Wednesday 24 August 2016

MATDINGUNUNG FANTASY SUPER LEAGUE MUSIM KE-2


Liga EPL Fantasy Premier League kembali lagi.. MatdinGunung Fantasy Super League season 2016/2017 juga turut beroperasi untuk musim kedua. Liga yang disertai oleh rakan-rakan karib MatdinGunung ini menawarkan hadiah berupa Piala Pusingan dan hadiah piala iringan. Sebanyak 37 team bertanding untuk musim yang kedua ini yang mana semua manager adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan bijak manage team. 

Persaingan untuk menerajui liga dijangka lebih sengit pada musim ini kerana semua manager ada skill dan masing-masing mempunyai strategi tersembunyi untuk menewaskan manager2 yang lain. Kebanyakan manager yang bersaing dalam Liga Fantasy MatdinGunung Super League mempunyai rekod JUARA masing2 dari Liga Fantasy lain yang disertainya.  

Semoga persaingan yang hebat ini berterusan sampai ke penghujung musim.. Terima Kasih diucapkan kepada semua manager yang sudi menyertai Liga ini. Jom.. kita layan liga ini seperti musim lepas.. kita tengok siapa manager yang paaaalingggggg KERAS dan LIAT..


















No comments:

Post a Comment