Saturday, 7 September 2013

KISAH AKU, KELUARGA & HANTU RAYA


Eeeyeee.. lama benar rasanya tak menulis. Ada kawan tanya kenapa lama tak masuk entri baru, dah tak de story ke?

Eh.. bukan cam tu, story ada banyak tapi masa kurang banyak. Sibuk menanda tryer SPM.

Haa.. ni aku nak story.. korang nak percaya atau tidak terpulanglah..

Kisah bermula semasa aku menjemput keluarga aku datang berbuka puasa di rumah aku. Kira ramai juga lah yang datang. Salah seorang yang datang tu adalah anak buah aku dari Jalan Duta. Dia ada baby yang baru 3 bulan lebih umurnya. Masa berbuka tu memang meriah dan berjalan lancar, tapi lepas isyak babynya menangis tak henti-henti. 
Aku tanya dia, "Gi.. anak mu tu selalu ke menangis cam ni"?

Eh.. tak de lah.. selalunya tidur dengan menyusu je.. tak pernah nanggis macam ni.

Aku kata " sakit perut kot.. atau panas sangat. Cuba kau bawa naik atas bukak penghawa dingin dalam bilik aku.. kot-kot dia nak senyap"

Dari atas aku dengar budak tu tak nak berhenti menangis..
Sekejap tu Miji tanya " Din.. rumah kau ada apa-apa ke?"

Aku jawab " Eh.. tak delah.. jangan nak buat cerita. Dah tiga bulan aku dok sini, tenanggg je rasanya. Lagipun ni bulan puasa, mana ada apa-apa"

"Aku tak sedap hati lah Din.. selalunya mana anak aku nak menangis teruk macam ni".

"Tak de apa.. cayalahhh.. jom kita keluar minum. Jap agi anak kau tu berhenti la menangis".

Setengah jam aku dan anak-anak buah dok minum.. tiba-tiba telefon Miji berdering. Bini dia suruh balik segera. Anak bongsunya tak nak berhenti menangiss. Dia sudah habis idea memujuknya.
Miji pada asalnya berniat nak tido mah aku terus berubah fikiran.. Angkut terus semua barang masuk bonet kereta kemudian blah..

Masa pulang beraya, Miji kata anaknya sudah pulih. Mak mertua dia yang buat. Dia kata pada aku, benda tu datang dari rumah aku. Aku cam tak percaya tapi confius jugak. Konflik berlaku dalam diri sama ada nak percaya ataupun tidak.

Balik daripada beraya, aku terhidu bau busuk di dalam bilik utama rumah aku. Puas aku cari puncanya tapi tak jumpa. Malam tu aku tak berapa nak lena tidur. Pusing kanan pusing kiri semuanya tak boleh nak lelapkan mata walaupun badan penat setelah seharian pandu kereta dari kampung. Anak bongsu aku sekejap.. sekejap asyik dok nangis. Bini aku tanya kenapa Amsyar asyik nanggis.. Aku kata mungkin penat kot sebab seharian dok dalam kereta.

Hari kedua dok rumah, bau busuk masih belum hilang. Tapi yang peliknya bau tu cuma datang dekat nak maghrib saja. Lepas sembahyang maghrib terus hilang. Malam tu masa bini aku sedang sembahyang Isyak ulat MELOMPAT tepi sejadah. Dia memekik memanggil aku.. aku ambik ulat tu terus buang dalam mangkuk tandas. Aku tercari-cari dari mana ulat tu datang. Aku intai kat siling kot-kot ulat tu jatuh dari siling.. tapi tak lojik sebab tak ada ruang untuk ulat tu jatuh.

Malam tu seperti biasa aku sukar nak tidur walaupun hari sudah lewat malam. Amsyar sekali sekala menangis dan memekik tanpa punca. Dalam pukul tiga pagi masa aku sedang asyik membaca info di dalam blog-blog otai, bini aku memekik-mekik memanggil aku. Dia ternampak banyak ulat yang merayap di seluruh lantai bilikku. Aku ambil penyapu dan penyodok, terus sapu dan buang ulat-ulat tu. Ulat tu kira besar la juga. Bini aku dapat cari punca ulat tu datang.. dia datang dari tilam usang yang aku dan Aina selalu tidur di atasnya. Tilam tu aku hampar tepi katil aku. Aku gulung tilam tu letak tepi. Aku selongkar dalam tilam tu kot-kot ada tikus atau cicak mati terperangkap dalam tilam tu tapi tak de la pulak. Tilam tu pun bukannya bau busuk.

Pagi esoknya aku sidai tilam tu kat pagar rumah untuk matikan segala saki baki ulat-ulat yang masih terperangkap di dalamnya. Tilam tu aku sangat sayang.. walaupun usang tapi selesa tidur di atasnya. Aku nak ambik balik untuk hampar semula di tempat asalnya, tapi bini aku tak kasi. Dia janji nak beli tilam baru untuk aku dan Aina.

Malam tu aku seperti biasa tak lena tidur, pusing kanan tengok dinding, terlentang tengok siling, pusing kiri tengok belakang bini, telungkup cium bantal.. semua posisi telah aku cuba untuk lelapkan mata tapi tak berdaya. Amsyar juga setia setiap satu jam akan memekak dan menanggis. Berleter bini aku sebab tak dapat tidur diganggu oleh tangisan Amsyar. Buat susu botol tak diminumnya. Aina pula asyik tergaru-garu tak henti-henti pada seluruh badan. Mata pejam tapi tangan dok bergaru. Aku sangka banyak nyamuk lalu aku semburkan Ridsect.

Bangun pagi esok seluruh tubuh Aina bengkak-bengkak macam kena sampar garam. Aku suruh Aina pergi sekolah sebab masih tak banyak lagi dia punya bengkak.Masa aku sedang asyik mengajar.. cikgu kelas Aina telefon suruh aku bawa Aina ke klinik sebab Aina gatal-gatal dan bengkak seluruh badan sehingga ke muka.Kebetulan pada hari tu aku tak banyak kelas, so.. lepas habis kelas tu aku terus keluar cari Aina kat sekolahnya untuk dibawa ke klinik mendapatkan rawatan. Aina sudah ada rekod terkena sampar garam, lalu berpandukan rekod lama, doktor bagi ubat sapu, ubat minum dan ubat telan serta MC satu hari.( duit rawatan Aina member aku yang sponsor )

Selepas makan, aku terus bagi Aina makan ubat dan aku suruh rakan aku tolong sapukan ubat kat badannya sebab aku kena masuk kelas rilief. Selepas habis kelas rilief, aku tengok Aina tergaru-garu tak henti-henti. Kasihan kat Aina lalu aku terus bawa balik dia untuk bersihkan diri dan cuci badan dengan sabun Dettol.

Malam tu penyakit gatal Aina tak henti-henti. Bini aku pun hairan sebab biasanya ubat kat klinik tu memang tak pernah mengecewakan dan serasi dengan Aina. Hari kedua penyakit gatal Aina tak hilang. Aku suruh dia cuti aje.. tak payah pegi sekolah.

Balik dari sekolah pada hari tu aku terus pergi ambik Adib kat asrama. Bawa sekali Aina dan Athir. Di pertengahan jalan, aku mendapat panggilan daripada isteri mengatakan Amsyar tak nak masuk rumah. Dia menjerit-jerit dengan kuat sambil memeluk erat isteriku. Bila isteriku bawa masuk ke dalam rumah, Amsyar asyik tunjuk di segenap sudut rumah seolah-olah nampak sesuatu yang menyeramkannya.Isteriku rasa tak sedap hati lalu bawa Amsyar keluar. Kat luar pun sama, Amsyar mengangkat tinggi-tinggi kakinya seolah-olah ada makhluk yang ingin tarik kakinya dari atas dokong uminya. 

Isteriku menelefon ustazah Ainul (rakan sejawatannya di sekolah) untuk mohon bantuan. Kebetulan ustazah sudi untuk membantu dan terus datang. Sepanjang menunggu kedatangan ustazah, Amsyar memeluk erat uminya. Ustazah datang bersama suaminya. Selepas solat hajat , suami ustazah melakukan upacara menghalau jin dan jembalang yang ada di dalam rumah aku.  Berpeluh-peluh dia dibuatnya.


Operasi menghalau Hantu Raya ( gambar hiasan )
Wah.. rupa-rupanya aku bukan menghuni rumah yang indah ini bersama family aku sahaja tetapi penghuninya cukup ramai.Ustaz tu kira ada dalam 139 ekor syaitan ( hantu raya ) yang selesa tinggal bersama-sama aku. Ada yang besar dan ada yang kecil. Ada yang berbulu dan ada yang tak de bulu. ( Patut lee bil air dengan bil eletrik aku melambung tinggi.. ) rupa-rupa ramainya penghuni.Tempat tidur aku ada dua ekor, kat tempat aku sembahyang pun ada beberapa ekor, kat dalam bilik TV ada beberapa ekor, kat dalam tandas ada beberapa ekor, kat depan peti ais yang paling besar siap berbulu lebat lagi katanya. Kat tilam usang yang keluar ulat tu ada 2 ekor (jin).. patut le sedap sangat tidur kat atas tilam tu. Kalau dia tunjuk rupa, sudah tentu kami sekeluarga akan jual murah-murah rumah tu. Nasib baik makhluk tu tak tunjuk dia punya rupa, cuma gangguan biasa aje.


Aku difahamkan bahawa tapak rumah aku dulu adalah tempat tinggal makhluk tu sebelum dibersih, diratakan dan dibina rumah.Bukan rumah aku saja yang ada, bahkan rumah jiran aku kiri dan kanan juga ada benda tu tapi banyak lagi kat dalam rumah aku. Lagipun rumah ni sangat lama aku biarkan kosong.

Bini aku tanya ustaz tu, kenapa sebelum ni tak pernah diganggunya keluarga aku. Usataz tu kata .. sebelum ni dia selesa tinggal bersama keluargaku sebab tak terancam. Kalau sekadar baca surah yasin dan sembahyang, hantu tu sudah lali dan tak rasa apa. Patut le semasa aku sembahyang kadang-kadang tu ada meremang bulu roma terutamanya kalau aku sembahyang Isyak tengah malam. Tapi aku sentiasa berpandangan positif. Aku tak pernah ceritakan pada isteri sekali sekala telintas bayangan di belakang aku setiap kali aku ke dapur untuk minum terutamanya pada lewat malam. Sekali sekala meremang juga bulu roma bila turun bawah untuk cari apa-apa yang boleh dimakan tatkala aku sukar untuk lelapkan mata tengah-tengah malam buta. Tapi aku buat bodoh aje.. sebab mak aku ajar jangan takut pada makhluk lain tetapi takutlah kepada ALLAH.

Bila bini aku ada amalkan bacaan yang diajar oleh oleh ustazah Ainul setiap kali nak masuk rumah, selepas  tulah baru makhluk tu mula nak buat kacau. Ustaz tu kata.. dengan bacanya ayat tu makhluk yang ada di dalam rumah aku  mula rasa panas dan tak selesa serta terancam. Sebab tulah dia mula kacau keluarga aku supaya aku pindah dari rumah tu..( chewahh.. banyak cantik. aku beli mahal-mahal nak suruh pindah keluar.)

Selepas ustaz tu pindahh keluar segala jembalang yang selesa menghuni dalam rumah aku, maka malam tu keluarga aku dapat tidur dengan lena. Amsyar tak menangis lagi malam-malam. Tidur lena sampai pagi. Gatal-gatal Aina terus hilang. Ustaz tu kata.. Aina gatal-gatal sebab terkena bulu-bulu makhluk tu.  Sama ada kebetulan atau berkait dengan benda tu Allahuallam.. yang paling ketara.. bini aku sudah berani turun sorang-sorang pegi dapur walau malam-malam buta. Sebelum ni.. perghhh.. jangan harap. Nak masak untuk bersahur pun aku kena temankan setiap awal pagi.

 Ustaz tu kata.. kalau dah dihalau keluar, makhluk tu takkan datang lagi. Dia kata, kalau masih diganggu, cepat-cepat telefon dia, beliau akan buat lagi. Tapi dia yakin, berdasarkan pengalaman beliau yang lepas-lepas, benda tu yang telah dihalau tak berani untuk datang lagi atau dengan kata lain RUMAH AKU TELAH BERSIH DARIPADA SEBARANG GANGGUAN.. Alhamdulillah..

Masa ustaz tu dok tengah bersembang dengan aku tiba-tiba telefon dia berdering.. rupa-rupanya pada malam nanti akan ada orang datang dari Pahang untuk ambik ustaz tu buat perkara yang sama seperti dia buat kat rumah aku di rumahnya kat Pahang. Wah.. rupa-rupanya terkenal juga ustaz tu yee.. seluruh Malaysia ada cari dia. 

Masa beliau nak balik, aku selitkan not RM50.00 dalam poket baju dia buat isi minyak tapi pantas dia bagi balik pada aku. Katanya dia ikhlas menolong dan tak mahu sesenpun.

SEKIAN SAHAJA KISAH AKU, KELUARGA & HANTU RAYA. KALAU KORANG NAK PERCAYA..PERCAYALAH.. KALAU TAK NAK PERCAYA PUN TAKPE AHH.. TERPULANG PADA DIRI KORANG. YANG PASTI MAKHLUK SELAIN MANUSIA ADA WUJUD DI DUNIA INI.



6 comments:

  1. Assalammualaikum! Mcm mn nak menghubungi Ustaz ni. Saya nak minta tolong jugak. Bab ni, Saya x berani panggil orang main belasah je sbb ada yg ambil kesempatan buat duit. Pasal duit bkn ustaz pun ngaku ustaz. Terima kasih perkongsian. Saya harap dpt respon cpt dr Cikgu.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.. maaf tuan, ustaz ni pegawai di Kementerian Pendidikan. Bomoh ni bukan ko bisness beliau, cuma dia tolong kenalan shj. Saya tak berani nak paparkan no tel beliau kat sini tanpa keizinannya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu din. Saya faham cuma nak minta cikgu sampaikan niat saya ni kpd ustaz tu. Saya akan ikhtiar bagaimana utk menghubungi cikgu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Takziah kepada keluarga ustaz Mazani (ustaz yang menghalau makhluk halus di rumahku) di atas kepulangan arwah ustaz ke rahmatullah pada 15.11.2014. Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman oleh Allah SWT. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. Innalillah...x terkata saya membaca recomment cikgu. Hanya Allah SWT mengetahui segala kejadian. saya agak sibuk dengan kursus dan tugasan sehingga x berkesempatan membuka blog cikgu. Terima kasih atas kerjasama cikgu.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum , saya nak minta izin pada admin blogger ni utk saya copy cerita admin . boleh ke ? untuk saya buatkan copywriting iklan :)

    ReplyDelete