Saturday 8 June 2013

XPDC MEMBURU KELAH DI SUNGAI NANGGIRI





Setiap kali cuti sekolah, aku pasti akan masuk hutan sebab tu memang hobi aku sejak dari kecik. Kali ni aku masuk hutan kat kampung orang asli Kuala Betis di Hulu Kelantan. Tujuannya tak lain tak bukan, pasti untuk BERBURU. Awal-awal lagi aku sudah booking member sekuliah Iwan yang memang penduduk asal kat situ. Cuti sekolah dua minggu aku terpaksa bagi dua. Pada minggu pertama aku tumpukan penuh perhatian untuk menanda kertas-kertas jawapan peperiksaan budak-budak aku sebab sebaik buka sekolah, bebudak tu dah tentu nak tengok dia punya markah. So, aku pulun kaw-kaw punya untuk menyiapkan lebih kurang  165 skrip jawapan kertas satu dan 165 skrip jawapan kertas dua.

Kerja keras menanda paper exam budak yang bertimbun sebelum pulang bercuti.
Pada minggu kedua cuti sekolah, barulah aku balik ke kampung untuk aktiviti-aktiviti aku pulak. Tepat masa yang dijanjikan, aku dengan Iwan berangkat ke kampung Kuala Betis. Kawan sekuliah Iwan masa kat UKM dulu setia menanti ketibaan aku. Oleh sebab aku terpaksa menyediakan barang-barang keperluan terlebih dahulu, jadi aku sampai lewat sikit. Iwan beli rokok sampai lima kotak untuk bekalan. Memang dia tu hantu rokok. Aku dengan Iwan sampai lepas Zuhur rumah Mijie. Sepatutnya aku janji dengan Mijie, pukul 10 pagi dah mudik ke hulu untuk pasang jaring sebab jaring terlalu banyak. Kalau lewat mesti jaring tak habis untuk dipasang. so peluang untuk kena KELAH amat tipis.

Memang aku turun langkah kanan. Sebaik saja sampai, Mek ( ibu ) Miji sudah siapkan hidangan untuk aku dengan Iwan lunch. Aku dengan Iwan sebenarnya malu-malu untuk makan sebab segan kat kakak Mijie. Tapi bila Miji selak saji, wah!! Pelanduk Goreng Kicap... apa lagi, rasa malu terus tolak tepi. Rezeki jangan ditolak. Makanan eksotik pulak tu. Aku dengan Iwan terus belasah tanpa toleh kiri kanan. Kejap je habis satu pinggan nasi tapi lauk masih ada. Mek Miji suruh habiskan lauk tu sebab dia masak khas untuk kami berdua. So.. aku dengan Iwan terpaksa tambah nasi lagi. he..he..


Pelanduk Goreng Kicap.. perghhhh..
Selepas makan, aku terus turun ke sungai dengan membawa semua kelengkapan. Kami perlu segera pasang jaring. Kalau lewat pasti tak akan dapat hasil untuk dibuat lauk dinner kat tengah hutan rimba malam nanti.


Barang kelengkapan untuk bermalam kat tengah hutan


20 utas jaring sedia untuk dibawa turun ke sungai dengan harapan akan kena ikan KELAH


Menuju ke destinasi


Nilah rupa Mijie.. penduduk asal kg Kuala Betis yang sudah 20 tahun berpengalaman mengemudi bot
Sebelum pasang jaring, cari dulu tempat untuk bermalam. Setelah 2 jam lebih mudik ke hulu dengan bot enjin sangkut. Tempat untuk bermalam telah dikenal pasti. Landscapenya memang boleh tahan dan selamat dari gangguan binatang liar sebab kat tengah pulau di tengah sungai.


Nilah tempat yang amat sesuai untuk didirikan khemah 


Gotong royong mendirikan khemah untuk berteduh




Dah siap khemah untuk bermalam. Very simple
      Selepas siap pasang khemah.. pukat mula dipasang satu persatu.


Satu persatu jaring diturunkan ke dalam air


Iwan mengenal pasti tempat yang sesuai dipasang jaring.
 Oleh sebab sudah hampir malam, cuma 25 utas jaring saja sempat dipasang. Yang lain-lain biarkan saja kat dalam guni. Semasa pejalanan balik ke Khemah, Mijie sempat jeling-jeling kat pelampong jaring. Mijie kata, kalau ada pelampung yang berdenyut-denyut, itu tandanya ada hasil. Sambil Miji memandu bot, Iwan dengan aku memerhatikan pelampung-pelampung jaring yang sudah siap dipasang. Tiba..tiba.. Iwan menjerit.. " Jie.. pukat hok tu pelapong dio denyut nyut..nyut.. Acu tera kito gi akat."

Mijie jawab.. " Bereh Bohhh"


Hasil yang pertama.. seekor KELAH MERAH yang beratnya 1.5 kilo


Rezeki kami bertiga untuk dibuat lauk diner malam nanti. Miji kata, kalau Kelah hidup harganya lebih kurang RM120.00  sekilogram.


Siang dulu buang perut


Separuh aku goreng.. dan separuh lagi aku panggang Black Paper.

Dinner kami bertiga malam tu berlaukkan KELAH goreng Kunyit dan KELAH PANGGANG BLACK PAPER. Perghhh..

Tidak lama kemudian, ayah Mijie pula tiba dengan sepupunya menaiki sebuah bot lain untuk mengajakku pergi berburu binatang. Wah.. itu memang kegemaranku. Selepas makan malam dan kena segelas kopi pekat, kami pun bergerak menuju ke hutan simpan berhampiran untuk berburu apa-apa binatang yang halal dimakan.


Siap sedia untuk pergi berburu



Masa berburu dengan ayah Mijie yang aku panggil PokSu, dia banyak memberi tunjuk ajar tentang teknik menggunakan senapang. Dia juga banyak menurunkan petua-petua semasa berburu. Salah satu ilmu yang aku dapat ialah membezakan binatang yang boleh dimakan dengan binatang yang tak boleh dimakan di masa dalam keadaan malam yang gelap gelita. Poksu kata , kalau mata binatang yang lawan lampu suluh tu bewarna merah putih.. Itu binatang yang tak boleh ditembak dan dimakan seperti Pak Belang, musang, kucing hutan, Rimau Akar, babi dan sebagainya. Kalau mata yang lawan lampu bewarna biru putih, itulah yang dicari dan boleh ditembak seperti rusa, napuh, kijang, pelanduk, kambing hutan, ayam hutan, seladang dan sebagainya.

Hanya yang pegang senapang saja dok kat depan.. Follower mesti jarak sikit dalam 10-20 meter kat belakang. Follower tak dibenarkan menyuluh dan redah saja apa-apa yang ada di depan. Kalau ada sasaran, jurutembak akan bagi arahan duduk. Biasanya, sebelum pergi berburu, seseorang pemburu sudah siang-siang pergi pasang umpan iaitu sejenis tukir yang menitiskan air garam. Biasanya binatang akan pergi kat situ untuk minum air garam tersebut.Ada juga sejenis alat yang dicipta untuk memanggil binatang. Kalau terdengar benda tu, pasti bintang tu menyahut dan mudahlah untuk kita kesan kedudukan binatang tersebut.


Sejenis alat ciptaan untuk memanggil rusa. Bunyi dia sebijik macam bunyi rusa bila ditiup.
Poksu memang cekap berburu. Sekali bidik saja tepat kena di mata pelanduk. Rezeki kami malam tu hanya seekor tu aje selepas 3 jam menanti. Poksu kata.. sekarang ni memang susah untuk dapat binatang kerana banyak hutan sudah diteroka untuk ditanam dengan kelapa sawit. Kalau dulu.. sekali turun berburu boleh dapat sekurang-kurangnya 5 ekor pelanduk atau napuh. Kadang-kadang boleh bawa balik Kijang dan Rusa. Malam tu aku dapat merasa makan makanan eksotik yang terkenal iaitu seekor pelanduk golek black paper resepi MatdinGunung dan dicicah dengan air asam ciptaan MatdinGunung.


Lapah belulang dengan cara mudah. Koyak jee..


Layur dulu kat api untuk buang bulu-bulu yang terlekat kat isi


Proses menyiang pelanduk dilakukan dengan teliti


Pelanduk yang siap dibersih, dilumur pula dengan black paper


Sambil-sambil tu.. memacing juga turut dilakukan kot-kot nak sangkut ikan baung atau ikan  joro


Persiapan untuk memanggang



Pagi tu poksu, Mijie, Peija dan Miji bersarapan dengan mee meggi. Tapi aku memang tak leh nak telan meggi. So, aku masak nasi untuk aku



Aku bakar ikan kering gelama sungai untuk santapan aku. Memang sedap makan nasi kat tepi sungai dengan ikan kering panggang  panas-panas. Fuh.. memang lazat sungguh dan amat menyelerakan.


 
Selepas makan. kami bersiap-siap untuk balik dan pergi angkat jaring. 


Poksu dengan Peija balik dulu sebab mereka nak pergi tengok perangkap binatang yang dipasang
Hasil pertama pagi tu adalah seekor ikan baung yang beratnya lebih kurang 1 kilo



Sepanjang perjalanan pulang, aku disajikan dengan pemandangan kemusnahan hutan yang dilakukan oleh tangan-tagan manusia yang tamak haloba.

Masa balik aku tanya Mijie.. " Jie.. minyak bot banyak lagi ko? kalu banyok bowok kawe gi menyusur sungai Nenggiri terus ke Gua Cha. Kawe nok ambik gambar pemandangan".

Mijie kata " Bereh boh"

Oleh sebab masa masih awal, Miji membawa aku dengan Iwan menyusuri sungai Nenggiri. Pemandangan sepanjang perjalanan memang memukau. Tangan aku tak henti-henti menekan punat kamera aku.









Anak-anak dara orang asli sedang mandi manda

Anak-anak teruna orang asli begitu seronok melihat kedatanganku


Ada tempat yang cetek dan jeram, perahu terpaksa ditarik secara manual

Gua Cha




Laluan bawah gua

Ada kalanya kita terpaksa mengayuh



                   


Seronoknya wanita-wanita asli ni mandi.

Iwan terpegun melihat keindahan alam sekitar di sepanjang Sungai Nanggiri

Iwan juga teransang melihat wanita orang asli mandi berkemban



Macam photography National Geographic la pulak rasanya


So.. itu sajalah cerita ku untuk XPDC kali ni yang aku anggap paling berjaya. Seronok dapat makan ikan KELAH yang aku idam-idamkan selama ini. Seronok juga dapat makan pelanduk goreng kicap dan pelanduk panggang. Seronok pergi berburu dan belajar banyak ilmu berburu daripada Poksu. Seronok dapat menghayati alam sekitar. Seronok dapat tengok gadis-gadis orang asli mandi manda di sungai dan banyak lagi benda yang seronok. Pendek kata 2 hari satu malam berada kat dalam hutan, otak aku memang fresh. Lontar jauh-jauh pasal kerja dan budak-budak sekolah. Dengar suara-suara unggas hutan memang mendamaikan sekali terutamanya pada waktu maghrib, waktu malam dan waktu pagi.

Poksu jemput aku datang lagi. Dia suruh aku bagi tahu awal sebab dia nak buat persediaan rapi. Mungkin nak bawa aku lebih jauh ke tengah hutan barangkali. Kali ni Poksu suruh aku datang lama sikit. Sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam baru dapat banyak hasil. InsyaAllah Poksu.. Terima kasih sebab layan kami dengan baik. Terima kasih juga untuk Mijie sebab sanggup melayan karenah kami. Sungai Nanggiri di hati kami. Mungkin cuti sekolah tahun depan kita bertemu lagi wahai Sungai Nanggiri.

1 comment:

  1. Salam bos..seronok awak baca entry yg tulis..berminat rasanya nak join sekali...bila nak pergi lagi?...ni fon awak2 apa2 roger ye 0175097956 (wan)

    ReplyDelete