Tuesday 22 September 2020

KENALAN, KAWAN, SAHABAT DAN KELUARGA

 Assalamualaikum..

Entri aku kali ni agak berbeza sikit.. tengok tajuk pun dah pelik.. apa konten sebenarnya yang aku nak cerita ni.?


Ok.. sebanarnya gini, apa maksud kenalan? bagi aku, kenalan ni insan yang sekadar kita kenal tapi dia bukan kawan kita.. contohnya kita nak deal beli barang online, lepas tu dia COD, masa jumpa tu kita sempat berkenalan dan tanya serba sedikit. Kemudian lepas tu kita telefon dia nak repeat order.. lama-lama kita kenal dia, dia pun kenal kita..itu kenalan. Maksudnya kita sekadar kenal dia.


Manakala kawan pula bagi aku, kita dah lama kenal dia, mungkin satu sekolah dengan dia, satu kelas dengan dia, satu rumah sewa dengan kita, satu kuliah dengan kita, atau kawan kita tu satu tempat kerja dengan kita, atau dia kawan kita sebab dia tu jiran kita, atau kita pernah main sukan satu team dengan dia atau dia tu asalnya kawan kepada kawan kita, kita kenal sebab selalu saja ngeteh dengan dia atau macam-macam cara seseorang tu boleh jadi kawan kita. Kawan yang paling best biasa kawan yang satu rumah sewa dengan kita sebab kita ada banyak masa dengan dia. Kita boleh kenal hati budi dia dan tahu tahap keikhlasan dia nak berkawan dengan kita.


Kawan untuk bersosial.. berkumpul, bersembang sambil minum-minum

Kawan untuk bersantai.. sambil sembang-sembang

Kenalan tidak semestinya boleh jadi kawan kita, kawan kita tidak semestinya baik dengan kita.. kawan ni ada macam-macam ragam.. ada kawan boleh dibuat kawan, ada kawan makan kawan, ada kawan yang tak boleh dibuat kawan, ada kawan yang sekadar kawan.. tak lebih daripada itu. Dalam politik, biasa kalau kawan tu makan kawan.. ludah belakang kawan, pijak kepala kawan, tikam belakang kawan, tindas kawan dan macam-macam istilah lagi. Biasa istilah macam ni kita dengar. Walau kawan selalu saja tinggal sebilik masa pegi meeting atau kursus, tapi dalam politik.. kawan tidak boleh dipercayai. 


Kawan masa senang dia pun datang, pun ada jenis macam ni.. bila kita susah lari tak nampak batang hidung.. duduk goyang kaki kat rumah pun kata berada di luar kawasan bila kita mau mintak tolong. Masa kita senang, terhegeh-hegeh datang nak meminjam laa.. nak itu laa.. nak ini laa.. Kawan ni sebenarnya hiburan kita masa kita sihat. Kalau tak berteman, telefon kawan mintak temankan sekadar untuk berbual. Ada kawan kita cari sekadar nak cukupkan regu untuk memenuhi hobi kita contohnya nak bersukan yang perlu ramai pemain seperti main boling ke.. main golf ke.. main badminton ke.. main futsal ke dan sebagainya.. atau kita cari kawan sekadar untuk temankan kita pegi mendaki gunung ke, memancing ke, masuk hutan ke, atau kawan kita cari sekadar untuk memenuhi kehendak.. nak suruh 'ejas' sesuatu.. nak suruh jadi 'kabel' bagi memenuhi sesuatu. Pada masa tu kita akan cari kawan. Ada kawan yang boleh memudahkan kerja kita. Nak bersosial kita perlukan kawan, nak ngeteh kita perlukan kawan. Oleh hal yang demikian, kita perlu ramai kawan kerana mungkin ada dalam kalangan kawan-kawan kita yang boleh memenuhi matlamat kita.. yang boleh menemani kita, yang boleh menolong kita dan yang penting.... haaaa.. yang boleh diangkat menjadi sahabat kita.

Kawan untuk memenuhi hobi

Seronok juga masuk hutan dengan kawan-kawan kemudian masak dan makan nasi dalam hutan dengan kawan-kawan

Kadang-kadang kita perlukan kawan yang ramai untuk rancang dan buat aktiviti berbentuk MEGA.. barulah meriah

Kalau minat berbasikal.. kayuh seorang diri memang amat membosankan, kita perlukan sokongan kawan dan kayuh ramai-ramai.. baru seronok

Kawan campur-campur jantina pun takde masalah.. janji pandai jaga adat dan profesional dalam berkawan

Program outdoor perlukan penyertaan ramai kawan.. baru syok

Ni bukan sekadar kawan.. semua dalam gambar ni adalah sahabat.. rakan setugas yang melalui pahit getir semasa bertugas bersama-sama





Nak mendaki gunung.. jangan berani buat pendakian solo.. bahaya.. kita perlukan kawan-kawan yang sealiran untuk support

Main boling kalau sorang diri memang nampak cam bodoh dan membosankan.. kalau reramai macam ni barulah dia jadi seronok dan akrab

Main beskal pun seronok kalau kayuh ramai-ramai.. kalau pengsan pun kawan boleh bantu untuk sedarkan

Ini Sahabat Gua.. Cikgu Asrol, sama-sama kayuh, sama-sama mancing dan sama-sama ngajar. Banyak kenangan pahit manis dengan dia

Main badminton.. sudah tentu perlukan ramai kawan yang sama minat dalam sukan ni.. badminton lagi laa tak boleh main sorang tanpa kawan

Haaa.. ni jauh ke dalam hutan.. Hutan dara Endau-Rompin. Tempat dijumpai BigFoot. Kalau pegi sorang diri memang dia hati kering.. tapi, jarang orang hati kering macam ni. Kita perlukan beberapa orang kawan untuk masuk jauh ke tengah hutan supaya kalau berlaku apa-apa, ada kawan yang boleh tunggu dan ada kawan yang keluar mendapatkan bantuan

Tengoklah betapa mesranya kami.. berganding bahu untuk memenuhi hobi. Kawan-kawan ni dah nak jadi sahabat



Apa makna sahabat ? bagi aku laa... sahabat adalah kawan yang berada pada tahap tertinggi. Tidak semua kawan boleh dijadikan sahabat. Biasanya kawan yang menjadi sahabat kita adalah kawan yang paling baik dan paling setia boleh menjadi sahabat kita. Kalau dulu, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali, Saidina Uthman dan ramai lagi kita sebut sahabat nabi, bukan kawan-kawan nabi. Sebab mereka sanggup korbankan nyawa mereka demi nabi. Biasanya kawan yang boleh dibuat sahabat ni tak ramai, tapi walaupun tak ramai, kita tetap mempunyai sahabat kalau kita juga jenis orang yang boleh dibuat sahabat. Faham maksud aku tu? kata pujangga, "berkawan biar beribu, berkasih biar satu". Bagi aku, bagus kita punyai kenalan dan kawan yang ramai, tetapi kita mesti cari sahabat walaupun cuma 2..3..4..5..atau 10. Kuantiti tak penting dalam bersahabat tetapi kualiti itu penting. Tapi kita kena sedia maklum, walaupun dia sahabat yang paling sejati macam kembar kita, di mana kita ada, di situ ada dia tapi kita kena akur.. bila kita terlantar sakit, sahabat sejati kita tu tak mungkin tidur di samping kita, tunggu kita sakit, lap badan kita, suapkan makan kita, basuh berak kencing kita, tukar pampers kita sebab sahabat kita tu pun ada rumah dia, ada isteri dia, ada anak-anak dia dan ada banyak tanggungjawab dia yang lain. Tup..tup.. masa kita sakit demam, sape pulak yang kita nak harapkan???

Haa.. macam ni laa sahabat.. mesra dan senang nak mintak tolong. Jenis tak makan kawan

Ni pun sahabat gua.. banyak masa tua ni dihabiskan bersama mereka.. keluar minum, keluar makan, keluar main, keluar bersosial..sering bersama. Di mana ada aku, di situ ada dia.

Sahabat yang paling baik apabila semua keluarga kita rapat dengan dia.. dia kenal mak ayah kita, dia kenal mak dan bapak mertua kita.. dia kenal adik beradik kita dan kita pun sama.. semua kenal family dia. Datang rumah buat macam rumah sendiri.. tak segan tak malu.. dah biasa. Anak-anak kita boleh panjat belakang dia, main-main janggut dia. Nak pinjam duit pun tak malu nak cakap.. mintak pinjam 1k, bagi pinjam 1.5k. 


Haaa.. inilah yang akhir sekali, iaitu balik kepada keluarga induk kita. Kalau kita tak kahwin lagi, tugas jaga kita sakit ialah ibu ayah kita.. kalau kita dah kahwin, isteri dan anak-anak kita. Sebab itulah dalam bab berkawan, baik macam mana sekalipun, masa kita sakit kita bergantung kepada family kita. Abang kandung kita tak mampu jaga kita, kakak kandung kita tak mampu jaga kita, adik kita tak mampu jaga kita sakit, bapa saudara, mak saudara dan sepupu sepapat semuanya tak mampu jaga kita masa kita sakit sebab mereka pun ada komitmen lain.. yang mampu cuma ibu kita, ayah kita , isteri kita, anak kita belum tentu... Tu pun kalau kita bernasib baik dapat isteri yang bagus.. kalau isteri yang tak bagus, malanglah nasib kita sebab banyak juga berlaku suami diabaikan masa sedang terlantar bahkan ada isteri yang lari dan ada isteri yang bermain kayu tiga..

Anak-anak pun perlu masa untuk bersoaial dengan kita

Family kita.. tanggungjawab kita. Hargailah mereka

Jadi, secara kesimpulannya.. kita mesti ada kawan walau kawan sekadar kawan kerana kawan itu salah satu cabang hiburan kita.. Jangan tak nak berkawan langsung sebab kita menjadi anti sosial. Dapatkanlah seberapa banyak sahabat agar ada insan yang sudi menanggis di kala kita menanggis dan ada tempat untuk kita mengadu masalah. Jangan tinggal keluarga kerana kita terlalu kuat berkawan sehingga abaikan keluarga.. mungkin sehingga kita lupa yang anak lelaki kita darjah 6 masih tak bersunat lagi sebab kita tiada masa bersama keluarga kerana terlalu taksub berkawan. Kalau isteri kita marah sebab kita berkawan, jangan pedulikan dia, kita mesti berkawan sebab kawan ni lumrah dan naluri setiap manusia. Binatang pun ada kelompok-kelompok kawan. Kalau isteri kita marah-marah sebab kita terlalu kuat berkawan sehingga tiada masa langsung dengan family hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, bahkan tahun berganti tahun.. maka muhasabahlah diri kita sama ada tindakan isteri kita betul ke tidak.. sama ada tindakan kita itu betul atau pun tidak.



Bersama Sahabat.. abe Alim dan abe Long, di mana ada aku, di situ ada dia.. di mana ada dia, di situ ada aku.

Keluar makan-makan dengan sahabat-sahabat



Ke mana-mana pergi.. kami pasti bersama. sahabat sejati

Sahabat seronok-seronok

Layan stimboat..




Kita hidup memerlukan kawan.. kawan ada banyak jenis,, kalau nak berkawan cari yang jenis tidak makan kawan.. respect kepada kawan dan hormat kepada kawan.. anak kita bukan kawan kita, ada pakar motivasi kata " berkawanlah dengan anak-anak agar mereka rapat dengan kita ", itu salah. Bapak kita dulu tak ajar macam tu. Aku dulu tak pernah berkawan dengan ayah aku.. dia tetap ayah aku. Kawan-kawan ayah aku bukan kawan aku.. tapi kawan-kawan ayah aku kenal aku anak ayah aku. Kalau aku jatuh.. mereka tahu yang jatuh ini anak ayah aku dan mereka tahu jalan nak hantar aku pulang sebab dia kawan ayah aku, bukannya kawan aku. Kawan-kawan aku bukan kawan ayah aku. dia cuma kawan-kawan aku. Boleh faham.. ? tak faham tanya.. hahaha.. 

Mana-mana kawan atau sahabat aku yang takde gambar dia dalam ni jangan kecik hati pulak.. gambar-gambar ni sekadar contoh. Kalian semua yang kenal aku memang sahabat aku. Aku bersyukur sebab dapat ramai sahabat.. Pengalaman mendewasakanku dalam mencari kawan dan sahabat.. hahaha.. Sekian

No comments:

Post a Comment