Wednesday 21 November 2012

PETUA NAK TINGGAL RUMAH

Assalamualaikum... Entri ni sudah lama aku tulis cuma hari ni aku upgrade sikit untuk tatapan umum kerana isu yang aku ketengahkan ini releven dengan situasi semasa dan selamanya. Lagipun sekarang ni musim orang balik kampung, so.. sedikit sebanyak perlukan perkongsian nasihat agar kita tidak menerima musibah apabila kembali daripada percutian nanti. Bukankah saling mengingati itu satu amalan yang murni? 

Ok.. malam yang hening ni aku nak cerita pasal penigkatan kadar jenayah di Malaysia. Bila aku dok belek-belek surat khabar METRO dalam dua tiga bulan dan minggu kebelakangan ni, hampir setiap hari ada cerita-cerita jenayah. Hal ini sungguh mengerikan kita serta menjejaskan keamanan di negara kita. Walaupun data yang dikeluarkan oleh pihak polis Diraja Malaysia menunjukkan kes-kes jenayah di Malaysia ada penurunan, namun hakikat sebenar tidak begitu. Setiap hari tidak kurang daripada 50 hingga 100 kes jenayah berlaku bahkan mungkin lebih daripada itu. Penjenayah sekarang pulak semakin kompleks, sukar diramal siapa dan bagaimana jenayah dilakukan. Kalau dalam Ibu Pejabat Polis pun boleh dilakukan jenayah, inikan pulak di luar sana. Kalau dulu, kita tak pernah dengar ada mesin ATM dipecahkan, tapi sekarang kes pecah mesin ATM semakin menjadi-jadi walaupun mesin tersebut berada dalam kedai stesyen minyak dan dalam pasar raya yang ada pengawal keselamatan. Ada pulak mesin ATM yang dilarikan terus dari cawangan-cawangan bank. Selain itu, trend jenayah tebuk lubang dinding untuk mencuri pun sering berlaku. Walaupun di beberapa tempat telah diletakkan CCTV, namun penjenayah tidak takut kerana CCTV pun boleh diperdaya.

Kes bunuh, kes rogol, kes samun, culik, curi, rompak, pecah rumah, gaduh, ragut, pengedaran dadah, penyeludupan senjata api dan sebagainya sering saja berlaku dan terus berlaku. Walaupun pihak polis telah meningkatkan operasi untuk membanteras jenayah, namun dengan keanggotaan yang terhad menyebabkan kejadian jenayah sukar untuk dibendung. 

Dengan keadaan sebegini, maka kita sebagai rakyat negara ini berasa cukup terancam dan tidak selesa dengan situasi ini. Ke mana-mana kita pergi, seolah-olah bala sedang mengekori kita. Nak keluarkan wang di bank pun terasa takut, nak berjalan seorang diri pun berasa takut, nak biarkan anak-anak bermain di taman permainan pun tak sedap hati, nak bawa kereta pun rasa macam ada orang jahat yang cuba nak ambik peluang lakukan jenayah langgar samun. Nak keluar tinggal rumah pun rasa macam tak percaya dan macam-macam lagi rasanya yang menghantui diri kita. Sekarang ni kita tak boleh nak percaya kat sapa-sapa. Kadang-kadang orang yang alim dan perwatakan alim pun turut lakukan jenayah. Jiran sendiri pun ada juga yang ambik peluang untuk lakukan jenayah terhadap kita bahkan segelintir anggota polis sendiripun turut melakukan jenayah. Apatah lagi penjenayah yang kerjanya melakukan jenayah. Sudah tentu mereka ni tak ada perasaan peri kemanusiaan. Polis yang ada senjata api pun penjenayah boleh lagi samun mereka, inikan pula kita yang lemah dan tak punyai apa-apa. Rumah menteri dan wakil rakyat yang ada pengawal, CCTV, alarm canggih dan grill penuh rumah pun penjenayah boleh masuk samun. Rumah cina yang penuh dengan anjing garang pun penyamun turut boleh masuk. Apatah lagi rumah kita, mangga macam mana sekalipun kalau pencuri nak masuk tetap mereka dapat masuk. Begitu juga dengan kenderaan kita, kuncilah secanggih mana sekali pun, kalau pencuri kenderaan nak ambik, mereka boleh ambik bawa lari.  Tak ada apa yang selamat. Pendek kata, kita tawakkal sajalah. Berdoa minta dijauhkan Allah daripada dikhianati dan dilindungi daripada orang-orang yang ingin berbuat jahat kepada kita. 

Orang tua-tua dulu ada ajar, kalau nak tinggal rumah atau kenderaan bacalah BISMILLAHITAWAKALTUALALLAH..'' YA ALLAH YA TUHAN KU, AKU HAMBA YANG LEMAH, ENGKAU JAGALAH KESELAMATAN DIRI DAN KELAURGAKU DAN HARTA BENDAKU KERANA HANYA ENKAU YANG MAHA BERKUASA KE ATAS SEMUA MAKHLUK DI ATAS MUKA BUMI INI. HANYA PADA-MU AKU SERAHKAN SEGALA-GALANYA. AMINN!!". kunci rumah kemudian pergilah kemana-mana dengan tenang sama ada nak balik kampung atau nak pegi melancong. 'Twiet' kereta kemudian tinggallah untuk pergi berurusan. Berjalanlah ke mana-mana di muka bumi ini insya-Allah selamat. Tulah kunci segala kunci. Kalau berlaku juga, muhasabahlah diri. Kalau tahu ilmu pagar rumah dengan ayat-ayat suci pun bagus juga. Nanti pencuri yang masuk rumah kita tak dapat cari jalan keluar. Berenanglah dia di atas lantai rumah kita sehingga kita balik. Aku dulu ada hafal ayat-ayat yang dimaksudkan tapi dah lupa separuh ayatnya. Caranya, ambil teras kayu pokok asam jawa kemudian pacakkan setiap penjuru rumah sambil dibaca ayat-ayat suci. 

Satu lagi perkara yang kita sering terlepas pandang iaitu perbuatan khianat orang yang dengki dengan kita. Ada orang cemburu tengok orang lebih daripada dia. Ada orang jelous melihat kebahagiaan orang lain. Ada orang dengki dengan apa yang kita miliki. Jadi, mereka guna santau atau hantar jin untuk menghancurkan orang yang mereka cemburui. Kadang-kadang yang pakai tutup kepala tak nampak seurat rambutpun sanggup buat benda-benda macam ni. Kalau pergi kat pusat rawatan islam seperti Darul Syifa, pukul tiga pagi lagi orang sudah beratur panjang untuk mendapatkan rawatan bagi merawat perbuatan orang yang tak suka melihat kesenangan orang lain. Yang lebih malang, ada juga orang yang terkena santau sebab ada orang yang sekadar nak uji ilmu hitam yang dipelajari. Oleh sebab perbuatan menyantau orang tak termaktub dalam hukum kanun jenayah maka ramai penjenayah jenis ini terlepas daripada hukuman walaupun perbuatan mereka boleh membunuh orang lain. Maknanya, hidup kita di dunia ini sentiasa dibayangi oleh perkara-perkara yang kita perlu sentiasa beringat. Amalkan setiap kali selepas solat baca 4 Qul sebagai pendinding. Kita hanya mampu berikhtiar. Cubalah berbuat baik dengan semua orang dan sentiasa mohon perlindungan ALLAH.


Surat khabar yang aku baca hari-hari. Sarat dengan berita jenayah 
Kalau pasang cermin gelap JPJ saman, kalau tak pasang beginilah jadinya.

Taktik langgar belakang, lepas tu ambik kereta bawa lari

Ada kalanya penjenayah guna palam pencucuh untuk pecahkan cermin sisi untuk ambik tas tangan  wanita atau komputer riba yang diletakkan di kerusi penumpang.

Penjenayah sekarang sudah ramai yang memiliki pistol

data kejadian jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM mengikut negeri tahun 2009-2011


Kenyataan yang menggerunkan masyarakat



ye ke?? kalau kenyataan ni ya, baguslah!

No comments:

Post a Comment