Saturday 8 June 2013

AMSYAR DISERANG PENYENGAT

Masa sedang aku asyik memotong daging di bawah pohon salak madu untuk kenduri arwah ibu mertua, tiba-tiba aku dikejutkan dengan pekikan Amsyar yang amat nyaring. Pabila aku toleh ke arah Amsyar, ku lihat berpuluh-puluh ekor penyengat sedang mengerumuni kepala Amsyar. Aku terus pergi mendapatkan Amsyar yang menutup kemas mukanya. Dalam keadaan cemas, isteri aku terus menerpa mendapatkan Amsyar. Mereka yang berada sekeliling turut cemas dengan apa yang berlaku. Aku arahkan supaya isteri aku basuh muka Amsyar untuk buang bisa sengat. Biras aku yang berada bersama membaca beberapa potong ayat al-Quran lalu menghembus kat muka Amsyar. Bengkak mula timbul sebanyak 4 bijik kat tepi mata, atas dahi, atas hidung dan di bibir mulut. Amsyar tidak berhenti menangis. Memang tidak dinafikan, kita orang dewasa pun sakit bila disengat penyengat, apatah pulak budak sekecil Amsyar. Aku pergi letakkan muka Amsyar kat kipas berdiri untuk menyejukkan sedikit tempat yang kena sengat. Tidak lama kemudian, Amsyar tertidur dalam esakkan dan kesakitan. Bila Amsyar bangun dari tidur, dia sudah lupa sengatan itu dan berlari seperti biasa walaupun muka semakin membengkak.

Nilah wajah Amsyar sehari selepas disengat penyengat. Kesan bengkak masih belum hilang
 Itulah kita.. kena bersyukur tinggal dalam negara yang aman damai ni. Anak kena penyengat sikit pun, seluruh kampung sudah cemas. Kat negara-negara yang dilanda peperangan.. bukan penyengat yang hinggap kat muka tetapi serpihan bom, mortar dan peluru. Bukan bengkak lagi muka tu tetapi tembus terus. Memang tak dapat digambarkan betapa derita dan sengsaranya mereka yang hidup dalam negara yang dilanda peperangan.  




* gambar-gambar berkaitan ihsan dari Google

No comments:

Post a Comment