Monday 14 September 2020

XPDC BURU JENAHAK SANGKAR PECAH DI SUNGAI UDANG VERSI 3.0

Assalamualaikum..

Hari ni Sabtu 12 Sept 2020, kami buat kali ketiga ke Sangkar Ikan Sungai Udang, Peneng untuk memancing. Katanya hari jumaat tu ada sangkar pecah. Ada kumpulan pemancing yang dapat menaikkan berpuluh-puluh ekor ikan merah dan jenahak. (Rujuk YouTube DDNology  jumaat11 September 2020). 

Sebenarnya bot yang kami naiki ni telah ditempah 2 bulan yang lalu. Kat sini memang bot kena tempah awal sebab selalu penuh.. kalau pegi terjah mcm tu memang tak dapat pegi laa. Kalau diikutkan, memang mancing ni bukan satu hobi aku, tapi aku suka follow sebab nak santai atas bot. Memang tenang layan kepala atas bot.. angin yang bertiup kuat dan alun yang perlahan-lahan goyang macam duk atas buai. Tak sama dengan alun di laut belah Pantai Timur yang ganas dan bisa memabukkan.

Ni lah aktiviti pertama outdoor aku lepas PKP. Sebelum ni rancang nak pegi mencandat sotong seminggu sebelum raya, sib baik bot yang ditempah belum bayar lagi duit booking sebab tak boleh pegi gara-gara PKP. Keluar mancing kali ni memang rezeki aku.. Walau mancing tak bersungguh-sungguh, sekadar buang mata pancing kot tepi-tepi bot camtu aje, tapi umpan aku selalu saja disambar ikan. Sampai jer kat sangkar pertama, buang mata pancing terus disambar Siakap 1.8kilogram.. patah batang pancing Abu Garcia milik Cg Asrol. Sebenarnya aku tak de pancing.. setiap kali aku keluar mancing, kawan-kawan yang sediakan untuk aku dari batang, mesen, perambut bahkan cucuk umpan sekalipun termasuk buang ikan yang dapat, semua kawan buat. Kerja aku cuma baling saja ke dalam air dan tunggu diragut ikan..Sib baik Alim sempat bertindak dengan mencekik insan ikan tu sampai luka tangan dia tercucuk duri atas belakang ikan tu.. hampir-hampir nak terlepas dahh. Bab kata orang 'rezeki tak salah alamat'. Kalau dah tersurat itu rezeki kita, memang jadi hak kita lah walalupun ikan tu akhirnya jadi siakap tiga rasa buat santapan Alim sekeluarga.



Sedang kecoh rakan-rakan pemancing berusaha menyelamatkan ikan aku, tiba-tiba batang jorang cg Asrol pula yang membengkok.. hampir bulat dibuatnya. Terus Cg asrol menyentapnya.. wah, gagah betul hasil cg asrol yang belum diketahui jenis apa.. merah jari-jemari cg asrol melayannya.. 2 minit kemudian, barulah nampak wajah sebenar makhluk yang memakan umpan dimata pancing cg Asrol.. Siakap juga tapi lebih besar daripada yang aku punya.. lebih kurang 2.4 kilogram. Hebat Cg asrol, setiap kali turun mancing kat situ, pasti siakap besar yang dia berjaya naikkan.


hasil yang dapat tak seberapa, tapi cukup puas hati. Kira banyak la jugak

Dua ekor tu je laa.. lepas tu kami lama membangau. Sib baik dapat tekong bot yang rajin dan sporting. Sebelum ni kami pegi dengan bot Wan.. tapi oleh sebab bot Wan dah penuh, maka kami main terjah ambik bot yang lain. Wan memang terbukti seorang tekong yang bagus. Bukan saja rajin dan bijak cari lubuk ikan, tapi dia alim dan tak tinggal solat serta doa. Mancing kat sini, kalau tak bernasib baik, dapat tekong yang pemalas dan sombong.. tak nak gerak mencari lubuk ikan lain kalau membangau lama-lama. Ada yang parking bot, lepas tu tidur, atau layan air ketum. Maklumlah, nak parking bot mesti guna sauh depan dan belakang.. kalau pemancing tak turut bantu, penatlah dia nak ke belakang dan ke depan, Kalau Wan, dia tak kisah, bahkan dia turut bantu kami pancing..kalau dapat hasil, jadi habuan kami. Dia tak ambik pun.

Memancing di musim PKP.. beginilah SOP nyaa..

Membangau.. tidur manjang.. takdak ombak pun telan ubat mabuk, akhirnya dia mabuk tidur

Nampak macam hari nak hujan, tapi Alhamdulillah.. tak hujan

Cerah memanjang..

Sabar menunggu tarikan ikan

Membangau dengan gaya tersendiri


Alhamdulillah.. kali ni kami juga dapat tekong yang bagus, walau air ketum tak lekang dari mulut tapi dia cukup rajin beralih tempat.. dia banyak senyum.. suruh beralih tempat dia senyum saja, pada riak di wajahnya, takde sedikit pun perasaan tak puas hati atau nak marah dengan karenah pelanggan. Kadang-kadang dia sendiri yang suruh angkat sauh nak beralih tempat. Berpuluh-puluh sangkar dia beralih bagi memastikan kami bawa balik hasil yang cukup memuaskan. Dia kata.. dia puas kalau melihat pelanggan bot dia happy menaikkan ikan.. Bagus tekong muda ni, cuma dia tidak alim macam Wan. Walau berbelas kali tukar lokasi, tapi memang susah nak dapat ikan.. memang kena sabar.. pemancing memang sudah sebati dengan sifat sabar. Walaupun begitu, kami berlima ada la juga menaikkan ikan, tapi tak lah banyak sgt. Dah dekat nak balik sangat dah baru jumpa lubuk serpihan ikan-ikan yang terlepas daripada sangkar yang pecah semalam.Waaa baru rasa seronok mancing.. sape2 dalam kumpulan kami yang masih belum merasa menaikkan ikan, akan dapat rasa kat sini. Orang kata dapat lesen.. atau buang skrip membangau dalam laut. Kat sini saja aku berjaya menaikkan 6 ekor ikan, Alim dapat sekor Tanda, Cg Asrol dapat seekor Tanda, Fizi dapat seekor, Pojer pula berjaya menaikkan seekor ikan Jenahak Merah dan seekor Tanda. Semua pemancing dapat menaikkan ikan kat sini. Berbanding datang pada febuari yang lalu, datang hari ni tak banyak dapat ikan duri. Taklah bazir banyak sangat umpan. Umpan Udang hidup memang buat bazir je beli.. tak mahu dikutis ikan. Baik guna ikan pelaling saja. Lain kali datang, tak nyahlah guna umpan udang hidup kat sini..

Terpancar wajah kebangaan di wajahnya

Ni pun layak untuk dibanggakan.. sekurang-kurangnya dapat juga lesen


Jenahak yang agak besar.. kompom lebih sekilo beratnya

Biar gambar berbicara.. bangga gilaaaa


Jam sudah menunjukkan pukul 6.15 petang.. kami terpaksa balik ke jeti walau masih belum puas memancing. Sampan lain sebuah demi sebuah mula menuju ke jeti.. ramai yang muka monyok dan poyo sebab tak bawa balik banyak hasil. Dalam perjalanan pulang, bot kami terserempak dengan sebuah bot yang hanyut sebab enjin bot dia rosak. Kebetulan tekong Ayie yang kami naiki itu kenal tekong bot yang hanyut tu.. maka kami tunda bot yang rosak tu ke jeti. Ahli dalam tekong bot yang rosak tu ada 3 orang saja.. hasil dia dapat cuma 3 ekor saja setelah seharian memancing. Kami, Alhamdulillah, kesemuanya dapat 18 ekor. Bolehlah 3 ekor seorang sekurang-kurangnya. Geng sekolah Cg Asrol yang naik bot satu lagi juga tak dapat hasil.. Mereka kata tekong bot yang mereka dapat tu cam haree.. pemalas gila. Cuma bergerak beberapa sangkar saja yang dekat-dekat. Tu pun muka tak puas hati kat pelanggan. Malang kalau dapat tekong yang jenis macam ni.

Tunda bot belakang yang rosak enjin



Seperti biasa, dalam perjalanan kami balik dari mancing kat Sungai Udang ni, kami wajib singgah makan char kuew teaw udang banjir specel kat Parit Buntar. Kalau Fizie, awal-awal lagi dia order lebih satu pinggan untuk dia.. sebab sedap sangat katanya.. mesti 2 pinggan baru terasa. Masa singgah kat sini, hujan amat-amat lebat. Kami buang masa 2 jam kat sini tunggu hujan reda. Sib baik masa kat tempat mancing, cuaca amat baik, redup dan berangin.. cukup sedap dan selesa memancing sebab tak panas. Kadang-kadang hujan gerimis sekejap-sekejap membasahi sampan.

Makan Char Kuew Teaw Udang Banjir Parit Buntar.. buat pengalas perut


Kami sampai kat tempat penginapan di Hotel Seri Malaysia Taiping kul 11.20 malam. Hotel ni bagus jadi tempat singgah untuk mandi dan rebahkan kepala sekejap sebab bukan saja murah, bahkan ada lagi voucher potongan harga. Adik ipar cikgu Asrol manager kat sini. Orang backpakers mcm kami ni elok je ambik bilik yang paling murah, asalkan ada tempat untuk tidur. Masa kami sampai ari tu pun, cg Asrol sponsor bilik hotel juga sebab dia tak mau kami tidur kat masjid macam datang bulan feb ari tu..masa first kami datang tahun lepas, lagi haru, tido dalam kereta dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Taiping. Barangkali dia nak suruh kami ada tempat untuk solat dan mandi walau sekejap. Check in kul 2 pagi, check out kul 6.30 pagi. 

Bergambar kenangan di depan hotel


Pagi tu seperti biasa cg asrol datang ke hotel penginapan kami untuk jemput kami breakfast. Hujan renyai sejak dari malam tadi lagi, menyebabkan suhu di kaki Bukit Larut tempat kami breakfast cukup mendamaikan dan dingin. Kabus sejuk memenuhi ruang.. ramai orang hiking ke Bukit Larut. Kat sini kami pekena roti telur goyang, telur separuh masak dan nasik lemak specel. Lepas makan, merayau-rayau pula di taman-taman yang ada di sekitar bandar Tepeng serta menghayati bangunan-banguna bersejarah tinggalan Inggeris.

Jalan-jalan menikmati keindahan alam sekitar


Merayau-rayau lah dulu

Oh..ini rupanya rupa roti jantan telur goyang.. roti bakar yang di atasnya dipecahkan dua biji telur separuh masak




Pukul 12.30, kami check out hotel dan terus pegi lunch nasi talam kat pinggir bandar Tepeng.. Masakan dia boleh laa.. takde lah sedap sangat cuma prop kedai dia ala-ala zaman 70-An. Sepanjang kami menjamu selera, diputarkan lagu-lagu klasik dendangan Allahyarham Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang. Macam makan dengan mak dan ayah masa kita budak-budak dulu pulak rasanya.. membangkitkan nastalgia. Makan pula dalam pinggan seramik bunga kankung yang rare.. melengkapkan lagi tema klasik yang hendak diketengahkan oleh pemilik restoren talam ni.. hiasan kedai dia sedikit ada wakaf yang bersulam buluh.. 



Dah berangkat nak pulang ke Shah Alam

Check out sudaaaa



Bergambar kenangan dulu.. bersama cikgu Asrol


Menjamu selera di The Talam Restaurant, sambil melayan lagu-lagu klasik dendangan Ahmad Jais


Selera gilaa Alim nga Fizi melahapnyaa

T.Kasih cikgu asrol entertain kami sampai gini sekali. Puas hati datang walau tak banyak sangat dapat hasil. Memang terbukti kami tak silap pilih kawan untuk jadikan dia sbg kawan baik kami. Duit pun tak kedekut, tenaga tak kedekut, masa pun tak kedekut. T.Kasih sahabat... Terima kasih dan tahniah semuanya.. datang sini dah 3 kali, tak pernah mengecewakan dan rasa nak terus datang lagi di lain kali.

Jam 2 ptg bertolak dari Tol Chankat Jering.. sampai di tol Elmina Shah Alam kul 4.10.. 2 jam lebih saja masa yang diambil oleh pemandu berpengalaman abg fizie. Singgah solat sambil pekena sate kajang Hj Samuri 5 cucuk seorang

Berbahagi hasil.. sama banyak, sama adil.. tak kira dia pancing cuma dapat sekor ke.. dua ekor ke.. time bagi hasil kena sama banyak.. itu tradisi geng gokel bagi hasil sejak dari dulu lagi.









Pojer bagi kami rasa buah longgang yang ditanamnyaa..


Itulah saja celoteh daripada saya DINGUNUNG untuk trevlog XPDC memancing kali ini sampai jumpa lagi di next Ekpedition.. Rasanya macam nak masuk hutan pulak.. tak lama lagi dah, tunggu greenlight daripada the KELAH Hunter.. dia kata on.. kita pun ONNNNNNN...

3 comments:

  1. Wow...ralit sengoti baco kisoh travelog abe din..salam dari saing maya abe din..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..t.kasih. Carilah geng yg ada minat yg sama dgn kita. Baru best.. yg penting mesti satu kepala dan yg jenis tak berkira

      Delete
  2. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    ReplyDelete