Sunday 8 January 2023

AKTIVITI OUTDOOR MATDINGUNUNG 2022 ( Episode 1 )

 Assalamualaikumm..

Jumpa lagi dalam arena penulisan setelah setahun Abang MatdinGunung menghilang.. Ada peminat yang rindu, tertanya-tanya mana perginya Abang MatdinGunung?? begitu lama dia menghilang.. adakah dia sudah tiada?? atau dia sakit??? atau dia sudah bersara dalam dunia bloger??

Hahahaha.. entri kali ini terjawab sudah. Abang Matdin sengaja jer tak nak menulis. Bukan takde aktiviti outdoor sepanjang tahun 2022.. banyak.. cuma malas nak menulis kerana trend sekarang segala aktiviti orang dah tak masukkan dalam blog sebab takde orang nak baca, tapi dia ubah trend buat fb live atau buat tik tok.. tapi matdin tak buat live, tak pandai nak buat walau ada konten yang boleh menarik ramai view. Takpelah, Matdin bukan kejar kepada pendapatan sampingan tu, tapi sekoda-sekoda saja dalam berkarya. 


AKTIVITI MENJENGO UDANG GALAH SEPIT BIRU DI SUNGAI KELANTAN

( 30 & 31 Januari 2022 )

Tahun 2022 Matdin mulakan aktiviti outdoor dengan menjenggo di Sugai Kelantan. Orang duk viral kata kat sungai Kelantan ada banyak udang galah sepit biru. Ramai orang yang kaki menjenggo boleh bawa naik sampai berkilo-kilo udang galah sepit biru. Kebetulan cuti raya cina tahun lepas, Abe Matdin pun balik kampung, apa lagi.. nak laa cuba nasib untuk dapatkan pengalaman menjenggo. Kebetulan sahabat Abe Matdin yang abe Matdin gelarkan dia Bajau Sungai juga balik, kami terus setting masa untuk turun menjenggo.. Lokasinya ialah di kampung Temangan Lama. 

Seperti biasa, peralatan utama yang Abe Matdin bawak ialah peralatan dan bahan memasak kerana abe Matdin ni memang gi pun bukan nak menjenggo sangat, tapi nak merasa suasana dan nak masak-masak sambil tidur di beting pasir  menghayati kedinginan malam di tengah sungai Kelantan. Abe Matdin bawa anak lelaki abe yang selalu saja mengekori abe setiap kali abe keluar bercamping. Tak nak sorok cerita.. nak berkata yang benar, sepanjang malam memancing udang galah sehingga ke pagi, seekor pun tak dapat hasil. Orang cakap air tak cantik.. tapi Matdin tak kisah tentang hasil, yang penting malam tu abe Matdin dapat makan nasi berlaukkan ikan keriting goreng  di atas beting pasir yang timbul di tengah-tengah sungai Kelantan. Ikan keriting ni memang ikan yang sukar diperoleh sebab sudah pupus. Harganya setanding dengan Kelah Merah dan rasanya pun memang tak kalah. Dapat juga laa ikan tu dengan hasil pukat, bukan hasil pancing. Kawan-kawan Pojer Bajau Sungai tu dapatlaa merasa masakan drp chef hutan Din Gunung.. berselera betul mereka makan. Terus minat nak berkawan lebih jauh dengan Abe Matdin dan siap pesan suruh datang lagi apabila balik kampung. Mereka sedia menanti. 

  Okeylah.. habis sini cerita menjenggo Udang Galah Sepit Biru di Sungai Kelantan.. Layanlah koleksi gambar-gambar kenangan. Nak cerita benda lain pulak.. kira nak gabung semua aktiviti tahun 2022 dalam satu entri ni jah.




Berkhemah di beting pasir di tengah sungai Kelantan

masak nasi.. kena ada kemahiran.. kalau takde kemahiran, boleh mentah nasik

Masak memasak ni memang kerja aku Chef Hutan MatdinGunung

Goreng ikan keriting

Bersama Bajau Sungai.. Pojan

Sedap sangat ikan ni.. lebih-lebih lagi makan dengan sambal belacan DinGunung

Oraite.. nasi sudah masak, lauk sudah ready.. jom kita belasah

Perghhh.. ni yang paling best. Makan nasi ramai2 di beting pasir tengah sungai

Lauk simple ajer.. tak menjanjikan lauk bulan dan bintang.. tapi nasik seperiuk tak cukup

Ulam2, ikan goreng, budu dan sedikit gulai.. Perghhhh


Bangun pagi.. diselubungi kabus dingin. segar dan nyaman udara

Pasang khemah untuk letak barang jah.. kami tidur berselimutkan embun dan kabus mcm tu jerr

Lepas solat subuh.. perghh, nyaman pak

di tengah-tengah sungai

sejukkk

menikmati kabus hutan hujan khatulistiwa

Dari malam sampai pagi.. takde sekor pun hasil pancing.. mujur ada pukat jer penyelamat

Jangan niat nak hasil sangat.. nanti kecewa.. target pergi untuk menikmati suasana

sekadar nak merasai suasana

Kami tidur beratapkan langit dan berselimutkan embun dan kabus.. sudah biasa dgn adventure macam ni.. apedehalllah

Nilah beting pasir di tengah-tengah Sungai Kelantan area Temangan Lama.. luas macam padang bola. Kiri kanan dia aliran sungai


XPDC MENCANDAT SOTONG 5.0 SEK GOKEL DI PERAIRAN  CHENDERING, TERENGGANU

( 4, 5 & 6 Julai 2022 )

Setelah dua tahun tidak turun mencandat akibat PKP, maka pada tahun 2022, aktiviti MENCANDAT setiap tahun sek Gokel disambung semula. Alhamdulillahh.. sambutan amat menggalakkan sehingga terpaksa tolak beberapa orang yang ingin turut serta kerana had muatan bot tidak lebih daripada 8 orang termasuk tekong. Kesian tengok kawan-kawan yang kecewa sebab tak dapat join. Kali ini Abe Matdin bawa seorang ahli baru untuk memberi dia pengalaman dan mengambil suasana. Tekong bot sama iaitu Abang Lan sebab performance dia sebelum ni cukup hebat dan kami amat berpuas hati. Kami menaiki bot di Pelabuhan LKIM Chendering pada pukul 10 pagi. Kami turun awal sebab nak mancing ikan kerisi dulu sebelum mula mencandat pukul 6 petang. Alhamdulillah.. hasil ikan kerisi kira ok la jugak. Sebaik jam menunjukkan pukul 6 petang, Abe Lan mengubah haluan bot ke kandang sotong untuk mula mencandat. Abe Alim orang pertama berjaya menaikkan sotong sebelum rebah tak bangun-bangun sehingga ke pagi esok.. Hasil mencandat boleh tahan pada malam tu cuma hujan lebat yang turun seawal pukul 11 malam menyebabkan aktiviti mencandat terpaksa dihentikan. Pukul 4 pagi barulah hujan reda, dan kami mula menyambung aktiviti mencandat. Kami kebasahan sebab takde tempat untuk berlindung sepanjang hujan turun. Sesetengah pencandat terpaksa lelapkan mata dengan bersandar sebab takde tempat untuk rebahkan badan. Bagi mereka yang tak kental macam Abe Alim Sator, mungkin ini kali pertama dan terakhir datang. Bagi kami yang dah biasa dengan ujian macam ni, tak kisah sangat.. ok jerrr.. 

Tahun ni Abe Lea dah semakin berusia, khudrat untuk megangkat sauh untuk berpindah ke kandang sotong lain juga sudah kurang. Jadi, tahun ni abang Lan tidak berpindah-randah seperti kebiasaan. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini yang dia asyik berpindah sekiranya hasil mula kurang. Tahun 2022, abe Lan cuma berpindah 3 kali saja menyebabkan  hasil yang dapat tidak setanding seperti yang biasa dapat sebelum ini. Kami tak marah dan mendesak kerana kami faham dia sudah berusia. Namun begitu, rezeki tetap ada.. cuma tak banyak sangat.

Balik daripada mencandat, abang Lan bagi bonus lagi, dibenarkan memancing kerisi sehingga pukul 11 pagi walaupun malam nanti ada lagi tempahan untuk bot dia. Mungkin dia rasa bersalah sebab tak pindah banyak tempat pada malam tadi. Tahun ni kami sewa satu homestay kat tepi Pantai Kelulut. Balik daripada mencandat, terus check in homestay untuk mandi dan berehat. Seperti biasa, aku masak untuk makan tengahari sebab kat homestay tu disediakan peralatan memasak. Sedap betul makan nasi dengan ikan kerisi segar. Sotong hasil mencandat pun aku masak pelbagai jenis. Goreng celup tepung,  goreng kunyit dan masak kari. Selera betul makan. Rasa tak nak sudah. Memang puas hati lah makan sotong dan ikan fresh. Berbaloi datang, bukan saja mencandat, bahkan dapat berkumpul dengan sahabat-sahabat. Sekali sekala tinggal anak-anak dan bini best jugak kan. 

Malam tu kami keluar bersiar-siar di Pantai Kelulut sambil minum-minum. Pagi esok tu pagi-pagi lagi kami pergi perkena Nasik Dangang Atas Tol yang sangat terkenal di Terengganu. Best jugak layan kawan-kawan. Kami berangkat pulang pada pukul 12 tghari selepas siap bahagi-bahagi hasil tangkapan dengan adil dan saksama.

Masa ni hujan turun dengan agak lebat.. tak boleh mencandat.. jadi kami tidur berhimpit-himpit. Ada yang takde ruang langsung nak tidur termasuk aku.. aku tak tidur tapi terus mencandat walaupun dalam hujan.. sejuk ketar aku.. sib baik tak demam esoknya

ni waktu petang.. sebelum mencandat sotong.. ambik bawa naik dulu kerisi untuk buat lauk makan nasi malam ni

Nilah Abe Alim Sator.. lepas dapat bawa naik sekor sotong.. terus rebah sampai pagi esok. Newbies katakan

Berehat dan mandi di homestay sahabat Abe Matdin di Bukit Gasing, Marang sebaik saja tiba dari Shah Alam.. PERCUMA saja.. Owner ialah Kawan baik masa kat kuaters guru dulu

Serius cakap.. tak pernah tengok ikan ni.. cam Pelik jer.. kulitnya keras menggerutu.. Abe Lan suruh lepaskan balik

Inilah sotong mencandat yang pertama dan terakhir hasil daripada air tangan abe Alim sebelum dia rebah tak bangun2 selepas tu

SunRise pada pagi tuu

Bersantai di homestay.. rumah ni baru dan bersih.. harga dia rm180 untuk 2 hari satu malam. Facilities lengkap

Sesi pengagihan hasil.. yang mabuk ke.. yang dapat banyak hasil ke.. yang tidur ke.. Hasil tetap dibagi sama rata.. itu amalan sek Gokel sejak dari dulu 

dari tengahari semalam sehingga keesokan hari.. Abe Matdingunung tetap memancing untuk menaikkan hasil walau tak banyak mana pun yang dapat.. Berbangga dengan jersi mencandat baru sek GOKEL

nilah nasik dagang atas Tol.. tapi bukan yang terkenal tu, kat tempat lain. Tapi Atas Tol jugak laa.. tempat yang viral tu ramai sangat orang, tak sanggup nak beratur. Lebih kurang jer rasa..

Seronok breakfast ramai-ramai. Mengeratkan ukhwah sesama kami yang sering terpisah dek kesibukan bekerja. Peluang macam ni mesti dimanfaat sepenuhnya.

Inilah wajah ceria DinGunung.. masuk dengan ni, sudah 6 kali turun mencandat.. Pengalaman sudah banyak. Alhamdulillah.. tahan mabuk.. tak payah telan ubat mabuk

Sempat lagi cikgu Asrol bagi laporan kedudukan kpd isterinya yang garang

Pencandat Kental.. tahan sejuk, tahan megantuk dan tahan mabuk.. Alhamdulillah.. anugerah Allah kepada MatDinGunung

Nasik pengalas perut, yang ni tekong yang masak.. bukan daripada air tangan DinGunung

Berselera Cg Asrol makan.. lapar sangat bokali.. lauk  singgang ikan aya air tangan Abe Lan tekong bot 



Lauk ni aku goreng buat lauk makan atas bot.. hasil petang semalam

Panjang dia boleh tahan sotong-sotong yang dapat

Pojer salah seorang pencandat dan pemancing yang hebat.. air tangannya banyak membunuh

ni Pir.. 2 tahun lepas, dia ni mabuk teruk.. Tahun ni Alhamdulillah.. banyak laa jugak menyumbang hasil untuk cover mereka yang mabuk 

Ni abe Alim yang mabuk sejak petang semalam.. niat dari rumah datang nk merasa suasana dan kutip pengalaman.. memang dia dapat suasana mabuk dan pengalaman tidur dalam hujan

teruk sangat.. nak gelak rasa kesian, tak nak gelak, tengok dia punya layan mabuk tu pun rasa nak tergelak

Tahniah Pir.. dapat menyumbang hasil tahun ni

Fokus memancing mamat ni.. tak sia-sia bawa dia

Happy Pir tahun ni.. qada hok mabuk berat 2 tahun lepas

Ni lah bot abe Lea.. nok masuk parking lepas hantar pelanggan  tetap selama 3 tahun berturut-turut

Hasil tahun ni tidaklah mengecewakan sangat.. ada laa.. buleh lah 3 kilo sorang wak balik selepas makan puas-puas kat Homestay

Penuh sinki yang dalam..

Giant.. panjang sehasta lebih.. ada dalam 15 ekor yang jackpot

Yang ni untuk masak kat homestay.. bukan untuk bawa balik

Lepas habis makan kat homestay.. baru diagih-agihkan hasil untuk dibawa balik santap bersama anak isteri.. kalo dapat banyak, boleh bagi kat jiran-jiran sikit sorang

ni bahagian hasil ikan.. bagi kepada 8 bahagian

Panjang betul sotong yang dapat tahun ni.. seekor dia penuh pinggan bila dipotong-potong

Hasil masakan DinGunung.. Abe Alim lajuu jer senduk nasi.. lapar sangat ke.. atau terliur dengan masakan DinGunung??

Ikan Kerisi Goreng dan sotong goreng kunyit.. paduuu

DinGunung paling suka yang inilah.. hari-hari makan lauk ni pun tak kisah

Sotong goreng kunyit yang bergizaii

Sotong celup tepung yang juga bergizai lazat

Kari sotong air tangan Pojer

Ok.. sekianlah saja laporan bergambar Abe MatdinGunung dalam sesi outdoor pada tahun 2022 yang entrinya delay. Tahun 2022 kita sudah bebas sepenuhnya daripada SOP PKP dan bebas ke mana-mana. Setelah 2 tahun ditambat segala aktiviti.. peluang kebebasan ini di manfaat sepenuhnya.. Terima kasih kerajaan.. Syukur padaMu ya Allah.. 

Nak sambung 3 aktiviti outdoor lagi dalam entri yang seterusnya.. kena pecah dua sebab panjang sangat. Sayangnya tak dapat upload video.. blog tak terima atau Abe Matdin tak tahu cara.. kalau gambar diseling dengan video.. memang paduuu lah aktiviti OutDoor Abe Matdin untuk tatapan peminat sebab video lagi banyak daripada gambar. Lucu2 pulak tu videonya.

No comments:

Post a Comment