Tuesday 28 March 2023

MENJENGGO UDANG GALAH

Assalamualaikum..

Tahun baru 2023, dimulakan dengan aktiviti outdoor MENJENGGO UDANG GALAH MUARA SUNGAI DENGKIL di Sungai Manggis, Banting. Aktiviti ni kira satu aktiviti yang seronoklah.. memang kalau orang tu jenis hardcore kaki pancing, aktiviti ini tidak mungkin sekali saja dia pergi, bahkan akan repeat beberapa kali.
Tak sangka, dekat-dekat rumah DinGunung ada port memancing udang galah ( 15 minit jer memandu ikut SKVE ). Sewa bot bukannya mahal sangat, tapi hasil dia amat berbaloi dan puasss hati.. bergantung pada rezeki jugak laa..
Sempena cuti tahun baru, member aku yang aku gelarkan Bajau Sungai ajak aku join dia memancing udang galah di Muara Sungai Langat. Aku, Pojer, Alim dan owner bot iaitu Bilal Kamal turun mencuba nasib. Alhamdulillah.. hasil yang dapat pada hari tersebut agak lumayan dan kami boleh bawa balik udang galah fresh dekat dua kilo setiap orang. Bagus juga pemancing kat situ, ada sesetengah daripada mereka yang begitu prihatin terhadap proses pembiakan udang galah.. sekiranya udang galah yang dapat itu membawa telur, mereka lepaskan kembali dengan selamat bagi memastikan proses pembiakan berterusan dan berjalan lancar agar udang galah di muara sungai Langat tidak pupus.. tapi malangnya, ada juga pengusaha-pengusaha kilang dan pengusaha ladang di sepanjang sungai Langat melepaskan sisa buangan ke dalam sungai Langat menyebabkan berlakunya pencemaran air yang juga menyebabkan spesis udang galah mati. Sangat rugi sekiranya udang galah yang selama ini menghuni sungai Langat yang menjadi syurga kepada pemancing, telah pupus. Hal ini tidak patut berlaku dan pihak alam sekitar patut ambik tindakan tegas terhadap pengusaha kilang yang sesuka hati melepaskan sisa buangan yang menyebabkan berlakunya pencemaran. 

Raja Pancing.. tak pernah kecewa Bajau Sungai ni. Asal turun memancing jer.. pasti bawa balik hasil

Aku pun dapat juga.. kira dapat lesen

 Baru2 jam menjenggo.. dapat hasil sebanyak ni kira ok laaa

Abe Alim Sator.. dapat double strike

Hah.. dapat sepit biru sekor lagi


selepas 5 jam ada laa sebanyak ni sorang kecuali aku yang tak banyak dapat sebab mancing main-main. Tak serius



Seperti biasa, kalau aku keluar untuk aktiviti outdoor, aku akan bawa semua peralatan memasak sebab aku suka makan on the sport hasil yang aku cari. Nak merasa suasana kata orang.
 Hilang stress.. hilang masalah rumahtangga.. yang penting kita enjoy dengan apa yang kia buat.

Makan tengahari.. aku masak sardin kerang, ikan masin, sambal belacan dan telur goreng.. sedappp dan menyelerakan

Memori macam ni yang kita mahu.. feel makan sambil menjenggo


 hasil yang halus-halus, kita lempar saja dalam maggie

Masak atas bot memang feel dia lain macam.. walau masak bodoh jer tanpa sayur dan tanpa telur. Udang masih menggelupur kita bagi mati kemudian masuk dalam kuah.. fresh betul manis dia lain macam.

Nampak jer maggie bodoh.. tapi amat lazat dan berginzai

Makan maggi udang galah fresh banjir, makan atas sampan waktu lapar.. memang paduuu laaa

 

Ada satu hari tu, kawan bini aku datang rumah, oleh sebab stok udang galah masih banyak jadi aku masak maggi kari udang galah banjir.. seronok dia sebab katanya makanan yang aku hidangkan tu five star.. sangat sedap. Kalau ada kedai yang boleh sediakan menu begitu, dialah yang akan jadi pelanggan tetap biarpun berapa mahal harganya semangkuk.





Udang galah amat sedap kalau masak kerutuk macam yang aku cuba buat ni. Kalau aku buka restoren ni, kompom kena beratur customer aku macam nasi arab lamb shank Cheff Ammar di Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam

Kalau makan dengan nasi kandar ni.. memang mantappp lah..


Aku syorkan agar korang pergilah mancing udang galah.. memang berbaloi-baloi. Sedap makan udang galah fresh ni.. kenyal isinya. Katanya, kat Kuala Selangor pun ada juga port memancing udang galah.. jom kita pergi serangggg.. 

Sekian cerita aku kali ini. Terima Kasih kerana membaca blog MatdinGunung.

No comments:

Post a Comment