Berakit merupakan satu aktiviti air yang tidak kurang seronoknya. Di samping memerlukan kemahiran membina rakit, kita juga perlu bijak mengemudi rakit agar tidak hanyut dibawa arus. Kalau rakit yang dibina tidak kuat ikatannya, rakit tersebut boleh berkecai di tengah sungai. Kita juga boleh menggunakan rakit untuk memasang jaring di tempat air yang dalam atau di lubuk. Aktiviti ini aku lakukan di sungai Aring, Gua Musang. Sungai ini adalah sambungan sungai Kuala Koh di Taman Negara. Pelbagai spesis ikan tedapat di dalam sungai ini. Kalau bernasib baik, kita boleh mendapat ikan KELAH untuk dibuat gulai asam tempoyak atau digoreng. Semakin jauh kita mudik, semakin banyak ikan yang kita boleh dapat. Tapi kita perlu berwaspada kerana banyak binatang liar seperti gajah dan pak belang sedang mandi di hulu sungai ini. Berakit sambil bersantai di tepi sungai memang sesuatu yang menghiburkan. Di samping becamping, kita juga boleh memasak terus hasil sungai yang kita dapat tangkap. Untuk kepuasan, sekurang-kurangnya kita harus bermalam selama satu malam di tepi sungai. Bawa kelengkapan dan peralatan secukupnya supaya aktiviti kita lancar dan tidak terbantut.
Memasak lauk di gigi sungai, mudah ambil air
Pastikan buluh yang digunakan berkualiti
Ikatan mesti kemas agar tidak berkecai di tengah sungai
Tolak masuk ke permukaan sungai
Kelah dan sembarau
Antara hasil tangkapan yang dapat. ni baru satu utas jaring,
ada byk lagi jaring yang masih belum angkat
memancing pun boleh dapat ikan
Sungai Aring lebih kurang 12 km dari Tasik Kenyir
Makan ala-tentera. Akulah Kuater Masternya
Perlu bijak imbangkan badan |
Rezeki.. Udang Galah ini ditangkap melalui kaedah menyelam
pada waktu malam
memasak ala kadar tapi menyelerakan
buat unggun api untuk mengelakkan binatang liar datang bertamu
Suasana pagi yang tenang dan damai serta dingin
Pada mula-mula sampai air jernih dan cantik
Hujan amat lebat malam tadi menyebabkan air besar
Bawa budak-budak je.. train diaorang
Okey... itu saja kisah tentang aktiviti berkhemah, berakit, menjaring, memancing dan berenang. Semoga kita jumpa lagi dilain kali dengan aktiviti yang lebih extreme. Sekian saja daripada MATDINGUNUNG.
No comments:
Post a Comment