Wednesday 17 July 2013

MI MEGGI KETAM MATDINGUNUNG


Masa sedang tengah bermesyuarat tadi aku berbisik pada Tasnim yang ada di sebelah aku " petang ni kawe ingat nok masok meggi ketam buat buko poso"

Tasnim kata " oh.. sedap tu Din, wak masuk dale blog demo lah, kawe nok belajar etek"

Aku kato " berehhh"

Entri ni khas untuk sahabat aku Tasnim yang setia mengikuti blog aku sejak akhir-akhir ni.

Sebenarnya buat meggi ketam ni ada banyak versi ibarat kata lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikan lain orang lain cara. Aku nak ajar cara mudah jah.. tok sedap sikit pun tak po ah muga aku ni tukang masak amatur jahh bukannya pro.

Bahan-bahan 

Mi Meggi satu paket
Ketam 1 ekor atau lebih
Bawang Putih 4 ulas
Bawang Besar 1 labu
Daun pakci / daun sup
Sedikit sayur lobak

Cara-cara membuatnya..

Rebus dulu ketam tu menggunakan 3 cawan air
kemudian panaskan kuali, masukkan 3 sudu minyak masak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan, selepas tu masukkan rempah kari me maggi dan sedikit sos cili. Kacau-kacau kemudian masukkan air rebusan ketam tadi. Biarkan mendidih. Masukkan sebiji telur dan biarkan. Jangan kacau takut telur sebati dengan kuah. Nanti berkelodak pulak dan nampak tak menarik. Masukkan ketam dan akhir sekali masukkan Mi Meggi dan bawang besar. Biarkan dua minit kemudian masukkan lobak dan boleh angkat. Siap dah laa.. mudah kan.. masukkan dalam mangkuk kemudian hias dengan taburkan daun pakci tadi, hirisan  buah tomato dan tabuRkan bawang goreng. Perah sedikit asam limau.Tunggu azan lepas tu Ngappp..


Ketam yang dibasuh bersih di rebus



bahan-bahan

Semasa bawang putih sudah kekuningan masukkan rempah kari meggi kacau kemudian masukkan sedikit cili sos

kemudian masukkan kuah rebus ketam tadi 

Bila dah mendidih, pecahkan sebiji telur


Masukkan mi meggi dan sayur lobak.Jangan lama sangat rebus meggi takut lembik. Agak-agak 2 minit

Inilah rupa mi meggi Matdingunung. Tak lah sedap sangat tapi boleh layan laa

Masak selepas pukul tujuh hampir-hampir waktu nak berbuka. Takut lama nanti kembang la pulak meggi tu. Hilang dia punya kelazatan. Esok boleh lah cuba Nim.. beli ketam segar sikit. Duit kan dah banyak sebab baru mashyukk duit elaun jadi petugas SPR masa PRU13 baru ni. Dari pukul 5 pagi sampai pukul 12 tengah malam kita bertugas melancarkan proses pengundian, tentulah tak salah kalau nak makan sedap sikit kan?? kan?. SELAMAT MENCUBA

Ada satu lagi versi.. lain kali kawe tera buat versi satu lagi. Demo belajar hok ni dulu.

No comments:

Post a Comment