Monday 16 July 2012

TELATAH ANAK-ANAK MENYERTAI PERTANDINGAN MEWARNA

Pada hari sabtu yang lalu, anak-anak aku telah memasuki pertandingan mewarna anjuran A&W. Seminggu sebelum pertandingan, sibuk ajak aku pergi ke Mydin Mall untuk beli set pensel warna yang baru. Masing-masing bersemangat gila untuk menang terutamanya si Athir. Aku beli setiap seorang sebuah buku mewarna untuk latihan mereka manakala pensel warna guna yang sedia ada. Boleh dikatakan setiap malam mereka menghitung hari kerana tidak sabar untuk menunjukkan bakat mewarna seterusnya menggondol hadiah kemenangan ( konon-kononnya ) setelah hampir setiap muka surat buku latihan mewarna sudah habis dikerjakan.
Kebetula pada hari pertandingan aku ada meeting di tempat kerja manakala isteri aku pula ada LADAP. Mereka telah mula gelabah takut-takut terlepas peluang. Aina 2 kali menelefon aku mendesak aku ponteng mesyuarat untuk hantar dia ke tempat pertandingan mewarna. Pukul 11 pagi aku bergegas pulang kerana tidak mahu menghampakan mereka berdua. Sebaik sampai ke rumah. Aina dan Athir sudah tercegak di hadapan pintu rumah menunggu ketibaanku. Tanpa membuang masa, aku terus menghantar mereka berdua dengan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar ke A&W Kompleks 3K. Sebaik sampai, peserta belum lagi ramai, jadi mereka mengambil kesempatan ini untuk terus berlatih.

Aina dan Athir serius berlatih sebelum pertandingan bermula.
Tengah asyik berlatih tiba-tiba maskot A&W muncul, Apa lagi...terus tinggal buku mewarna untuk mendapatkan maskot tersebut.
Aina dan Athir tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama maskot Bear.
Tidak lama kemudian, pertandingan pun bermula. Wah.. mereka begitu bersemangat  mewarna dan masing-masing memasang impian untuk menang setelah seminggu berlatih.
Satu jam berlalu, masa mewarna pun tamat. Inilah hasil Aina. Boleh  tahan laa..yang Athir pulak macam mana.. jom kita sama-sama saksikan.
Satu jam berlalu.. haaa.. inilah hasilnya setelah seminggu berlatih termasuk latihan pada saat-saat akhir  sejurus sebelum pertandingan bermula. Semangat je lebih kau Tir... hasilnya hancussss..
Sebelum pengadil mengumumkan pemenang mewarna, pertandingan tiup belon diadakan sebagai selingan. Aina dapat no 3 belon paling besar
Setelah keputusan diumumkan, Aina berjaya mendapat tempat ke-3 dan membawa  pulang sekeping sijil kemenangan, pingat kemenangan dan beberapa barangan lain. Kira ok la.. Athir macam mana eh? tepat sangkaan ku, memang Athir tak dapat apa-apa walau hadiah kemenangan yang ditawarkan sehingga tempat ke-10. Dan tepat juga tekaanku bahawa dia akan mengamuk nakkan hadiah walau dia tewas teruk. Itu sudah dijangka sebab memang trade mark dia. Takpe Tir... lain kali kalau Athir nak masuk pertandingan mewarna, abah akan pastikan Athir berlatih selama sebulan sebelum pertandingan. Biar betul-betul kaw dia punya skill mewarna.
Teddy Bear yang perasan muncung Athir panjang sedepa sebab tak dapat hadiah telah pujuk Athir untuk bergambar dengannya.
Sekian saja kisah anak-anak aku yang menyertai PERTANDINGAN MEWARNA. Semoga kekalahan itu memberi kekuatan dan semangat kepada Athir untuk terus mencuba dilain kali.

1 comment:

  1. menarik share psl anak2 ni tuan..bgus entry..apa slhnya kite bukukan kisah dlm blog kan... :)...anyway...sy alukan jika sapa sapa ade nak saya uruskan pemasangan penapis air dn udara cuckoo..sy agen cuckoo kl bole bantu..sy puan sue..bolehla emel sy ya di cuckoomalaysia100@gmail.com atau wsp sy senang 0166371460..

    ReplyDelete