Sunday 4 November 2012

BANJIR KILAT VS MUSIM BANJIR

Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari ahad. Hari tak kerja, satu hari aku tak keluar rumah sebab cuaca amat baik sekali untuk baring-baring. Sejak pukul 10.30 hujan turun berhenti sekejap-sekejap. Suasana begini aku cukup terkenang dengan musim tengkujuh di kampung halaman ku T.Merah kelantan. Biasanya bermula bulan Nov hingga Februari berlakunya perubahan angin monsun timur laut yang membawa kadar hujan yang tinggi di negeri sebelah pantai timur yang menyebabkan banjir. Bukan banjir kilat tapi banjir normal yang berlaku saban tahun.Tapi peliknya, di sebelah pantai timur hujan masih belum tiba sebaliknya pantai barat pula yang hujan tak henti-henti menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat seperti di Jalan Kebun, Klang dan di Kuala Lumpur. Banjir juga turut berlaku di Johor.

Banjir besar telah berlaku di Johor terutamanya sebelah Kota Tinggi dan Muar yang menyebabkan rakyat Johor mula panik sebab mereka tak biasa berhadapan dengan situasi banjir. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa itu merupakan satu bala tuhan. Ada kawan aku dari Muar johor telah berkali-kali telefon aku dengan suara yang cemas tanya pasal persediaan menghadapi banjir. Penuh bonet kereta dia beli bekalan makanan takut-takut berlakunya darurat banjir yang mana jalan perhuibungan akan terputus manakala bekalan makanan tak boleh sampai.Bagi rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir bagi mereka bukan satu mala petaka tetapi satu musim yang ditunggu-tunggu kerana banyak aktiviti air boleh dilakukan. Di Kelantan contohnya, musim banjir menjadi satu pesta bagi kanak-kanak dan muda mudi. Bagi mereka yang berkahwin dalam musim tengkujuh juga sangat seronok sebab cuaca sejuk tapi memang seksa nak mandi pagi untuk sembahyang subuh. Airnya sejuk macam air dari gunung.

Satu hari pada hari ni aku termenung di tingkap rumah kuaters melihat hujan turun mencurah-curah. Aku telefon mak aku tanya kot-kot kat Kelantan juga turut menerima situasi yang sama tapi mak aku cakap di Kelantan masih seperti biasa. Hujan cuma sekejap-sekejap saja.Aku pantang tengok hujan yang lama sebab teringat kepada kisah aku dulu-dulu yang memang gila main air banjir. Kalau hujan macam ni apa yang aku ingat? sudah tentu aku ingat makanan khas masa banjir masa aku dulu-dulu. Pertama sekali UBI KAYU BAKAR atau UBI KAYU REBUS. Perghh.. sejuk-sejuk kena ubi kayu bakar dengan kopi o panah memang terangkat. Pakai baju hujan yang harga rm1.00 tu, kemudian pegi belakang rumah cabut ubi kayu beberapa perdu. Lepas cabut, bersihkan di celore rumah. Celore tu tempat air hujan turun dari bumbung rumah. Lepas bersih, hinggap api atas dapur kayu. Sambil-sambil rebus air, sambil-sambil bakar ubi. Bila siap.. jadilah seperti gambar di bawah.

Langkah pertama pegi dulu cabut ubi



Lepas tu bersihkan di celore


Lepas tu bakar la ubi tu guna dapur kayu sambil-sambil panaskan air

Nilah rupa ubi yang dan dibakar

kalau tak nak bakar, rebus aje la cicah nga kelapa separa muda 

sediakan kopi o , lepah tu makanan klasik sedia untuk dimakan. Amat sesuai dimakan sebaik saja balik daripada tahan jaring atau main rakit batang pisang atau rakit buluh.
Selain ubi rebus, jering rebus pun sedap pekena musim tengkujuh
Makanan ni satu lagi nostalguia masa musim tengkujuh iaitu Pisang rebus.

Memang banyak aktiviti boleh dilakukan masa musim tengkujuh. Selain tahan jaring, kita juga boleh tahan tajul. Kalau malam-malam pula kita pegi menetak ikan kat tepi-tepi sawah atau kalau air dah lintas jalan, ikan mesti banyak dok lepak kat atas jalan. kita boleh tangkap macam tu aje.Kalau anak-anak dara, biasanya mereka berpayung dan pegi ramai-ramai main air kat atas jalan. Masa tu jantan-jantan yang agak gatal berduyun-duyun ambik peluang untuk pegi tengok pesta betis. Orang perempuan bila dia main air, biasanya dia selak kain sampai ke paras peha. Segar bijik mata orang-orang lelaki.

Haa.. tengok jiran aku, dah kena pindah

Seronok main air

Bila air dah lintas jalan, biasanya ikan banyak kalau kita pegi suluh malam-malam

Add caption

Tua-tua pun masih ada keinginan nak main banjir

Tempat macam ni memang sesuai tebar jaring. Memang banyak ikan sawah yang dapat terutamanya  bila kita angkat jaring waktu pagi

Pagi-pagi angkat jaring dulu

Antara ikan yang diperoleh
Ada kalanya dapat rezeki yang diluar dugaan

Tapi awas, kalau musim tengkujuh, jangan kita pegi mendaki gunung pulak atau pegi mandi di lata atau air terjun sebab amat berbahaya. Kepala air kalau datang tak ada tanda-tanda, terus terjah aje kat atas tubuh badan kita. Alamatnya pendek umurlah kita.

Kepala air bila datang dia tak bagi amaran. terus terjah aje.

Sekian terima kasih. Tak sabar aku nak pulang ke kampung. Nak hidup macam aku dulu-dulu. Main air dan makan makanan tradisional khusus masa banjir.

No comments:

Post a Comment