Wednesday 10 July 2013

HARI PERTAMA PUASA DAN BERTERAWIH DI TEMPAT BARU


Alhamdulillah.. hari ni adalah hari pertama aku berpuasa di tempat baru di bandar baru di rumah baru aku. Tapi sayang.. anak sulung aku tak de sebab dia berbuka di asrama. Buat pertama kali aku berbuka tanpa keluarga yang complete. Masa nak balik dari tempat kerja tadi kawan aku tegur aku " Din, jangan lupa ko upload lauk berbuka dalam ko punya blog, aku nak tengok lauk apa bini ko masak hari ni" 
Aku kata " tengoklah.., anak sulung aku tak de biasanya bini aku masak simple je kot"

Memang simple pun lauk hari pertama berbuka. Ahli keluarga tak ramai, so.. tak yah masak lauk yang ganas-ganas. Jangan membazir. Buat lauk ala kadar saja cukup.

Gulai Lemak Kuning Udang

Ikan Kerisi Bakar Tawar

Set Budu

Ulam-ulaman untuk Awek Muda

Ni je lah juadah berbuka pada hari pertama puasa. Ringkas dan menyelerakan

Teraweh kat tempat baru aku memang hebat. Macam sembahyang jumaat, penuh limpah surau dengan jemaah. Kalau macam ni punya jemaah sampai hujung Ramadhan, barulah sheronok. Harap-harap begitulahh.. Selamat Menyambut Puasa semua. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment