Tuesday 21 February 2012

MENDAKI GUNUNG LEDANG



Aktiviti mendaki gunung bermula apabila aku mengikut isteriku membawa unit badan beruniform sekolahnya mendaki Gunung Ledang. Kami bertolak dari tapak perkhemahan di kaki gunung Ledang pada pukul 8.00 pagi. Berjalan menyusuri anak tangga di tepi air terjun, kemudian terus mendaki ikut trek dalam hutan. Dari satu check point ke satu check point kami lepasi. Yang paling mencabar bagiku semasa memanjat batu yang mencanak 80 darjah tingginya lebih kurang 50 meter sebelum sampai ke check point KFC. 

Kami sampai ke puncak Ledang lebih kurang pukul 1.30 petang iaitu mengambil masa hampir 6 jam. Kami sampai berperingkat-peringkat mengikut kemampuan pelajar dan guru pengiring. Sungguh damai sekali sewaktu barada di puncak. Walaupun matahari tegak terpacak di atas kepala tetapi suhunya sejuk sekali tidak terasa bahang mentari. Tepat pukul 3 petang, kami mula bergerak turun. Oleh sebab ramai pelajar yang cedera dan mengalami keletihan melampau maka perjalanan turun kami agak lembab kerana kami saling membantu. Tepat pukul 8.00 malam barulah semuanya selamat sampai ke tapak perkhemahan. Walupun badan penat dan betis serta peha lenguh-lenguh.. tapi kami puas sebab berjaya menakluk puncak Gunung Ledang yang terkenal itu. Nampak dari bawah rendah aje, tapi bila daki.. WAH!!! boleh tahan dia punya sukar. Apapun.. gunung ni amat sesuai untuk aktiviti outdoor pelajar sekolah. 


1 comment: