Sunday 7 July 2013

SUDAH DAPAT GADING BERTUAH TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI

Itulah hakikatnya.. bila sudah dapat yang baru, yang lama dibuang terus walau sebelum ini yang lama terlalu banyak jasanya. Ni cerita pasal motor aku. Bukan cerita pasal bini. Masa aku dok kat kuaters dulu memang kereta aku tak pandang langsung sebab pegi kerja dengan motor lagi cepat dan senang. Bila aku pindah kuaters masuk rumah sendiri, motor tu aku tinggal je kat kuaters. Dok berpanas hujan di bawah pokok mangga berbulan-bulan lamanya. Pelana tempat duduknya sudah dipenuhi dengan getah mangga dan tahi ulat. Kedua-dua belah tayarnya sudah kempis. Brake dan tongkatnya sudah berkarat. Maklumlah aku dah ada kereta baru. Ke hulu ke hilir dengan kereta baruku itu.

Hari ni, aku tergerak hati untuk bawa balik motor tu. Maklumlah.. dah dekat nak puasa, tentu aku nak gunakan motor tu buat ulang alik sembahyang terawih sepanjang bulan Ramadhan nanti. Aku cuba start.. pergh.. sekali tendang saja terus hidup. Bawa pegi kedai masukkan angin kemudian terus pandu bawa balik ke rumah baru yang jauhnya lebih kurang 22 kilometer. Dalam poket seluar sudah ready telefon bimbit kot-kot motor tu mati dalam perjalanan, boleh call terus anak buah aku untuk tunda. Tapi sepanjang perjalanan tak sedikit pun enjin motor tu buat hal. Maintain je meluncur kat jalan raya 100km sejam. Perghhh.. tip top sungguh motor ni.Sekejap je sampai kat rumah baru aku. Terus bawa masuk garaj.. bukan bawah garaj rumah aku tapi garaaj rumah sebelah yang tak ada penghuni.


Nilah rupa motor aku yang amat lasak dan masih tip-top walaupun aku abaikannya.


Untuk makluman semua.. sepanjang aku guna motor ni selama 9 tahun, hanya sekali saja aku basuh. Cukai jalan aku sempat bayar cuma dua kali bermakna sudah 7 tahun aku bawa motor ni tanpa RoadTax dan belum sekali aku kena saman walau motor ni aku bawa sampai ke Melaka untuk pergi berkursus dulu. Selalu juga motor ni aku bawa untuk pergi mana-mana mesyuarat yang aku hadiri. Sekali sekala aku pandu motor ni pergi ke car boot sale di Shah Alam. Geran motor ni sudah lama hilang dan tak pernah aku buat report tentang kehilangannya. Motor ni tak pernah rosak dan tak pernah aku servis atau overhoule cuma sekali sekala tayarnya pancit. Kalau pancit kat mana-mana, aku tak pernah tolak, aku naik je terus sampai bengkel motor. Aku tak pernah servis karburator. Aku cuma isi minyak dan naik..naik..naik. Tunggu rosak tak pernah rosak. Sekali sekala aku tukar minyak hitam tapi pilih minyak hitam yang paling murah. Sport Rim anak buah aku bagi free.   


Semenjak kehadiran jentera nilah yang menyebabkan motor yang banyak jasanya tu aku abaikan terus
 Itulah saja kisah motor aku yang aku abaikan bab kata pepatah sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih Maksudnya buang yang berkarat, ambil yang baru bau kedai.

No comments:

Post a Comment