Friday 20 December 2013

RINTIHAN SEORANG SI TUKANG URUT


Alkisahnya begini.. dengar ambo nak cerita... masa balik kampung ari tu, bini ambo terkena penyakit medu angin. Kesannya habis sakit seluruh badan. Nak bernafas pun sukar dan semput. Lalu ambo pun gi lah cari tukang urut untuk membuang angin medu tuu..

Kebetulan kat kampung ambo ada seorang tukang urut tersohor. Umurnya masih lagi pertengahan 40-an, sekelas dengan abang ambo masa zaman sekolah dulu. Ambo nak gi booking tapi siang hari jadualnya sudah penuh, tinggal slot yang malam hari saja. Kalau nak juga mesti kena datang jemput sebab dia takut bawa motor malam-malam. Lagipun kedudukan rumah dia jauh terpecil daripada rumah orang lain.

Malam tu akupun datanglah ke rumah dia untuk menjemputnya. Jarak rumah aku dengan rumah dia lebih kurang 8 kilometer. Masa dalam kereta aku sempat bersembang dengan tukang urut tersebut. Bunyi sembangnya lebih kurang begini..

Ambo ( aku ): Lamo doh Kak Na ngurut orang ?

Tukang Urut : Eh.. lamo doh, lebih kurang 10 tahun.

Ambo : Berapo ringgit orang bayar satu jam ngurut?

Tukang urut : Orang kampung biasanya bagi RM 10.00 satu jam. Satu sesi mengurut 2 hingga 3 jam. Dapatlah antara 20 hingga 30 puluh ringgit satu sesi. Kalau sehari boleh dapat dalam RM80.00

Ambo: Wah!! lumayan juga tu Kak Na. Sebulan dah boleh dapat lebih Dua Ribu Ringgit. Sama gaji dengan guru lepasan ijazah yang baru posting. Tapi kalau kat Kolumpo, satu jam lebih RM50.00.

Tukang urut : Eh, tak de lah mewah sangat, pendapatan tak menentu. Kalau pelanggan ramai mewahlah sikit, tapi adakalanya dalam satu hari langsung tak ada pelanggan. Lagipun kerja mengurut ni tak boleh nak tamak, satu hari cuma mampu urut maksimum empat pelanggan saja. Lenguh juga badan kalau ramai sangat.

Ambo: tapi dok kat kampung, pendapatan sebanyak tu sudah lebih daripada mencukupi. Apatah lagi dengan makanan yang ada di kampung, banyak benda free. Ikan boleh cari kat dalam sungai, sayur boleh tanam sendiri. Ulam-ulaman boleh cari sendiri kat hutan. Pucuk paku kat tepi sungai tak berhabisan.

Tukang urut : Atas kertas orang dok baca memang nampak senang, hakikat sebenarnya saya ni masih miskin tegar. Pendapatan yang dapat macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pagi ni dapat wang hasil mengurut, tengah hari sudah habis dibelanjakan untuk makan tengah hari anak-anak. Petang dapat duit hasil mengurut, petang tu juga turut habis dibelanjakan untuk mebeli keperluan makan malam anak-anak. Kalau badan tak sihat.. tak berasap la dapur. Sekarang ni.. cikgu pun tahu kan.. barang-barang serba-serbi naik, bawa duit RM50.00 untuk berbelanja, apa sangat barang yang kita boleh beli.

Ambo: Anak Kak Na ada berapa orang ?

Tukang Urut : Ada 7 orang anak, suami kerja kampung.. pendapatannya juga tak menentu. Ni Kak Na dok pening nak sediakan baju, seluar, kasut dan buku sekolah anak-anak. Mana nak korek duit? Duit belanja sekolah anak setiap seorang RM 3 hingga 5 ringgit satu hari. Bayar bas sekolah anak-anak lagi. Anak yang sekolah menengah semuanya pakai motor sendiri, nak kena tuang minyak untuk diaorang.

Ambo : Perghh.. Kak Na tak payah mengeluh.. orang lain pun sama saja macam Kak Na malahan ada yang lebih susah lagi. Ambo sendiri pun dok kat bandar walau dua-dua suami isteri kerja, ciput juga. Banyak yang nak kena bayar.

Perbualan aku berakhir kat situ sebab sudah sampai depan rumah aku...

Tulah.. rintihan sebenar golongan marhaen yang tersepit dan dihimpit dengan kos sara hidup yang meningkat saban bulan dan tahun. Kenaikan harga barangan tanpa kawalan dan tak henti-henti menyebabkan orang miskin menjadi lagi miskin dan papa, golongan sederhana menjadi miskin, golongan kaya menjadi sederhana dan golongan mewah tidak memberi kesan apa-apa manakala yang mewah tahap hardcore menjadi semakin berharta. Orang kaya tak merasa kesempitan hidup macam ni setelah dia kaya sebab dia bernasib baik. Anak orang kaya juga turut bernasib baik sebab ayah dia berharta dan berwang. Nak apa saja boleh minta, semuanya mampu ditunaikan. Tapi orang yang cari makan seperti tukang urut tersebut yang kais pagi makan pagi untuk menyara kehidupan keluarga sudah tentu pening kepala memikirkan cara-cara untuk membesarkan anak-anaknya yang 7 orang tu dalam keadaan hari ini. Tu pun masih lagi untung berbanding dengan orang yang lumpuh ataupun terlantar sakit.. mana nak dapat duit untuk buat belanja? sampai bila nak mengharap ikhsan daripada orang?

Mari kita sama-sama congak ke mana duit kita pergi selepas mendapat gaji.. bayar bil eletrik, bil air, bil astro, bil Internet Unifi, bil telefon, bayar duit sekolah agama anak-anak, bayar duit pengasuh anak, bayar duit tambang pengangkutan anak-anak ke sekolah, duit sewa rumah atau duit beli rumah, bayar duit kereta, duit belanja sekolah anak-anak, beli susu anak, beli pampers anak dan beli barang keperluan untuk makan dan kegunaan sehari-hari. Itu bayaran yang wajib dibayar setiap hari dan bulan.

Ok.. mari kita congak pula bayaran-bayaran yang harus dibuat bukan permanent, maknanya bayaran yang wajib kita bayar tetapi dalam keadaan tertentu. Bayaran Indah Water, Bayar Cukai tanah, bayar cukai pintu, kos rawatan anak-anak di klinik swasta sekiranya anak-anak dan kita suami isteri jatuh sakit, isi minyak kenderaan, bayar tol, bayar parking, baiki kereta rosak, baiki rumah rosak, tukar peralatan eletrik yang rosak, anak-anak minta duit tambahan untuk pegi lawatan atau kem anjuran sekolah, beli pakaian anak-anak dan kita sendiri. Kalau anak besar dan berada di universiti, lagi banyak nak pakai wang. Kalau anak nak kahwin, lagi parah. Wang hantaran kahwin sekarang ni mendadak naiknya serta berbagai-bagai bayaran sampingan lagi.





Dengan bayaran-bayaran yang disebut, berapa perlu gaji kita dalam sebulan? mungkin paling kurang RM3500.000. Kalau pendapatan kurang daripada tu, kita seorang miskin tegar yang hidup dibandar. Beli ikan seekor untuk nak bagi makan kat kucing pun dah RM3.00, apatah lagi beli sekilo untuk makan satu keluarga.Beli sedikit lagi sayur mayur dan telur dan sedikit keperluan lain dah RM45.00 sekali kita berbelanja untuk sekali makan satu keluarga.

Pak-Pak Menteri dan golongan kenamaan tak merasa benda pahit jerih macam ni sebab keperluan harian banyak yang ditaja. Ada perjalanan yang boleh claim duit kerajaan. Pergi melawat ke sesuatu tempat boleh makan free yang penganjur sediakan. Kadang-kadang pegi beli ikan di pasar pun banyak yang dapat free sebab tauke-teuke ikan sedekahkan. Maklumlah.. orang kenamaan yang dikenali, tentu segan nak ambik duit.

Ada seorang kawan aku, dia anak DATO'. Ayah dia bukan orang politik dan tidak terkenal pun. Bila disebut nama, aku pun tak kenal. Tak pernah masuk TV gamaknya..tapi beliau pegawai tinggi kerajaan.  Dia kata kat aku, kalau ayah dia ke pasar borong, hampir semua dapat free. Kebanyakan tauke ikan, ayam, daging kat pasar tu kenal dia. Ikan-ikan dan makanan laut yang lain orang kasi free saja. Kadang-kadang mak dia terpaksa buang ikan, sotong, ketam kat dalam peti ais sebab terlalu lama membeku kat dalam tu.

Wah.. aku kata membazir tu.. kalau tak mahu bawa kat aku. Bini aku boleh masakkan.

Keesokan hari, satu tong besar ikan dan makanan laut dia bawa kat rumah aku. Semuanya yang saiz besar. Ikan yang pelik-pelik pun ada. Sotong, udang saiz besar dan ketam saiz besar pun turut ada. Perghh.. aku ingatkan mamat tu cakap besar, rupanya betul-betul. Sungguh mewah makan anak DATO' ni sampai tak termakan. Semuanya orang sedekahkan. Orang kaya lagi kaya lah kalau macam ni.

Itu baru DATO' tak tak berapa tersohor.. apatah lagi pak-pak menteri yang glamour-glamour. Patut le mereka selalu melancong ke luar negara, sebab banyak duit lebih. Duit gaji tak terusik, buat belanja dengan elaun dan claim bulanan sahaja. Aku bukan dengki dengan depa tapi sesekali ada rasa kecik hati bila ada menteri yang kata " kalau tak nak bayar tol.. lalu je jalan yang tak ada tol. Kalau tak nak bayar eletrik, pasang je pelita minyak tanah. Kalau tak nak bayar air, mandi je kat sungai".



Malas nak cakap banyak, nanti panjang cerita. Soal kenaikan harga barang seperti minyak petrol, tol, eletrik, rumah, cukai, tambang  dan segala-galanya itu semua orang sudah maklum sebab surat khabar, fb, blog, tweet dok cerita hari-hari. Tak de orang boleh halang segala kenaikan. Yang naik tetap naik, yang nak naik pun tetap akan naik, dan yang belum naik menunggu masa akan naik. Yang turun cuma air hujan dan kapal terbang yang landing.














* Gambar-gambar dan grafik diambil daripada GOOGLE.

1 comment:

  1. Assalam.nk tau angin medu tu camne lega x lepas urut? Boleh tlg explain? Terima kasih. Boleh email sy di cwazywabbit06@gmail.com

    ReplyDelete