Wednesday 19 December 2012

XPDC ARING ( PART II )

XPDC ARING PART II  ( DAY 2 ) - MEMBURU UDANG GALAH



Sambungan daripada PART  ( I ). Pagi ni aku bangun awal untuk solat subuh dan menyedut udara segar. Nak ambik wudhu memang airnya dingin sekali.Program pagi ni ialah megangkat jaring di sungai.


Bintik-bintik air refleks daripada flash kamera


Sejuk macam kat atas gunung KInabalu


Tok Batin memang kalis sejuk. Mungkin dah biasa dengan persekataran sebegini


Iwan solat subuh dalam salju
Sejuk sekali 
Bergambar berlatarbelakangkan hotel penginapan


Beginilah keadaan suasana pagi di tengah belantara


Nak pergi angkat jaring. Tengok dulu perangkap Tupai Lando kot2 ada hasil.
Nampaknya perangkap tak berhasil, kena bubuh umpan lain.
Sejukkknya nak turun angkat jaring


Nampaknya berhasil. Mangsa pertama ialah ikan baung


Seekor demi seekor ikan dilepaskan daripada jaring


Lumayan juga hasilnya. Memang tidak menghampakan


Boleh tahan besarnya Lapam Jawa yang sangkut kat pukat


Tak menang tangan Udin melepaskan ikan-ikan yang tersangkut kat jaring
Aiii.. sejuk jugak ke Tok Batin ???


Tugas aku cuma pasang jaring, angkat jaring kasi orang lain pulak. Bergambar kenangan dengan hasil yang diperoleh. Itu cuma 2 utas pukat aje. Ada 5 utas lagi yang belum tengok hasilnya

Selepas angkat jaring, aku dibawa ke satu tempat untuk menahan jerat/perangkap pelanduk dan ayam hutan. Umpan yang digunakan ialah buah kelapa sawit dan buah-buah hutan.


Lokasi yang amat sesuai untuk pasang perangkap pelanduk. Lorong tu adalah laluan binatang  turun  ke sungai untuk mandi dan m,inum air


Pembantu Tok Batin bawa perangkap yang siap buat


MatdinGunung sedang memasang perangkap pelanduk atau ayam hutan
Antara ayam hutan yang sempat aku shoot dengan lens kamera aku. Nasib ayam ni baik sebab Tok Batin tak bawak senapang, Kalau tak, sudah tentu kenduri ayam hutan pagi tu kena peluru penabur Tok Batin


 Selepas balik daripada megangkat jaring dan memasang perangkap binatang, aku terus balik ke rumah kongsi tempat aku menginap. Sampai di situ, isteri Tok Batin telah sedia menghidangkan makanan untuk breakfast. Wah!! hebat sekali, kebetulan perut pun sudah berkeroncong. Pucuk di cita, ulam mendatanglah jawabnya. Ibarat kata orang megantuk disorongkan bantal. Aku makan dengan begitu berselera sekali walaupun lauk hampir sama saja.


Daging landak malam tadi dipanaskan semula


Pagi-pagi makan ikan budu digoreng dalam telur memang amat menyelerakan sekali


Cukup berselera MatdinGunung menjamah sarapan, Kalau dibandingkan dengan makan kat hotel, serius  aku kata memang lauk ni jauh lagi sedap dan amat menyelerakan.

Selepas bersarapan, aku masing-masing buat hal sendiri sebab cuaca agak panas. Aku tercari-cari kawasan yang sesuai untuk buat bangsal tempat berteduh. Akhirnya aku dapat idea untuk buat pangkin di tepi bilik penginapan Tok Batin. Di situ lebih sejuk sebab bawah pokok. Sedap berehat kat situ sehingga tertidur. Bangun-bangun... dah tengah hari. Dah lapar balik. Nasib baik isteri Tok Batin dah masak nasik siap2. Tok Batin tunjuk skill masak lemak tempoyak ikan baung hasil tangkapan jaring pagi tadi. Selain tu, isteri Tok Batin juga turut menggoreng beberapa ekor ikan sungai yang berjaya ditangkap untuk lunch. Kami makan dengan sungguh berselera. Juga tak dapat diucapkan dengan kata-kata. Selera orang bukit barangkali..


Ikan baung masak gulai tempoyak telah disediakan oleh Tok Batin


Hasil yang diperoleh daripada jaring telah selamat menjadi santapan lunch

                               MEMBURU UDANG GALAH

Selepas makan tengah hari, aku terus persiapkan diri untuk aktiviti utama yang paling grand iaitu memburu udang galah.Untuk menangkap udang galah, beberapa peralatan diperlukan antaranya cermin menyelam dan serampang tiga mata. 




Hasil yang diperoleh memang cukup puas hati.






Hanya saiz XXL dan XL saja yang aku kutip. Lain-lain saiz dibiarkan bebas untuk buat baka






Udang Galah Masak SWEET SOUR


He..he..saja je aku upload banyak-banyak gambar udang galah sebab aktiviti ini yang paling berjaya. Masa dok tengah terjah udang galah dengan cerucuk aku tak ambik gambar sebab susah nak pegang kamera. Satu lagi aku perlu berenang lintas sungai kerana aku perlu kawal kedua-dua belah sungai. Udang galah memang banyak sebab sungai tu kat pedalaman. Tak der orang teroka. So, senang untuk kita terjah dengan cerucuk. Malam tu aku dinner berlaukkan Udang Galah masak Sweet Sour. Setiap orang dapat 3 hingga 4 ekor. Selebihnya aku bawa balik.

Selepas dinner, aku berehat sebentar kemudian bersiap untuk keluar berburu binatang eksotik pula. Pada malam tu aku sangat berharap untuk membawa pulang beberapa ekor pelanduk yang memang banyak menetap di hutan tu.Selain pelanduk, landak dan ayam hutan juga ada. Selain binatang tu, ada juga Babi Hutan dan badak Tapir. Yang paling aku takut ialah Babi Tunggal. Binatang tu memang ganas. Harimau akar dan harimau bintang juga ada terdapat di hutan tu. Nasib baik hutan tu bukan habitat gajah liar.




Betulkan senapang dulu sebelum keluar berburu

Pastikan senapang beroperasi dengan baik

Testing...

ada gaya jadi sniper

ada gaya jadi pemburu

Bergambar dulu sebelum keluar berburu.

Setelah tiga jam keluar berburu, tak ada seekor binatang pun yang dapat. Semuanya tembak angin dan tembak batang pokok. Tok Batin kata tersilap masuk peluru. Pelanduk memang ada cuma...cuma... tembak tak kena. Kelibat ayam hutan juga ada cuma.. tembak tak menepati sasaran. Tok Batin kata, kalau tembak pakai penabur confirm kena tapi dia tembak guna peluru untuk binatang besar. Sebab tulah tak kena kerana peluru tak terbuka. Apapun aku tak kisah, yang penting... pengalaman berburu malam telah aku dapat.


Balik daripada berburu dengan tak ada apa-apa hasil

Pukul tiga pagi baru aku tidur, tu pun kerana hujan telah turun renyai-renyai. Kalau tidak kerana hujan, sampai cerah aku bersembang.

Keesokan hari, selepas makan pagi dang angkat jaring, aku bersiap-siap untuk pulang. Terasa tak puas berada dalam hutan tapi terpaksa pulang sebab ada hal penting yang nak diselesaikan. Ikan yang dapat untuk pagi ni tidak banyak tetapi saiznya besar-besar termasuk seekor katak. Aku pun hairan kenapa katak sebesar tu boleh sangkut kat jaring. Inilah kali pertama aku menjaring dapat katak. Pelik betulll.


Kih..kih.. Udin sedang melepaskan katak yang secara tak sengaja tersaangkut kat jaring aku

Ada la jugak ikan yang sangkut

Bersiap untuk pulang


Oraittt.. saya pulang dulu. Jangan takut aku akan datang lagi untuk pemburuan Ayam Hutan dan Burung wak-wak pula

Alamakkkk.. sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana sebuah lori balak habis menyusahkan orang lain

Zaman sekarang sudah tak releven jalan satu lorong kerana kenderaan sentiasa bertambah saban hari kat atas jalan.  Kasihanilah negeri hamba wahai kerajan pusat.. Bantulah kerajaan negeri besarkan jalan. Rakyat Kelantan adalah rakyat Malaysia juga. Pembayar cukai dan saman juga
Oklah.. sampai sini dulu XPDC ARING buat kali ini. Lain kali aku akan kongsi lagi cerita dan pengalaman kalau aku lakukan XPDC lagi. Sebenarnya XPDC kali ni aku banyak rakam video tapi sayangnya video tak berjaya nak upload kat sini. Aku pun tak tahu apa penyebabnya. Yang paling banyak aku rakam video ialah masa aku belasah Toyota Hilux Tok Batin untuk main cabaran 4X4 dengan Iwan. 



No comments:

Post a Comment