukul 12.30 tengahri sebab ada lagi owner baru yang menunggu bilik untuk bertukar shift. 

Percutian santai dan bajet ni memang santai dan oklah.. boleh bagi 3 ha.. ha..ha..ha.. Kalau ramai kelaurga yang datang.. tentu jadi lebih seronok. Tempat.. makan.. itu tidak penting.. yang penting berkumpul bersama family induk dah cukup seronok setelah lama sangat tak berjumpa akibat pkp. sekian sahaja cerita santai aku pasal pergi bercuti selama 3 hari 2 malam di Teratak Hujung Kampung Janda Baik sempena cuti perayaan Deepavali.  


1 comment:

  1. lamo x update blog abe din..tertunggu2 post baharu..

    ReplyDelete