Wednesday 5 December 2012

BLOG MATDINGUNUNG BERCUTI DUA MINGGU

Alhamdulillah... setelah 3 minggu berkubu dalam bilik majalah, akhirnya semalam barulah majalah sekolah aku siap dengan jayanya. Sebenarnya buat majalah sekolah tak susah kalau mendapat kerjasama AJK lain, tapi kalau AJK lain tak ambik peduli, maka sebagai ketua, kitalah yang harus memikul tanggungjawab sepenuhnya. Nak tak nak, majalah mesti siap sebab itu amanah sekolah terhadap kita. Kalau nak buat cantik, mesti kena kerja keras dan makan masa. Kalau nak buat sekadar cincai-cincai, sebulan saja ambik masa untuk siapkan sabuah majalah sekolah.

Siap kerja-kerja majalah, bermakna dengan rasminya aku mula bercuti. Jadi, tanpa membuang masa aku akan segera pulang ke kampung. Bila dok di kampung, aku berkubu je pulak kat dalam kampung. Buat kerja-kerja kampung. Bersihkan semak samun yang begitu subur hidup dalam tanah pusaka milikku. Di kampung isteri aku juga ada sekangkang kera tanah hadiah pemberian orang tua. Nak kena dibersihkan juga. Maka aku akan lupakan buat seketika Blog, FB, You Tube, Fantasy Football dan sebagainya yang berkaitan dengan internet. Lagipun kedua-dua kampung aku baik kampung sendiri mahupun kampung isteri semuanya tak ada liputan BROADBAND untuk akses internet.


Nanti datang lepas cuti ni, tentu banyak entri yang boleh aku tulis sebab banyak aktiviti yang aku aturkan sepanjang percutianku di kampung. Salah satu aktiviti yang grand ialah Masuk Hutan berburu Ayam Hutan dan Landak di Felda Aring Gua Musang. Sambil-sambil berburu, bolehlah celup pukat dua tiga utas kat dalam sungai aring. Mana tahu kot-kot nak sangkut KELAH dua tiga ekor.

Ayam Hutan yang bakal menjadi mangsa pemburuanku
Kenderaan yang sesuai untuk pergi berburu

Kepada penggemar BLOG MATDINGUNUNG, bacalah dulu entri yang dah ada walau berulang-ulang kali. Balik daripada cuti nanti, InsayaAllah, akan banyak entri baru yang masuk. Terima kasih kepada pembaca blog aku yang sentiasa bertambah setiap hari. 

No comments:

Post a Comment