Wednesday 22 July 2015

ACARA TARIK PUKAT ANOK CUCU CICIT HJ.CHE SOH ( ACCHCS)

Assalamualaikum...

Raya tahun ni agak sederhana.. tak meriah sangat dan tak sunyi sangat. Sedang-sedang saja ibarat kata suam-suam kuku. Balik raya pun kurang jem, datang semula ke bandar pun kurang jem. Tahun ni kita tak dengar orang balik raya sampai 16 jam ke atas. Mungkin kita sudah banyak pilihan jalan untuk dilalui seperti penggunaan LPT yang selesa serta pembukaan jalan baru bagi pengguna ke Kelantan yang mana mereka sudah tidak perlu melalui Bukit Tujuh yang amat 'berpuaka' buat mereka.

Tahun ni masuk tahun kedua keluarga aku beraya tanpa ibu.. selalunya setiap tahun aku anjurkan majlis Berbuka Puasa MEGA yang dibuat di rumah ibuku.. tetapi tahun ni menumpang berbuka puasa MEGA di rumah kak long ajer bersama anak-anak buah dan cucu-cucu sedara. Rasa rindu ketupat harung, ketupat daun palas dan ketupat dakap ibu yang memang pakar membuat ketupat. Ketupat yang disediakan ibu cukup lemak dan lembut serta aromanya amat menggiurkan. Sekarang sudah tidak ada lagi. Walaupun Kak Long telahpun mewarisi resipi dan kepakaran membuat ketupat daripada ibu.. tetapi rasanya jauh berbeza. Jauh untuk setanding dengan kelazatan ketupat yang diharung dan diadun oleh ibu. Ketupat manis berisi kacang, ketupat berisi sambal daging (seruding) dan ketupat lemak ibu amat-amat menyelerakan. Perghhh....

Pada hari raya kedua, aku buat mini open house di rumah baru aku di kampung. Alhamdulillah..kira meriah la juga kerana majlis tersebut dibuat sekali dengan majlis solat hajat sempena naik rumah baru. Jemput saudara mara terdekat ajer.. kira tahun 2015 mencipta sejarah kerana tahun pertama beraya di rumah sendiri yang dibina di kampung. Ye lah.. sekurang-kurangnya balik sekali sekala ke kampung, sudah ada tempat berteduh. Tak perlu lagi menumpang di rumah orang.


Rumah Inap MatdinGunung yang belum siap sepenuhnya

Owner rumah..

Sanak saudara datang berkunjung


Cuma Nasi Ulam disediakan kepada tetamu bagi memastikan tetamuku sentiasa awek muda dan sihat


Makan ulam menyelerakan

Alhamdulillahh.. ruang parking yang agak luas


Walaupun ibu bapa aku sudah tiada.. kehidupan wajib diteruskan. Hubungan kekeluargaan tidak harus renggang dan terputus selepas ketiadaan orang tua. Bapa aku sudah berpesan sebelum beliau meninggal dunia bahawa hubungan kekeluargaan aku yang besar tidak harus berpecah. Semangat ayah aku untuk melihat keluarga besar aku tidak berpecah amat tinggi sehingga dia melarang tanah miliknya seluas 4 ekar, agar tidak dipecah dan dijadikan lot sebaliknya menggalakkan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya bina saja rumah kediaman di atas tanah miliknya yang sudah diwakafkan untuk anak cucu cicitnya.

Ya! demi amanah yang disandarkan oleh ayah untuk meneruskan legasinya mencipta hubungan akrab Anak Cucu Cicit Hj Che Soh (ACCHCS), aku masih mencipta aktiviti untuk ke arah itu. Oleh yang demikian, pada hari raya ke-4 bersamaan 4 Syawal, aku telah menganjurkan acara Tarik Pukat di Danau To'Ban. Acara ini cukup berjaya menyatukan sebahagian besar ACCHCS.  Bukan itu sahaja, aku juga berjaya menyatukan sebahagian keluarga belah bini aku untuk sama-sama menyertai acara tarik pukat ini agar dapat memupuk persaudaraan dan melebarkan lagi empayar kenalan ACCHCS. Dua keluarga besar bersatu dan bergabung untuk Tarik Pukat pada tahun ini. Memang terlebih MEGA aktiviti raya aku tahun ini.

Pada mulanya.. aktiviti ini nampak biasa saja.. tetapi apabila sudah mengikuti aktiviti ini baharulah mereka tahu bahawa aktiviti Tarik Pukat ini amat seronok lebih daripada sukaneka. Hasil yang dapat, kita masak dan makan bersama. Tak nak cerita panjang.. jom kita layan pic kemeriahan acara Tarik Pukat CCHCS


Lagaknya bak pendekar nak pegi berperang

sebahagian kecil pahlawan yang bakal bertarung

Baju rasmi untuk aktiviti yang berkaitan dengan ikan ACCHCS

Gabungan 2 keluarga besar ACCHCS dan belah bini aku

Team A tali sebelah kanan

MatdinGunung.. menimba pengalaman ketiga mengikuti acara tarik pukat

Pukat ditebarkan di tengah tasik.. kemudian ditarik naik ke darat

Samapai hampir dengan daratan..ikan-ikan mula melanggar betis

tarik ke atas lagi

inilah hasil tarikan pertama.. kurang lumayan

banyak ikan yang saiz S

Berehat sekejap untuk tarikan yang kedua

Tarikan yang kedua bermula

Readyyy..

Team B, tali belah kiri   Tarikkkkkk...

Team A Tali belah kanan . Tarikkkkk....



Tariakn kedua.. hasilnya cukup lumayan


mahu 12 kilo Patin Buah ni

Meriah dengan anak-anak kecil kutip ikan


Tak terangkat beb...

ni lah satu-satunya ikan pengubat duka tarikan pertama

tarikan ketiga akan dibuat di Danau To'Ban.. sudah berpindah location

Dah ada ahli baharu..

Sementara tu.. ikan patin disembelih untuk dimasak

Baju merah ni pun anggota baharu

strategi tarik pukat kena ada, baharulah ikan-ikan besar tidak terlepas

Ikan-ikan akan terkepung 

Penarik cilik.. yang depan tu anak butir matdingunung

Bukan senang nak tarik pukat.. perlu kerah seluruh tenaga dan daya upaya

Hasil tarikan ketiga juga agak lumayan.. dapat mendaratkan beberapa ekor baung saiz L dan Toman Galang

Satu periuk besar hanya untuk ikan Patin Buah sahaja.. Masak gulai asam pedas versi Kelantan

perghhh... masing-masing tadah pinggan

santai... makan hasil tarikan kedua

lazatnya tak terkata.. makan pula tempat cam ni.. menambahkan selera

ramai yang tambah nasi dan lauk

Bayangkan... hanya seekor ikan patin boleh dimakan seramai lebih 50 orang..

Perghhh... memang menyelerakan

Haaa... itu sahaja acara tarik pukat yang MatdinGunung anjurkan untuk seluruh keluarga ACCHCS dan bergabung dengan keluarga orang rumah aku. Program ini dikira berjaya dan NORA bagi 5 Bintang. Semuanya seronok tak kira kecil besar tua muda lelaki perempuan. Sudah ada permintaan untuk rematch tahun depan.. 

No..No... acara ni tak boleh diadakan selalu.. 5 tahun sekali okey. Cam pilihanraya umum la jugak.

Untuk makluman.. harga sewa pukat ialah RM300 termasuk dua bot dan dua crew. Boleh tarik seberapa banyak yang mampu. Biasa orang tarik 3 atau 4 kali sahaja. Lokasi tarik pilihan kita sendiri. Danau To'Ban mempunyai kawasan yang luas dan kita boleh tarik di mana-mana pengkalan. biasa orang tarik di Chandan dan pangkalan Hj Hussein dan di Danau To'Ban sendiri yang mempunyai view yang amat cantik dan sangat sesuai untuk aktiviti memasak hasilnya. Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment