Tuesday 25 June 2013

WARGA ASING VS BUMIPUTERA


Ni kisah benar berlaku masa aku sedang syok minum air tebu kat warung tepi jalan sambil menikmati bahang panas dan menghirup asap jerebu. Tiba-tiba muncul seorang Bangla memesan segelas air tebu lalu duduk di kerusi sebelah aku.Sambil minum matanya galak memerhati tuan gerai yang sedang memesin tebu-tebu yang betimbun di dalam guni. Akhirnya terpancullah soalan yang terbuku di dalam pemikirannya..
  
Bangla : " Berapa harga you beli mesin ni boss"?

Tuan Kedai : "Mesin ni saya beli dalam RM1600.00"

Bangla: "oh.. mana you beli?"

Tuan Kedai : "Kat Puchong sana" kenapa?

Bangla : "Saya mahu belilah satu, mahu niaga itu air tebu jugak. Mau cari wang lebih. Itu tebu mana you ambik?"

Tuan Kedai : " Ah, you pendatang asing mana boleh niaga ini negara, jangan nak ngada-ngada. You jadi kuli bolehlah. Jangan cuba nak tutup peluang perniagaan rakyat tempatan. Ini negara kami. Jangan you nak jadi tuan.You datang sini mau cari wang bukan? haa.. jadilah kuli"

Bangla : "apasal tak boleh plak? saya mau niaga kecil-kecil saja. Bukannya mau bukak pasar raya besar boss"

Tuan Kedai : Kalau you mau niaga kat negara ini perlu ada lesen niaga. Bukan boleh main hentam-hentam niaga. Pihak Majlis tak akan bagi lesen kat pendatang asing punyalah.."

Bangla: "Itu kenapa kedai runcit banyak Acheh yang punya. You tengok ini tempat, hampir semua pengusaha kedai runcit Acheh yang sapu bersih. Apa macam? siapa yang bagi lesen dia niaga? itu orang Acheh rakyat Malaysia ka?"

Tuan kedai: " itu lain, Acheh niaga guna lesen orang tempatan. Dia beli lesen sama orang tempatan"

Bangla : " Tak kiralah guna lesen atau tak guna lesen, itu tauke kedai semua untung dia bawa balik Indon jugak. Kalau tak nak kasi orang asing niaga, semua jangan kasilah. Angkat semua barang-barang masuk lori kemudian hantar sana itu deport"

Perbualan terhenti kat situ apabila ada beberapa customer datang untuk beli air tebu. Aku terus bayar dan terus blah. Dalam kereta aku terfikir balik dailog-dailog yang berlaku di depan aku tadi.


RUMUSAN AKU TENTANG DIALOG TADI

Tidak kiralah siapa-siapapun dalam kalangan warga asing, semuanya tidak boleh berniga kerana menutup peluang peniaga tempatan untuk mencari rezeki.Tapi apa boleh buat, anak-anak muda kita lebih suka goyang kaki mengharapkan wang daripada mak bapak. Penduduk tempatan tidak berminat untuk merebut peluang yang ada. Kat-kat mana kita pergi hampir semuanya warga asing yang jadi tauke. Kat kawasan rumah aku tinggal dulu, lepas satu..satu kedai runcit dimiliki oleh warga Acheh. Kat tempat baru aku pun hampir semua kedai runcit dimiliki oleh warga Acheh. Kebanyakan kedai roti canai dan nasi kandar dimiliki oleh warga India. Kebanyakan kedai sayur di pasar-pasar borong telah dimiliki oleh warga Myanmar. Kedai-kedai makan pula kebanyakannya pula disapu bersih oleh warga Thailand. Bukan itu saja, gerai-gerai tepi jalan juga banyak dimiliki oleh warga Filipina. Warga Afrika juga turut tidaklepaskan peluang untukberniaga di negara kita. Pasar raya besar juga banyak dimiliki oleh warga asing yang datang melabur kat dalam negara kita. 




Apa rakyat kita ada? rakyat kita ramai yang jadi tauke pil kuda. Rakyat kita ramai yang hanya buka gerai tepi jalan. Semuanya pakat niaga nasi lemak. Warga kita hanya berniaga di Bazar Ramadhan dan pasar malam. Ramai juga warga kita yang berniaga di Uptown dan Downtown. Tapi.. tahukah kita bahawa warga kita tak kreatif berniaga. Hanya barangan sama yang mereka jual. Oleh sebab tu berlakulah persaingan sengit.   Mereka juga turut bersaing dengan warga asing yang curi-curi berniaga. Peniaga Melayu juga turut terpaksa melayan karenah pihak berkuasa yang datang untuk menyita barang jualan mereka. Yang peliknya.. mengapa warga asing yang berniaga tidak pula diganggu?

Daripada maklumat yang aku dapat, warga Acheh kat sini ada persatuan Acheh. Pengerusi persatuan ini disandang oleh warga Acheh yang mempunyai taraf kewarganegaraan tetapi mempunyai semangat yang kuat terhadap negara asal. Mereka akan beli seberapa banyak kedai daripada penduduk tempatan kemudian beri kepada warga Acheh untuk menguruskannya. Kalau ada lot-lot kedai di kawasan taman perumahan yang baru dibuka, mereka akan beli atau menyewa guna duit persatuan kemudian offer kepada ahli untuk memiliki kedai itu. Modal berniaga persatuan Acheh yang salurkan. Begitulah hebatnya persatuan Acheh yang begitu kuat dan kukuh sentimennya serta mempunyai strategi yang cukup tersusun. Sama dengan kehebatan persatuan mamak. Sapu peluang rakyat tempatan di negara kita, kaut kekayaan di negara kita kemudian hantar wang untuk membangunkan negara mereka.

Hal ini sangat berbeza dengan persatuan yang ada di negara kita yang dimiliki oleh bangsa kita yang asyik bertelagah, berebut jawatan dan kedudukan, saling dengki-mendengki, saling santau-menyantau, saling jatuh-menjatuh,saling fitnah-memfitnah dan saling rasuah-merasuah. Orang kita juga saling berdemo di jalanan. Orang kita juga yang saling keluar masuk penjara dan pusat serenti. Oleh itu.. fikir-fikirkanlah wahai anak-anak muda. 

Teringat aku bait-bait lagu patriotik yang selalu aku nyayikan semasa aku mengikuti kursus Bina Semagat dulu.

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah, bercampur keringat
Bumi dipijak dah milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi kan merintih sendiri

aku ingat sampai sini saja.. 

No comments:

Post a Comment