EPISOD AKHIR - Berjaya Masuk ke Universiti
Assalamualaikum.. alhamdulillah, hari ni aku berkesempatan untuk meneruskan lagi coretan aku ke episod seterusnya dan aku kira ini episod akhir legasi koleksi pengalaman aku yang akan aku kongsi dengan follower cerita aku ni. Aku harap semoga pengalaman aku ni banyak memberi pengajaran kepada generasi masa kini. Aku akan buat kesimpulannya nanti dalam entri khas dan pembaca boleh menilai baik buruknya pendedahan cerita aku ini.
Tasnim kata, kalau ada pengarah filem baca cerita aku ni nanti boleh bikin cerekarama sebab teknik plot yang aku gunakan memang tersusun dan mengikut kronologi yang amat sesuai untuk dijadikan drama atau filem.. chewahh..pandainya Tasnim berjenaka. Mentang-mentang dia pernah kerja kat RTM dulu, pandai pula dia menilai sesuatu cerita untuk diadaptasi dan dikomersial ke layar lebar cam cerita Ombak Rindu gitu.
Biarlah Nim.. aku tak glamour langsung. Tak de orang nak pandang. Aku menulis untuk kepuasan sendiri. Dijadikan koleksi pribadi untuk dikenang kerana kita tidak dapat mengundur masa. Kalau nak cipta semula pengalaman macam dulu, tobat aku tak mahu dah. Cukuplah dengan apa yang aku dah kutip tu untuk anak-anak aku baca dan nilai sendiri nanti betapa sukarnya untuk berjaya. Okeylah.. tak yah nak intro panjang-panjang, aku teruskan ajee.
Selama lebih kurang lima bulan aku berada Kat Kluang. Berkawan dengan macam-macam orang termasuk bekas banduan. Pelbagai penderitaan yang aku hadapi terutamanya bab makan. Pernah aku bersahur dengan satu sumpit mi meggi dikongsi 3 orang. Sorang dapatlaaa 3 sudu isi dan selebihnya hirup kuah saja. Buka puasa dengan nasi goreng putih yang dimasak tanpa ada apa-apa bahan tambahan selain garam dan ajinamoto saja. Pernah makan pucuk betik rebus dicicah garam semata-mata garam asalkan perut tak kosong. Kalau nak cerita pasal makan, perghhh.. lebih dashyat dari dok kat KL dulu. Tapi aku tak kisah malahan seronok ada laa.. aku pernah kata kat kawan-kawan aku, " kalau ditakdirkan aku kahwin nanti, aku harap anak-anak aku tak akan hadapi pengalaman macam aku ni, biarlah dia hidup senang". Kawan-kawan sekampung aku selalu pujuk aku supaya minta bantuan wang daripada ayah aku sebab mereka semua tahu yang ayah aku seorang hartawan. Tapi hati aku keras. Aku tak mahu apa-apa bantuan daripada ayah aku selagi tulang empat kerat aku mampu bergerak.
Tahun ni kali pertama aku tak balik raya kat kampung sepanjang aku hidup. Duit nak makan pun tak de, apatah lagi nak beli tiket keretapi. Gaji aku ditahan sebab selalu ponteng kerja. Sehari sebelum raya baru dapat, tu pun ciput saja cukup untuk bayar sewa rumah dan buat makan saja.Mujur ada sorang lagi kawan aku yang sanggup korbankan diri untuk temankan aku beraya kat rumah sewa. Nama dia Sahar, adik kepada Budin. ( dah jadi arwah sekarang sebab lemas kat Tasik Ahning, Kedah masa operasi kawal sempadan ). Sahar ni jadi askar lepas balik dari Kluang. Aku yang rekemenkan dia jadi askar sebab tak mahu dia alami lagi pengalaman pahit masa tinggal bersama aku. Aku balik kampung malam raya kedua dengan keretapi. Naik keretapi main terjah macam tu aje tanpa ambik tiket. Sampai kampung pagi raya kedua, member-member aku dan adik beradik aku sorakkan aku. Tapi aku tak kisah pun sebab memang dah adat orang merantau.
Lepas raya, aku bercadang nak pergi semula ke Kluang untuk teruskan semula kehidupan aku di sana. Kebetulan abang ipar aku nak ke Tanah Merah, maka aku tumpang kereta dia. Dia pergi ke Tanah Merah untuk daftarkan Jaha ( anak buah dia ) masuk sekolah swasta. Jaha ni sebenarnya salah seorang kawan aku yang sama-sama tinggal kat Kluang dengan aku dan dialah yang celur pucuk betik tu untuk dimakan masa kat Kluang dulu. Sampai kat Bandar Tanah Merah, abang ipar aku kata kat aku " Din, kita gi daftar Jaha sekolah dulu, lepas tu abang Mat hantarlah Din kat stesen keretapi" . Aku mengangguk tanda setuju. Lepas habis daftar, dia bawa aku dengan Jaha ke satu kedai yang jual uniform sekolah. Dia kata kat aku nak tolong beli uniform untuk Jaha tapi yang aku peliknya dengan aku sekali dibelikan uniform. Perghhh.. barulah aku tahu bahawa abang ipar aku tu turut daftarkan aku sekali untuk kemasukan ke tingakatan enam bawah. Atas kereta barulah abang ipar aku pecahkan rahsia " Din, Ni abang Mat nak nasihat, kita tak ke mana kalau tak ada pelajaran. Gagal sekali bukan beerti kita gagal untuk selama-lamanya. Abang Mat mahu Din belajar dan ubah nasib diri. Esok Din pegi sekolah dengan Jaha, abang Mat dah settle semua yuran pendaftaran"
Abang ipar aku yang aku panggil Abang Mat ni adalah suami Kak Long aku yang juga merupakan seorang guru dan pernah mengajar aku mata pelajaran metamatik masa aku dalam tingkatan tiga dulu. Aku dan seisi keluarga aku sangat hormat kat beliau. Apa dia kata semuanya betul. Adik-beradik aku banyak bergantung pada dia terutamanya bab mendapatkan nasihat dan pandangan.
Hari pertama aku masuk ke sekolah swasta iaitu Institut Bimbingan Akademik ( IBA ), terasa bagai dalam mimpi. Memang tak percaya badan aku dibaluti seragam sekolah. Terpingga-pingga aku dibuatnya lebih-lebih lagi kemasukan aku tu sudah di pertengahan penggal. Orang lain sudah lama belajar dan mungkin aku akan ketinggalan banyak sukatan pelajaran. Aku di tempatkan dalam tingkatan Enam Rendah 4. Masa baru-baru masuk kelas, semua ahli kelas tu pandang ke arah aku. Aku tertunduk malu sebab semua pelajar di dalam kelas tu bukanlah yang sebaya dengan aku. Mereka adalah adik-adik aku. Setiap cikgu mata pelajaran yang masuk, tegur aku " awak pelajar baru ke" ?. Dalam ramai-ramai pelajar dalam kelas tu, dekat nak rehat baru aku perasan rupanya ada seorang junior aku yang aku minat masa aku tingkatan lima dulu dan aku pernah hantar surat untuk berkenalan dan ingin menjadikannya adik angkat aku. Masa tu budak perempuan yang cantik molek tu baru tingkatan tiga. Fuhhh!!! maluuunya akuuu.. Tapi..sempat dia jeling-jeling kat aku.
Masa rehat budak tu pegi kat aku dan buat-buat terkejut " eh! abang Din sekolah kat sini jugak ke"? Nape masuk lewat?"
"Alaa.. Zai, abang Din bukan nak belajar pun, tapi Cikgu Mat yang paksa abang Din belajar"
"Jom kita pegi rehat, Kita makan sama-sama. Zai nak tahu jugak lebih lanjut nape abang Din sampai masuk sekolah balik"
Aku kata " ah tak yahlah.. malulah.. pasti kawan-kawan Zai yang sekolah sama kita dulu ramai kat sini. Biarlah lama sikit abang Din duk sini, barulah nak makan kat kantin. Dalam dua tiga hari ni, abang Din tak lalu nak makan"
Beberapa hari aku bersekolah kat sini, aku sudah mencipta banyak kawan baru dari segenap pelosok dareah Tanah Merah sehingga ke daerah Jeli. Kawan-kawan lama yang satu sekolah dengan aku dulu pun ada tapi mereka adik-adik aku. Kat sekolah ni, bangunan tingkatan enam dengan tingkatan lima jaraknya agak jauh maka aku tak berkesempatan untuk berkawan dengan geng-geng aku yang belajar dalam tingkatan lima. Masuk minggu kedua barulah aku mula nak makan pada waktu rehat. Aku makan bukan kat kantin tapi kat warung Mok Nab tepi sekolah aku. Beberapa hari aku makan kat warung Mok Nab, tiba-tiba satu hari tu aku terserempak dengan kawan yang satu rumah sewa dengan aku masa kat Kuala Lumpur dulu. Nama dia Jali. Budak thrasher hardcore. Rambut masih panjang paras pinggang.
Jali tegur aku " Din, mu buat gapo sini, Aikk.. mu skoloh smula. Haa..haa..ha.. bengong mung. Tok ganah lansung. Budok brutal jadi mat sivik.. kih..kih..kih.."
Oh.. baru aku tahu rupanya Mok Nab yang jual nasi dengan mee hon tu rupanya mak Jali, patutla orang panggil dia Jali Mok Nab. Kat Bandar Tanah Merah, sebut je nama Jali Mok Nab budak-budak muda kecut perut jugak le sebab mamat ni 'ada nama' kat sini. Berita aku masuk sekolah balik sekejap je sampai ke telinga kawan-kawan thrasher aku yang tinggal kat Tanah Merah. Jali yang sebarkan berita ni. Asal masuk waktu aku rehat, kawan-kawan aku dulu akan datang rumah Jali untuk bersembang dengan aku sambil hisap rokok.
Semenjak aku berjumpa dengan Jali, aku sudah mula tuang kelas. Hari-hari aku tak masuk kelas sebab dok lepak atas rumah Jali main gitar. Mak Jali pulak sporting, sikitpun tak marah aku selalu lepak dalam bilik Jali. Oleh sebab aku kenal dengan Jali, ramai juga la budak-budak yang nak berkawan dengan aku. Asal tengok aku lompat pagar sekolah aje, sekejap tu berderu-deru ada yang akan ikut aku lompat pagar juga.Tengok keadaan aku yang sudah mula tuang kelas, Zai nasihatkan aku supaya insaf dan dia cuba melarang aku berkawan baik dengan budak Jali tu.
Dua bulan kemudian, masuk sorang lagi budak baru kat kelas aku. Haa.. ni baru lawan aku. Namanya Amran asal dari Air Lanas. Sudah berjambang dan berumur orang tua ni. Selepas kemasukan Amran, aku kurang sikit malu sebab dia jauh lebih tua dari aku. Umur dia lebih kurang 24 tahun. Dia ajak aku supaya cari rumah sewa kat sekitar sekolah aku sebab terlalu jauh untuk dia berulang-alik ke sekolah.Selepas jumpa rumah sewa yang sesuai, aku dan beberapa orang kawan mula tinggal kat rumah sewa.Jali pun sudah pegi ke Kuala Lumpur semula jadi kuranglah sikit aku ponteng. Bolehlah aku fokus untuk belajar. Budak-budak rumah sewa aku boleh dikatakan baik-baik la jugak. Malam-malam nampaknya kuat study. Tapi aku tak leh nak follow lagi setakat ni. Apa yang cikgu ajar dalam kelas semuanya blurrr.. tak tahu langsung terutamanya subjek ekonomi. Jemu rasanya dengan buat kelok dan carta.
Masuk tahun kedua aku bersekolah, masih banyak subjek yang aku tak boleh nak 'ketchup'. Tahun ni aku tak boleh nak leka sebab aku bakal menghadapi STPM hujung tahun nanti. Malangnya.. aku dengan Amran sudah tak sebulu akibat sedikit perselisihan faham. Aku keluar rumah sewa ni dan menetap di rumah sewa lain. Di rumah sewa baru, aku bercampur dengan budak tingkatan lima. Kebetulan pada masa ni bapa aku belikan aku sebuah motosikal untuk memudahkan aku berulang alik ke sekolah sebab rumah sewa baru aku ni agak jauh dari sekolah.Dapat motosikal aje, membuatkan aku lebih berfoya-foya. Ramai mat-mat motor datang lepak rumah sewa aku. Setiap minggu aku dengan geng-geng motor akan keluar berkonvoi ramai-ramai ke tempat-tempat perkelahan. Kadang-kadang pegi memancing atau menjaring ikan kat tepi pantai atau di kawasan air terjun. Kadang-kadang aku dan geng-geng motor pergi ke Pekan Golok, Thailand untuk beli spare part crome untuk aku make up motor aku. Banyak duit aku bazirkan untuk mencantikkan motor aku.
Aku menghadapi peperiksaan STPM tanpa ilmu yang mencukupi sebab malas belajar dan banyak masa aku buang untuk berfoya-foya. Akibatnya keputusan peperiksaan aku sangat teruk. Ibu, ayah, abang Mat, Kak Long dan beberapa orang abang aku sangat kecewa dengan keputusan STPM yang sedikitpun tidak menyebelahi aku. Aku betul-betul menyesal dengan apa yang aku lakukan selama ini. Peluang yang diberi untuk aku menimba ilmu dan mengubah keputusan peperiksaan telah aku persiakan. Banyak wang telah dihabiskan untuk menyara aku belajar tapi sikitpun tak berguna. Aku betul-betul menyesal. Aku minta untuk diberi peluang sekali lagi.
Ayah aku dan abang Mat memberi dorongan untuk aku belajar sekali lagi. Kali ni aku tak mahu lagi bersekolah di IBA sebab aku tak mahu kawan-kawan aku dulu datang menganggu aku lagi. Aku benar-benar ingin berubah. Aku kesian tengok raut wajah ibu aku yang kecewa. Ibu aku terlalu banyak kecewa dengan sikap aku sebelum ni. Aku berjanji dengan ibu aku bahawa aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk kali terakhir. Oleh sebab itu, aku telah mendaftar untuk mengulang STPM aku di sekolah yang jauh daripada rakan-rakan aku iaitu Institut Za'aba Pasir Mas. Semua kawan telah aku tinggalkan kecuali seorang saja kawan yang aku bawa sama aku iaitu Mat Atefi. Aku tinggal kat rumah sewa dengan budak-budak baik. Aku cuba elakkan berkawan dengan budak-budak nakal yang minum ubat batuk dan merokok. Motor aku juga aku serahkan balik kepada ayah aku. Aku sanggup berulang alik ke sekolah berjalan kaki walaupun jauhnya lebih kurang 2 kilometer.
Nilah geng-geng rumah sewa aku masa kat sekolah Za'aba.. muka semuanya baik-baik |
Setiap kali hujung minggu, aku balik ke kampung aku dengan bas henti-henti. Sebelum balik semula ke rumah sewa, aku pastikan aku mohon ampun dengan ibu aku dan cium kedua-dua belah pipinya. Aku suruh dia berdoa dan melakukan solat hajat untuk aku. Ibu aku sentiasa bangun malam dan melakukan solat hajat serta berdoa supaya aku berubah dan mohon agar tuhan beri petunjuk untuk aku. Begitu juga aku, boleh dikatakan setiap malam aku akan bangun untuk sembahyang tahjud dan solat hajat mohon dibukakan pintu hati aku agar aku mudah mengingati apa yang aku belajar. Setiap malam aku amalkan tidur awal iaitu pukul 8.30 malam. Pukul 12.00 tgh malam aku akan bangun untuk solat isyak, tahjud dan solat hajat. Lepas tu aku akan belajar sampai pagi tatkala rakan-rakan serumah sudah lena diulit mimpi. Sebelum subuh, aku bersenam untuk keluarkan peluh. Biasanya aku main tali skipping atau lari-lari anak keliling rumah sewa. Lepas subuh aku pegi beli kuih kat warung kopi dan sarapan sebelum ke sekolah. Begitulah rutin harianku yang aku cukup berdisiplin mengamalkannya.
Sampai sekolah, aku akan hantar kerja-kerja latihan yang aku buat tanpa disuruh untuk cikgu mata pelajaran aku tanda dan komen. Masa kat dalam kelas aku tak nampak sangat bersungguh untuk belajar, tapi kat rumah banyak masa aku habiskan dengan membuat latihan dan menghafal fakta. Aku dapat rasakan bahawa doa ibu aku telah dimakbulkan kerana setiap latihan yang aku hantar pasti mendapat pujian guru-guru.Tuhan sudah beri aku petunjuk dan memudahkan aku untuk mengingat. Setiap apa yang aku baca, senang saja aku ingat terutamanya fakta-fakta sejarah dan geografi. Keputusan percubaan STPM telah membuktikan segalanya apabila aku mendapat LIMA PRINSIPAL membuatkan aku bertambah yakin dan bersemangat. Aku dapat rasa doa mak aku yang membuatkan aku jadi begini. Boleh dikatakan semua mata pelajaran yang aku ambil tu adalah menjadi minat aku. Tak ada subjek yang aku tak minat. Aku pun hairan mengapa boleh jadi begitu.
Masa peperiksaan STPM berlangsung, idea aku datang mencurah-curah terutamanya subjek yang memerlukan aku mengarang seperti Sejarah 2, Sejarah 6, Geografi 3, Geografi 4, Bahasa Melayu 2 dan sebagainya. Aku asyik angkat tangan saja minta kertas tambahan dengan pengawas peperiksaan. Ada beberapa soalan yang aku tak sempat jawab kerana kesuntukan masa bukannya aku tak dapat jawab. Ada beberapa kertas tu aku bagi peluang rakan sebelah dan belakang aku tiru aku sebab aku yakin aku dapat jawab dengan baik terutamanya Bahasa Melayu kertas 1 dan Pengajian Am kertas 1. Kertas soalan aku yang aku siap tanda telah aku passing ke belakang untuk kawan-kawan aku tiru. Kebetulan pusat peperiksaan aku di dalam kelas bukannya dalam dewan, maka mudahlah sikit peluang untuk meniru sekiranya guru pengawas leka.
Sepanjang cuti tunggu keputusan STPM, aku tinggal dengan kakak aku di Bunut Payong kerana aku bekerja sementara sebagai pencanting batik. Dapat la duit poket sikit sebab sehelai kain yang aku canting dibayar RM12.00. Satu hari aku dapat siapkan dalam 4 hingga 5 helai batik .Hari keputusan diumumkan, aku datang lewat sikit sebab aku terpaksa menyiapkan beberapa kain batik yang ditempah pelanggan. Rupa-rupanya sudah ramai kawan aku yang dah pulang selepas mereka dapatkan keputusan mereka. Masa aku berjalan ke tempat mengambil keputusan, cikgu-cikgu aku tersenyum melihat kehadiran aku. Hati aku berdebar-debar untuk mengambil keputusan aku tu. Malam tadi semalaman aku berdoa pada tuhan agar keputusan aku kali ini tidak MENGECEWAKAN IBU AKU LAGI. Ramai cikgu yang hulurkan tangan ucapkan TAHNIAH terutamanya cikgu kelas aku. Cikgu aku kata kat aku, "kalau dah masuk universiti nanti janganlah tak jejakkan kaki lagi kat sekolah ni, datanglah jenguk-jenguk kami".
WAH!! memang tak sangka keputusan aku amat menakjubkan bagi aku yang sebelum ni sudah jauh hanyut. Memang kalau tuhan nak bagi, tak de sapa boleh halang. Kuasa Allah maha luas, dia boleh buat apa yang dia kehendaki. Tak payahlah aku bagitahu berapa yang aku dapat tapi sangat layak untuk mohon ke Universiti sebab ada beberapa subjek yang aku dapat strong. Aku tak sabar nak balik tunjuk result kat mak aku walaupun aku tahu dia tak tahu apa-apa sebab mak aku tak pernah bersekolah. Menitis juga beberapa biji air mata aku sebab terlalu bersyukur kerana tuhan telah makbulkan doa ibu aku. Kejayaan ini khas buat ibu dan abang ipar aku yang aku panggil Abang Mat. (Jasa kalian aku sanjung dan kenang sampai bila-bila)
Ramai kawan dan juga termasuk abang-abang aku tak percaya aku lulus STPM dan layak mohon untuk ke universiti kecuali geng-geng rumah sewa aku saja yang yakin aku lulus cemerlang. Aku pun tak nak menunjuk-nunjuk, cukup sekadar bagitahu lulus saja bila ada orang tanya. Malas aku nak takbur dan riak sebab aku lulus pun kerana Allah yang bagi, asbabnya doa ibu aku. Allah benci kepada orang yang takbur dan riak.
Okeylahh.. cukup lengkap sudah nostalgia aku yang kompleks tu sehingga aku berjaya masuk ke universiti. Mana-mana pembaca yang selama ni berada dalam keadaan tertanya-tanya macam mana budak jahat macam aku ni boleh masuk universiti dan jadi cikgu.. ini aku dah kasi jawapannya. Allah kata kun fayakun.. maka jadilah. Dia boleh ubah nasib seseorang hamba-Nya sekiranya dia mahu. Berkat doa dan Usaha akhirnya membuahkan hasil dan kejayaan.
Entri kisah kenangan manis aku masa jadi student di universiti adalah sambungan untuk EPISOD 6 ni. Kalau korang tak baca lagi, silalah cari entri tu yang aku karang pada bulan ogos 2012. Sambungan lepas tu ada juga iaitu entri yang bertajuk Lagi Pengalaman Untuk Dikongsi yang aku karang dalam bulan oktober 2012. Sila rujuk entri tu kalau korang nak baca kesinambungannya.
Untuk entri seterusnya, aku cuma nak ulas kaitan pengalaman aku dengan kejayaan yang aku kecapi. Releven ke tak pendedahan yang aku buat tu atau sekadar membuka pekung di dada.
Sekian terima kasih terutamanya kepada mereka yang sentiasa minat untuk mengetahui kisah aku seterusnya.
Assalamualaikum W.B.T...Abg Mat Din Gunung, saya adalah silent reader blog abg Mat Din. Saya suka dengan gaya abg menulis dan daripada setiap entri yang saya baca, banyak pengetahuan dan pedoman yang saya dapat ambil. Saya dah baca KOLEKSI PENGALAMAN UNTUK DIKONGSI dari episod 1 - 6. Sangat terhibur. Dah rasa macam saya ini jadi Mat Din Gunung. Ada class gitu. Huhu...:-)...Saya harap abg Mat Din dapat terus berkarya dan menghiburkan kami selaku blogwalker dan silent reader. Harap abg Mat Din makin aktif update blog matdingunung. Keep up the good work abg Mat Din Gunung. -Faez-
ReplyDeleteTerima Kasih di atas pandangan tuan. Kongsi pengalaman sama je cam kongsi ilmu. Harap tuan dapat manfaat daripadanya.
ReplyDeletesaya tak tau apa yg membawa sy ke blog abang matdin ni tp yang nyata, meleleh jugak air mata ni membaca :)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteSeorang ibu akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 mereka walau pun anak2. Seorang ibu akan sentiasa menerima anak2 dengan tangan terbuka, walau bagaimana buruk tingkah laku mereka....'sesat di hujung jalan, balik lah ke pangkal jalan'.
wassalam
Masyaallah...
ReplyDeleteDare to fail.
Anak saya gagal spm 2015.
Blog abg mat din ni memberi inspirasi kepada saya utk terus berdoa supaya suatu anak saya juga akan berjaya seperti abg din. Berkat doa ibu yg tak putus2
Institut zaaba tu masih wujud tak?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. teruskan berdoa puan. Semoga anak puan akan terbuka pintu hatinya. Allah maha Besar, Allah maha Kaya.
ReplyDeleteSebagai ibu bapa, memang kecewa kalau anak-anak gagal dalam peperiksaan. Saya sebagai guru juga kecewa walau anak-anak didik saya dapat gred C dalam mata pelajaran yang saya ajar, apatah lagi gagal.
Institut Zaaba tu saya tak pasti sama ada masih beroperasi atau dah tutup.
ReplyDeleteasalam. boleh tak trgkan tentang geografi form6 tu?
ReplyDelete