Monday 16 July 2012

KENAPA AKU JADI PENULIS BLOG

Assalamualaikum..Hari ni pagi-pagi lagi aku menerima kunjungan daripada rakan setugas selaku Bos aku dalam Panitia Bahasa Melayu untuk menuntut ilmu asas tentang penulisan blog. Oh.. rupa-rupanya ada juga insan yang sudah berminat untuk mempunyai laman blog sendiri. Mungkin minat itu mula timbul setelah sentiasa mengikuti entri-entri yang aku publish dalam blog aku. Walau sudah agak terlewat tetapi sekurang-kurangnya ada laa tempat untuk kita kumpulkan bahan cerita sama ada untuk koleksi diri sendiri atau untuk tatapan keluarga dan rakan-rakan.
Elok juga rasanya kalau kawan-kawan ada laman blog masing-masing. Sekurang-kurangnya boleh berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, berkongsi maklumat dan bekongsi ilmu. Ada orang kata menulis dalam blog ni tak de paedah sebab berkongsi privasy kehidupan dengan orang lain. Itu aku tidak setuju sebab kita tidak gunakan blog untuk publish masalah rumahtangga kita kat orang lain atau cerita perkara-perkara yang menjadi rahsia rumahtangga. Ada juga orang kata menulis blog membuang masa.. Itu lagi aku tidak setuju kerana bagi aku blog merupakan satu cabang ilmu yang amat bermanfaat sekiranya kita bijak menggunakannya. Sebenarnya cabang ilmu ni ada banyak, salah satu cara untuk kita mendapat penambahan ilmu pengentahuan dan maklumat adalah dengan membaca blog. Bagi aku, laman sosial ni ibarat pisau, sekiranya kita menggunakan ke arah kebaikan maka manfaatlah yang kita dapat tapi kalau kita jadikan laman sosial ini sebagai wadah untuk kita meluahkan perasaan kecewa, membuka keaiban diri, mengutuk dan memaki hamun orang lain atau bercerita pasal sesuatu yang lucah maka perkara buruklah yang kita dapat.
Ramai orang mempunyai laman blog sendiri untuk bercerita apa sahaja tentang ilmu. Ramai ustaz ada laman blog yang kita boleh dapatkan ilmu daripadanya tentang ketuhanan dan hukum hakam. Profesor ada laman blog yang kita boleh ceduk ilmu falsafah dan keduniaan.Pemimpin dan ahli politik ada laman blog yang kita boleh rujuk tentang politik. Cikgu, artis, pekerja swasta, suri rumah, pelajar, mahasiswa, mahasiswi dan sebagainya, semuanya ada laman blog. Jadi.. kita pilih blog yang terbaik dan berinfomasi sahaja untuk kita baca dan kaji, blog yang negetif kita terus tutup laa..tepuk dada tanya selera.

Inilah wajah Ketuaku, serius orangnya
Ramai orang boleh menulis tetapi tidak semua orang yang boleh menjadi penulis. Menjadi penulis ni juga adalah satu kelebihan yang ada pada diri seseorang. Ada sesetengah orang cuba untuk menulis, tup..tup.. sampai separuh jalan dah tak de idea. so, terpaksa bertangguh. Kalau semangat tu tak luntur mereka sambung dilain hari tapi kebanyakan orang apabila dah tak de idea terus je delate dan batalkan niat untuk menulis. Aku perlu bersyukur pada Allah kerana idea untuk menulis tak pernah kering. Aku juga tak perlu tunggu lama untuk siapkan sesuatu artikel yang aku tulis. Paling lamapun tiga jam sahaja. Aku suka menulis kerana dapat menajamkan minda. Otak kita sentiasa terangsang mendapatkan idea untuk diterjemahkan melalui penulisan. Kata pujangga "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir".  Ya lah.. menulis pun merupakan salah satu daripada cabang ilmu. Untuk mendapatkan idea dan maklumat kita perlu banyak membaca. Hal ini selaras dengan kata satu lagi pujangga yang berbunyi "anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"  Apabila kita menulis, secara tidak langsung akan wujudnya perkongsian ilmu apabila kita membaca tulisan orang dan orang akan baca karya kita. Hal ini akan menambahkan lagi ilmu kita. Orang yang berilmu tidak akan papa sekiranya dia bijak menggunakan ilmu untuk service dalam kehidupan malahan boleh menjadi kaya raya. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Orang yang berilmu juga dihormati masyarakat. Satu lagi pujangga ada mengatakan "harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan". 
Di ruangan blog ini aku tulis santai-santai je.. ada satu lagi blog aku yang korang boleh layar kalau mahu iaitu cikgumatdin.blogspot.com Kat blog tu aku menulis untuk artikel yang berat sikit pasal pelbagai isu.

No comments:

Post a Comment