Tuesday 10 January 2023

AKTIVITI OUTDOOR MATDINGUNUNG 2022 (Episode 2)

 Assalamualaikumm..

Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung lagi cerita aktiviti outdoor aku yang tertangguh dalam tahun 2022. Dalam entri ni aku akan gabungkan 2 aktiviti lagi. Tapi aku tak nak cerita panjang lebar.. cukup sekadar kronologi dan huraian sikit pada gambar. Mungkin yang part last tu kena panjang lebar sikit kot, sebab agak menarik bagi aku. Ok.. strait to the point, kita mulakan aktiviti 1.


AKTIVITI MEMANCING DI PERAIRAN LUKUT ( 19 Mac 2022 )

Aktiviti memancing sambil naik bot di pinggir pantai ni bukan asing bagi aku. Kalau bab follow orang, memang akulah orangnya.. dah tahu hasil tak banyak pun, cuma berbanding dengan hasil yang dapat kat kelong, lebih baik hasil memancing atas bot lagi sebab boleh pindah-pindah. Kalau memancing kat atas kelong, stay kat situ jer sama ada hasil ada ataupun membangau dalam jangka masa yang lama. Kalau nak santai-santai sambil menikmati angin laut, seronok juga mancing atas bot, tapi tak boleh muat ramai.. maksimum 4 orang saja. 

Tarikh ni aku iaitu MatdinGunung, Pojer, Iwan dan biras aku iaitu Pokrie telah pergi memancing di perairan Lukut.. Kami naik bot di jeti Marina PD. Mungkin korang tertanya-tanya kenapa bot kecik tapi pakai jeti ekslusif tempat parking kapal layar kebanyakan jutawan? Ceritanya macam ni, bot ni kepunyaan seorang pesara guru, beliau merupakan jurulatih sukan kapal layar Negeri Sembilan. Bila dia bersara, dia bekerja sebagai penjaga kapal layar seorang jutawan. Cikgu ni ada bot fiber dia sendiri, jadi.. dia selitlah bot dia sikit kat petak parking kapal layar mewah yang dia jaga tu dengan kebenaran pemilik kapal layar tersebut. Jadi, di tempat securiti yang jaga palang tu.. kalau nak masuk, kena bagitau tujuan ke situ. Biasanya pak guard dah kenal cikgu tu.. sebut jer nak pergi mancing naik bot cikgu, terus pak guard bagi masuk, siap kereta kita boleh parking kat bawah garaj lagi.

jeti Marina Bay PD.. tempat simpan kapal layar mewah

Pojer sedang buat perambut on the way ke port mancing

Kami naik bot dan keluar dari jeti Marina dalam pukul 9.00 pagi. Cikgu tu siap tunggu kami di atas bot dia. Kami mancing tak jauh dari pantai, tapi ikan ada laa. Cikgu tu tak pancing pun cuma dia bawa kami saja. Aku ni.. semua geng dah tahu, kalau bawa aku pergi mancing sekadar aku pergi saja-saja jah.. takdelah bersungguh nak mancing. Belum apa-apa aku dah tergolek tidur melayani perasaan. Angin pun kuat, lagi sedap aku layan. Sambil2 tu aku sembang-sembang dengan cikgu tekong bot tu.. sebab sama cikgu, banyak laa modal yang nak dibualkan.. tak habis-habis.. tambahan pula, kami dua-dua guru yang aktif sukan level MSSM.. Dia jurulatih Sukan Kapal Layar MSSM Negeri Sembilan, aku pula jurulatih sukan Golf MSSM Selangor.

Kalau Abe Pojer ikut.. memang tak ssajo. Mesti ada hasil

Iwer sedang menikmati pemandangan sementara tekong bot menganjakkan botnya ke tempat yang ada ikan.




nilah hasil yang lumayan sikit.. hasil lain ada, tapi sebesar ikan kerisi saja

Mancing kat sini macam tu jer laaa.. nak cakap dapat banyak tu bohong, tapi ada laa jugak dapat. Tak bosan laa pemancing 3 orang tu menaikkan ikan. Takde la membangau sangat. Lagipun, tekong bot tu rajin alih-alihkan bot. Rasanya lebih 10 kali dia beralih tempat.. seronok laa aku.. dapat pusing-pusing dengan bot ambik suasana damai. Arus pun tak kuat sangat, jadi bot yang diparking tak kuat olengnya.. sedap laa aku tidur, macam ada orang buai. Pukul 5.30 petang, kami pun bergerak pulang ke jeti dengan hasil yang boleh dikatakan ok jugak laa.. cuaca hari ni memang baik, sesekali redup, sesekali panas tetapi berangin.


setelah bahagi sikit sorang.. nilah hasil yang dapat

Bahagian aku punya.. dah jadi lauk untuk 3 kali makan

Sekian sahaja cerita ringkas tentang memancing di perairan Lukut. Gambar kurang kerana video yang lebih. Tapi sayang video aku tak tahu cara nak upload dalam blog. Kalau tidak, bolehlah buat koleksi. Kalau terus simpan dalam memori henpon, lambat laun akan hilang. Dah banyak gambar dan video sudah hilang yang dalam memori telefon sebab telefon hilang.


PERHIMPUNAN GENG LEJEN DI KELONG MELAKA ( 17 & 18 SEPT 2022 )

Sebut kata Geng Lejen ni, dia berbeza dengan geng GOKEL.. Geng LEJEN ni ialah kumpulan anak-anak kampung yang membesar bersama sehingga tamat persekolahan dan berakhir selepas masing-masing berumahtangga. Maknanya geng Lejen ni adalah rakan-rakan sepermainan di kampung dan terpisah kemudian bersatu kembali setelah terciptanya Facebook dan Group Whatapps. Manakala geng GOKEL ni ialah rakan-rakan Abe Matdin yang kenal dan kamceng 6 tahun kebelakangan ini. Maknanya geng GOKEL ni baru tercipta yang bukan kenalan sejak kecil.

persahabatan di zaman remaja dulu

masih dibangku sekolah.. tapi hisap rokok.. rambut pun panjang

pergi beraya di rumah kawan-kawan

ada motor buruk pun dah rasa berlagak nak mapuh.. bangga kita ada motor


trash metal laa konon

bakar-bakar ayam di tepi sungai itu rutin sek lejen dulu2.. silap2 ayam curi


mandi sungai itu acara wajib selain bertumbuk 

watak2 utama geng lejen.. sayangnyaa ada yang dah pulang ke rahmatullah..


Hari minggu..ride.. gi tempat peranginan

Aktiviti melepak petang2 hari.. bersukan malas

Melepak merata-rata. Bila malam, wokah ni penuh dgn geng lepak

Hujung minggu jer.. ride dgn motor ngejah gewe di tempat peranginan

Sekali sekala langkah jauh hingga ke Genting Highland..

Setelah group lejen dicreate.. kami berjaya menyatukan seramai lebih kurang 20 orang rakan-rakan sepermainan sewaktu di kampung bermula sejak lahir sehingga tamat sekolah menengah. Malangnya, ada ahli yang betul-betul kamceng masa zaman budak-budak dulu telah pun meninggal dunia dan ada yang sakit dan ada yang tak dapat dikesan sehingga ke hari ini. 

Langkah penyatuan pertama geng lejen bermula di Kelong Telok Gong yang diberi nama PERHIMPUNAN GENG LEJEN 1.0 Pada 30 April dan 1 Mei tahun 2016 sempena cuti hari buruh.. Dua tahun kemudian, dianjurkan satu lagi perhimpunan Lejen 2.0 iaitu pada 6 dan 7 Oktober tahun 2018 juga di Kelong Teluk Gong. Pada tahun 2020 yang sepatutnya dilangsungkan Perhimpunan ke-3 tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana PKP. Dan pada tahun 2022, Perhimpunan Dwi Tahunan ini berjaya diadakan dengan jayanya dengan ada penambahan beberapa muka baharu. Juga perhimpunan ini turut diadakan di Kelong.

Perhimpunan Lejen 1.0. Dari Kiri : Robi, Jimer, PG, Budin, Jaha, Melie Kebek, Imie Tok'Wok


Perhimpunan Lejen 2.0


Lejen 2.0 dibarisi oleh : Jimer, Mat Sedin , Budin, Robi, Jaha, PG, Poklan ( ahli baru ), Li Petting, juruambik gambar


                 


Lejen 3.0 : PG, Pok Awie, Budin, Kesang, Jaha, Pok Lan, Sudin Gelak, Mat Sedin, Meli Kebek dan Jimen

                   

Kenapa kami memilih Kelong sebagai tempat berhimpun? kerana sepanjang hari tu, kami tak nak bergerak ke mana. Biarlah kami dikepung oleh air.. supaya kami dapat bersembang sepuasnya dengan membangkit dan mengungkitkan cerita-cerita zaman budak sehingga cerita di zaman sekolah menengah. Sambil-sambil sembang, kami boleh makan-makan yang dimasak oleh ahli kump Lejen sendiri. Bab duit memang takde masalah kerana ahli group lejen sendiri bekerja yang power2 walaupun masa zaman sekolah dulu jahat2 semuanya perangai.

Perhimpunan untuk tahun 2022 ni, ada banyak cabaran sikit sebelum hari kejadian. Ada sesetengah ahli yang bagi nama nak datang, tiba-tiba tak dapat datang atas sebab yang tak dapat dielakkan.. ada juga yang tak bagi nama, tapi terpacak ada masa hari kejadian. Ada tiga ahli baharu yang perhimpunan pertama dan kedua dulu dia tak dapat datang, tiba-tiba datang pada tahun ini antaranya Isan, Pok Awie dan Sudin Gelap. Walaupun tak ramai setiap kali perhimpunan diadakan, tetapi sudah cukup meriah kerana setiap yang hadir ada cerita masing-masing yang dibawa dan nak diceritakan. Cerita zaman budak dulu memang banyak stok.. dan tak akan habis kalau berhimpun setakat 24 jam kerana kita hidup dan membesar bersama lebih 20 tahun.

Angin mati.. langsung takdok angin.. bersembang cerita kisah-kisah lampau



Inilah dia Kelong Pak Ajie, 1 Km dari pantai



Kat kelong tahun ni, kami diuji dengan dugaan ribut kencang.. memang mengerikan dan macam pengalaman pertama semua ahli lejen yang merasai ribut laut seperti ini. Nasib baik kelong tak pecah, cuma tandasnya sahaja hancur berkecai hilang entah ke mana. Pada awalnya selepas makan malam, memang kami sangat rancak bersembang ungkit kisah-kisah lama sambil gelak ketawa.. sehingga pukul 12 tengah malam, keadaan masih lagi tenang dan damai. Di hujung ufuk sudah ada balam-balam kilat tapi tak jangka kat tepi pantai ribut nak membadai, ingatkan hujan kilat tu berlaku kat tengah laut. Patutlaa pukul 12.30 tgh malam kelihatan bot-bot berulang alik membawa balik pemancing-pemancing yang jauh dari pantai rupa-rupanya petanda nak ribut kencang sudah dapat dikesan oleh pemandu-pemandu bot pemancing. Pukul 1.30 pagi, angin sejuk mula membadai tapi belum ada hujan. Yang lain semua dah masuk tidur dalam bilik, cuma aku dengan Pok Awie saja yang masih memancing. Dekat pukul 2 pagi, hujan datang dengan sangat lebatnya beserta dengan angin yang sungguh kencang menggegarkan seluruh kelong penginapan kami. Air tempias masuk segenap bilik kerana semua bilik tidak mempunyai daun tingkap. Hanya tutup dgn guni dan kain. Ramai dalam kalangan kami yang terjaga dan dah tak boleh tidur.. masing-masing berfikir macam mana nak selamatkan diri kalau ditakdirkan kelong ni pecah. Jaket keselamatan satu pun pengurusan kelong tidak sediakan. Pukul 3 pagi ribut masih mengganas sekali dengan petir yang sambung menyambung. Semua orang kebasahan kerana bumbung bocor dan air juga masuk melalui lobang tingkap. Aku basah kuyup sepanjang malam tu berlawan dengan ribut.. yang hairannya ribut tu terlalu lama sehingga beberapa jam. Angin kuat sampai ke subuh.. nilah pengalaman paling perit yang aku alami sepanjang bermain dengan aktiviti laut, sungai, muara, hutan, gunung dan lombong. Alhamdulillah, angin kuat berhenti sepenuhnya pada pukul 6.45 pagi tetapi hujan germis masih ada. Pukul 8 kami sempat masak untuk breakfast.. lepas breakfast terus telefon pemilik kelong untuk bawa kami balik ke jeti yang sepatutnya kami boleh keluar pukul 2 ptg. Tandas dah takde, kain baju semua basah.. tak selesa berada di kelong lama-lama kerana kami pergi bukan nak mancing sangat.. tujuan utama untuk berhimpun. Ikan pun kurang kat kelong tu.. tak dapat pun ikan yang Pok Awie dan Pok Lan pancing.









sedak sungguh jamah nasik lauk budu ulam.. toksir sudoh waso


Selera dia lain maciam.. kaba2 kenyer butar sebab tigo kali namboh

rancak bersembang sampai pkl 12.30 tgh malam

Pukul 2.15 pagi.. ribut sedang mengganas dengan hardcore.. sayangnya rakaman video tak boleh nak upload kat sini, dalam rakaman berdurasi 1.05 minit itu lagi menggerunkan.. siap kerusi dia bawa terbang disusuli dengan petir yang sambar menyambar. Air hujan tidak turun dari langit tapi datang secara melintang pakej dengan bunyi kocakan zink 

Bangun pagi.. fuhh selamat kelong dan penghuninya

Jamban hilang entah ke mana..hanyut ke negeri entah berentah barangkali

Inilah rupa jamban sebelum dipukul badai pada malam tu


Walaupun kami diuji dengan ribut taufan, kami tetap gembira dan seronok. Alhamdulillah.. kami semua selamat. Allah masih memelihara kami. Semua ujian tu tidak mematahkan semangat kami untuk berhimpun lagi dalam siri perhimpunan Lejen 4.0 tapi tempat perhimpunan dikaji semula dan akan dibincang pada peringkat tertinggi.. mungkin bukan di kelong lagi, tetapi di rumah Banglow Guest House sama ada di A.Formosa, atau kat Janda Baik atau kat Cameron Highlands atau di Terengganu.. tengoklah nanti macam mana. 

check apa yang hilang selepas ribut berakhir pada selepas subuh

selepas breakfast

Acara cabutan bertuah sumbangan PokLan

Budin antara yang bertuah dapat pewangi rumah dan pelbagai jenis coklat

Mat Sedin juga bertuah dapat pewangi kereta ambi pure dan pelbagai jenis coklat


sebelum balik.. breakfast beramai-ramai di Bandar Ayer Keroh

keseronokkan jelas terpampang pada wajah masing-masing apabila dapat berjumpa setelah sekian lama tidak berjumpa


kereta Mat Sedin penuh dengan daun-daun hancur dipukul ribut di tempat parking jeti

Nasib baik tak ditimpa signboard yang hampir tumbang dibadai taufan malam tadi


Oklah.. cukup setakat ini sajalah tulisan Abe Matdin. Apa pun, kami gembira sangat dapat bertemu mata dan merapatkan ukhwah. Semoga perjumpaan yang akan datang, mendapat sambutan yang lebih hangat. 

Abe Matdin nak sambung Episode 3 pulak. Ada 2 aktiviti outdoor lagi. Sekian.. terima kasih kerana baca apa yang Abe Matdin tulis.. Kalau ada yang tak kena, harap maaf

No comments:

Post a Comment