Tuesday 3 July 2012

FAMILY DAY GURU LELAKI DI KG SUNGAI HJ DORANI

Assalamualaikum semua..nak cerita sikit pasal family day yang aku anjurkan untuk cikgu-cikgu laki sekolah aku.

Program outdoor aku diteruskan lagi dengan penganjuran hari keluarga khas untuk guru-guru lelaki sekolah aku. Sebenarnya program ini dirancang sejak tahun lepas lagi tetapi disebabkan ada banyak kekangan maka tahun ni barulah dapat direalisasikan. Kalau nak diikutkan, tarikh ni pun semua guru lelaki terlibat dengan  Malam Seafield Talent Show tetapi nasib baik Big Boss lepaskan juga kami pergi memandangkan home stay sudah ditempah dari awal. Program yang dirancang ini banyak memberi manfaat bukan saja kepada guru-guru lelaki yang menyertai aktiviti ini bahkan kepada isteri dan anak-anak. Isteri sesama isteri boleh bergaul dan berkenal-kenalan serta beramah mesra manakala anak-anak peserta pula begitu cepat serasi berlari-lari dan bergurau senda seolah-olah sudah lama mengenali antara satu sama lain walau pada hakikatnya ada di antara mereka yang baru pertama kali bersua muka.

Oleh sebab hampir semua peserta mempunyai macam-macam masalah pada pagi tu, maka kami mengambil keputusan untuk bergerak berasingan. Aku pergi lebih awal kerana kebetulan pada hari tu aku dan isteri tidak ada apa-apa aktiviti yang menghalang. Aku sampai ke Pekan Kuala Selangor tepat pada pukul 10.00 pagi. Disebabkan aku datang awal, maka aku pun pegi la dulu Breakfast kat Pekan tu. Cari punya cari kedai yang sesuai, akhirnya aku terjumpa Cawangan Ani Sup Utara. Apa lagi, aku pun singgahlah kena dulu sup perut buat mengalas perut. Masa dok tengah selera dok layan sup perut, tiba-tiba en Ardi membuat pangilan bertanyakan lokasi kedudukan aku. Rupa-rupanya En Ardi pun sama macam aku dok di lokasi yang sama. Aku berjanji untuk menemuinya di Bukit Malawati selepas aku bersarapan.

Nak pegi jumpa cikgu Ardi kat atas bukit kena naik ni..

Nak naik ni pulak mesti kena ada tiket..

Dah jumpa nga cikgu Ardi, dia kena ambik gambar keluarga aku la pulak buat kenangan

satu lagi pic yang kira ok laa..
Rupanya Bukit Malawati ni merupakan tempat pertahanan yang strategik bekali.. berderet meriam
Alamak... Aina nga Athir jumpa babuu la pulak. apa lagi..paham-paham leee..
Ok, keretapi dah sampai untuk bawa kita turun. Jom turun segera anak-anak..
Haa.. ni la salah satu tarikan kat Bukit Malawati, Beramah mesra dengan monyet-monyet

Selepas puas ronda-ronda, aku pun terus ke Tanjung Karang kerana di situ Cikgu Nazuha dan Cikgu Zaharol telah sedia menunggu. Kami berpakat untuk berkumpul di sebelah KFC Pekan Tanjung Karang. Sebaik saja aku sampai, En Kang Wee Seng sudahpun sedia menunggu. Tanpa membuang masa, kami terus ke pusat pendaratan ikan di Pengkalan Pasir untuk membeli bahan mentah BBQ antaranya Udang Kertas 5 kilo, Ketam Bunga 6 Kilo. Sotong 3 kilo, Ikan Jeket 8 kilo, Ikan Kembong 6 kilo dan ikan pari  4 kilo.

Selepas membeli segala keperluan, kami terus ke Destinasi iaitu Villa Gemilang Kg Sungai Haji Dorani, Sungai Besar. Sebelum ke sana, kami singgah dulu di stesyen minyak Petronas Sungai Besar kerana Cikgu Rahim dan keluarga sudah sedia menanti. Di Sini, hampir semua peserta telah tiba kecuali Cikgu Zuraimi, Cikgu Zulkifli dan Cikgu Jafny. Tuan resort datang menjemput kami di sini untuk dibawa terus ke Home Stay Villa Gemilang kepunyaannya. Rupanya tuan punya Villa ini juga adalah cikgu suami isteri sama macam kami yang rata-ratanya cikgu suami isteri.

Rumah Utama Villa Gemilang ada 4 bilik 2 pintu.

Rumah Malinja tempat penginapanku sekeluarga
ni rumah Mahsuri tempat penginapan En Kang Suami isteri
Sebaik saja sampai, kami meninjau-ninjau keindahan pemandangan di tempat itu. Memang seperti yang aku lihat dalam blog, tempat ini memang indah dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau dikelilingi pulak dengan tali air. Begitu menggamit kenangan aku dulu-dulu yang sentiasa membantu ayahku mengerjakan sawah padi yang tebentang luas. Tanpa membuang masa, kaum hawa memainkan perananan menyediakan sedikit juadah untuk minuman petang. Kami minum petang bersama-sama di tepi sawah sambil menunggu ketibaan seorang lagi peserta yang masih belum tiba.

Sawah padi yang menghijau sayup mata memandang begitu mengujakan.
Pemandangan yang menggamit kenangan lalu
Anak bongsu aku sedang menghayati kedamaian dan ketenangan di tengah sawah

Hi-tea bersama-sama di tepi sawah.
Cikgu Zul sedang memberi penerngan tentang aktiviti seterusnya selepas ini.

pelbagai juadah ada untuk minum petang
Sebaik saja En Jafny tiba, tanpa membuang masa kami teruskan aktiviti kami yang kedua iaitu melawat kebun mangga salah seorang pengusaha mangga di Kampung Sungai Hj Dorani. Sampai saja di rumah beliau, kami sungguh kagum dengan keindahan rumah tuan punya kebun ( juga seorang guru ) yang dikelilingi oleh pokok-pokok mangga yang bejuntai-juntai buahnya. Kami dijamu dengan buah-buah mangga yang siap dipotong-potong oleh tuan rumah. Sungguh manis sekali rasa buah mangga tersebut lalu apa lagi... habis satu bakul besar kami borong mangga-mangga yang sudah dipetik.

Ketibaan kami disambut dengan hidangan mangga percuma oleh tuan rumah
berebut-rebut try mangga tempatan yang manis begetah

Santai makan mangga di halaman rumah tuan mangga yang luas

dah confirm manis.. apa lagi beli je la Rm 10 untuk 3 kilo.

Isteri En Rhim ajar isteri aku cara memilih buah mangga yang manis

ya.. buah berkarat macam ni rupanya mangga yang manis
Semua pesrta beli 3 kilo seorang

Wah!! isteri kesayangan En Rahim sempat berposing dengan buah mangga muda
termasuk aku sekali, posing jugok bohhh..

Aktiviti kami diteruskan lagi dengan mengagau ikan. Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana menguji kemahiran peserta menagkap ikan pakai tangan. Sayang sekali aktiviti ini tidak boleh lama kerana kesuntukan masa. Walau bagaimanapun, hal ini tidak menghalang untuk kami mandi lumpur. Sebenarnya aktiviti ini merupakan satu pertandingan bagi kategori lelaki dan dua hamper disediakan untuk pemenang tempat pertama dan kedua. Peserta yang dapat menangkap banyak ikan dikira pemenang. Sungguh enjoy sekali peserta berhempas pulas untuk mendapatkan hasil tangkapan sehingga ke azan maghrib dilaungkan oleh bilal di masjid berdekatan. Aku berjaya menaikkan 5 ekor ikan keli dan ditabalkan sebagai Johan. Walaupun mendapat johan, aku tidak boleh nak berbangga kerana tidak semua peserta lelaki yang turun kerana takut kotor kaki atau takut lintah.

Para peserta dan penyokong begitu bersemangat pergi ke kubang mengagau ikan

Tanpa segan silu aku terus mencuba nasib manakala ramai peserta yang masih malu-malu untuk turun

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah
Antara peserta yang takut lintah

Anak sulung aku pun apa kurangnya, cuba nasib juga

air dalam cam gini macam mana nak tangkap. ikan keli pulak tu..

Anak butir En Zul dengan hasil tangkapannya. Gambar ihsan En Rahim
Alang-alang mandi lumpur biar betul2 berlumpur. Gambar ihsan En Rahim

Selepas berkubang dalam lumpur, kami mandi dalam tali air untuk bersihkan lumpur yang memenuhi badan. Selepas tu kami terus berkejar pulang ke tempat penginapan untuk menunaikan sembahyang maghrib.Sehabis solat, kami terus berBBQ. Tengok kepada bahan mentah yang hendak dibakar macam tak masuk akal nak dihabiskan kerana terlalu banyak. Orang kata pasal makan kita tak boleh berkira. so.. udang, sotong, ayam, ketam, pelbagai jenis ikan, sosej, kambing kami bakar sekaligus. Ada juga yang dimasak sweet sour untuk dimakan dengan nasi putih. Kami makan sepuas-puasnya sehingga tak kehabisannnn..tapi tak pe, boleh carry on esok pagi untuk makan dengan nasi kerabu.

Cikgu Ardi dan Cikgu Zuraimi menjalankan tugas
Waaa.. banyaknya, Ayam beli yang dah diperap repah kat Mydin
Tunggu dulu ya dik, arang tak nyala lagi ni.

Pastikan semua masak molek ye Adib! pesan cikgu Zaharol 

Udang dengan ketam masak sweet sour separuh. Banyak sangat Mr Kang beli

Waa.. ni lah Raja Ketam. Bagi satu guni pun boleh dihabiskan. Mr Kang
Makan puas-puas ye anak-anak!!!
 Bila sekali sekala berkumpul, wah!! sungguh seronok terutamanya budak-budak. Walaupun sudah jauh malam tetapi mata mereka masing-masing tidak ada tanda-tanda megantuk dan keletihan. Lepas makan mereka sambung lagi bergurau senda. Berbuih mulut ibu-ibu memujuk anak-anak supaya masuk tidur tetapi tidak dipedulikan. Peserta-pesert lelaki berborak sampai pukul 3 pagi. Satu jug... satu jug... satu jug...air kopi habis diminum. Jurubuat kopi tak menang tangan membuatnya..

Menu breakfast. Telur separuh masak 2 biji seorang
Breakfast kami pagi ni ialah telur separuh masak 2 biji seorang dan nasi kerabu. Lepas makan, semua peserta berkumpul untuk acara sukaneka. Ada pelbagai acara yang akan dipertandingkan untuk menghabiskan hamper yang bertimbun.

Selain telur.. nasi kerabu juga merupakan menu breakfast kami
Lepas breakfast.. terus ke acara sukaneka untuk budak-budak
Readyyyy!!!

Ambik gula-gula dalam tepung

Yeah!!! dapat dah. pas tu terus lari dapatkan belon

Macam-macam gaya ada

tiup Ziq.. hamper dok nanti
Sambil tunggu budak habis main sukan, sempat lagi En Tasnim memancing
En Ardi pun mula la nak mancing jugak bila tengok En Tasnim dapat ikan
Hasil En Tasnim

Hasil En Ardi

Permainan kategori lelaki. timbang bola takraw
Yang menang pasti dapat hadiah
Setiap family pun dapat free gift daripada penaja
Kesian Athir.. gaya ada tapi tak dapat hadiah sebab belon yang dia tiup takkkkk pecah-pecah..
Rumusannya.. aktiviti hari keluarga Guru Lelaki SMK Seafield ini memberi seribu erti kepada semua peserta baik guru-guru lelaki, isteri dan anak-anak. Objektif penganjuran tercapai, anak-anak seronok, hubungan silaturahim antara peserta dan isteri peserta juga bertambah erat. Mungkin aktiviti sebegini akan menjadi acara tahunan yang akan diadakan setiap tahun. Akhir kata.. terima kasih kepada semua peserta iaitu En Ab Rahim sekeluarga, En Kang Wee Seng sekeluarga, En Jafni sekeluarga, En Tasnim sekeluarga, En Zaharol sekeluarga, En Ardi sekeluarga, En Zuraimi sekeluarga. En Nazuha sekeluarga, En Zulkifli sekeluarga dan Ustaz Amirul.

Gambar kenangan sebelum bertolak pulang

1 comment: