Monday 7 September 2020

BALIK KAMPUNG LEPAS PKP

 Assalamualaikum..

Tahun ni serba tak menjadi, segala perancangan tak menjadi.. banyak benda terpaksa tangguh. Hajat tahun ni nak anjur Family Day ala reunion rakan sekerja yang ramai sudah pindah..hajatnya nak satukan dalam satu aktiviti dua hari satu malam kat resort mana-mana.. rancang awalnya nak buat kat Janda Baik.. sib baik tak boking lagi resortnya.. tup..tup.. kena kurung 4 bulan oleh Kerajaan Malaysia. Pertama kali hidup beraya Aidilfitri di tempat orang atau di perantauan.. Raya haji yang sepatutnya dalam musim cuti sekolah.. telah dipinda takwim persekolahan menyebabkan raya haji terkeluar daripada yang sepatutnya.. maka tak ada cuti untuk balik raya haji kecuali ada sesetengah sekolah mengambil cuti peristiwa jumaat dan isnin maka panjanglah sikit cuti raya haji..Oleh sebab tak mahu ambik risiko terperangkap paling kurang 13 jam perjalanan untuk balik kampung sambut raya haji, maka aku ambik keputusan tak nak balik.. raya jer kat Kololumpo. Senang hati.. orang lain berkubu dalam kereta berbelas-belas jam balik kampung sambut raya haji dan datang semula ke kololumpo... aku satu family yang tak nak balik.. senang lenang goyang kaki atas katil.

 So... oleh sebab terlalu lama tak jenguk kampung, maka cuti sekolah baru ni aku pun balik laa juga jejak kaki kat kampung. Cuti sekolah amat singkat sebab perlu dibayar akibat cuti panjang PKP.. maka dengan terkocoh-kocoh balik laa juga. Pun baru lepas cuti raya haji, jem juga jalan walau aku berangkat pulang pada tengah hari khamis.. mungkin sebahagian besar mereka mahu pergi bercuti di belah Pantai Timur. Ambik masa 9 jam lebih la jugak untuk sampai ke destinasi yang kalau masa normal ambik masa cuma 6 jam sahaja untuk sampai kampung. Aku ingat dah bebas daripada jem.. rupanya tanggapan aku silap.

Dalam perjalanan balik kampung, aku singgah kejap kat kedai anak buah aku kat cabang nak masuk ke felda Chiku 7. Anak buah aku ni dulu, akulah yang bawa dia naik KL.. tinggal kat rumah aku kejap, lepas tu duk menyewa kat Shah Alam.. kerja pos kejap, lepas tu bawa lori kargo.. bila kahwin dengan ahli perniagaan, berhenti drebar lori buka kedai jual barang frozen, barang plastik dan barang buat kuih dan kek.. sekarang dah jadi tokey besar.. siap ada kuli 2 org.. dah kaya raya la kot.. sebelum sampai tempat aku biasa menginap, aku singgah dulu jumpa mata dengan kakak bini aku atau kakak ipar aku laa. Dia masak nasi lauk spesel untuk dinner adik dia sebab dah lama tak jumpa kan..selepas hampir 3 jam beramah mesra, kami pun balik laa ke Pasir Mas.. sampai lebih kurang jam 11.20 malam. Lama tak balik pun, kampung masih tak berubah.

Bergambar kenangan depan kedai Jaing kat Felda Ciku 3

Esok bangun pagi.. dapat laa sedut udara nyaman kat kampung sambil menikmati bunyi unggas dan kokokan ayam kampung bersahutan.. indah.. permai.. damai.. terubat rindu kat kampung. Pagi pertama berada kat kampung anak buah ajak daki Bukit Panau untuk riadah.. bukit ni dah beberapa kali aku daki sebelum ni..takde orang yang daki pun cuma beberapa ketul budak sekolah naik dengan cikgu dia sebagai aktiviti badan beruniform..  tapi lepas PKP ni tak tau kenapa, ramai sangat orang daki bukit ni.. lebih ramai daripada orang daki Bukit Broga di Semenyih.. terkejut aku.. siap kat kaki bukit orang ramai berniaga air, keropok goreng, nugget, sosej dan sebagainya. Siap ada beberapa khemah orang jual pakaian dan kasut bundle.. siap ada warung kopi bagai.. perghhh. mungkin viral sebab pihak pengkaji sejarah dari Uni Malaysia Kelantan UMK terjumpa tapak Dainasour kat atas bukit ni, sebab tu telah berubah lansdcape menjadi tumpuan orang ramai yang bukan saja penduduk dekat-dekat, bahkan yang datang dari jauh. Baguslah macam ni.. boleh bagi pendapatan kepada peniaga kecil-kecilan mencari rezeki.. harap pihak majlis tidak kacau untuk mereka mencari rezeki.. ada penduduk kampung yang jual sayur-sayuran yang ditanam sendiri termasuk pucuk paku yang dikutip di tepi sungai.

ramai betul pendaki bukit panau sekarang




Pemandangan dari tengah bukit



Di Puncak Bukit.. ramainya orang.. ramai juga orang yang berniaga air dan ais krim



Siap ada warung kopi gaisss

sumber pendapatan peniaga kecil.. alhamdulillah..




Tengah hari lepas solat jumaat tu aku berehat laa kejap.. sembahyang jumaat kat kampung pun sama macam kat bandar.. ikut SOP wajib bawa sejadah sendiri, pakai mask, catat nama, ambik bacaan suhu dan duduk dalam keadaan jarak 1 meter. Petang tu aku dengan anak buah aku pegi sekejap jenguk rumah inap aku yang sangat lama aku tinggalkan. Masa PKP dulu.. rumah inap bini aku ni macam rumah puaka.. seram amat dan dipenuhi semak samun hutan rimba.. menakutkan.. boleh buat tempat berlakon cerita seram dan boleh jadi tempat peminat entiti cari pengalaman merasai suasana malam seperti Ossasuka Sasukei. Aku pegi teman anak bauh aku buat bim untuk bina pagar.. bini aku upah dia yang tolong jaga rumah ni.. dia upah orang tebas dan tebang pokok-pokok besar. Sekarang dah tak takut lagi. Balik daripada ziarah rumah inap bini aku, terus ke kebun kakak bini aku, tutuh rambutan dan ambik manggis. Kebetulan ni musim buah.. maka tak berhabisan makan buah-buah kayu yang ada dalam kebun. Kakak ipar aku juga suruh kait petai yang banyak dalam kebun dia.

Rumah inap bini aku masa PKP... hahaha.. amat mengerikan


Bukan saja lalang.. pokok balak pun hidup subur di laman

Rimbunan pokok kayu yang mendamaikan dan menyejukkan mata.. hahahaha



Malam tu aku seorang diri balik ke kampung aku di Tanah Merah.. kat sini aku masih lagi ada rumah pusaka.. abang aku yang jaga.. abang aku sorang lagi yang dah pencen buat rumah juga atas tanah ni.. kakak sulung aku memang menetap di sini sejak lahir.. abang aku yang nombor dua pun menetap tak jauh dari kampung aku ni.. jadi adik beradik aku masih ramai kat kampung. Memang patut aku balik kampung walau aku sudah ada rumah sendiri yang dihias cantik dan selesa kat Kuala Lumpur. Kat kampung ni pun aku juga ada sedikit harta yang diwarisi daripada arwah ayahku.. ada laaa.. pokok rambutan banyak pokok juga ada.. pokok kelapa pun banyak batang juga.. Kalau pencen nanti.. boleh buat rumah kat dalam tanah ni sebab masih luas dan boleh buat kebun.





tutuh rambutan


Malam ni abang aku datang jumpa aku kat rumah arwah mek.. saje bertanya khabar. Aku tak pegi lagi rumah dia sebab sampai lewat.. tak nak ganggu sebab esok pagi aku akan balik ke pasir Mas untuk jemput isteri dan anak-anak aku balik semula ke kampung kelahiran aku untuk ziarah kaklong, abang Jit dan Abang Jat.. sorang lagi abang aku iaitu Hadi memang tinggal dan jaga rumah pusaka tinggalan arwah. Kebetulan adik aku yang menetap di Kota Bharu pun ada balik juga nak jumpa mata. Malam tu aku bersembang cuma dengan Abang Jat, Hadi, Isan dan beberapa orang anak-anak maklong.

Setiap kali balik rumah pusaka.. mesti mengadap daun terup.. dah lama mcm ni, sejak arwah ayah ada lagi.. ayah tak marah main daun terup sampai pagi.. janji jaga solat

siapa kalah.. kacuhhh.


ada rezeki dari kebun.. rambutan dan durian

Tupai ambik suku jer.. selebih tu kita punya


Lepas solat subuh aku terus balik untuk jemput bini aku dan anak-anak bawa jumpa adik beradik aku di kampung kelahiranku. Singgah dulu di rumah mak mertua anak buah aku untuk berurut.. bini aku cakap dia sakit-sakit badan dan perlu diurut. Mak Mertua anak buah aku tu memang tukang urut termasahor.. jadual urut dia amat padat dan takde slot kalau tak booking dulu. Tapi sebab aku dan bini aku ni kenalan dia..anak dia pun agak kamceng dengan bini aku.. segan jugak laa dia nak tolak.. maka sebelum pelanggan pertama dia datang, sempat laa juga dia jamah sendi-sendi dan betulkan urat-urat  bini aku yang bersimpul-simpul tu lebih kurang sejam.. lega laa jugak walau sejam sebab banyak kali juga sendawa.. buang angin jahat dalam badan.. sempat dia belajar lagi sedikit sebanyak ilmu mengurut dengan Mak Mertua anak buah aku tu.. siap dapat lihat demontrasi akrobatik yang dipersembah oleh tukang urut tu untuk membuktikan kepada bini aku bahawa dia masih tangkas walau sudah berusia 62 tahun. Sempat juga dia perturun beberapa amalan awek muda kepada bini aku dan amalan-amalan untuk kecergasan. Memang tak kedekut ilmu Mak Mertua Miji ni.. bagi ajar juga zikir-zikir untuk bini aku amalkan.

Selepas selesai mengurut.. aku terus ke kampung aku. Dalam perjalanan, aku telefon anak buah aku tanya mak dia ada ke tak kat rumah? anak buah aku cakap sekarang dia sudah berada di Jerteh bawa Ma dan Abah dia pergi kenduri di rumah besannya di Terengganu.. laaa.. tak de rumah ke kakak aku ni.. tak sempat laa nak jumpa.. aku telefon abang Jat sebab hajatnyua nak pegi lunch rumah dia.. dia pun takde.. pegi makan kenduri di Kota Bharu... laaaa.. semua takde orang kat kampung.. aku nak pegi jumpa sape.. baik aku balik semula ke Pasir Mas masuk kebun getah bersihkan kebun getah aku sebab tahun ni hajatnya nak buka getah.. pokok getah dalam kebun bini aku dah besar.. dah boleh ditoreh. 





Aku pusing balik di manal.. Aku singgah sekejap di warung Zaidi Mi Kuwoh Klewek.. makan mi kuwoh dulu.. setiap kali aku balik kampung.. wajib aku akan makan mi kuwoh.. dari aku kecik lagi aku minat dengan mi kuwoh MatJeng  atau Mee MATZIN. Jaidi ni kuli matjeng yang paling setia.. lebih 30 tahun dia kerja jadi kuli di kedai mi matzin.. selepas matzin meninggal.. barulah dia buka kedai mi sendiri. rasa dia lebih kurang tetapi tak sehebat air tangan MatZin. Memang mi kuwoh arwah mat zin tiada tandingan walau dia ada banyak cawangan.. Mi kuwoh yang disediakan oleh arwah matZin sendiri yang terhebat dan terlazat di dunia.

Mi kuwoh Zaidi Klewek persis Mi MatZin 


Balik makan mi kuwoh.. aku buat hulu parang kemudian masuk dalam kebun getah bersihkan kebun daripada semak samun. Kebun getah bini aku luasnya satu ekar kongsi dengan kakak dia setengah ekar seorang.. kalau dah tak nak tanam getah nanti, boleh tebang dan ratakan buat rumah sebab kebun ni duk tepi jalan saja.. Depan kebun getah bini aku ni rumah abang dia.. abang ipar aku laa.. Boleh dikatakan sekelompok tanah di sekeliling kebun getah ni milik keluarga bini aku sebab sebelah kiri kebun ni milik kakak dia yang tinggal di Temangan seluas 2 ekar.. di sebelah kanan pula milik kakak dia juga seluas 2 ekar yang tinggal di Tok Uban.. belakang tanah getah ni milik kakak dia juga.. di depan tanah getah ni milik abang dia yang sulong lebih kurang 3 ekar.. maknanya semua hak milik keluarga. Sebelah lagi pun tanah kakak dia juga.. Anggaran semua 15 ekar tanah kat situ milik adik beradik. Ada yang buat dusun, ada yang tanam getah, ada yang buat tapak rumah..





Malam tu aku tak ke mana-mana sebab penat..petang tu aku balun setegah ekar hutan yang aku tebang, tebas dan bersihkan untuk buat laluan dan memudahkan penoreh yang nak buka getah aku nanti. Aku tidur awal sikit sebab esok dah nak naik KL.. Esok pagi lepas breakfast, kami berangkat ke KL dalam pukul 9.30 pagi.. jumpa dulu nenek yang masih sihat walau dah berusia sangat. Jumpa pak penakang dan mak menakang.. bapa saudara dan saudara mara yang lain.. singgah-singgah salam. Balik ikut Terengganu sebab nak balik santai-santai. Niat nak buat suprise, nak singgah bermalam rumah kawan baik kat Dungun. Sambil-sambil jalan menikmati pemandangan pantai yang panjang.. singgah situ sini beli Satar, beli keropok lekor, beli kerepok losong, beli otak-otak dan singgah lunch di tepi Pantai Klulut. Memang santailah.. kemudian baru call kawan nak bagitau dia yang aku akan sampai rumah dia 40 minit lagi.. ceh, dia baru gerak keluar nak masuk LPT kat Dungun dah nak balik ke Kuala Lumpur.. ingat kan balik hari selasa..tak jadi singgah lah.. aku pun ambik LPT Dungun terus balik ke KL.. Sampai lepas tol Karak.. chaitttt.. jem. Jem gila.. Jem gila babi.. sampai tol gombak jem.. silap percaturan betul.. dekat tiga jam makan jem.. kat karak saja.. sampai rumah dekat kul 10.00 malam.. dah penat sangat, sib baik esok tu masih tak kerja.. dapat rehat satu hari lagi untuk pulihkan tenaga,.

Anak-anak santai dulu di pantai Klulut







Begitulah kronologi perjalanan aku balik ke kampung selepas PKP.. setelah 7 bulan tak balik.. balik last masa raya cina hujung januari. Ok.. sampai sini cerita aku sebab cerita dah habis. Rumusannya.. balik kampung banyak benda boleh buat.. kebetulan musim buah.. banyak makan buah terutamanya rambutan dan manggis.. buah salak pun banyak.  buah dokong masih tak masak sangat lagi.. buah durian pun banyak tapi berebut dengan tupai.. dalam kebun kakak aku ada banyak durian tapi berebut dengan tupai dan babi.. rupanya babi pun suka makan durian. kena marah dengan kaklong aku sebab aku balik tak jumpa dia.. tak nak usaha jumpa dia.. dia nanti-nantikan kedatangan aku sebab selalunya aku akan pergi cari dia bila aku balik kampung.

Sekian.. Vlog.. Assalam..

# DinGunung




No comments:

Post a Comment