Thursday 23 July 2015

BICARA SANTAI APE AJER... ( EPISOD 2 )

Assalamualaikum WBT..

SELAMAT HARI RAYA , MAAF, ZAHIR & BATIN diucapkan kepada pembaca blog MATDINGUNUNG. Rasanya masih belum terlewat untuk admin ucap selamat hari raya dan mohon maaf kerana hari ni tepat jumaat bertemu jumaat kita raya. Maknanya baru seminggu kita beraya. Bagi masyarakat di bandar, raya yang sebenarnya bermula esok. Kalau di kampung, raya pertama, kedua dan ketiga cukup meriah. Kebiasaannya pada raya pertama, kita bermaaf-maafan dengan keluarga terdekat dan mengunjungi saudara mara dan rakan taulan di sekitar rumah sahaja. Pada raya kedua baharulah kita keluar lebih jauh ke rumah saudara-mara dan rakan taulan di luar kampung kita. Pada raya kedua kebiasaannya jalan sudah mulai sesak. Pada raya ketiga pula, sudah banyak kenduri kendara. Ada juga yang keluar membawa keluarga pergi picnic ke tempat-tempat perkelahan. Pendek kata pada raya ketiga adalah hari pertambahan kenderaan di atas jalan raya. Bagi mereka yang berada di Kelantan, raya kedua dan ketiga memberi fobia kepada mereka terutamanya bagi mereka yang berurusan yang mana laluannya terpaksa melintasi jambatan yang merentangi sungai Kelantan sama ada Jambatan Sultan Yahya, Jambatan Ibrahim Ali, Jambatan Pasir Mas mahupun jambatan Tanah Merah.. pendek kata memang jem melekatlah kat situ. Setakat tiga empat jam.. belum tentu dapat melepasi jambatan tersebut.

Raya keempat, warga yang bekerja di luar sudah mula berpusu-pusu pulang ke kota. Maka sekali lagi masyakat kita berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang bukan calang-calang. Kalau tak kena 'timing', alamatnya berjam-jamlah tersadai dalam kereta tanpa bergerak. Tempat yang paling hard core kalau di Kelantan ialah jalan Machang-K.Krai. Sebut saja jalan ni kalau waktu puncak iaitu antara pukul 8 pagi hingga 6 petang.. mahu berjam-jam-jam-jamlah makan jem.  Kalau kereta sempit, anak-anak ramai, agresif pulak tu.. bayangkan betapa seksanya kita seluruh isi kereta. Ada pulak tu anak nak berak laa.. nak kencing laa.. nak muntah laa dan segala bagai. Perghhhh... hanya yang biasa alami yang tahu betapa hebatnya penangan balik raya.. kadang-kadang, kalau singgah di stesyen minyak atau masjid atau R&R, bukan senang nak dapat tandas.. kena Q bukan main panjang. Tapi yang frustnya.. bila dah dapat kat kita, tandas tersumbat la pulakkk.. sebab tu tak hairan kalau ada yang terberak dalam seluar. Itu sudah biasa. Balik kampung.. kemudian berhadapan dengan jem itu biasa.. kalau tak jem langsung, tak der feel la pulak balik beraya.

Tapi... yang tak biasa kita alami ialah KEMALANGAN JALAN RAYA.. kalau boleh kita tak mahu itu. Kemalangan biasa berlaku terutamanya di musim perayaan kerana pertambahan kenderaan di atas jalan raya. Ngeri tengok kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa. Bagi mereka yang memandu secara berbahaya dan nak tunjuk hero di atas jalan raya memang patut dia terlibat dengan kemalangan kerana cara pemanduannya pun memang dia nak undang kemalangan berlaku ke atas dirinya. Yang tak patutnya.. orang yang sedikitpun tak bersalah turut menjadi mangsa. Anak-anak kecil, orang tua dan sebagainya itu yang menjadi mangsa keadaan. Ada pemandu berhemah.. tali pinggang keledar kemas terikat kat dada, bawa penuh hati-hati, bagi signal, telefon tutup masa memandu, tumpuan pemanduan tak lari.. tup..tup.. keretanya dilanggar atau di rempuh yang menyebabkan dia dan seluruh keluarga kehilangan nyawa atau cendera parah, tak kah haru... memang takdir nak berlaku, masalahnya kemalangan itu disebabkan oleh kenderaan lain yang dipandu laju atau hilang kawalan atau kesalahan dan kecuaian pemandu lain.

Raya tahun ni.. memang banyak kemalangan jalan raya berlaku.. dalam what apps, dalam istagram.. dalam akhbar Metro, Kosmo dan segala punca maklumat lagi padat dengan gambar-gambar kemalangan. Nak balik raya pun ramai yang tak sempat nak raya sebab terlibat dengan kemalangan jalan raya, hari raya pun kemalangan, nak balik ke kota pun kemalangan.. pendek kata setiap jam ada berlakunya kemalangan.. Apa puncanya ????  adakah mengantuk semasa memandu? jalan tidak elok? kepenatan?  kereta tak diselenggara dengan baik? tak patuh undang-undang jalan raya? tepuk dada tanya diri sendiri.. mungkin itulah antara faktor kemalangan jalan raya. Tapi yang paling ketara kemalangan berlaku ialah pandu laju dan memotong tak lepas..

Duit raya.. sebut pasal duit raya, memang ramai yang kehabisan duit. Budak-budak pun dapat punggut duit raya tidak selumayan tahun-tahun sudah. Ramai orang sudah mengurangkan kuantiti pemberian duit raya kepada budak-budak semata-mata mahu berjimat kerana gaji lambat lagi nak dapat. Sekarang ni barang serba serbi mahal.. Minyak naik, tol nak naik dan macam-macam naik. Mesti ramai yang ikat perut lepas ni. Mesti ramai anak-anak yang duit rayanya menjadi penyelamat kepada ibu bapa untuk membeli makanan tengah-tengah bulan nanti. Bukan ibu bapa ambil.. tetapi ibu bapa pinjam dulu.. hari-hari minggu kat kota raya memang kita tak perlu keluarkan wang untuk beli bahan mentah untuk dimasak, kerana banyak rumah terbuka yang diadakan oleh rakan taulan atau sanak saudara.. tetapi nak bergerak dari satu rumah ke satu rumah tulah yang jadi masalah.. kos minyak, kos tol, anak tuan rumah pun kadang-kadang nak dihulur juga 'ang pow'. Pendek kata, duit...duit..duit...

Kalau kita perhatikan, raya sekarang tidak semeriah raya dulu-dulu. Sekarang ni raya kedua sudah ada orang buka kedai.. penjual nasi tepi jalan dah mula buka warung mereka, kat pasar pun sudah ada orang berniaga sayur, ayam, daging, dan sebagainya seolah-olah bukan hari raya. Restoran juga sudah mula beroperasi. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa orang perlukan duit. Parti GERAKAN.. "tak gerak tak makan" kata istilah orang-orang tua kita kat kampung. Orang dah kurang nak raya sebab perlunya cari duit walau terpaksa korbankan hari raya.

  Adoooiiii... nilah akibatnya bila kita berada dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan dizaman kejatuhan nilai ringgit. Setiap duit tu nilainya begitu kecil. Apa sangat barangan yang kita boleh beli dengan ringgit yang kita ada. Kalau orang kaya, mereka tak terkesan sebab aset cair dia melimpah ruah.. aset beku pun banyak yang boleh dicairkan sekiranya keadaan memaksa. Tapi bagi kita yang tidak punya apa-apa ini, cuma mengharapkan wang BRIM atau bonus kerajaan untuk mendapat sedikit lebihan perbelanjaan. Inilah untungnya orang kaya dan menjadi anak orang kaya.. Kalau orang kaya yang ada kesedaran.. mungkin kekayaan mereka boleh disalurkan sedikit kepada orang miskin yang sangat memerlukan. Memang ramai orang kaya sekarang mempunyai kesedaran untuk menderma.. itu tidak dinafikan. TERIMA KASIH ORANG KAYA. Apapun.. orang miskin tidak boleh hanya menadah mengharap bantuan orang lain. Kita kena berusaha untuk mengubah kehidupan kerana Allah dah janji tidak akan mengubah nasib kita sekiranya kita sendiri tidak mahu mengubah nasib sendiri..Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

Hanya sekadar itu sahaja BICARA SANTAI MATDINGUNUNG pada pagi jumaat yang serba indah ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain entri dalam wadah tajuk yang sama tetapi episod yang berbeza. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada nafsu amarah saya sendiri.
Akauli haza Assalamualaikummm Warah matullah Hiwabarakatuh... SELAMAT HARI RAYA

No comments:

Post a Comment